Monday, August 30, 2010

Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Yang Ke-53.




Horas! mengucapkan selamat menyambut ulangtahun hari kemerdekaan yang ke-53 kepada seluruh warga Hulu Langat. Semoga tanah air tercinta ini akan terus maju, aman dan makmur.



Minda Taraf Sampah Pencacai PAS Dan PKR.



Pencacai PAS dan PKR memang tak pernah tahu bersyukur dengan apa yang mereka nikmati semenjak negara ini merdeka. Yang puak-puak ni tahu cuma kutuk, hina, perkecil dan perlekeh negara sendiri.

Tiada ada sekelumit pun rasa patriotik puak-puak ni untuk menyambut ulangtahun kemerdekaan Malaysia.

Dibawah ini adalah antara apa yang pencacai-pencacai tahap lembu PAS dan PKR tulis di www.tranungkite.net (TKO).

Pada sesiapa yang tak tau, TKO ni berfungsi sebagai tempat pencacai PAS menyebarkan fitnah. Juga sebagai tempat mereka mengutuk, menghina dan memaki hamun sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan mereka.
"seorang mai tanya saya "Sebab apa awak tak kibarkan bendera Msia sempena hari kemerdekaan ini"
saya jawab " sebab msia belum merdeka lagi, penjajah belum balik lagi"
dia tanya lagi "bukan penjajah british dah balik kan naa?"
saya jawab "penjajah british dah balik tapi skrg kita dijajah umno/bn pulak
apa beza umno dan british sama2 kapir dan menindas rakyat"
sebenarnya kita belum lagi merdeka..ramai yg tak sedaq" - username :habaqmai

"sapa sambut merdeka memang la bodo..yg betui2 merdeka org umno/bn saja rakyat msia depa propaganda suruh sambut merdeka" - username :habaqmai

"Kalau Malaysia negara islam seperti Republik Islam Iran, baru saya menyambut Hari kemerdekaan dan menggantung Bendera diKereta. Sekarang saya tak boleh buat begitu kerana negara diperintah oleh mereka yang menjadikan harta negara seperti harta datuk nenek mereka" - username:besut_pas

"Sambut merdeka? Tidur lagi bagus hari cuti maa... Setakat kibar bendera merdeka apa jadahnya" - username:deathcrane

"di bagi (bendera) free pun, saya memang tak mahu pasang....... " username:sayangikon

"aku dr dulu sampai skarang tak pernah kibar bendera malaysia....takde hati nak sambut merdeka sbb malaysia ni bawah pemerintahan YAHUDIAPCOMUNAFIKUNUMNOCELAKO...merdeka..asyik2 buat maksiat jeee berbeza ngan kelantan...Kelantan buat jugak solat hajat kat stadium..ceramah agama lg.." - username:tangkiburuk
Selanjutnya boleh dilihat disini.



Saturday, August 28, 2010

Namawee S**l Makin Melampau.



Ingat lagi dengan seorang remaja cina yang mencemar lagu kebangsaan negara menjadi 'Negarakuku'? Terkini...budak cina yang rasis dan kurang ajar ini buat hal lagi.

Namawee ini tidak pernah serik. Tidak bolehkah dia dikenakan tindakan dibawah Akta Hasutan? Mengapa tiada sebarang tindakan diambil atau dikenakan pada budak cina rasis ini?

Horas! percaya, kalau remaja Melayu melakukan perkara yang sama seperti yang dibuat Namawee pasti sudah teruk disoal siasat. Nasib tak baik akan didakwa di mahkamah. Tapi Namawee...langsung tidak disentuh.

Dalam video terbarunya Namawee menghina pula ibadah puasa orang Islam, seperti yang ditulis oleh rakan blogger gerakan-anti-pkr. Selanjutnya klik disini.



Isu Surau Al-Huda: Pengerusi DAP Selangor Ajar MAIS Buat Kerja?



Pengerusi DAP Selangor, Ean Yong Hian Wah menggesa Majlis Agama Islam Selangor (Mais) supaya membuat siasatan dengan lebih terperinci sebelum mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang terlibat dengan isu Surau Al-Huda, Kajang, baru-baru ini.

DAP juga katanya melahirkan rasa kesal dengan tindakan akhbar Utusan Malaysia dan UMNO mempolitik lawatan dan sumbangan derma ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching di surau tersebut. 

Tindakan itu disifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab serta cuba merosakan keharmonian masyarakat berbilang kaum negara ini. 

Wah! makin besar kepala DAP Selangor sekarang ini.

Urusan agama Islam pun mereka dah tak teragak-agak nak masuk campur. Berani sungguh. Apa yang DAP Selangor ni tau pasal hukum dan undang-undang Islam? Apa yang halal dan haram dalam Islam? 

DAP nampaknya cuba untuk mengajar umat Islam apa yang boleh dan tak boleh dilakukan.

Tuanku Sultan Selangor sendiri telah menitahkan MAIS melakukan siasatan segera berkaitan isu tersebut. Setelah siasatan dijalankan, MAIS mendapati perkara tersebut memang benar-benar terjadi dan telah mengambil tindakan menggantung serta-merta jawatankuasa Surau Al-Huda. 

MAIS juga telah mengeluarkan surat amaran kepada Teo Nie Ching.

Apa yang pengerusi DAP Selangor ini mahu pertikaikan sebenarnya?

Titah Sultan Selangor?

Tindakan MAIS?

Hukum dan peraturan Islam?

Hmmm...cacing dah naik kemata nampaknya. Naik kemata kerana ada orang Islam/Melayu sendiri sanggup bersekongkol dan mempertahankan cacing-cacing ini.



Friday, August 27, 2010

Politik Punya Pasal, Semuanya PAS Sondol.



Heboh sungguh baru-baru ini apabila Teoh Nie Ching, Ahli Parlimen DAP Serdang, dijemput menyampaikan ucapan di saf paling depan di Surau Al-Huda Kajang, pada 22 Ogos 2010, jam 9.30 malam.

Banyak pihak yang mengkritik pihak pengurusan surau kerana menjemput dan membenarkan ahli parlimen terbabit masuk keruang solat. Malah dibenarkan berada dan berucap dibahagian imam.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa JAIS akan mengambil tindakan tegas terhadap Jawatankuasa Surau Al-Huda sekiranya didapati benar mengundang ahli politik bukan Islam untuk mengadakan majlis serta menyampaikan ceramah didalam dewan solat surau berkenaan.

Apa nak jadi dengan PAS?

Makin lama makin rakus parti Islam ini melelong agama demi kepentingan politik.

Selanjutnya boleh dibaca disini.





Monday, August 23, 2010

Ahli Majlis MPKj Setakat Pandai Buat Kerja Separuh Jalan.






Bekas bangunan pasar basah Batu 14 Hulu Langat sudah lama sangat terbiar kosong.

Keadaannya pun dah uzur, kotor dan usang. Sampah bertimbun disana-sini dan menjadi sarang nyamuk.

Dulu pernah satu cadangan untuk menaik taraf bekas pasar tersebut diusulkan kepada MPKj. Tujuannya untuk dijadikan sebagai pusat aktviti belia setempat.

Dalam cadangan tersebut sebuah 'business centre', bilik mesyuarat, bilik untuk kursus, ruang niaga, kafeteria dan kemudahan sukan 'in door' akan sediakan.

Dato Hasan Nawawi Abd Rahman (YDP MPKj) dan majoriti Ahli Majlis MPKj ketika itu bersetuju dan amat menyokong cadangan tersebut kerana ianya akan memberi faedah yang besar kepada golongan belia.

Walau bagaimanapun, persetujuan daripada Ahli Majlis yang bertanggungjawab menyelaras kawasan dimana bekas bangunan pasar tersebut berada perlu diperolehi terlebih dahulu.

Mat Jan Sulong, Ahli Majlis MPKj dari PAS yang bertanggungjawab menyelaras kawasan terbabit pada masa itu bagaimanapun menolak mentah-mentah dan mengabaikan cadangan tersebut tanpa mahu berbincang dan tanpa memberi sebarang alasan. 

Angkuh dan sombong sungguh beliau menggunakan kuasa yang baru dimiliki.

Setelah diselidik akhirnya terpecah tembelang, rupa-rupanya ada dikalangan teman rapat beliau (kroni) yang juga berminat untuk membangunkan bekas bangunan pasar tersebut.

Motifnya penggunaannya adalah untuk keuntungan peribadi.

