Monday, February 28, 2011

PR Selangor : Hasan Ali Bakal Disingkir Daripada Barisan Exco Negeri?


Itulah khabar angin dan desas desus yang sedang hangat diperkatakan kini. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid @ Sahak Gobek dikatakan bakal menyingkirkan Hasan Ali yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor daripada barisan exco Selangor.

PKR pula dalam usahanya untuk menjaga hubungan baik dengan DAP pasti tidak kisah jika Hasan Ali terpaksa dijadikan korban. Ada yang mengatakan bahawa usaha untuk menyingkirkan Hasan Ali ini telah lama dirancang oleh DAP.

Rasa tidak puas hati kepada exco Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri itu sudah lama dipendam oleh pemimpin-pemimpin DAP di Selangor, terutamanya oleh Ronnie Liu.

Ini berikutan tindakan Hasan Ali yang yang sering mempertikai serta tidak akur kepada keputusan-keputusan yang telah ditetapkan oleh DAP dalam urusan pentadbiran negeri Selangor,termasuklah yang berkaitan dengan urusan umat Islam.

Kasihan juga pada Hasan Ali. Dia tersepit untuk membuat pilihan diantara kebenaran dan kuasa politik. Ditelan mati emak, diluah mati bapak pulak.

Sedangkan dari hari kesehari, hak dan kuasa beliau selaku exco yang terlibat menjaga Hal Ehwal agama Islam seringkali diperlekeh.

Beliau hanya mampu ternganga dan terkelip-kelip mata apabila kerajaan negeri membenarkan arak dijual dikawasan yang diduduki oleh majoriti Islam.

Beliau juga hanya mampu tertunduk dan tersipu malu apabila melihat, pusat hiburan, spa, rumah urut haram dan pelbagai lagi pusat-pusat maksiat tumbuh subur dan berkembang biak di Selangor.

Kita tunggu dan lihat apa kesudahan nasib Hasan Ali dalam arena politik di Selangor. Dalam dok Hasan Ali tengah pening tu, tak mustahil ada dari kalangan teman-teman seperjuangannya sendiri yang sudah berangan-angan bakal mengantikan tempatnya apabila dia disingkirkan kelak..

(kredit kepada Utusan Malaysia)

Sunday, February 27, 2011

Muzium Seks: Lawatan Sambil Belajar 2 Orang ADUN PAS Ke Amsterdam.


Gambar dari luar muzium seks yang diziarah 2 orang ADUN PAS,
ketika di Amsterdam.


Tergelak sendiri membaca apa yang didedahkan oleh blogger kickdefella. Kisah dua orang ADUN PAS yang berkunjung ke Amsterdam, Belanda. Apa tujuan kunjungan kedua ADUN tersebut tidak pula dinyatakan. Mungkin mengadakan lawatan sambil belajar agaknya..hahahaha!

Bayangkan, pagi-pagi buta Muzium Seks dulu yang dicarinya. Silap-silap sarapan pun belum lagi tu...hahaha. Yang bestnya, masing-masing tak bagitau apa rancangan mereka antara satu sama lain. Yang sorang mungkin kata nak berehat-rehat dibilik hotel apabila ditanya.

Yang seorang lagi mungkin pulak berkata nak habiskan masa dengan berzikir atau berwirid sahaja dibilik. Maklum la, pemimpin-pemimpin PAS kan warak-warak belaka. Rupanya masing-masing dah ada plan baik punyaaa!

Semakin lama makin banyak keburukan perangai pemimpin-pemimpin PAS yang terdedah. Ada yang terlibat dengan khalwat, ada yang terlibat dengan maksiat dan ada yang hingga terlibat dengan zina. Termasuk la dengan isteri orang.

Warna dan belang sebenar mereka makin ketara dari hari kesehari. Mungkin ini balasan Allah pada mereka-mereka yang selama ini tak habis-habis memburukkan dan memfitnah saudara seagama sendiri hanya kerana berbeza parti politik.

"Diriwayatkan oleh bekas ahli Parlimen itu, awal-awal pagi lagi beliau telah keluar dari hotel dan berjalan ke Red Light District di Amsterdam. Bila tiba di hadapan Sex Museum beliau mendapati ia baru dibuka dan tiada sesiapa dilihat mengunjunginya kerana masih terlalu awal. Bekas ahli Parlimen itupun segeralah masuk dan yakin dia tidak akan bertembung dengan sesiapa yang dikenalinya di dalam itu kerana masih di awal pembukaan muzium tersebut".........seterusnya baca disini.

Saturday, February 26, 2011

IFC & Pluraliseme: Apa Sebenarnya Pendirian Pemimpin Dan Penyokong Tegar PAS?


Pada yang masih tak tau atau tak berapa pasti, IFC (Inter Faith Commission) berasal dari IRC ( Inter Religion Council ) yang merupakan Suruhanjaya Antara Kepercayaan yang diusahakan untuk menjadi sebagai sebuah badan berkanun.

Melalui sokongan Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang lain, pada 21hb Ogos 2001, Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh telah menghantar memorandum penubuhan IFC kepada Majlis Peguam Negara.

Orang kuat disebalik IFC ialah Ambiga Sreevenasan (gambar bawah), bekas presiden Majlis Peguam. Ambiga juga membawa 'perjuangannya' hingga keperingkat PBB dengan harapan IFC menjadi pemantau mengenai pluralisme bagi pihak PBB di Malaysia.


Matlamat penubuhan IFC adalah untuk membolehkan mereka meminda dan mencampuri urusan umat Islam yang telah sekian lama dipraktik dan diamalkan di negara ini. Selain itu mereka mahu menjadikan agama Islam yang menjadi agama rasmi disamakan kedudukannya dengan agama-agama lain. 14 perkara yang dituntut IFC adalah:-

1 Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi 0rang Islam.

2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Inilah tuntutan merbahaya yang dibuat oleh IFC. Anda setuju jika anak anda yang baru lahir tidak terus menjadi Islam, walaupun kedua ibubapanya beragama Islam..??

Anda setuju jika seorang Islam diberi kebebasan seluas-luasnya untuk menukar agama..??Anda setuju jika status agama anda sebagai Islam didalam kad pengenalan dihapuskan..??

Anda setuju jika ada dikalangan ahli keluarga anda diberi kebenaran untuk murtad jika berkahwin dengan pasangannya yang bukan Islam..?? Sebagai seorang yang beragama Islam...adakah anda setuju dengan kesemua tuntutan IFC tersebut..??

IFC mendapat sokongan daripada pemimpin-pemimpin politik didalam Pakatan Rakyat. Antara yang dikatakan menjadi dalang utama dalam memberi sokongan kuat dan tidak berbelah bahagi mereka ialah Tian Chua (Ketua Penerangan PKR), Ronnie Liu (Pemimpin DAP yang juga ahli EXCO Selangor), Sivarasa a/l Rasiah (Naib Presiden PKR), Elizibeth Wong (Pemimpin Wanita PKR yang juga ahli EXCO Selangor). Beberapa NGO yang berpengaruh turut menyokongnya.

Beberapa gerakan melalui program-program IFC yang berselindung disebalik tajuk masalah kemiskinan telah pun dilaksanakan di Selangor. Contohnya seperti yang dianjurkan oleh MP Klang, Charles Santiago (gambar bawah)


ADUN kawasan Kajang dari parti PKR, Lee Kim Sin juga pernah mengadakan program yang serupa. Klik disini.

Semasa BN menguasai negeri-negeri yang kini dikuasai Pakatan Rakyat (PR), tidak pernah kita dengar tuntutan-tuntutan melampau sebegini. Sewajarnya kita semua berfikir, mengapa kini ada pihak-pihak tertentu yang semakin berani berani masuk campur dalam urusan agama Islam. Sedangkan sebelum ni perkara-perkara sebegitu tidak pernah wujud.

PAS langsung tidak menentang hasrat IFC ini. Malah PAS seolah-olah memberi lampu hijau apabila sanggup menerima intipati perjuangan IFC melalui Konvensyen Pakatan Rakyat, seperti mana yang dikehendaki oleh DAP dan PKR. PAS seolah-olah mahu dilihat lebih liberal dan terbuka oleh rakan-rakannya didalam PR.

Apakah pemimpin-pemimpin dan penyokong PAS yang lain hanya mampu berdiam diri tanpa sebarang bantahan walaupun mereka tahu bahawa apa yang dituntut oleh IFC tersebut jelas akan merosak dan memusnahkan agama Islam di negara ini?

Friday, February 25, 2011

Melayu Di Selangor Bakal Ditindas Lagi?



Pemaju hartanah di Selangor dengan beraninya telah membuat permohonan agar kerajaan negeri melepaskan kuota perumahan untuk Melayu dan bumiputera secara automatik. 

Selama ini, kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO telah meletakkan syarat kepada pemaju agar memberi tempoh selama tiga bulan sebagai ruang untuk pembeli-pembeli Melayu dan bumiputera membeli hartanah yang mereka majukan. 

Sekiranya tempoh tiga bulan itu telah tamat, barulah pemaju boleh memohon pelepasan keatas lot-lot tersebut untuk dibuka dan dijual kepada mana-mana pihak yang berminat untuk memilikinya.

Khabarnya, kerajaan negeri yang diterajui oleh Pakatan Rakyat sedang mengkaji permohonan tersebut. Tidak mustahil cadangan pemaju itu akan diluluskan oleh kerajaan negeri suatu hari nanti.

Kita semua tahu bahawa yang sebenar-benarnya paling berkuasa di Selangor adalah DAP. Oleh itu, permohonan pemaju hartanah di Selangor ini pasti akan menjadi peluang terbaik untuk parti rasis tersebut menghapuskan apa yang telah sekian lama menjadi hak keistimewaan Melayu.

Sekiranya usaha untuk meluluskannya berjaya, maka akan bertambah malang lah nasib Melayu di Selangor. Tiada lagi kuota istimewa untuk mereka dalam memiliki kediaman ataupun hartanah yang lain.

Akibatnya penghijrahan Melayu kekawasan yang dimajukann di bandar-bandar baru akan terhad kerana peluang mereka untuk memiliki hartanah dikawasan tersebut akan direbut oleh kaum-kaum bukan bumiputera, khasnya kaum Cina yang memiliki kuasa beli yang lebih tinggi.

PKR dan PAS pasti tidak akan berani menghalang sekiranya perkara itu benar-benar menjadi kenyatan nanti. Apa lah daya kedua-dua parti tersebut. Sementelah selama ini pun mereka hanya mampu menjadi pak turut yang patuh dan taat mengikut telunjuk DAP.

Secara perlahan-lahan Melayu akhirnya akan dipinggirkan ditanah air mereka sendiri. 

Berbanggakah PKR dan PAS serta penyokong-penyokongnya dengan keadaan tersebut?

Thursday, February 24, 2011

Khawarij 2.


Khawarij selalu kelihatan dan nampak hebat dalam ibadah. Mereka petah berpidato tentang agama dengan menggunakan nas-nas al-Quran.

Mereka mengkafirkan orang Islam yang melakukan maksiat atau dosa, juga mengkafirkan orang Islam yang menolak fahaman serta tidak mengikut kumpulan mereka.

Puak Khawarij ini mengangkat slogan: “Tidak ada hukum melainkan hukum Allah”. Slogan yang kelihatannya berteraskan al-Quran, tetapi dengan tujuan yang buruk.

Dengan menggunakan slogan al-Quran “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah maka mereka itu orang-orang yang kafir” (Surah al-Maidah, ayat 44), maka mereka melancarkan kempen mengkafirkan dan memerangi orang Islam.

Hanya dengan andaian yang tipis dan tidak kukuh, seseorang dengan dengan mudah boleh dijatuhkan dengan hukuman murtad dan kafir oleh mereka.

Kini pemikiran Khawarij meresap ke dalam berbagai kumpulan dan organisasi. Hasilnya, kita mendengar isu kafir mengkafir muncul di pelbagai zaman dan tempat di seluruh pelusuk dunia Islam.

sumber : drmaza.com

Di Malaysia isu menuduh UMNO kafir dan sesat telah lama dilakukan oleh PAS. Berikut antara contohnya :

"Kita balah dengan UMNO kerana apa? Kerana Islam. Kita baik dengan orang lain pasal apa? Pasal dia terima dasar Islam, KIta cegah sesuatu kerana apa? Kerana kita nak buat Islam...Contohnya UMNO, lagu mana UMNO sesat, pasal cari petunjuk lain. Nak jaga Melayu, tapi pi undi Hindu, contoh sesat... bila tinggal Quran." - Penceramah PAS, Bunyamin Yaakob di Ketereh, Kelantan, 22 Febuari 2001.

Orang UMNO dianggap kafir berpandukan tiga faktor:
1. Ahli-ahli UMNO telah menyokong perlembagaan Negara yang bukan merupakan perlembagaan Islam.
2. Pemerintah yang terdiri dari orang-orang UMNO telah meletakkan perlembagaan Negara lebih tinggi dari al-Quran.
3. Kezaliman yang telah ditunjukkan oleh pemerintah terhadap orang-orang Islam, khususnya PAS, jelas menunjukkan mereka tidak Islam".
- Abdul Hadi Awang: Utusan Malaysia, 17hb Jun 1986)

"Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg. Pulau Melaka

"Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak islam dalam pentadbiran Negara, UMNO juga ada ciri kafir.” - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

“Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang berakidah politik suku, agama suku kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah”. - Nik Aziz Nik Mat: Harakah, 4 Mac 2001

"Amanat Haji Hadi : Saudara-saudara sekelian, percayalah, kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang BN bukan kerana nama dia BN. Kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka.

Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini mati kita adalah syahid, mati kita adalah mati islam.

Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tak payah masuk Kristian, kita tak masuk Hindu, kita tak payah masuk Buddha, tetapi kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku". - Hj Hadi Awang, 7hb April 1981, Kampung Banggul Peradang.

Wednesday, February 23, 2011

Khawarij 1.


KHAWARIJ
Dari segi bahasa, perkataan khawarij bererti orang-orang yang telah keluar. Kata ini dipergunakan oleh kalangan Islam untuk menyebut sekelompok orang yang keluar dari barisan Saidina Ali ibn Abi Talib RA, kerana kekecewaan mereka terhadap tindakannya yang telah menerima tawaran 'tahkim', dengan mengirimkan wakilnya untuk berunding dengan Mu’awiyyah dalam Perang Shiffin (37H/657).

Jadi, nama khawarij bukanlah berasal dari kelompok ini. Mereka sendiri lebih suka menamakan diri dengan Syurah atau para penjual, yaitu orang-orang yang menjual (mengorbankan) jiwa raga mereka demi keredhaan Allah. Dengan mengetahui ciri-ciri mereka, akan menjadikan kita lebih berwaspada terhadap golongan ini.

CIRI-CIRI KHAWARIJ

SUKA MENCELA DAN MENGANGGAP SESAT
Sifat yang paling ketara dari Khawarij adalah suka mencela terhadap para 'Aimatul Huda' (para Imam), menganggap mereka sesat, keluar dari keadilan dan kebenaran.

Suka membantah, menyalahkan serta menuduh orang-orang diluar kelompok mereka jahat, tidak adil malah dihukum kafir.

SUKA BERBURUK SANGKA
Sejarah membuktikan bahwa orang‑orang Khawarij adalah kaum yang paling mudah berburuk sangka. Mereka berburuk sangka terhadap Rasulullah SAW.

Mereka juga menuduh Saidina Usman mengamalkan nepotisme dan menuduh Saidina Ali tidak mempunyai visi kepimpinan yang jelas.

BERLEBIH-LEBIHAN DALAM IBADAH
Ini dibuktikan oleh kesaksian Ibnu Abbas. Mereka adalah orang yang sangat sederhana, pakaian mereka sampai terlihat serat‑seratnya kerana hanya satu itulah yang ada dan sering dicuci, muka mereka pucat kerana jarang tidur malam, dahi mereka hitam kerana lama dalam sujud.

Berlebihan dalam ibadah seperti puasa, solat, zikir dan mahir membaca Al-Quran. Namun mereka juga suka menta'wil Al-Quran dengan ta'wil yang menyimpang dari maksud sebenarnya dan lebih suka untuk mengutamakan pendapat mereka sendiri selain beranggapan hanya ibadah mereka yang paling baik dan sempurna.

KERAS TERHADAP SESAMA MUSLIM TAPI LEMBUT KEPADA KAFIR
Mereka sangat keras dan bengis terhadap muslimin, bahkan kekasaran mereka telah sampai pada peringkat sangat tercela, iaitu menghalalkan darah dan harta kaum muslimin serta kehormatannya, mereka juga membunuh dan menyebarkan ketakutan di tengah-tengah kaum muslimin.

Namun mereka membiarkan, berlembut dan tidak menyakiti musuh islam yang nyata dari kalangan penyembah berhala dan lain-lainnya.

SEDIKITNYA PENGETAHUAN MEREKA TENTANG FIQIH
Sesungguhnya kesalahan Khawarij yang sangat besar adalah kelemahan mereka dalam penguasaan fiqih terhadap Kitab Allah dan Sunah Rasulullah SAW.

Yang dimaksudkan disini adalah buruknya pemahaman mereka, sedikitnya 'tadabbur' dan merasa terikat dengan golongan mereka, serta tidak menempatkan nas-nas dalam tempat yang benar.

MUDA UMURNYA DAN BERAKAL BURUK
Termasuk perkara yang dipandang dapat mengeluarkan dari jalan yang lurus dan penuh petunjuk adalah umur yang masih muda (hadaatsah as-sinn) dan berakal buruk (safahah al-hil).

Yang demikian itu sesuai dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Akan keluar pada akhir zaman suatu kaum, umurnya masih muda, sedikit ilmunya, mereka mengatakan dari sebaik-baik manusia. Membaca Al-Qur'an tidak melebihi kerongkongannya. Terlepas dari agama seperti terlepasnya anak panah dari busurnya" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

(Rujukan : Muhammad Abdul Hakim Hamid, Dakwatuna)

Parti mana yang kebanyakan pemimpin dan ahli-ahlinya mempunyai ciri-ciri khawarij? Tepuk dada tanya selera.


Tuesday, February 22, 2011

Kamu Masuk, Kamu Selamat. Kamu Keluar, Sendiri Mau Ingat.

Sdra Bob Lokman bergambar bersama mesin pemfitnah
terbaik PAS, Mahfuz Omar


Bukan main heboh lagi PAS bila Bob Lokman mengambil keputusan menyertai dan menjadi ahlinya. Bermacam-macam bentuk pujian diberi kepada beliau. Ada yang kata Bob Lokman dah dapat hidayah dari Allah.

Ada yang kata beliau dah kembali kepada jalan dan kehidupan Islam yang sebenarnya. Dan paling hebat ada yang kata kemasukan Bob Lokman kedalam PAS ibarat Saidina Umar masuk Islam.

Gambaran yang diberikan seolah-olah sesiapa sahaja (kecuali ahli PKR dan DAP) yang duduk diluar PAS adalah jahil, sesat, tak menerima hidayah dan bukan hidup diatas kehidupan Islam yang sebenarnya-benarnya. Seolah-olah keislaman seseorang itu hanya akan benar-benar sempurna hanya apabila dia menyertai PAS. Khakkkkkkk ptuihhhhhh!

Begitulah PAS, jika ada je sikit orang yang ada nama, walaupun tak sebesar mana namanya masuk PAS, macam-macam pujian yang melambung tinggi ke langit diberikan. Maka tersenyum simpul dan terkemut-kemut lah Bob Lokman mendengar pujian yang diterimanya dari PAS.

Beliau terus diberi ruang dan peluang untuk bercakap dipentas-pentas PAS. Menceritakan detik-detik bagaimana dia boleh berhijrah, kononnya daripada yang bathil kepada yang haq.

Kita tak kisah pun beliau nak menyertai parti mana yang dia suka. Ini negara demokrasi dan Bob Lokman mempunyai hak dan kebebasan untuk berbuat demikian. Tapi beliau kena ingat dan bersedia. Beringat dan bersedia untuk apa?

Beringat dan bersedia untuk dimaki hamun, dicarut marut, dituduh sesat, jahil, tak beriman dan sebagainya oleh puak-puak PAS tegar, jika suatu hari nanti dia mengambil keputusan untuk meninggalkan PAS setelah mendapati parti tersebut hanya mempergunakan Islam untuk mendapat kuasa politik.

Masa tu Bob Lokman janganlah bersedih. Beliau kenalah banyak bersabar dan pekakkan sahaja telinga. Perkara macam tu dah banyak kali terjadi. Bukan sedikit individu yang dah dihina secukup-cukupnya apabila mengambil keputusan meninggalkan parti PAS.

Monday, February 21, 2011

12 Jenis Gula-Gula Dengan Pewarna Dan Perasa Tiruan Dari PAS.


PAS dalam usaha terdesaknya menarik sokongan Melayu yang makin merudum telah memberi jaminan istimewa ala mee segera untuk kaum Melayu dan ianya telah dibentangkan oleh Mahfuz Omar aka Mr Bean selaku pengarah Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa : Jaminan PAS.

12 jaminan yang dicipta khas sebagai gula-gula untuk mengaburi fikiran kaum Melayu itu adalah seperti berikut :-

1. PAS tetap komited untuk melaksanakan agenda pengupayaan bangsa Melayu dan Bumiputera. - Macam mana PAS nak komited melaksanakan agenda pengupayaan bangsa Melayu kalau masih menjadi rakan pakatan pada DAP? DAP memang terkenal dengan sikap rasisnya. Ini terbukti dengan tindakan mereka mengusir kaum melayu dari kawasan penempatan mereka di Pulau Pinang. Gerai-gerai milik peniaga-peniaga kecil Melayu juga telah banyak yang mereka robohkan.

2. PAS akan terus mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu dan kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputera seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. - Ewah-ewah...sedapnya ayat. ADUN Sri Muda dari PKR jelas telah menentang Sultan Selangor. Apa tindakan PAS untuk mempertahankan Sultan Selangor? Satu pun tak ada. Siap setuju lagi bila kerajaan negeri sediakan dana untuk tampung bayaran peguam-peguam YB Suhaimi. Arak dibiarkan dijual dikawasan majoriti Melayu di Selangor.

Lepas tu sepakat pulak dengan DAP dan PKR tolak kampus baru UITM yang rata-ratai pelajarnya bangsa Melayu dari dibina di Selangor. Lagi mau cerita mempertahankan kepentingan bangsa Melayu ke? Khakkkk ptuihhhhhh..!!!

3. PAS tetap beristiqamah untuk menghayati Islam sebagai satu cara hidup sesuai dengan kerangka perlembagaan Malaysia sebagai teras terpenting usaha mengupayakan Melayu. - Menghayati islam apa kebendanya bila suka mencarut, memaki hamun dan memfitnah dalam kebanyakan ceramah-ceramah politiknya. Lepas tu selamba je cakap Melayu yang tak menyokong parti dia sebagai kafir, munafik, jahiliyah dan sebagainya. Jangan harap la dapat mengupayakan bangsa Melayu dengan sikap macam tu. Kalau nak menjahamkan memang tak mustahil.

4. PAS akan sentiasa memastikan seluruh kegiatan pembangunan bangsa Melayu berkiblatkan akhirat demi mencapai keredhaan Allah. - Jangan angan-angan la puak-puak PAS oiiiii!. Kelantan tu dah lebih 20 tahun parti kamu perintah. Apa kegiatan pembangunan bangsa yang dah dibuat kat sana? Pembangunan patung-patung buddha yang besar-besar ada la. Bekalan air paip bersih pun tak mampu nak sediakan untuk rakyat Kelantan yang majoritinya Melayu tu.

5. PAS tetap mengutamakan perjuangan untuk membela nasib rakyat terpinggir dan berpendapat rendah yang sebahagian besarnya adalah kaum Melayu dan Bumiputera. - Membela nasib rakyat terpinggir dan berpendapan rendah ye. Aduhai lemak berkrimnya janji manismu. Rakyat negeri Kelantan sampai terpaksa merantau mencari rezeki kenegeri-negeri lain yang diperintah UMNO tu apa kes? Sebabnya peluang pekerjaan memang terhad di Kelantan. Kalau betul-betul membela nasib rakyat terpinggir, mengapa sampai ada keluarga miskin di Kelantan yang terpaksa tinggal dalam reban ayam?

6. PAS akan terus mempertahankan konsep ketuanan rakyat yang berpaksikan keadilan Islam dengan jaminan saksama kepada kaum-kaum lain. - Ketuanan rakyat konon. Bila rakyat buktikan ketuanannya dengan menolak dan tak mengundi calon-calon PAS, habis kena maki hamun dan sumpah seranah. Rakyat dituduh jahiliyah, tolak Islam dan macam-macam lagi. Mempertahankan ketuanan rakyat ke tu?

7. PAS tetap memperjuangkan dasar-dasar affirmative yang berasaskan siapa yang berkeperluan (need based) sesuai dengan matlamat keadilan Islam. - Adil ke bila pengagihan air percuma yang diheboh-hebohkan Pakatan Rakyat Selangor (termasuk la PAS) tidak sampai kepada penghuni-penghuni flat yang menggunakan meter pukal? Penghuni-penghuni rumah flat yang rata-ratanya berpendapatan rendah secara logiknya sudah tentu lebih memerlukan air percuma tu. Mengutamakan yang memerlukan ke namanya tu wahai PAS?

8. PAS akan terus komited untuk menampilkan kepimpinan Melayu yang bebas rasuah dan penyelewengan di semua peringkat kepimpinan bermula dari kepimpinan Negara sehingga kepimpinan komuniti. - Tabung Memali yang lesap, duit KOHILAL yang lenyap dan masalah yang tak selesai-selesai berkaitan Bazar Gesel-Gesel@Bazar Tok Guru tu bukan kerana disebabkan penyelewengan ke wahai PAS? Masalah pelacuran yang selamba beroperasi di Kelantan seperti yang didedahkan kickdefella tu bukan kerana rasuah ke? Tu belum dikira salah laku moral dan skandal seks pemimpin PAS yang dah banyak terburai. Jangan cakap tak serupa bikin la PAS oiii!. Lebih baik kalau betulkan parti sendiri dulu.

9. PAS tetap mempertahankan tanah-tanah rizab Melayu, tanah-tanah adat, kampung-kampung tradisi dan penempatan-penempatan yang mempunyai kepentingan Melayu dan Bumiputera seperti Felda, malah berusaha menjadikannya sebagai penyumbang terpenting kekuatan ekonomi Melayu. - Jangan nak kelentong la wahai puak-puak PAS. Dah lupa ke tanah-tanah kampung baru Cina di Perak yang MB PAS bagi hak milik sampai 999 tahun tu. Tanah-tanah milik Melayu tak ada pula dibaginya tempoh hak milik sampai macam tu punya lama. Maintain je 99 tahun.

Kaum Melayu yang diarahkan kosongkan rumah masing-masing di Pulau Pinang tu bukan tinggal di kampung tradisi ke? Ada PAS bantah tindakan DAP tu? Langsung tak ada. KOHILAL yang tak sebesar mana tu pun tak mampu nak urus, ada hati nak cakap pasal FELDA.

10. PAS akan terus mempertahankan warisan Melayu selagi mana tidak bertentangan dengan syarak, sebagai khazanah penting kepada generasi Melayu akan datang. - Apa warisan Melayu yang PAS nak pertahankan? Fakta sejarah penting yang sepatutnya jadi kebanggaan kaum Melayu dan wajar dipelihara untuk rujukan generasi akan datang pun PAS dan geng-geng pakatannya putar belit dan cuba untuk lupuskan. Jadi tak payah la cerita pasal nak mempertahankan warisan yang lain ye.

11. PAS tetap mempertahankan pendidikan vernakular yang telah memberi ruang kepada kewujudan sekolah agama rakyat, madrasah dan sekolah pondok, di samping tidak menolak kepentingan elemen integrasi nasional diterapkan dalam sistem pendidikan. - PAS sekadar nak pertahankan kewujudan sekolah agama rakyat, madrasah dan sekolah pondok je ke? Pendidikan tinggi aliran agama pulaj macam mana? Tak termasuk dalam yang PAS nak pertahankan ke? UMNO dah lama buat dan pertahankan semua tu lah. Tak ada nak kecoh-kecoh pun. Sekolah Wawasan yang menerapkan intergrasi nasional pun UMNO jugak yang usahakan. PAS pandai kondem je.

12. PAS akan terus berusaha memasakkan jatidiri berteraskan Islam kepada generasi muda Melayu kerana mereka merupakan teras kepada pengupayaan bangsa Melayu dan waris kepimpinan akan datang. - Memasakkan jatidiri berteraskan Islam ye. Ok la, malas dah nak komen. Tonton rakaman video dibawah dan sama-sama kita nilai macam mana PAS memasakkan jatidiri berteraskan Islam pada generasi muda Melayu yang meyokong parti mereka. Tak mustahil ada antara mereka-mereka ni yang akan menjadi pemimpin PAS yang akan datang.




Percaya la. 12 perkara yang PAS sibuk war-warkan tu tak lebih daripada sekadar gula-gula yang digunakan untuk mengumpan pengundi-pengundi Melayu. Mengapa tak usahakan untuk mempertahankan hal-hak Melayu ni dari dulu? Mengapa baru sekarang terhegeh-hegeh nak buat?

PAS jangan nak hipokrit dan memperbodohkan bangsa Melayu. PAS langsung tak membantah pun bila PKR kata nak hapuskan ketuanan dan hak-hak istimewa orang Melayu.

Tengok la nanti, PAS mesti gunakan 12 perkara tu dalam kempen mereka di PRK Merlimau dan Kerdau. Harap-harap pengundi Melayu disana tak termakan gula-gula dengan pewarna dan perasa tiruan dari PAS tu.

Saturday, February 19, 2011

Nik Aziz Tak Malu Tiru UMNO.

"Bagi PAS, orang Melayu perlu diutamakan kerana ia adalah kaum terdahulu (di Malaysia)"....

"Sebagai masyarakat dominan, sudah menjadi tanggungjawab mana-mana parti termasuk PAS untuk mempertahankan orang Melayu"...

Kata-kata diatas dipetik daripada ucapan Nik Aziz pada majlis perasmian Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa : Jaminan PAS di Dewan MBSA, Shah Alam pagi semalam.

Pelik? Tak payah lah nak pelik. Wali cap bulan lidah bercabang kesayangan puak-puak PAS ni memang macam tu perangainya semenjak dulu. Pendiriannya tak pernah tetap dan selalu berubah-ubah. Nik Aziz memang tak tau malu.


Bukan ke selama ni PAS kata mereka tak memperjuangkan bangsa? Bukan ke selama ni PAS kata memperjuangkan bangsa tu sifat asabiyah? PAS kutuk dan gelar UMNO sebagai asabiyah kerana berjuang mempertahan orang Melayu.

Badigol soot punya PAS. Selama ni bukan main lagi dok kutuk-kutuk UMNO asabiyah kerana berjuang mempertahankan hak bangsa Melayu, tapi rupa-rupanya dalam diam PAS tiru apa yang diperjuangkan UMNO.

Sebenarnya kata-kata tu diucapkan oleh Nik Aziz kerana nak tarik balik sokongan Melayu kepada PAS. Nik Aziz tau sokongan dan keyakinan kaum Melayu dah semakin berkurangan kepada PAS kerana PAS nampak lebih bersungguh-sungguh membela kaum Cina dan India.

PAS tak sanggup kehilangan kerusi DUN atau Parlimen yang dimenangi dikawasan majoriti Melayu dalam pilihanraya umum akan datang. Jadi mahu tak mahu terpaksalah PAS jilat balik ludah sendiri. Tebalkan muka dan tiru apa yang diperjuang dan dipertahankan oleh UMNO semenjak dahulu.

Terbukti kini bahawa perjuangan PAS memang tak pernah konsisten. PAS tak ubah macam lalang bila ditiup angin. Melentok-lentok kekiri dan kekanan, kedepan dan kebelakang.

Sekejap perjuangkan agama, sekejap perjuangkan bangsa. Sekejap nak perjuangkan hudud dan penubuhan negara Islam, lepas tu kata hudud dan negara Islam bukan keutamaan dan kata nak kekalkan apa yang dah dipraktikkan sekarang pulak. PAS ni tak istiqamah langsung perjuangannya.

Alahai!! kesian pengikut-pengikut dan penyokong PAS. Tak habis-habis kena kelentong dengan Nik Aziz.

PAS bukan macam UMNO yang dari dulu kini dan selamanya akan sentiasa konsisten memperjuangkan dan pertahankan kesucian agama dan hak-hak bangsa. Tu lah, siapa suruh PAS bersekongkol dengan PKR dan DAP, kan dah semakin kucar kacir dan tak tentu hala. Yang malu PAS jugak.

Lepas ni boleh la kita tengok macam mana puak-puak PAS konar baring sampai cecah kepala lutut untuk cover line tok guru kesayangan diaorang yang tiba-tiba saja nak jadi pejuang bangsa..kah! kah! kah!....

Friday, February 18, 2011

Kes Kugan, Teoh Beng Hock Dan Sa'aid Dipolitikkan.

Anda tahu siapa individu-individu diatas?Anda tahu apa persamaan ketiga-tiga mereka? Adakah anda tahu apa yang mereka lakukan? Berikut adalah beberapa persamaan diantara mereka. Mengikut undang-undang, ketiga-tiganya adalah orang yang melakukan jenayah.

Cuma latar dan kategori jenayah yang dilakukan sahaja yang berlainan antara satu sama lain. Kugan terlibat dengan jenayah curi kereta. Teoh Beng Hock pula terlibat dengan jenayah kolar putih. Manakala Sa'aid pula dikatakan terlibat dengan jenayah penyeludupan yang berleluasa di Kelantan.

Jenayah tidak kira siapa latar pelakunya, tidak kira kecil atau besar tetap dikatakan jenayah. Perlu didakwa dan dihukum mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada.

Tapi dalam kes diatas, ketiga-tiganya tidak sempat dibawa kemuka pengadilan atau didakwa dimahkamah kerana telah meninggal dunia, dan itu juga adalah satu persamaan.

Kugan dikatakan telah didera oleh anggota polis sehingga mati. Teoh Beng Hock dikatakan mati kerana dihumban oleh anggota SPRM dari tingkat 14 Plaza Masalam. Manakala Sa'aid pula kononnya mati kerana telah dibelasah oleh anggota Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP).

Ktiga-tiganya dikatakan mati akibat tindakan melulu dan tidak berperikemanusiaan oleh pasukan yang terlibat dalam tugas-tugas menguatkuasakan undang-undang dinegara ini. Bukankah itu juga satu persamaan?

Persamaan yang terakhir pula adalah apabila kes mereka telah dimanipulasi secukup-cukuonya oleh Pakatan Rakyat dengan harapan ianya dapat menimbulkan rasa benci dan marah rakyat kepada kerajaan.

Jenayah yang dilakukan langsung tidak disentuh oleh PKR, DAP mahupun PAS. Sebaliknya mereka terpekik terlolong menuduh kerajaan adalah zalim.


Apabila keadaan berlaku sebaliknya, tatkala anggota keselamatan cedera parah atau maut ditangan penjenayah, mereka sedikit pun tidak berbunyi. Tiada langsung jerit pekik mereka mengutuk si penjenayah dan membela pasukan keselamatan.

Fungsi dan jasa budi pasukan keselamatan mereka nafikan. Kecuali dalam hal-hal yang memihak dan memberi keuntungan kepada mereka.


Jelas, dalam ketiga-tiga kes tersebut, Pakatan Rakyat terutamanya parti rasis DAP telah mengambil kesempatan dengan menangguk di air yang keruh. Mereka kelirukan rakyat dengan fakta-fakta ciptaan mereka sendiri. Mereka sentiasa berusaha untuk meniup api kebencian rakyat kepada kerajaan.

Harapan dan matlamat utama mereka hanya satu, dengan menyemai kebencian dan kemarahan dikalangan rakyat, kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO dapat ditumbangkan didalam pilihanraya nanti.

Betapa kotor dan busuknya taktik mereka. Mereka sanggup bermati-matian membela sipelaku jenayah semata-mata untuk kuasa politik. Segala cara yang jijik dan hina dihalalkan asalkan matlamat mereka tercapai.

Bayangkan jika kita atau ahli keluarga kita sendiri yang menjadi mangsa jenayah Kugan atau penipuan Teoh Beng Hock. Apabila kereta yang dibeli dan wang yang disimpan hasil penat lelah dan titik peluh bekerja lenyap begitu sahaja. Atau apabila ada ahli keluaga kita yang menjadi mangsa ancaman dan ugutan sipenyeludup.

Adakah kita akan berdiam diri dan mahu pula sipelakunya dibela habis-habisan?

Oleh itu, fikirlah sedalam-dalamnya sebelum anda ingin menyokong atau memberikan undi anda kepada Pakatan Rakyat.



Thursday, February 17, 2011

Jaga-Jaga Tanah Anda.


Gerombolan 'lanun' yang memerintah dan mentadbir kerajaan Selangor buat hal lagi. Terbaru, geng-geng 'lanun' ni dengan selamba menjual tanah milik Jabatan Perhutanan Selangor secara tidak sah@haram di Kundang, Gombak.

Bukan seekar dua tanah yang dijual tu, tapi 45 hektar. Kalau anda ingin tau, luas 45 hektar ni bersamaan dengan 112 ekar. Bukan kecik-kecik anak punya luas tu. Yang menjualnya adalah sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) negeri Selangor.

Semasa melakukan serbuan, Jabatan Perhutanan Negeri mendapati aktiviti mengorek pasir secara haram turut dilakukan diatas tanah tersebut, kerana terdapat 10 lubang besar bekas korekan besar ditemui.

Tiga buah lori dan lima jentera pengorek tanah disita. Seorang warga asing turut ditahan dalam serbuan tersebut. Pemilik tanah yang kebetulan ada dikawasan tersebut semasa serbuan dilakukan mengaku dia telah membeli tanah tersebut dengan harga RM5 juta.

Jabatan Perhutanan akan melakukan siasatan terperinci untuk mengenal pasti dalang atau 'lanun' yang menjual tanah tersebut dan bagaimana tanah yang sah dimiliki oleh jabatan mereka boleh dijual sewenang-wenangnya.

Jangan lupa, siasat sekali YB Yaakob Sapari, pasal EXCO negeri Selangor yang sorang ni memang sinonim dengan kisah curi mencuri pasir ni. Mungkin kini Yaakob Sapari sudah menyiapkan kain pelikatnya kerana dulu dia pernah menahan sebuah lori mencuri pasir sambil berkain pelikat. Tu drama untuk cover line jer tu.

Tapi rasanya, kerajaan negeri Selangor pasti akan melindungi dalang-dalang yang terlibat. Takkan kerajaan negeri nak biarkan krono-kroni mereka didakwa. Habis la segala penyelewengan dan kerja-kerja busuk mereka terdedah nanti.

Pada anda yang ada tanah di Selangor tapi dah lama tak dijenguk, elok la jenguk-jenguk tanah anda tu cepat. Mana la tau kot-kot nasib anda serupa dengan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.

Entah-entah tanah anda pun dah kena kebas dan kena jual dengan 'lanun-lanun' peliharaan kerajaan negeri yang makin buas di Selangor ni.

Sumber: Utusan Malaysia

Sunday, February 13, 2011

Masakan Bangkai Gajah Boleh Disorok Didalam Jubah.


Selama ni bukan main lagi terpekik terlolong kata UMNO membiarkan maksiat berleluasa.

Kononnya UMNO tak halang maksiat lah..UMNO tutup mata walau maksiat depan mata lah dan macam-macam lagi.

Selamba badak je puak-puak yang kononnya alim lagi warak ni memfitnah UMNO. Sikit pun mereka tak ada rasa bersalah. Lepas tu pakat pulak tuduh UMNO kafir, munafiq, sesat, jahiliah dan entah apa-apa lagi.

Sekarang baru padan muka. Kahak hijau yang selama ni diludahkan pada UMNO, balik semula kemuka sendiri dan tepat terkena kebatang hidung wali keramat PAS.

Siapa lagi kalau bukan Nik Aziz.

Apa yang didedahkan oleh blogger Kickdefella benar-benar mengejutkan.

Rupa-rupanya di Kelantan ada 'one stop centre' untuk bermacam-macam jenis kemungkaran. Yang celako! celako! dan celakonya! Kerajaan negeri dan pihak berkuasa di Serambi Mekah hanya tutup mata dengan keadaan tersebut. Baca disini

Ada tiga jenis perkhimatan utama yang ditawarkan di 'one stop centre' tersebut.

Ada khidmat seks oleh perempuan-perempuan yang tak tutup aurat dan yang bertudung litup....
Ada kemudahan untuk meliwat yang disediakan oleh pondan-pondan yang mesra....
Juga sebagai tempat mat-mat gian membeli dadah dan melepas gian....


sumber gambar : kickdefella

Yang paling best bila membaca komen-komen bodoh yang dibuat puak-puak tegar PAS di blog kickdefella.

