Tuesday, July 5, 2011

Melayu Terus Ditindas Di Selangor.



Cakap tak serupa bikin, itulah perangai Pakatan Haprak di Selangor. Janji untuk merakyatkan ekonomi Selangor hanyalah penipuan yang dilakukan oleh Pakatan Haprak untuk memancing undi. 

Rakyat negeri Selangor, terutamanya yang Melayu sebenarnya mereka aniaya dan tipu hidup-hidup.

Sewa tapak pasar tani, pasar malam, pasar pagi dan sebagainya mereka naikkan. Sewa premis-premis perniagaan milik kerajaan pun mereka naikkan. Pendek kata, apa sahaja yang boleh dinaikkan, kerajaan negeri akan naikkan.

Yang terbaru, PKNS bercadang untuk menaikkan kadar sewa premis-premis perniagaan yang majoritinya disewa oleh peniaga-peniaga Melayu di Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi. Bukan sedikit jumlah yang bakal dinaikkan. 

Kadar sewa yang bakal dinaikkan bukan 10%, bukan juga 20% atau 30%...tapi 50%. Kasihan peniaga-peniaga Melayu di kompleks berkenaan.

Berikut Horas! siarkan surat salah seorang pemilik premis perniagaan di Komplek PKNS Bandar Baru Bangi seperti yang terdapat di Utusan Malaysia.
SAYA ingin memohon jasa baik Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri yang amat prihatin dengan rakyat untuk membantu kami peniaga-peniaga Melayu di Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi. 
Pihak PKNS ingin menaikkan kadar sewa kedai kami sehingga 50 peratus. 
Ini seperti ingin membunuh kami peniaga-peniaga Melayu di Kompleks PKNS tersebut. Pihak pengurusan PKNS ingin menaikkan kadar sewa kedai kami pada kadar yang amat membebankan kami. 
Besarlah harapan kami peniaga-peniaga Melayu di kompleks tersebut agar Datuk Seri dapat membantu kami peniaga-peniaga kecil yang sentiasa menyokong kepimpinan Datuk Seri di bawah slogan 1Malaysia. 
PENIAGA BANTAH
Kompleks PKNS
Bandar Baru Bangi

Nampaknya selagi berkuasa, maka selagi itulah kerajaan Pakatan Haprak akan terus menganiaya dan menekan Melayu di Selangor. 

Tapi yang anehnya, walaupun dianiaya dengan bermacam-macam cara dan jalan, masih ada Melayu-Melayu tak sedar diuntung yang tetap setia menyokong DAP, PKR dan PAS di negeri Selangor ini. 

Mengapa agaknya? Adakah mereka merasa puas dan genbira melihat saudara seagama dan sebangsa mereka terus ditindas dan dianiaya?



No comments: