Thursday, April 28, 2011

PKR Jual Nama Datuk Harun Din Untuk Memfitnah



Ibarat anjing yang sudah biasa makan tahi, maka tahi jugalah yang akan dicarinya. Begitu juga kalau sudah biasa dan ketagih menipu maka akan menipu sajalah kerjanya. 

Samalah halnya dengan akhbar mingguan PKR, Suara Keadilan, kalau tak menipu memang tak sah. Apa kesan penipuan itu, mereka tidak peduli. Yang penting nafsu untuk menipu dan berbohong kepada rakyat mesti dilempiaskan...barulah mereka puas dan jiwa mereka jadi tenang.

Semalam akhbar Suara Keadilan telah menggunakan nama Datuk Haron Din untuk memburuk-burukkan Utusan Malaysia. Kononnya Timbalan Mursyidul Am PAS tersebut mengatakan haram hukumnya membaca akhbar Utusan Malaysia.

Juak-juak Pakatan Haprak pun apa lagi, dapat tahu sahaja berkenaan apa yang ditulis oleh Suara Keadilan, terus bersorak riang gembira sambil menyumpah seranah dan memaki hamun Utusan Malaysia tanpa sebarang usul periksa.

Tapi riang gembira juak-juak Pakatan Haprak sekejap sahaja kerana tidak lama selepas itu Datuk Haron Din menjelaskan bahawa ada pihak-pihak tertentu telah memutar belit kenyataan beliau. Beliau tidak pernah sama sekali mengatakan bahawa haram hukumnya membaca akhbar Utusan Malaysia.

Kata Datuk Harun Din, beliau hanya diminta mengulas mengulas perkara-perkara yang kini tersebar didalam media massa, dan sepanjang memberi ulasan dia sama sekali tidak pernah menyebut seperti apa yang dilaporkan oleh suarakeadilan tersebut. Malah Datuk Haron Din juga mengatakan bahawa beliau sendiri pun membaca Utusan Malaysia.

Nampaknya Suara Keadilan telah dilanda penyakit suka menipu yang serius dan amat kronik. Ada saja ruang dan peluang untuk menipu...mereka akan menipu. Dan lebih teruk lagi, mereka libatkan dan jual pula nama individu atau pihak lain dengan fitnah mereka.

Tidak lama dulu Keadilandaily.com membuat fitnah dengan mengatakan pihak polis telah mengesahkan bahawa lelaki dalam video seks yang didedahkan oleh trio 'Datuk T' bukan Anwar Ibrahim. Tapi apabila mereka tahu kenyataan itu boleh memberikan implikasi undang-undang, makacepat-cepat mereka padamkannya.

Nampaknya Parti Kencing Rakyat ini tak pernah serik. Kini nama Datuk Haron Din pula mereka jual dan gunakan. Sebenarnya yang patut dijatuhkan hukum haram dibaca adalah portal Keadilandaily dan akhbar mingguan Suara Keadilan sendiri. 

Elok dikuburkan sahaja kedua-dua penyebar berita penipu dan pemfitnah milik Parti Kencing Rakyat tersebut.






Tuesday, April 26, 2011

Untungnya Anwar Ibrahim...



"Untungnya Anwar, walaupun dia dah kantoi kerana menutuh dubur pemandu peribadi isterinya, Azizan Abu Bakar...penyokong Pakatan Haprak tetap sayang dan mahu beliau jadi Perdana Menteri....."

"Untungnya Anwar, walaupun dia dah kantoi kerana menutuh dubur penulis ucapannya, Dr Munawar Anees...penyokong Pakatan Haprak tetap sayang dan mahu beliau jadi Perdana Menteri....."

"Untungnya Anwar, walaupun dia dah kantoi kerana menutuh dubur adik angkatnya, Sukma Darmawan...penyokong Pakatan Haprak tetap sayang dan mahu beliau jadi Perdana Menteri......"

"Untungnya Anwar, walaupun dia dah kantoi kerana menutuh dubur tukang jahit isterinya, Meor Abdul Razak...penyokong Pakatan Haprak tetap sayang dan mahu beliau jadi Perdana Menteri....."

"Untungnya Anwar, walaupun dia dah kantoi kerana menutuh dubur penulis pidatonya, Hairani Nafis,...penyokong Pakatan Haprak tetap sayang dan mahu beliau jadi Perdana Menteri....."

"Untungnya Anwar, walaupun dia dah kantoi kerana menutuh perempuan pelacur didalam satu rakaman video...penyokong Pakatan Haprak tetap sayang dan mahu beliau jadi Perdana Menteri....."

"Untungnya Anwar, walaupun dah entah berapa ramai lelaki dan perempuan ditutuhnya depan dan belakang...penyokong Pakatan Haprak tetap sayang dan mahu beliau jadi Perdana Menteri....."

"Untungnya Anwar, kerana memiliki penyokong yang buta mata dan hati...yang akan percaya dengan apa juga kata-kata penipuan beliau....."

"Tambah beruntung Anwar, kerana walaupun moral dan akhlaknya hancur...PAS yang kononnya mahu memperjuang dan memartabatkan Islam dinegara ini tetap membela, menyokong dan mahu beliau jadi Perdana Menteri....."

Namun kita yang tidak menyokong Pakatan Haprak ini masih beruntung juga kerana Anwar Ibrahim yang sanggup mengkhianati keluarganya sendiri...yang gemar dan ketagih meliwat...yang suka meratah tubuh perempuan lacur...yang suka memburuk-burukkan Malaysia di luar negara...yang mempunyai hubungan akrab dengan Zionis...yang menyokong pluralisme dan yang entah apa-apa lagi...dengan kehendak Allah masih gagal untuk menjdi Perdana Menteri dinegara yang tercinta ini.

Bersyukurlah..!!!



Sunday, April 24, 2011

Isu Video Seks: PAS Ketakutan Bila Kena 'Warning' Dengan Azmin Ali.



Baru-baru ini, dalam satu sidang media di ibupejabat PAS, Mustafa Ali ada membuat kenyataan bahawa PAS akan mengkaji semula kedudukan mereka didalam pakatan rakyat sekiranya jika hasil siasatan pihak polis mengesahkan bahawa Anwar Ibrahim memang benar-benar terlibat dalam video seks yang didedahkan oleh trio 'Datuk T' tidak lama dulu.

Bagaimanapun, semalam, Setiausaha Agung PAS itu secara tiba-tiba telah membuat penafian yang dia ada membuat kenyataan berkenaan. Beliau kemudiannya terus menuduh akhbar Utusan Malaysia dengan niat jahat telah memutar belit kenyataannya.

Juak-juak PAS pun apalagi...seperti biasa, tanpa bertangguh dan usul periksa terus melompat bangun memaki hamun serta menuduh Utusan Malaysia sebagai akhbar pemutar belit, lidah syaitan dan bermacam-macam lagi kata-kata kesat.

Akhirnya, apa sebenarnya yang berlaku telah terdedah dan juak-juak PAS akhirnya malu sendiri. Yang berputar dan berbelit-belit macam ular sebenarnya adalah Mustafa Ali. Beliau tidak mengaku membuat kenyataan itu akibat ketakutan dan menggelabah setelah mendapat tahu Azmin Ali mengamuk sakan apabila mengetahui apa yang telah keluar dari mulutnya dalam sidang media tersebut.

Tidak cukup dengan itu, Azmin turut menuntut penjelasan segera daripada Mustafa.

Bagi menyelamatkan keadaan dan meredakan kemarahan Timbalan Presiden PKR tersebut, maka cepat-cepatlah beliau menuduh Utusan Malaysia memutar belit kenyataanya. Beliau dengan niat kotor mahu menjadikan Utusan Malaysia sebagai kambing hitam.

Namun beliau sendiri yang akhirnya terperangkap kerana selain Utusan Malaysia, akhbar-akhbar yang lain juga turut melaporkan perkara yang sama. 

Malah Malaysiakini dan The Malaysian Insider yang selalunya menjadi 'kitab' rujukan juak-juak Pakatan Haprak turut melaporkan apa yang beliau cuba nafikan. Adakah kedua-dua portal yang diketahui suka menghentam kerajaan dan pro kepada Pakatan Rakyat tersebut juga telah berpakat dengan Utusan Malaysia untuk memutar belit kenyataan Mustafa Ali?

Nampak sangat PAS cukup takut kepada PKR. Itu baru Azmin Ali yang mengamuk...dan PAS sudah lintang pukang ketakutan. Cuba bayangkan kalau Lim Kit Siang atau Karpal Singh pula yang mengamuk, rasanya bukan setakat Mustafa Ali sahaja yang menggigil ketakutan...silap-silap Hadi Awang dan Nik Aziz sendiri boleh terkucil dalam seluar.

Inikah parti yang nak diharapkan untuk memartabat dan membela agama Islam jika ditakdirkan Pakatan Haprak memerintah negara ini? Kirim salam saja lah!



Siapa Sebenarnya Yang Tiada Harga Diri Dan Mudah Dibeli?

Mungkin kerana sudah habis modal untuk menyerang UMNO, kini juak-juak Pakatan Haprak sedang giat pula memfitah dan menuduh UMNO mudah dibeli oleh rakan-rakan pakatannya didalam BN. Mungkin yang mereka maksudkan mudah membeli UMNO itu MCA, Gerakan, MIC atau parti-parti lain yang didominasi oleh bukan Melayu.

Kononnya demi untuk mendapatkan kuasa politik UMNO sanggup melakukan apa sahaja, hatta menggadaikan kepentingan agama dan bangsa sendiri. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menghilangkan keyakinan dan menimbulkan rasa benci orang-orang Melayu kepada UMNO.

Yang anehnya, semenjak bila pula "Melayu-Melayu" PAS dan PKR dalam Pakatan Haprak prihatin dengan nasib bangsa sendiri? Pelik bukan? Bagaikan seekor sesumpah...mereka boleh berubah dalam sekelip mata mengikut kepentingan poltik semasa. 

Pada juak-juak PKR, bukankah dulu...hanya kerana mahu membodek DAP, pemimpin-pemimpin kamu telah beriya-iya menjerit dan menyalak mahu hak istimewa Melayu dihapuskan? Tidak cukup dengan itu, menggila  pula mahu dasar ekonomi yang memberi sedikit kelebihan kepada Melayu dimansuh serta dihapuskan? Malah pada satu tahap mereka sanggup menentang raja-raja Melayu yang selama ini menjadi payung bangsa?

Pada juak-juak PAS pula, bukankah pemimpin-pemimpin kamu sendiri yang mengutuk dan menuduh UMNO assobiyah kerana mengutamakan hak-hak Melayu dalam beberapa hal tertentu? Siapa yang sanggup tergolek dan berguling-guling ditengah jalan memprotes bagi pihak DAP apabila kerajaan Pakatan Haprak tumbang di Perak dan kembali kepada UMNO dan BN? 

Di Selangor, bukankah PAS dan PKR yang bersetuju dengan cadangan DAP agar arak dijual dikawasan majoriti Islam dan Melayu? Bukankah PAS dan PKR yang berdiam diri apabila beribu-ribu rumah-rumah urut, spa dan pusat hiburan haram yang boleh menjahanamkan anak bangsa tumbuh subur? Siapa yang tiada harga diri dan mudah dibeli sebenarnya?

Kerana sikap PAS dan PKR lah yang menyebabkan bangsa-bangsa lain berani menghina dan membuat kenyataan-kenyataan yang meluka dan menyakitkan hati orang-orang Melayu. Tapi kini biawak-biawak hidup ini tiba-tiba pula mahu menjadi juara dalam memperjuangkan bangsa, walaupun sebelum ini mereka sendirilah yang paling banyak mempertikai dan menggadai hak-hak Melayu di negara ini?


Jawapannya mudah, kerana biawak-biawak berkaki dua ini sudah tahu, nampak dan dapat merasakan yang orang-orang Melayu, termasuklah yang berada dalam parti mereka sendiri sudah mula muak dan benci dengan cara dan rentak politik PAS dan PKR yang sanggup menjual maruah bangsa semata-mata hanya kerana mahu menjaga hati DAP.

Untuk menyelamatkan keadaan dan mengembalikan semula kepercayaan orang-orang Melayu, maka terpaksalah mereka berlakon dan berpura-pura memperjuangkan hak dan nasib bangsa. Dan tanpa sedikitpun rasa malu, mereka katakan pula UMNO tiada harga diri dan mudah dibeli......kkhhaaakkkkk ppttuuiiihhhhh!



Thursday, April 21, 2011

ISU Video Seks: Pakar Korea Selatan Sahkan Lelaki Dalam Video Sepadan Dengan Anwar



Video Seks :’Sepadan Dengan Anwar Ibrahim’ – Agensi penyiaran Korea Selatan

KUALA LUMPUR: Sebuah agensi penyiaran terkemuka Korea Selatan yang menganalisis rakaman video seks seorang lelaki didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan wanita dipercayai warga asing, mendapati pelaku dalam rakaman itu sepadan dengan Ketua Pembangkang berkenaan berdasarkan perincian saiz tubuh beliau dalam rekod polis.

Keputusan analisis visual dan teknikal video berkenaan diperoleh oleh pasukan penyiasat khas yang diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani pada 10 April lalu selepas menghantar sampel rakaman berkenaan kepada agensi itu pada 4 April.