Memang kelakar dan menyerlahkan betapa bingai dan sengalnya kepala otak sikarat hijau.

Seperti biasa, totok-totok PAS memaki hamun, menyumpah seranah dan mencarut-carutkan sipenulis blog. Lepas tu ada yang mengatakan apa yang ditulis tu fitnah yang sengaja diada-adakan.

Ada pulak yang tak semena-mena memaki hamun Perdana Menteri dan isteri beliau. Ada yang menuduh tempat tersebut hanya dikunjungi oleh orang UMNO dan ada yang menyalahkan kerajaan pusat dan pihak polis.

Alahai! mengapa la benaknya fikiran totok-totok PAS ini.

Langsung tak boleh menerima dengan fikiran terbuka dan berlapang dada bahawa maksiat dan kemungkaran memang benar-benar berlaku di Serambi Mekah.

Sampai bila mahu disembunyikan kemungkaran didepan batang hidung didalam jubah yang makin lama makin singkat tu?

PAS memang cakap tak serupa bikin. Khakkkkkk ptuiiihhhhh!!!

Terima kasih pada blogger Kickdefella atas pendedahan berani mati yang berjaya membuatkan MB kelantan yang bermulut celupar jadi panas punggung tak senang duduk.



Saturday, February 12, 2011

Hari Valentine: Tahniah Untuk JAKIM dan Takziah Untuk PAS.



Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) baru-baru ni melancarkan melancarkan kempen 'Awasi Jerat Hari Valentine' yang bakal disambut setiap 14 Febuari.

Tujuannya adalah untuk memberi ingatan kepada umat Islam, terutamanya para remaja agar tidak meraikan hari yang kononnya khas diraikan untuk kekasih tu.

Kepada yang tak berapa nak tau, JAKIM adalah hasil daripada penyusunan semula Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS).

Mesyuarat Jemaah Menteri pada Oktober 1996 telah bersetuju dengan perakuan supaya BAHEIS, yang duduk dibawah Jabatan Perdana Menteri dinaikkan taraf menjadi sebuah Jabatan berkuatkuasa 1 Januari 1997. Dari situ la lahirnya JAKIM.

Senang cakap, wujudnya JAKIM adalah hasil usaha kerajaan yang diterajui UMNO. UMNO mahu melihat hal-ehwal dan keperluan berkaitan umat Islam di negara ini dapat diuruskan dengan lebih baik, efisen dan cekap. Tambahan pula Islam adalah agama rasmi negara.

Usaha JAKIM yang diterajui oleh pemimpin UMNO melancarkan kempen itu harus dipuji. Ini membuktikan bahawa UMNO sentiasa peka dalam membenteras perkara-perkaral yang boleh merosak, mencemar dan melemahkan agama Islam. 

Bila tengok UMNO, melalui JAKIM bersungguh-sungguh melancarkan kempen tersebut, PAS jadi panas punggung. Dengan tergesa-gesa PAS melalui Dewan Pemudanya pun melancarkan kempen yang sama. PAS tiru kempen tersebut bulat-bulat.

Tapi kasihan. Belum apa-apa, usaha Dewan Pemuda PAS tu serta-merta dibantah keras oleh rakan kesayangan mereka dari DAP. Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan at-Tantawi dibelasah teruk oleh Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke.


Apa kata Anthony?:
"DAP sama sekali tidak bersetuju dengan pendekatan yang diambil Nasrudin untuk melakukan “pemeriksaan tidak bermoral” terhadap pasangan pada sambutan Hari Kekasih. Ia melampaui kuasa ahli Pemuda PAS untuk melakukan penguatkuasaan sedemikian dan kempen itu tidak pernah dibincangkan dengan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pemuda DAP".

Kah!..kah!...Kah! Nampak sangat Pemuda DAP lagi 'power' dari Pemuda PAS. Pemuda PAS jangan nak pandai-pandai buat apa-apa yang Pemuda DAP tak setuju. Walaupun apa yang nak dibuat oleh Pemuda PAS tu adalah demi menjaga kesucian agama Islam yang langsung tak ada kena mengena dengan DAP.

Selama ni bukan main lagi cakap DAP dah makin faham Islam...DAP dah makin faham Islam. UMNO yang tolak Islam. Faham apanya kalau macam tu? Faham taik kucing!!? Ambik kau sebijik PAS.

Yang paling kelakarnya, bukan setakat Pemuda DAP saja yang tak setuju, pemimpin PAS sendiri pun ada jugak yang tak setuju. Siapa lagi kalau bukan Khalid Samad. Kata Khalid:
"Nasrudin tidak mempunyai kuasa untuk bercakap bagi pihak penguatkuasa kerajaan negeri jika undang-undang Islam dilaksanakan jabatan agama. Beliau (Nasrudin) tidak mewakili kerajaan. Jabatan agama negeri sentiasa membendung aktiviti-aktiviti tidak bermoral bukan sahaja pada Hari Kekasih".
Sekarang dah terbukti, UMNO la yang boleh diharap untuk menjaga dan mendaulatkan agama Islam di negara ni. 

Nak harapkan PAS? Kirim salam...nak menjahanamkan Islam boleh la. Kena sergah dengan DAP dah teketar-ketar kepala lutut. Pigiii dahhhh!

Horas!: Kita tunggu dan lihat tahun depan. Tidak mustahil kerana takutkan DAP dan hormatkan Khalid Samad...PAS akan cari jalan untuk menghalalkan umat Islam menyambut Hari Valentine.








Thursday, February 10, 2011

Fardhu Haji: Tak Perlu Lagi Ke Mekah Untuk Menunaikannya?

Mengapa? Tak percaya? Ini bukan cakap-cakap kosong ok. Nik Aziz suatu masa dulu pernah menyebut tentang perkara ini. Undi PAS 3 kali sama pahalanya dengan menunaikan haji. Perkara ni didedahkan sendiri oleh Ustaz Md Noor Deris. Baca disini.

Untung penyokong dan pengundi-pengundi PAS ye. Kalau nak buat haji, tak payah susah payah kumpul duit dan berhimpit-himpit dengan jutaan umat Islam yang lain di Mekah. Tak perlu tinggalkan anak isteri dan ahli keluarga lama-lama.

Tu semua buang masa, buang duit dan buang karen. Prosedurnya pun macam-macam. Mengapa perlu bersusah payah kalau jalan pintas untuk mendapatkan pahala seperti menunaikan haji dah ada depan mata?

Cukup dengan beratur sekejap dipusat-pusat mengundi yang ada calon PAS bertanding. Pastikan pangkah calon dari parti cap bulan. Istiqomah untuk melaksanakannya sebanyak tiga kali. Nah! pahala menunaikan haji dah pun ada dalam tangan. Mudah kan?

Macam-macam fatwa Nik Aziz dah keluarkan pasal kelebihan-kelebihan yang diperolehi kalau bagi undi kat PAS ni. Pengikut tegar pulak terima saja semuanya bulat-bulat tanpa dakwa dakwi.

Bagi pengikut-pengikut tegar ni, apa saja yang keluar dari mulut Nik Aziz wajib untuk diimani kerana ianya adalah benar belaka. Tiada yang tak benar melainkan benar-benar belaka.

Lepas ni Rukun Islam boleh la dibuat pengubahsuaian dan penambahan. Kalau sebelum ni Rukun Islam yang kelima ialah menunaikan haji ke Baitullah (Mekah), sekarang dah boleh ditambah menjadi menunaikan haji ke Baitullah (Mekah) atau mengundi Parti Islam Se-Malaysia sebanyak 3 kali.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Akan timbul diakhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat dari pada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis dari gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat).

Nauzubillah! Mintak kita semua dijauhkan dari orang-orang seperti yang dinyatakan hadis diatas.

Wednesday, February 9, 2011

Gila! DAP Mahu Pasukan Polis Sendiri?


Alkisahnya Menteri Besar Selangor yang dipelihara DAP, Tan Sri Khalid Ibrahaim @ Sahak Gobek bersungguh-sungguh mendesak kerajaan Persekutuan untuk membenarkan Kerajaan Selangor memiliki pasukan polis sendiri. sini

Apa tujuannya tidak dapat lagi dipastikan secara terperinci, tapi kesungguhan MB boneka ini mahu negeri Selangor memiliki pasukan polis sendiri memang mencurigakan. 

Pasti ada udang disebalik batu.

Orang yang paling buta politik pun boleh tahu pihak mana sebenarnya yang paling berkuasa di Selangor. Jadi tak mustahil cadangan untuk mewujudkan pasukan polis sendiri tu datangnya dari DAP. Tujuannya adalah untuk menjaga kepentingan mereka.

Bila dah ada polis sendiri senang la DAP nak kawtim. Maklum lah, Selangor ni macam-macam ada. Rumah urut, spa, pub, disko dan segala macam yang haram melambak-lambak. Polis pulak selalu buat operasi, jadi susah la nak cari makan. 

Khabarnya, aktiviti-aktiviti haram yang menyalahi undang-undang tu yang banyak menyumbang dana kepada DAP.

Jangan lupa, dulu Ronnie Liu pernah mengamuk sakan bila sebuah hotel bajet yang disyaki menawarkan khidmat seks di Puchong diserbu pihak berkuasa tempatan. Kalau tak ada kepentingan takkan cina rasis lagi komunis dari DAP tu boleh mengamuk.

Kerajaan persekutuan jangan sesekali layan permintaan gila macam tu. Mula-mula mintak pasukan polis sendiri, lepas tu mintak pulak nak buat undang-undang sendiri. Nanti tak mustahil pulak nak mintak tentera sendiri. 

Akhir sekali baru dimintaknya pulak kuasa autonomi.

Wei DAP! Banyak cantekkk lu orang punya muka...!




Mesti Baca: Luahan Hati Anak Muda Kelantan Terhadap Pemerintahan Nik Aziz 2.


Saya dikejutkan lagi dengan peruntukan tanah seekar yang diberi kerajaan negeri di tengah-tengah bandar Kota Bharu iaitu di Jalan Hamzah bagi membesarkan rumah ibadat kaum Hindu.

Terlalu ramai kah kaum Hindu di Kelantan sehinggakan rumah ibadat mereka yang baru sahaja siap dibina itu hendak diperbesarkan lagi?. Jika anda pernah menjejakkan kaki ke Kelantan, saya berani mengatakan amat sukar untuk mencari bangsa Hindu.

Apatah lagi kuil yang sedia ada ini sentiasa 'sunyi' dan jarang mendapat kunjungan kaum Hindu kerana sememangnya bilangan mereka amat sedikit.

Teringat saya ketika TG Nik Aziz melawat masjid di Kampung Berangan. Orang-orang kampung heboh sebentar apabila TG Nik Aziz hanya memberikan sumbangan RM50 ke dalam tabung masjid.

Kemudian beliau berangkat ke wat Siam di Tumpat setelah solat Jumaat dan mendermakan RM1,000 tanda keikhlasan dan hak sama rata kerajaan negeri.

Bagi mereka yang meragui saya boleh bertanya kepada orang-orang di Kampung Berangan yang merupakan kubu kuat Pas. Untuk yang lebih jelas silalah saudara sendiri ke mana-mana wat Siam @ kuil Hindu di Kelantan dan tanyalah sami di sana tentang 'prihatinnya' kerajaan Pas terhadap mereka.

Saya sedih. Mengapa untuk membina masjid orang Melayu Kelantan perlu bersusah payah ke sana-sini meminta derma, sedangkan kuil Hindu dan berhala mendapat bantuan. Zaman jahiliah kah ini.

Adakah hak sama rata itu menunjukkan jumlah masjid dan berhala perlu sama bilangannya? Pendapat peribadi saya, demi mendapat undi kaum lain, TG Nik Aziz perlu bertindak demikian.

Kuasa di tangan beliau. Susah sangat kah ingin menolak pembinaan berhala, sedangkan Nabi Ibrahim AS bergadai nyawa memusnahkannya. ALLAHUAKBAR!!! Parti politik semuanya sama.

Saya tidak menyokong Barisan Nasional kerana saya telah disemai sejak kecil lagi bahawa BN adalah kafir. Tapi sekarang saya merasakan semua kafir termasuklah Pas Kelantan.

Saya benci apabila Pas bergabung dengan DAP. Saya benci apabila Malaysia semakin jauh dari negara Islam apabila DAP berjaya memecah-belahkan UMAT ISLAM. Siapakah DAP?

DAP adalah anak kepada parti PAP Singapura.

Buktinya?

SEJARAH... Belajarlah sejarah.

Lagi buktinya?

Lee Kuan Yew telah pun datang melawat negeri yang dikuasai PAKATAN RAKYAT yang semakin hari semakin dekat menjadi miliknya.

YA ALLAH sesungguhnya aku kelu.

Hatiku pening... Mengapakah perpecahan umat Islam senang sahaja berlaku. Satukanlah mereka Ya Allah.

Bagi mereka dari Pas, Keadilan mahupun UMNO, sambutlah seruan Islam untuk bersatu padu.

Mengapa orang-orang DAP begitu menentang kerajaan perpaduan?

Kerana mereka bimbang Melayu bersatu. Mereka bimbang ISLAM bersatu kerana di Malaysia ini rata-rata Melayu adalah Islam.

Dengan segala ilmu yang saya ada mengenai Islam dan segala pemerhatian saya, DAP saya isytiharkan kafir harbi kerana telah banyak menggugat hak orang Islam.

Perniagaan babi... penghapusan tulisan Jawi di beberapa buah tempat... menghasut Islam bergaduh sesama sendiri... terlampau meminta-minta dan mendesak berhala dibina... bahkan berhala sekarang ini jauh lebih 'GAH' dibandingkan dengan masjid.

ALLAHUAKBAR... BELALAH KAMI... SATUKAN KAMI...

Ingatlah wahai pembaca Islam... apabila DAP berjaya, maka UMNO tidak mampu lagi mengawal MCA... GERAKAN... MIC dan lain-lain kerana semestinya mereka akan bersatu dengan DAP memandangkan DAP kuat dan boleh menjamin masa depan mereka... dan agama mereka di bumi Melayu... ALLAHUAKBAR... Bertindaklah umat Islam bersatulah sebelum terlambat.

Tiada satu pun Rasul yang diutuskan... tiada satu pun ulama yang dilahirkan... tiada sebuah ayat pun di dalam kalamullah yang menghalang perpaduan di antara mereka yang mengucapkan dua kalimah syahadah...

Sedarlah sekarang ini kaum kafir semakin berkuasa... buktinya... KUALA LUMPUR... PULAU PINANG... SINGAPURA... PERAK yang pernah dimiliki dan ditadbir oleh kuasa politik Melayu Islam secara majoritinya telah bertukar tangan kepada kaum kafir... Biasiswa JPA untuk Melayu ISLAM hanya tinggal 32 peratus selebihnya 62 peratus telah menjadi hak kaum kafir... bangunlah Melayu... bangkit... bangunlah Islam.

Hentikan ego... ALLAHUAKBAR!!!! BERKATILAH KAMI UMAT MELAYU ISLAM... BUKAKANLAH HATI KAMI UNTUK PERPADUAN SEBELUM TERLAMBAT"


Monday, February 7, 2011

Mesti Baca: Luahan Hati Anak Muda Kelantan Terhadap Pemerintahan Nik Aziz 1.

Assalamualaikum wbt. Saya memohon maaf jika artikel saya ini tidak berkaitan dengan tajuk, tetapi saya ingin juga menulis bagi meluahkan pandangan saya dalam arena politik kerana sesungguhnya agama dan politik tidak boleh sesekali dipisahkan.

Sebelum saya meneruskan, saya minta setiap pembaca menggunakan akal bagi membuat keputusan kerana itulah gunanya akal. Saya adalah pelajar yang berasal dari Kelantan dan bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Umur saya adalah hampir seusia dengan pentadbiran Pas di Kelantan iaitu 19 tahun. Datuk dan moyang saya adalah imam di sebuah kampung dalam daerah Pasir Mas/Tumpat. Setentunya keluarga kami adalah penyokong Pas yang amat setia sehinggakan TG Nik Aziz sendiri pernah beberapa kali menggunakan rumah antara ahli keluarga kami bagi mengadakan ceramah Pas.

Namun akhir-akhir ini keluarga kami agak 'pening' apabila memikirkan telatah beberapa pemimpin Pas yang seolah-olah sanggup menggunakan agama bagi meraih undi.