Dengan tergesa-gesa dan tanpa perancangan yang teliti, bangunan-bangunan kecil yang sebelum itu dicadangkankan untuk dinaik taraf sebagai ruang niaga untuk belia-belia yang berpotensi dirobohkan.

Untuk apa tujuannya?

Wallahua'lam, hanya "Tuan' Mat Jan Sulong dan kroni-kroninya yang tahu.

Akhirnya, sudah lebih daripada setahun keadaannya terbengkalai begitu sahaja tanpa sebarang hasil. Hanya menyakitkan mata yang memandang.

 Apa sudah jadi wahai 'Tuan' Mat Jan?

sumber gambar : k101fzl



Tuesday, August 10, 2010

Punggung DAP Sudah Panas.


Ya! sudah panas walaupun tidak duduk atas api. Panas kerana tembelang busuk DAP dah hampir pecah. 

Masih ingat lagi bagaimana DAP pukul gendang satu negara mengatakan kematian Teoh Beng Hock sebagai angkara dan konspirasi SPRM?

Kononnya ketika sedang disoal siasat, simati telah dicampakkan keluar dari tingkat empat belas pejabat SPRM di Shah Alam. 

Bila gendang dipukul, PAS dan PKR selaku barua tegar DAP terus terkinja-kinja menari dan sama-sama menyalahkan SPRM dan kerajaan.

UMNO yang tak ada kena mengena dalam ini gambar pun turut diserang dengan teruk.

Khabarnya, semenjak daripada awal inkues lagi peguam kerajaan, Tan Hock Chuan, telah memiliki nota bunuh diri (suicide note) yang ditulis sendiri oleh simati dalam bahasa cina.

Nota bunuh diri ditemui ditinggalkan ditepi kerusi tempat simati berehat dan tidur selepas disoal siasat oleh SPRM. 

Turut ditemui bersama-sama nota tersebut adalah telefon bimbit simati. Peguam SPRM pun dah tahu berkenaan wujudnya nota bunuh diri tersebut. 

Dalam nota bunuh dirinya, Teoh Beng Hock telah menyatakan kepada seorang lelaki bernama Ean Yong bahawa dia telah mendedahkan segala-galanya kepada SPRM ketika disoal siasat. Dia juga turut menyatakan yang dia akan membunuh diri. 

Kewujudan nota tersebutlah yang menjadikan DAP panas buntut. Telunjuk yang selama ini lurus ditudingkan untuk menyalahkan pihak lain sudah berpusing menuding muka buruk sendiri.

Gobind Singh Deo yang bertindak sebagai peguam pemerhati mewakili keluarga mendiang khabarnya terus naik minyak apabila dapat tahu akan kewujdan nota bunuh diri tersebut.

Dia berkeras meminta agar nota tersebut tidak dikemukakan kepada mahkamah. 

Beliau kemudiannya meninggalkan kamar koroner dalam keadaan marah-marah. Seperti biasa yang dilakukan oleh puak-puak PR yang lain Gobind terus 'spin' isu dengan menuduh mahkamah menyalahgunakan kuasa.

Apa-apa pun, kita tunggu dan lihat apa kesudahan kes ini.

Dan tunggu juga apa pula kenyataan-kenyataan bodoh yang bakal dibuat oleh pemimpin PAS dan PKR untuk 'spin' berkaitan nota bunuh diri Teoh Beng Hock tersebut. Pasti akan ada yang cuba konar baring dijalan lurus. 

Tak tidur malam la pemimpin DAP nampaknya.

Muntut manyak panas ma!.....



Khutbah Jumaat Atau Ceramah Politik?



PAS terus menjadikan mimbar khatib sebagai platform untuk menyampaikan ceramah politik.

Terbaru, disebuah masjid di Petaling Jaya, khatib yang membaca khutbah tanpa rasa bersalah telah menyalahgunakan mimbar untuk mengutuk, menyumpah seranah dan mencela UMNO. 

Dalam khutbahnya (jika boleh dipanggil khutbah), khatib telah menyelar, mengutuk dan merendahkan-rendahkan usaha UMNO untuk mengajak PAS mencari titik perpaduan yang boleh menyatukan bangsa Melayu demi kebaikan dan kekuatan agama Islam. 