Difahamkan antara kaedah yang digunakan bagi membantu siasatan dan pengecaman individu dalam rakaman itu ialah melalui sistem biometrik (mesin imbasan diri berkomputer)

Sumber memberitahu Berita Harian, keputusan analisis dikeluarkan 9 April lalu dan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara dalam masa terdekat.

Selain itu, polis juga sudah mengenal pasti lokasi rakaman berkenaan, iaitu di sebuah kondominium di pinggir ibu negara, selain menyiasat wanita warga asing dalam rakaman video itu, di percayai penuntut sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), di sini.

“Polis hanya menjalankan siasatan bagi mengenal pasti keshahihan sama ada lelaki dalam rakaman itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim atau bukan”, katanya semalam.

Katanya, siasatan polis tidak terlalu memfokuskan pada isu jam tangan Omega, dipercayai milik Anwar yang ditemui dalam bilik video berkenaan dirakam, tetapi setakat ini ia dikesan dibeli di Taiwan pada tahun 2004.

“Isu jam itu tidak begitu penting. Namun berdasarkan pemeriksaan dengan wakil pengedar di Taiwan, ia hanya mula merekodkan identiti pemilik pada 2008. Justeru, jika ia dibeli pada 2004, amat sukar untuk polis mengenal pasti pemiliknya, kecuali pemilik sendiri secara sukarela mendaftarkan jam itu,” katanya.

Mengenai lokasi rakaman, sumber itu berkata, siasatan kini hampir selesai selepas polis menjalankan pemeriksaan di kondominium berkenaan, termasuk soal siasat terhadap 40 individu sebelum menyerahkan keputusan siasatan awal kepada Pejabat Peguam Negara.

Selain itu, polis akan memberikan tumpuan awal penyiasatan terhadap ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Shuib Lazim yang dipercayai turut berada dalam rakaman itu.

Mereka mungkin juga menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana menayangkan rakaman video lucah.

Pada 23 Mac lalu, mereka bersama bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, membuat pengakuan merekalah ‘Datuk T’ yang bertanggungjawab menayangkan rakaman video berkenaan kepada media.

Polis mungkin akan memanggil Anwar sekali lagi bagi memberi keterangan selepas kali pertama beliau diarahkan berbuat demikian ketika membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, pada 22 Mac lalu.

Perkembangan terbaru mengenai keputusan itu dijangka diumumkan Polis Bukit Aman dalam masa terdekat selepas hasil siasatan kes diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.

Berita Harian, 21 April 2011

Nampaknya kini Anwar Ibrahim semakin tersepit dan terhimpit. Sudahlah jam Omega yang dicanang kononnya masih ada dalam simpanan sampai sekarang masih tak mampu nak tunjuk, tiba-tiba muncul pulak masalah lain. 

Mungkin ketika ini Anwar sedang ligat memutar otak untuk memikirkan apa pula alasan yang boleh beliau beri bagi melepaskan tengkuknya yang semakin terjerut.

Tak mustahil kalau lepas ni Anwar akan bagi alasan saiz punai lelaki dalam video berkenaan lebih besar dari saiz punainya yang sebenar. Atau Anwar mungkin beri alasan cara dan aksi lelaki dalam video berkenaan mengawan tidak sama dengan cara beliau mengawan dan ianya dengan pantas akan disahkan oleh Chegubard yang amat arif tentang bagaimana gaya dan cara Anwar menutuh perempuan. Klik disini

Pada para wartawan, sekiranya selepas ini Anwar memanggil anda kesidang media beliau dan ditakdirkan ketika itu alasan diatas digunakan, harap tidak meminta Anwar menunjukkan punainya sebagai bukti. Tidak seperti jam Omega...punai beliau memang 100% benar-benar ada pada beliau. Dikhuatiri dalam keadaan terdesak Anwar akan menunjukkannya kepada anda...kah kah kah kah kah!

Untungnya Anwar kerana juak-juak Pakatan Haprak akan percaya dan menerima apa saja alasan yang beliau beri kerana rata-rata mereka memiliki kebodohan yang bertingkat-tingkat dan bingai yang berlapis-lapis selain mempunyai sikap tidak mahu berfikir langsung.

Nik Aziz juga pada ketika ini mungkin sedang berusaha memikirkan apa-apa alasan yang dirasakan mampu membela Anwar dan pada masa yang sama mengelirukan orang ramai. Kalau dahulu Nik Aziz mengaitkannya dengan gangguan syaitan ketika dijamban dan persetubuhan suami isteri. Mungkin kali ini sebuah reban ayam dan keadaan Pantai Cahaya Bulan pula dikaitkan. Klik disini

Kita lihat apa pula bunga silat mereka kali ini.



1Melayu, 1Bumi...Inilah Yang Amat Menakutkan DAP

Parti rasis DAP dari dulu sehingga kini sentiasa berusaha untuk memecah belahkan Melayu di negara ini. Keadaan Melayu yang berpecah didalam tiga parti pada hari ini ibarat satu bonus kepada DAP kerana ianya memudahkan apa yang telah mereka usahakan sekian lama.

Persetujuan PKR dan PAS bergabung dengan mereka bagi membentuk Pakatan Rakyat disambut dengan riang gembira dan sepenuh hati oleh DAP. Ibarat orang mengantuk, mana mungkin DAP akan menolak jika sudah disorongkan bantal. Kecil tapak tangan, nyiru Lim Kit Siang anak beranak tadahkan.

Samada kita sedar atau tidak, Melayu-Melayu yang ada didalam PAS dan PKR, dek kerana kebodohan yang tidak terhingga telah merelakan diri mereka digunakan oleh DAP sebagai senjata untuk menikam UMNO yang selama ini telah bermati-matian mempertahankan segala hak-hak Melayu...termasuklahlah hak-hak Melayu didalam PAS dan PKR serta anak cucu mereka 

Perpecahan Melayu yang sudah sekian lama ditunggu-tunggu ini akan memudahkan DAP untuk menguasai politik tanahair ini dan sekaligus akan memudahkan mereka untuk melaksanakan idealogi agung mereka, Malaysian Malaysia...yang matlamat dan tujuan utamanya adalah untuk menghapuskan segala hak dan keistimewaan yang selama ini dinikmati oleh orang-orang Melayu.

Itukah yang kita mahu? 

Jika anda semua tidak mahu itu berlaku maka gesaan Utusan Malaysia agar umat Melayu yang ada dibumi bertuah ini, tanpa mengira latar politik bersatu padu demi kelangsungan bangsa harus kita semua sambut dengan penuh semangat. Melayu perlu disatukan!