Inilah yang menyedihkan kami. Selama Pas bertapak di Kelantan, setahu saya Pas tidak pernah membina sebuah masjid pun bagi menjalankan syariat Allah di bumi Kelantan.

Kami sememangnya boleh menerima kenyataan bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai wang kerana kerajaan Pas adalah kerajaan yang bersih. Oleh itu keluarga kamilah antara keluarga yang aktif memberi sumbangan terhadap pembinaan masjid dan pembangunan beberapa sekolah tahfiz termasuk menyediakan tanah untuk membuat fasiliti dan tidak kurang juga sumbangan kewangan kerana keluarga kami diberi kurniaan rezeki yang murah dari Allah SWT.


Tetapi kami agak terkilan apabila 'berhala' kaum Buddha begitu aktif dibina di Kelantan. Dan yang lebih menyedihkan saranan Rasulullah SAW agar 'berhala' ini dibina lebih rendah dari menara masjid seolah-olah tidak dijalankan di negeri yang kami banggakan sebagai Serambi Mekah.

Seingat ayah saya, semasa kerajaan BN mentadbir Kelantan, permohonan kaum Siam untuk membina sebuah berhala di Kampung Berok, Pasir Mas tidak diluluskan kerana ketinggiannya yang agak menonjol. Lalu setelah dipohon lagi, maka kerajaan BN meluluskan dengan syarat;

1. Berhala itu tidak boleh dibuat menegak, tetapi perlulah dibaringkan.
2. Berhala hendaklah terlindung agar tidak mengganggu kaum Melayu di sekitarnya.

Tetapi di bawah kerajaan Pas mentadbir semakin banyak projek 'berhala' yang diluluskan di Kelantan. Berhala duduk yang berada di Jong Bakar, Tumpat telah diluluskan walaupun ketinggiannya menyamai 5 atau 6 tingkat bangunan.

Jadi kami agak terkilan, tetapi memandangkan kami inginkan sebuah kerajaan Islam, maka kami masih lagi menyokong kerajaan Pas, bahkan moyang kami telah mendermakan seutas tali lehernya yang bernilai beberapa ribu ringgit ketika ceramah Pas yang dianjurkan ketika saya di sekolah rendah sebagai tanda sokongan.

Tahun demi tahun berlalu dan sekali lagi kami dikejutkan dengan pembinaan berhala dekat dengan 'Kok Keli'. Dan apa yang menyedihkan lagi TG Nik Aziz sendiri yang datang merasmikan beberapa majlis keagamaan.

Kemudian sekali lagi kami dikejutkan dengan pembinaan terbaru 'berhala Buddha' terbesar di Asia Tenggara di Kampung Tawang, Bachok. Atas dasar ingin tahu, demi Allah, saya, ayah, ibu dan adik lelaki telah pergi ke wat Siam di Kampung Tawang yang menempatkan berhala yang terbesar di Asia Tenggara.

Ditakdirkan Allah, kami telah diberi penerangan oleh saminya sendiri yang datang kepada kami setelah melihat kami melawat berhalanya. Pakaian sami itu berwarna putih. Menurut tok sami itu ketinggian berhala ini menyamai 12 tingkat bangunan. Ketinggiannya melebihi 100 kaki dan diletakkan secara berdiri. Berhala ini dibina betul-betul bertentangan dengan kiblat solat.

Menurut sami itu lagi kerajaan negeri sendiri telah meluluskan projek itu dan telah memberi sumbangan sebanyak RM60 RIBU RINGGIT melalui wakilnya Datuk Anuar Tan.

Kami terkesima mengapa dengan mudah peruntukan diberikan untuk membina berhala, sedangkan Nabi Allah Ibrahim sendiri dengan kudrat Baginda memusnahkan berhala.

Tok sami itu memberitahu, bahawa pelancaran perasmian tokong Buddha itu akan disempurnakan oleh TG Nik Aziz sendiri pada 6 Jun 2009. Kami pun mengambil keputusan untuk pergi sekali lagi pada 6 Jun.

Tetapi Datuk Anuar Tan yang datang merasmikan kerana menurut orang kampung TG Nik Aziz ditegur oleh beberapa tok guru pondok agar tidak terlalu menonjolkan diri di rumah ibadat Siam.
Kami diberitahu kos pembuatan patung itu sahaja melibatkan belanja lebih daripada RM2 juta. Kami terkesima.

Kami terfikir syiar manakah ini? Hari demi hari berlalu, namun hati kami masih lagi pada Pas. "Kami mahukan sebuah parti Islam," desis hati kami. Pas telah sedarah dan sedaging dengan hati kami. Kami pejamkan sebelah mata.

Ditakdirkan ayah dan adik saya pergi menggunting rambut di sebuah kedai gunting warga Siam. Terkeluar hal politik ketika borak.

Ayah saya menanyakan beliau (tukang gunting) parti manakah yang disokong ketika pilihan raya dulu. Maka tukang gunting Siam itu mengatakan beliau menyokong Pas kerana tok sami mereka berpesan jika Pas menang sekali lagi pembinaan berhala yang besar akan diluluskan dan peruntukan akan diberi.

Kami benar-benar terkejut. Allah Maha Besar telah meletakkan keraguan dalam hati kami. Sebagai seorang yang berpelajaran dan diberi akal, saya telah memujuk hati saya sendiri agar menjadi 'neutral' dan membuang sebentar rasa taksub saya terhadap Pas.

Ianya memang sukar, tetapi saya gagahkan jua. Saya berfikir dalam isu berhala, 'parti' manakah yang benar-benar membela Islam di dalam isu yang sememang besar. BERHALA!!!

Tuesday, February 1, 2011

Ahli Majlis MPKj Buat Apa?

Penduduk Taman Anggerik Villa 2 di Kajang kecewa dan sakit hati bila Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) main tarik-tarik tali dengan pemaju. Masalah penyelenggaraan dan pengurusan tak pernah selesai kat taman tu.

Bila penduduk mengadu pada MPKj, MPKj kata taman tu dibawah bidang kuasa pemaju. Bila penduduk mengadu kat pemaju, pemaju kata taman tu dibawah bidang kuasa MPKj pulak. Alahai..mana satu yang betul?

Kesian penduduk, dah la sampah pukal tak tentu masa dikutip. Rumput dan semak samun pun kadang-kadang potong kadang-kadang tak. Itu belum masuk masalah-masalah lain. Longkang tersumbat la, bekalan air selalu putus la, lampu jalan tak menyala la dan macam-macam lagi.

Bila mengadu, kena tendang macam bola pulak. Pergi ke MPKj kena tendang ke pemaju, pergi ke pemaju kena tendang balik ke MPKj. Akhirnya hati sendiri yang sakit. Naya sungguh.

Di Balakong lain pulak ceritanya. Warga asing makin bebas berniaga di lot kedai Taman Sri Indah. Bayangkan, dari 12 buah lot kedai yang ada disitu, 7 daripadanya disapu oleh warga asing. Ada yang jual makanan dan ada yang jual minuman.


Yang jual sireh pun ada. Sampai kawasan sekitar bertompok-tompok merah kesan ludah sipemakan sireh. Yakss! kotornya.

Peniaga tempatan yang berniaga di 5 lot lagi pendapatannya makin ciput. Macam mana tak jadi ciput, warga tempatan dah tak mau datang lagi makan disitu. Tak mau datang pasal tempat tu dah jadi tak selesa sebab dipenuhi oleh warga asing dari Myanmar, Nepal Vietnam dan Bangladesh.

Kaum perempuan lagi la tak berani nak datang. Si warga asing yang jantan berani pulak menganggu mereka. Memandang perampuan pun macam nak ditelannya. Maklum la, bini sendiri semuanya tinggal kat kampung di negara masing-masing.


MPKj patut atasi masalah ni cepat-cepat. Ambil tindakan tegas dengan batalkan terus lesen-lesen individu yang memajakkan lesen mereka pada warga asing ni. Jangan biarkan peniaga-peniaga tempatan terus tersepit.

Oh ya! Ahli Majlis kawasan terbabit buat apa ye? Tak nampak ke buat-buat tak nampak? Ahli-ahli Majlis dari PR ni memang terkenal dengan kesibukan berpolitik 24 jam sehari, tujuh hari seminggu dan 365 setahun. Habis semua nak dipolitikkannya dari hal negeri sampai negara. Tapi masalah dikawasan sendiri tak terjaga dan tak terselesaikan..cehhh!...

Sumber: Harian Metro