Sunday, July 17, 2011

Terkini! Dr Lo' Lo' Telah Meninggal Dunia



Innalillahi wainnalillah hirojiun. DaripadaNya kita datang, dan kepadaNya kita kembali. Maklumat terkini yang Horas! terima mengesahkan bahawa YB Dr Lo' Lo' telah meninggal dunia jam 10.13 tadi. 

Siang tadi tersebar khabar angin yang mengatakan beliau telah meninggal dunia namun telah dinafikan oleh pihak-pihak yang rapat dengan Allahyarhamah.

Jenazah sedang diuruskan dan akan dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat.

Horas! ada menyiarkan tentang penyakit kanser yang dihidapi oleh Allahyarhamah yang semakin kritikal sebelum ini. Baca disini

Marilah kita sama-sama menghadiahkan Al-Fatihah kepada Alllahyarhamah. Semoga segala dosanya (jika ada) diampunkan dan rohnya dicucurkan dengan rahmat dan kasih sayang oleh Allah SWT.

Diharap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang bukan Islam, janganlah sampai memandai-mandai nak menghadiahkan Al-Fatihah kepada Allahyarhamah seperti mana yang dilakukan oleh Tian Chua siang tadi. Hormatilah sensitiviti umat Islam.




5 comments:

Afdzal said...

Sedih ngan kebiadapan tian cua.........!!!!! Sudah2 lah jgn mempermainkan sensitivity masyarakat Islam.....

Anonymous said...

Al-Fatihah, mudah2an roh allahyarhamah dicucuri rahmat.

Badut Rakyat said...

AL-FATIHAH...blog saudara saya telah linkkan di badutrakyat.blogspot.com terima kasih kerana linkkan blog saya..

Penditakainsingkat said...

Salam,
Blog Tuan sudah saya link ke blog saya.
Teruskan perjuangan

Horas! Hulu Langat said...

Terima kasih banyak Badut Rakyat & Penditakainsingkat...