Kepada sesiapa yang tidak berkesempatan membaca apa yang ditulis oleh Datuk Zaini Hassan, Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan berkenaan 1Melayu 1Bumi, bolehlah membacanya dibawah ini.


Ayuh! Gerakkan segera 1Melayu, 1Bumi

ORANG Cina telah bersatu. Keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak telah membuktikannya. Malah, sebenarnya orang Cina telah pun bersatu sejak dulu lagi.

Perkembangan politik muaasir (kontemporari), selepas era-Mahathirisme dan semasa era-Abdullahisme telah membuktikan ikatan orang Cina lebih utuh dan berpadu. Hubungan kekitaan, kekeluargaan serta brotherhood dan ukhwah orang Cina lebih erat, tanpa boleh ditandingi oleh mana-mana kaum di atas muka bumi Malaysia ini.

Walaupun antara mereka berlainan haluan politik, tapi apabila sampai masa menentukan arah untung nasib kaum Cina – mereka akan bersatu atas pangkahan undi yang sama.

Dalam ekonomi, mereka membantu antara satu sama lain. Dari sekecil-kecil ekonomis kepadalah yang sebesar-besarnya, mereka akan tolong-menolong antara satu sama lain.

Budaya telah berjaya menyatupadukan orang Cina. Dalam masyarakat Cina tiada istilah bidaah yang boleh memesongkan mereka daripada soal budaya dan adat resam bangsa. Bahasa Cina diangkat tinggi, malah ada yang kata orang Cina yang tidak boleh membaca Cina pun akan turut membantu membeli akhbar Cina. Maka itu, akhbar Sin Chew Jit Poh – suara keramat orang Cina, menjadi antara akhbar yang paling tinggi edaran dan keuntungannya di Malaysia.

Sekolah Cina terus dijadikan sebagai cagaran politik utama – yang tidak boleh dikompromi sama sekali.

Pendek kata, orang Cina sebenarnya amat beruntung sekali berada di bumi Malaysia ini. Mereka telah menguasai segala-galanya. Sepuluh teratas orang mereka adalah bilionaire Malaysia. Sebahagian besar kedai yang ada di atas muka bumi Malaysia ini milik mereka. Hampir semua pelajar yang belajar di universiti swasta dan IPTS ternama dan mahal-mahal di negara ini rata-ratanya orang mereka.

Saya telah nyatakan perkara itu dalam Cuit bertajuk Apa lagi orang Cina mahu? tahun lepas. Tulisan itu dipetik sepenuhnya oleh akhbar Straits Times Singapura dan surat pembaca yang saya terima dari republik itu menyokong penuh tulisan itu.

Apa yang saya katakan ini adalah hakikat atau fakta.

Hanya kuasa mutlak politik yang belum dikuasai sepenuh oleh orang Cina, yang lain semua sudah. Kini DAP membawa slogan yang cukup hebat di kalangan masyarakat mereka iaitu Undi untuk Ubah, Enough is Enough (Cukuplah) dan Selamatkan Malaysia.

Slogan itu sebenarnya bukan ditujukan kepada orang lain, tapi khususnya kepada orang Cina. Terpapar megah di dada baju penyokong dan calon DAP dalam pilihan raya Sarawak supaya diubah kepimpinan Melayu Malaysia ini.

Terus terang saya katakan, saya amat menyanjungi orang Cina. Mereka mempunyai matlamat dan masa depan yang cukup jelas. Walaupun tindakan itu berbau politik atau bukan, soalnya mereka cukup bersatu. Politik digunakan sebaik-baik mungkin untuk menyatupadukan kaum itu.

Kita jangan salahkan DAP. Apa yang DAP lakukan itu amat betul untuk masa depan kaumnya. Jika Pas dipergunakan oleh DAP untuk memecahkan bangsanya sendiri, itulah operatif licik DAP.

DAP telah berjaya menjadi parti Cina yang telah menyatupadukan orang Cina. MCA gagal dan SUPP pun gagal. Itu hakikat atas kertas. Malah seorang sahabat saya berbangsa Cina, pengarang sebuah akhbar ternama bersetuju bahawa orang Cina kini ke arah menyokong pembangkang. Pilihan Raya Umum Ke-13 akan digunakan sepenuhnya untuk menyatukan kuasa mereka.

Sebaliknya apa yang orang Melayu buat? Tiada apa-apa. Mereka ialah satu bangsa yang cukup selesa, komplesen, alpa dan tidak peduli. Malah pemikiran mereka cukup bercelaru.

Apa yang harus UMNO lakukan? UMNO harus berfikiran seperti DAPkah?

Pandangan saya, apa yang UMNO harus lakukan sekarang, di masa yang amat terdesak sekarang, ialah melancarkan gelombang perpaduan bangsa – 1Melayu, 1Bumi.

Lancarkan segera 1Melayu, 1Bumi dalam lingkungan UMNO dan parti-parti Melayu yang lain.

Jika Pas degil dan tidak mahu ikut serta, gabungkan dengan puluhan NGO-NGO Melayu yang kini tumbuh bagaikan cendawan di atas bumi Malaysia ini. Perlu diingat NGO-NGO itu wujud kerana mereka dahagakan wadah perjuangan untung nasib bangsa semakin ditinggalkan. UMNO harus tarik pertubuhan sukarela ini ke hadapan dan menjadi juara semula dalam soal ini.

Persetankan Pas yang ternyata telah menggadaikan perjuangan bangsa Melayu untuk kepentingan politik totok mereka. Hairan sungguh, para penyokong Pas akan menjadi lebih kuah daripada sudu semasa berkempen, dan mereka tidak pernah sedar bahawa secara senyap-senyap DAP cukup strategik mempermainkan mereka.

Saya kira, sekiranya lima kerusi Pas di Sarawak itu ditandingkan di kawasan Cina sudah pasti mereka akan menang dan ada wakil dalam dewan undangan negeri. Tapi DAP telah mempermainkan mereka. Pas diletakkan di kawasan kaum bumiputera, bagi membolehkan kaum bumiputera terus berpecah. Pas seperti biasa, tidak sedar semua itu.

Dalam usaha meniupkan gelombang 1Melayu, 1Bumi, tidak salah 1Malaysia diteruskan kerana ia adalah dasar jangka panjang negara. Parti komponen Cina dalam BN pun tidak akan marah jika UMNO melancarkan gagasan 1Melayu, 1Bumi kerana bagi mereka orang Cina telah pun bersatu.

Tidak salah bagi orang Melayu melancarkan seruan 1Melayu, 1Bumi kerana orang Melayu sendiri belum bersatu.