Khatib dengan mata yang terjegil dan suara yang nyaring memekik-mekik mengeluarkan hujah-hujah berbelit bahawa jika penyatuan tersebut terjadi ianya tidak akan memberi kebaikan kepada agama dan bangsa melainkan keuntungan kepada UMNO. 

Sungguh sempit dan bodoh pemikiran khatib tersebut.

Menolak penyatuan dengan UMNO yang rata-rata ahlinya beraga Islam tetapi dalam masa yang sama berpeluk erat dengan DAP yang secara terang-terangan menolak Islam dan meminggirkan bangsa Melayu dan PKR yang secara jelas adalah sebuah parti sekular. 

PAS dengan senyum simpul dan kononnya diatas alasan dakwah sanggup menjadi kaldai tunggangan DAP dan PKR asalkan diberi sedikit kedudukan dan kuasa di negeri Selangor.

Perkara yang sama pernah terjadi di sebuah masjid di Subang Jaya, hingga menyebabkan JAIS terpaksa merombak semula jawatankuasa masjid tersebut.

Begitu juga semasa kempen pilihanraya kecil di parlimen Hulu Selangor, bukan sahaja masjid dijadikan sebagai tempat tidur baring, bahkan telah disalah guna sebagai medan menyampaikan ceramah politik selain mengutuk dan mencela pihak-pihak yang mereka tidak suka. 

Bila pilihanraya kecil berakhir, puak-puak PAS ini tanpa rasa bersalah terus angkat kaki meninggalkan masjid yang sebelumnya dijadikan markas dengan sampah sarap yang menimbun disana sini, tandas yang kotor dan busuk selain bil api dan air yang tinggi jumlahnya untuk diurus dan diselesaikan oleh ahli kariah masjid terbabit.

Akhlak yang dianjurkan Islamkah itu?

Fungsi sebenar masjid telah dirosak dan dikotorkan dengan politik kebencian sehingga memaksa Tuanku Sultan Selangor memberi amaran agar masjid tidak disalah guna dan dijadikan sebagai medan untuk berpolitik. 

Nampaknya puak-puak PAS tidak pernah memperdulikan titah Sultan Selangor. Tiada kata-kata atau nasihat yang mereka lebih akur atau benar difikiran mereka melainkan yang keluar dari mulut Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Tok Gundu Nik Aziz mereka.

Melelong agama demi politik....itulah PAS.

Horas!: Teringat dulu ketika selesai solat maghrib berjemaah disebuah masjid di Selangor, imam terus bangun meminta makmum yang hadir bersama-sama beliau melakukan solat hajat berjemaah. Memohon kepada Allah agar masjid tersebut terus ditadbir oleh puak-puak PAS. Kalau pro UMNO yang mentadbir akan membawa kerosakan katanya.

Maha kuasa Allah, tidak lama selepas itu, yang beliau katakan sebagai pro UMNO telah dipilih oleh ahli kariah untuk mentadbir masjid tersebut menggantikan puak-puak PAS. Alhamdulillah kini masjid tersebut telah berjaya melaksanakan pelbagai program yang merangkumi pelbagai peringkat umur. Juga telah diubahsuai untuk diperbesarkan bagi menampung jumlah jemaah yang semakin meningkat. 

Imam yang dulu mana perginya? 


Wallahua'lam...sampai sekarang tak pernah nampak batang hidung.



Monday, August 9, 2010

Beraja Dimata Bersultan Dihati.


Dari kiri, Ng Wei Aik, Mansor Othman dan Salleh Man

Itulah yang boleh disimpulkan tentang sikap DAP semenjak menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang. Parti berideologi komunis serta ultra kiasu ini semakin biadap dengan terus menindas penduduk berbangsa Melayu.

Terbaru, kerajaan Pulau Pinang telah menutup dan tidak membenarkan 27 peniaga Melayu daripada menjalankan perniagaan di Bazar Ramadan di tingkat tiga Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar). Tindakan tersebut sekaligus menutup periuk nasi peniaga-peniaga Melayu terbabit.

Keputusan tidak berhati perut serta menafikan hak peniaga Melayu untuk mencari rezeki tersebut telah dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Komtar, Ng Wei Aik. Beliau juga adalah ADUN Komtar. 