Dalam tulisan-tulisan saya sebelum ini, saya ada mengatakan orang Melayu berpecah kepada enam golongan. Melayu UMNO, Melayu Pas, Melayu PKR, Melayu DAP, Melayu Liberal dan Melayu Atas Pagar.

Orang Melayu cukup berpecah. Orang Cina tidak akan marah sekiranya orang Melayu bersatu kembali. Mungkin DAPlah yang tidak selesa kerana matlamat mereka untuk memecah-belahkan lagi orang Melayu akan gagal.

Bagi DAP, selagi konsep Malaysia Malaysian mereka tidak berlaku, selagi itu mereka akan berusaha keras untuk menjayakannya.

UMNO harus meniupkan gagasan 1Melayu, 1Bumi ini segera. Orang Melayu harus disatukan segera bagi memastikan mereka menguasai semula politik yang semakin terhakis daripada tangan mereka.

Walaupun Melayu berpecah, namun ada lagi suara-suara segelintir yang amat sayangkan bangsa. Seorang sahabat umpamanya, menghantar SMS semasa tulisan ini ditulis berbunyi: “Tolong tulis...BN jangan lagi bagi kawasan majoriti Melayu kepada wakil MCA, Gerakan dalam PRU akan datang... cukup sudah pengorbanan UMNO yang dibalas dengan tuba. MCA dan Gerakan WAJIB akur kerana kalau mereka kalah dengan DAP, wakil mereka tak perlu dilantik dalam kerajaan...”

Itu ialah suara marah. Orang Melayu marah. Tapi kita harus rasional. Susun semula barisan dan gelombang satukan orang Melayu.

Saya bercakap bagi pihak bangsa saya. Gagasan inilah yang turut dimainkan oleh sahabat saya, saudara Ridhuan Tee Abdullah, seorang mualaf Cina yang cukup kental jiwa ultra-Melayunya. Orang Cina amat tidak menggemari beliau di atas semangat assabiyah Melayu beliau itu.

Namun bagi Ridhuan, dan orang Melayu yang lain, mereka amat khuatir dengan perkembangan mutakhir yang berlaku di negara ini sekarang.

Namun, penghargaan harus diberi kepada kaum bumiputera Sarawak yang telah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan begitu betul sekali.

Saya angkat topi kepada kaum bumiputera Sarawak yang dilihat lebih matang daripada orang Melayu di Semenanjung. Sekiranya mereka tidak bersatu dalam pilihan raya 16 April lalu, maka Sarawak sudah tentu akan jatuh ke tangan orang lain.

Orang bumiputera Sarawak telah memberi satu petunjuk yang amat berharga supaya diikuti oleh kaum Melayu di Semenanjung.

Namun, orang Melayu Semenanjung berpecah enam. Mereka masih lagi berpecah enam.

Oleh itu menjadi kewajipan UMNO; atas nama pejuang-pejuangnya yang terdahulu; dan sebagai parti induk orang Melayu; lancarkan segera slogan 1Melayu, 1Bumi bagi menggerakkan semula gelombang kebangsaan bangsa itu.

Melayu harus dan wajib disatukan kembali sebagaimana kita mahu satukan orang Malaysia di bawah semangat 1Malaysia. Tiada makna adanya 1Malaysia, jika orang Melayu sendiri pun berpecah.

Kini terletak dalam tangan UMNO untuk menentukan hidup atau mati bangsa ini.

Orang Cina sudah ada 1Cina dalam erti kata tersendiri. Orang Melayu pun perlu ada 1Melayu, 1Bumi. 

Ayuh gerakkan!


Wednesday, April 20, 2011

Raja Petra Kamarudin Sudah Murtad?



Ada desas-desus yang tersebar mengatakan Raja Petra Kamarudin (RPK) telah meninggalkan agama Islam atau murtad. 

Betul atau tidak penulis blog kontroversi yang lari meninggalkan negara ini kerana menjadi buruan polis itu memang benar-benar sudah murtad atau tidak...wallahu 'alam. Horas! tidak dapat mengesahkannya.

Tapi Horas! percaya desas-desus tersebut muncul kerana nama RPK terdapat dalam senarai mereka-mereka yang telah meninggalkan Islam seperti yang terdapat di laman wikiislam.net. Klik disini. 

Mungkin juga nama yang terdapat didalam wikiislam tersebut adalah milik orang lain yang kebetulan pula memiliki nama yang sama dengan beliau. Kita tidak boleh menafikan kemungkinan itu.

Tapi jika dilihat dan diteliti maklumat yang terdapat dilaman web tersebut, nampak seolah-olah benar nama Raja Petra Kamarudin itu adalah milik penulis blog berkenaan. 

Ada sesiapa boleh sahkan?



Kepada Juak-Juak PAS Dan PKR, Sedarlah Diri




Juak-juak PAS dan PKR selalu perasan kononnya Pakatan Haprak diterima baik oleh masyarakat bandar sementara UMNO atau BN pula tidak diterima. Kata mereka itu disebabkan masyarakat bandar mempunyai taraf pendidikan yang lebih tinggi, terdedah kepada banyak sumber maklumat dan lebih bijak dan pandai membuat penilaian.

UMNO dan BN pula kata mereka hanya diterima dikawsan luar bandar seperti di felda-felda dan kampung-kampung yang dihuni Melayu totok. Mereka tuduh dan hina pula masyarakat Melayu yang tingal dikawasan felda dan dikampung-kampung sebagai tidak berpendidikan, bodoh serta buta maklumat kerana masih mahu dan kekal memberikan sokongan kepada UMNO atau BN.

Pada juak-juak PAS dan PKR, sedarlah...kamu semua sebenarnya silap besar dan berada dalam keadaan bodoh yang melampau jika mengatakan Pakatan Haprak diterima dikawasan-kawasan bandar. Penduduk bandar yang majoritinya adalah kaum Cina sebenarnya tidak menerima Pakatan Haprak secara total. Mereka sebenarnya hanya menerima dan memberi sokongan kepada DAP.

Kerana apa mereka menerima dan memberi sokongan penuh kepada DAP? Jawapannya amat mudah wahai juak-juak PAS dan PKR yang buta mata dan buta hati. Tidak lain dan tidak bukan ialah kerana DAP yang bersifat rasis itu meletakkan agenda memperjuangkan nasib bangsa mereka sebagai keutamaan disamping mahu menghakis penguasaan Melayu dalam politik yang dimomokkan oleh DAP kepada kaum cina sebagai satu ancaman kepada masa depan mereka.

Mereka tolak parti MCA dan parti Gerakan yang menjadi rakan pakatan UMNO kerana percaya dengan hasutan DAP yang mengatakan kedua-dua parti tersebut hanya menjadi kuda dan amat patuh kepada UMNO. DAP menakut-nakutkan masyarakat cina dibandar-bandar dengan mengatakan pada mereka bahawa UMNO amat dominan didalam BN. 

Berlainan pula keadaanya dengan Pakatan Haprak. PAS dan PKR walaupun majoriti ahlinya adalah Melayu, tetapi mereka tidak dominan dan tidak mempunyai kuasa yang besar dalam Pakatan Haprak. Mereka hanya menjadi keldai tunggangan yang akur pada apa jua kehendak DAP. Dalam ertikata lain, yang menjadi tuan besar dalam Pakatan Haprak adalah DAP. Maka oleh sebab itulah maka berbondong-bondong cina yang tinggal dibandar-bandar memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada DAP.

Sokongan itulah yang ditafsirkan oleh juak-juak Parti Angguk Sahaja dan Parti Kencing Rakyat yang bengap lagi bingai sebagai sokongan padu kepada Pakatan Haprak. Mereka langsung tidak menyedari bahawa sokongan tersebut sebenarnya hanya untuk DAP..bukan kepada PKR dan jauh sekali PAS.

Maka jadilah PAS dan PKR seperti lebai malang. Kehulu dan kehilir tak ada siapa yang hendak. Diluar bandar dan kawasan-kawasan kampung yang majoritinya Melayu, mereka ditolak dan dibandar-bandar yang majoritinya masyarakat cina pula, mereka setakat malukut ditepi gantang...semata-mata menumpang sokongan yang diperolehi oleh DAP. 

Yang peliknya, sudah dalam keadaan macam tu pun juak-juak PAS dan PKR masih tak sedar-sedar diri lagi.



Monday, April 18, 2011

KeadilanDaily Penipu Besar!




Siang tadi, mungkin dengan tujuan untuk mengeliru dan menipu orang ramai terutamanya penyokong mereka sendiri, keadilandaily.com telah menyiarkan satu berita palsu yang menyatakan kononnya pihak polis telah membuat pengesahan bahawa lelaki dalam video seks bukan Anwar Ibrahim.

Bila menyedari bahawa mereka telah menipu dan membuat kenyataan palsu yang membabitkan agensi berita Bernama dan pihak polis yang mana ianya boleh memberi implikasi undang-undang kepada Parti Kencing Rakyat, maka cepat-cepat mereka memadam berita tersebut.

Itulah akibatnya bila suka sangat menipu, semua benda dan perkara nak ditipunya. Berikut adalah berita bohong yang disiarkan oleh keadilandaily.com sebelum mereka menggelupur memadamkannya :-

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan bahawa lelaki di dalam video bukan Datuk’ Seri Anwar Ibrahim seperti yang didakwa oleh BN dan media milik mereka.

Bernama melaporkan kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani yang berkata bahawa siasatan mengenai video seks itu telah siap dan siasatan kini menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.
“Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah).

“Terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan susulan terhadap kes ini dan sekiranya ada mana-mana perkara yang perlu disiasat semula (atas arahan Peguam Negara), kita akan siasatlah,” kata Acryl seperti yang dipetik Bernama.
Pengedar dan pemilik video lucah itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Dengan kenyataan ini, polis dengan sendirinya mengesahkan bahawa pelakon dalam video tersebut bukan Anwar.
Source: KeadilanDaily

Ayat berwarna merah diatas adalah tokok tambah yang mereka buat mereka pada laporan Bernama dan kenyataan asal pihak polis.

Selama ni bukan main lagi juak-juak PKR ni menuduh Utusan Malaysia sebagai pembawa dan pelapor berita palsu. Mereka tuduh akhbar tersebut sebagai penipu dan sebagainya...tapi rupa-rupanya mereka sendiri yang haprak dan penipu besar.

Berita yang tak ada pun sanggup mereka ada-adakan demi kepentingan politik PKR yang kini dah semakin hilang pengaruh dan lebih teruk, sudah mula tidak dipercayai oleh ahli sendiri.


  

Sesiapa Yang Tak Undi PAS Adalah Sahabat Iblis



PRN Sarawak dah pun selesai. Pakatan Haprak yang sebelum ni cakap berdegar-degar kononnya bakal menang besar akhirnya kempunan untuk merampas negeri berkenaan dari BN. Hasrat tersebut tak kesampaian apabila majoriti calon-calon mereka ditolak mentah-mentah oleh rakyat Sarawak.

Tapi macam biasalah...rumah dah siap, pahat masih juga tak berhenti berbunyi. Juak-juak Pakatan Haprak terutamanya lebai-lebai hijau cap bulan masih tak berpuas hati dan pakat kecoh-kecoh kerana tak dapat menerima hakikat kelima-lima calon parti mereka dah bungkus. 

Macam biasa, mereka buat fitnah kononnya BN menang kerana gunakan taktik kotor dan menipu. SPR pula mereka tuduh berat sebelah.

Tak cukup dengan itu, kerana sakit hati punya pasal mereka pandai-pandai pula buat fatwa kononnya sesiapa yang tak mengundi PAS tempohari adalah golongan tak beriman dan sahabat iblis. Alasan mereka mudah, hanya iblis sahaja yang akan memusuhi Islam. 

Mana-mana pengundi atas pagar dan tak berparti yang mengundi BN pula mereka cop sebagai munafik. Orang munafik tak ada pendirian kata mereka.

Lihatlah betapa mudahnya mereka menjatuhkan hukum. Kerana apa mereka begitu mudah menjatuhkan hukum itu dan ini? Jawapannya mudah, ini kerana lebai-lebai hijau karat dah menganggap Islam itu adalah PAS dan PAS itu adalah parti Allah. Pada mereka seseorang itu boleh dipertikaikan keislamannya jika tidak memangkah PAS dalam mana-mana pilihanraya.

Bercakap pasal agama bukan main pandai lagi juak-juak PAS ini. Cukup dengan segala ayat Al-Quran dan hadisnya, tapi mereka sendiri tak dapat menerima qada dan qadar yang dah ditentukan oleh Allah SWT. Pada pengundi-pengundi beragama Islam diluar sana, jauhi lah PAS kerana jelas parti yang kononnya memperjuangkan Islam itu sudah semakin merapu dan tak tentu arah.

Kerana inginkan kuasa politik, agama mereka lelong secukup-cukupnya Mudah-mudahan PAS yang selama ini menjadi punca perpecahan umat Islam dan Melayu di negara ini akan terus melingkup.



Saturday, April 16, 2011

Mengapa Bangang Sangat Ni?

PRN Sarawak dah pun selesai. Rakyat Sarawak sekali lagi telah memberi mandat dan kepercayaan kepada BN untuk terus mentadbir negeri mereka. Kerana apa? Kerana mereka yakin hanya BN yang mampu mengurus negeri tersebut dengan baik dan mampu untuk menjaga kebajikan mereka.