Tindakan tersebut jelas menggambarkan bahawa DAP mempunyai sikap anti Melayu. Sedikit demi sedikit dan dengan secara terancang mereka terus menekan dan menindas penduduk Melayu di Pulau Pinang.

Sebelum ini, dengan mencipta pelbagai alasan remeh mereka telah bertindak zalim dengan merobohkan gerai-gerai milik peniaga Melayu. Sedangkan gerai-gerai milik peniaga Cina langsung tidak disentuh sedikit pun apatah lagi dirobohkan. 

Sebuah perkampungan tradisi Melayu (Kampung Jalan Pokok Asam) turut menjadi mangsa apabila penduduknya yang telah sekian lama tinggal disitu diarahkan berpindah untuk memberi laluan kepada pembinaan unit-unit kediaman mewah diatas tapak kampung tersebut. Pampasan yang diterima oleh penduduk terlalu kecil, tidak setimpal dan ianya lebih kepada satu bentuk penganiayaan.

Dimana suara Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman? Dimana suara Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Salleh Man? Tidak adakah sedikit pun rasa simpati anda berdua kepada nasib rakyat yang seagama dan sebangsa dengan anda yang secara terang-terangan telah dianiaya? 

Tidak malukah anda berdua kerana hanya mampu untuk melihat tanpa dapat dapat berbuat apa-apa? Berbanggakah anda dengan jawatan yang disandang sedangkan hakikatnya anda berdua tidak lebih daripada sekadar menjadi barua kepada DAP?

Usaha DAP untuk mengusir penduduk Melayu keluar daripada Pulau Pinang secara perlahan-lahan sebenarnya sudah pun bermula. PAS dan PKR pula telah membantu usaha DAP tersebut tanpa mempunyai rasa bersalah walau sedikit pun. 

Bagi mereka kuasa politik yang sedikit lebih penting dan utama daripada membela hak penduduk Melayu yang terus ditindas dan dianiaya sewenang-wenangnya oleh DAP.


Sunday, August 8, 2010

Gula-Gula PAS Untuk Umat Islam Di Selangor.



PAS kononnya bercita-cita mahu menjadikan Selangor sebagai "Mini Serambi Mekah".

Mengapa sekadar menjadi mini serambi?..walllahua'lam. Mungkin kerana tidak mahu mengatasi status serambi mekah di Kelantan. 

Idea yang pasti tidak akan 'direstui' oleh Ronnie Liu, Teresa Kok serta yang seangkatan dengannya ini dicetuskan oleh Dr Halimah Ali, ADUN PAS Kawasan Selat Kelang yang juga EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan Selangor. 

Langkah pertama Dr Halimah untuk merialisasikan cita-cita beliau adalah dengan menjadikan Masjid Nurul Amin Kg Delek, Selat Kelang sebagai Mini Serambi Mekah sekaligus dijadikan sebagai markas utama PAS di Negeri Selangor. 

Jika cita-cita Dr Halimah ini menjadi kenyataan, maka bolehlah ianya dimasukkan dalam Guinness World Record (bukan Malaysia Book Of Record) kerana inilah Serambi Mekah pertama di dunia yang membenarkan arak dijual dikawasan majoriti muslim dan membenarkan lebih 4000 rumah urut dan pusat hiburan yang ada diantaranya menyediakan khidmat pelacuran dibuka. 

Serambi mekah 'original' dan Bandaraya Islam di Kelantan apa pula ceritanya?

Khabarnya Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan Sains dan Teknologi Negeri, Nik Mohd Amar Nik Abdullah sendiri mengakui bahawa pelacuran, homoseksual dan punk hidup subur disana. 

Kesimpulannya, apa yang dicadangkan oleh Dr Halimah ini tidak lain dan tidak bukan sekadar cuba untuk mengaburi dan meyakinkan rakyat Selangor kononnya matlamat asal perjuangan PAS tidak pernah berubah. Walaupun hakikat yang sebenar adalah sebaliknya. 

Apa kebaikan dan kelebihan khusus yang diperolehi oleh rakyat beragama Islam semenjak PAS bekerjasama dengan DAP dan PKR membentuk kerajaan di Selangor? Tepuk dada tanya selera. 

Horas! : Jangan kita lupa, di Selangor...duit zakat umat Islam pun diaorang nak tibai.