Kerana apa pula mereka tidak yakin dengan Pakatan Haprak? Jawapannya mudah, kerana mereka dapat melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana lintang pukang dan tak terurusnya pentadbiran Pakatan Haprak di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Maka Pakatan Haprak hanya mampu menggigit jari sambil menepuk dahi di Sarawak. Namun dalam pada menggigit jari dan menepuk dahi sendiri tu, juak-juak Pakatan Haprak masih sempat memaki hamun UMNO. Kononnya mereka kalah disebabkan oleh kerana UMNO guna taktik kotor.

Mereka tuduh UMNO bawa dan gunakan pengundi hantu, tuduh UMNO peras ugut dan takut-takutkan pengundi, tuduh UMNO gunakan SPR untuk rosakkan undi pada calon mereka, Tuduh UMNO beri rasuah pada pengundi dan entah apa-apa lagi.

Alahai juak-juak Pakatan Haprak! Mengapalah kamu semua bangang dan bebal sangat ni? Sebelum nak tuduh dan fitnah UMNO macam tu, fikir-fikirlah dulu. Janganlah membabi buta membuat tuduhan. 

Kamu semua tuduh UMNO macam-macam, sedangkan UMNO langsung tak beranding pun diPRN Sarawak. Sudahnya juak-juak Pakatan Haprak jugak yang nampak bodoh..kah...kah...kah...kah...kah...!!!



Anwar Tinggalkan Pencacai PR Terkontang Kanting Di Sarawak


Jika benar Anwar adalah seorang pemimpin yang bertanggungjawab, dia pasti akan tetap bersama-sama jentera dan penyokong Pakatan Haprak menunggu keputusan PRN Sarawak diumumkan. secara rasmi. Kalah atau menang belakang kira.

Tapi itu tidak berlaku. Anwar telah pun meninggalkan Sarawak dan terbang ke luar negara meninggalkan pencacainya yang sedang berputih mata,kecewa dan gundah gulana. Jentera pilihanraya dan penyokong Pakatan Haprak yang telah sekian lama memerah keringat dan tenaga bekerja untuk PRN Sarawak ditinggalkan begitu sahaja. 

Bak kata pepatah, habis madu sepah dibuang.

Kesian pencacai, Apa nak buat...dah nasib badan kamu semua dapat pemimpin macam tu...kah kah kah kah kah!!..



BN Arah Petugas SPR Rosakkan Kertas Undi?



Ingatkan bila dah sampai hari membuang undi, juak-juak Pakatan Haprak akan berhenti dan berehat sebentar daripada menipu rakyat. Rupanya tidak sama sekali. Aktiviti menipu dan berbohong mereka berjalan macam biasa. 

Kalau semalam mereka menipu dengan mengatakan calon-calon mereka menang besar undi pos di DUN N14 Meluan dan DUN N56 Balleh, hari ini mereka mencipta fitnah lain pula...kononnya BN telah mengarahkan petugas-petugas BN merosakkan kertas undi.

Kononnya, bagi memberi kemenangan mudah kepada calon-calon BN yang bertanding, petugas SPR dikehendaki merosakkan mana-mana kertas undi yang didapati memangkah calon-calon PR di pusat-pusat membuang undi tertentu, terutamanya di kubu-kubu kuat Pakatan Haprak.

Kalau betullah mengarahkan petugas SPR merosakkan undi adalah strategi BN untuk menang, sudah tentu Selangor, Pulau Pinang dan Kedah takkan jatuh ketangan Pakatan Haprah. Begitu jugalah halnya dengan Kelantan yang sudah lebih 20 tahun diperintah oleh PAS.

Tapi semua orang sudah tahu dan dapat membaca apa sebenarnya tujuan fitnah terbaru ini dibuat oleh juak-juak Pakatan Haprak. Juak-juak Pakatan Haprak sudah tahu mereka tidak akan mampu merampas Sarawak dari BN. Oleh itu fitnah tersebut diharap dapat membangkitkan rasa marah dan benci rakyat Sarawak kepada BN.

Mereka mahu menanam difikiran rakyat bahawa mereka kalah bukan kerana ditolak oleh pengundi, tapi mereka kalah kerana taktik kotor BN yang merosakkan kertas undi.

Juak-juak Pakatan Haprak memang jahat!!!



Bila Dah Ketagih Menipu



Kalau dah biasa sangat menipu, lama kelamaan tabiat buruk tersebut akan jadi sebati dalam diri. Maka jadilah ketagih untuk menipu. Kalau sehari tak menipu, badan jadi tak berapa nak sedap. Sendi jadi lemah dan kepala otak jadi celaru.

Siapa yang kuat menipu tu?

Siapa lagi kalau bukan pencacai Pakatan Haprak. Sekarang ni, pencacai Pakatan Haprak sedang menjaja cerita palsu kononnnya calon-calon mereka menang besar undi pos di DUN N14 Meluan dan DUN N56 Balleh. 

Kasihan...nampak sangat pencacai Pakatan Haprak sudah kehabisan modal dan tak tahu apa yang patut mereka lakukan memandangkan majoriti calon-calon mereka kini semakin ditolak oleh pengundi-pengundi di Sarawak. Ceramah-ceramah yang mereka anjurkan pun boleh dikatakan tidak mendapat sambutan.

Pada juak-juak Pakatan Haprak, kalau nak menipu pun berpada-padalah. Jangan sampai mereka cipta cerita tahap bodoh sebegitu. 

Untuk pengetahuan rakan-rakan pembaca sekalian walaupun proses undian pos dijalankan lebih awal namun proses pengiraannya hanya akan dibuat selepas pukul 5 petang pada hari mengundi yang telah ditetapkan oleh SPR.

Maknanya undi pos bukan dikira lebih awal tetapi dikira sekali dengan undi-undi biasa yang dibuang dipusat pengundian. Selepas undi pos dan undi biasa selesai dikira barulah ianya diserahkan ketempat penjumlahan undi dimana keputusan siapa pemenang kerusi akan diumumkan.

Jadi dari mana pencacai Pakatan Haprak boleh tahu keputusan undi pos di kedua-dua DUN tersebut sedangkan ianya belum dikira lagi?

Ini sebenarnya adalah taktik kotor dan persediaan Pakatan Haprak untuk menyerang BN selepas hari pengundian dan keputusan diumumkan. Nanti. senanglah mereka menjaja cerita dan menjerit melolong kehulu kehilir mengatakan BN dan SPR berpakat menipu undi pos. Sedangkan yang sebenarnya menipu adalah mereka sendiri. 

Jahat sungguh pencacai Pakatan Haprak!



Thursday, April 14, 2011

Alhamdulillah, Ustaz 'Ganas' Akhirnya Didakwa



Horas! pernah menulis tentang kisah seorang pelajar Sekolah Rendah Islam Al-Furqan di Jejawi, Perlis yang dibelasah sehingga koma dan akhirnya meninggal dunia akibat dibelasah oleh seorang ustaz yang juga warden di sekolah tersebut. Disini

Kanak-kanak malang berkenaan hanya berusia 7 tahun ketika kejadian tersebut berlaku. Dalam keadaan tangannya diikat, apalah daya anak kecil itu untuk mempertahankan dirinya daripada perlakuan ganas ustaz terbabit. Sudah pasti anak kecil tesebut hanya mampu menangis sambil meronta-ronta menahan kesakitan yang tak terhingga.

Pemimpin-pemimpin PAS langsung tidak menjerit atau melolong memperbesarkan kes kanak-kanak malang tersebut sebagaimana mereka menjerit-jerit memperbesarkan kes seorang pegawai kanan kastam yang ditemui mati dipejabat SPRM Kuala Lumpur.

Kerana apa pemimpin-pemimpin PAS tidak mahu memperbesarkan kes kematian Allahyarham adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee? Pemimpin PAS bukan sahaja tidak mahu memperbesarkan kejadian tersebut, malah mereka mengatakan ustaz berkenaan seorang yang baik. Jawapnnya mudah, kerana sekolah dimana kejadian tersebut berlaku adalah milik PAS bahkan pengerusi sekolah itu juga adalah seorang YB dari parti berkenaan.

Lihatlah betapa busuk dan kotornya politik PAS. Apabila sesuatu isu itu melibatkan kepentingan parti mereka, maka ianya akan didiamkan begitu sahaja. Tapi jika melibatkan kerajaan atau UMNO, maka mereka tidak akan bertangguh melompat menyerang dari segala penjuru.

Alhamdulillah....hari ini akhirnya ustaz yang sebenarnya hanya sesuai bekerja sebagai tentera Israel ataupun sebagai warden di Kem Tahanan US di Teluk Guantanamo itu didakwa di Mahkamah Majistret Kangar kerana menyebabkan kematian kanak-kanak malang tersebut. 

Al-Fatihah untuk Allahyarham adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee.....

Pengakuan Raja Petra 2: Anwar Seorang Yang Gagal Dan Tiada Kredibiliti


Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah hilang kredibilitinya sebagai seorang pemimpin.

Itu kata pengendali blog Malaysia Today Raja Petra Kamarudin yang pada satu ketika dulu merupakan rakan karib ketua pembangkang itu.

Dalam bahagian kedua temubual beliau bersama wartawan kami Ashraf Abdullah, Raja Petra berkata janji-janji kosong, krisis dalaman yang tidak berkesudahan dalam pakatan pembangkang dan masalah peribadi yang dihadapinya sudah cukup untuk rakyat menilai kepimpinan datuk seri anwar.

Raja Petra yang pernah diberi kepercayaan oleh Datuk Seri Anwar untuk menerajui sidang redaksi akhbar Parti Keadilan berkata dalam pakatan pembangkang pun, Anwar sebenarnya tidak dihormati. 

Ini menimbulkan persoalan bagaimana beliau boleh memimpin negara.

RAJA PETRA KAMARUDIN, "Jadi di sini nampaknya anwar gagal menjaga parti parti komponen.. dan menjaga pemimpin-pemimpin, alasan yang diberi kita bagi kebebasan bersuara, tapi itu pun tak betul sebab apabila ada sesiapa yang mengkritik pemimpin, dia ambil tindakan terhadap mereka. Kebebasan tidak diberi."

Hakikatnya juga, menurut Raja Petra, pakatan pembangkang tidak boleh bersatu kerana berlainan ideologi.

Dalam kerajaan negeri Selangor sahaja, perselisihan faham antara Pas, Dap dan Keadilan amat ketara.

RAJA PETRA KAMARUDIN, "Misalan di Selangor Hassan Ali keluar kenyataan lain yang berbeza dari dasar kerajaan negeri, dan Hassan Ali mengatakan ini dasar Pas, Pas kata bukan, itu pandangan peribadi, itu bukan dasar parti yang Pas tidak terima. Jadi di dalam Pas pun, mereka tak bersatu. Dap pulak mengatakan tak boleh…. Jadi kecoh"

Contohnya, kata beliau, dalam isu penjualan arak di Selangor.

RAJA PETRA KAMARUDIN, "Kita ambil satu isu saja, beer misalnya…orang sudah keliru. Boleh ke, tak boleh? Yang ini kata boleh, yang ini kata tak boleh. Yang ini kata rampas, yang ini kata serah balik, tak boleh rampas. What is the policy? Anwar sepatutnya jadi economic adviser kerajaan selangor, ada pernah ke anwar keluar kenyataan, dan berkata this is the policy? Ini dasar dia, tapi anwar diam. Sementara di bawah bergaduh itu bukan satu contoh kepimpinan yang baik.. a leader knows how to control his soldiers."

Beliau berkata selepas tiga tahun berkuasa di beberapa negeri, rakyat sudah boleh menilai prestasi pakatan pembangkang.

RAJA PETRA KAMARUDIN, "Ramai orang yang bersuara kepada saya beritahu mereka sudah disillusioned…mereka sudah tidak yakin dengan pembangkang."


PAKATAN PEMBANGKANG TIDAK  SEPAKAT

Janji bentuk kerajaan 16 September 2008, tapi sehingga kini kabinet bayangan pun belum menjadi kenyataan.
Kerana ideologi yang berlainan, menurut Raja Petra, pakatan pembangkang tidak mungkin bersepakat. 

Ini semakin melunturkan harapan pengundi yang memberikan kepercayaan kepada pembangkang pada pilihanraya umum lalu.

RAJA PETRA KAMARUDIN, "Dan oleh kerana isu 16 September di mana orang ramai percaya kepada janji Anwar yang lebih kurang menjamin 16 September termasuk saya, ketika itu saya di bawah tahanan ISA di Kamunting, Anwar ada berjumpa saya di mahkamah, Anwar datang ke mahkamah kerana ada dua kes yang berjalan serentak dan beliau bagi tahu jangan susah tak lama lagi awak akan keluar sebab kita akan bentuk kerajaan 16 September"

Hakikatnya kata beliau, parti pembangkang tidak sehaluan.

RAJA PETRA KAMARUDIN, "Misalan sekarang pun sudah timbul soalan shadow kabinet, Anwar kata tak perlu shadow kabinet..tapi istilah shadow kabinet ialah seorang ahli pembangkang menjadi shadow kepada seorang ahli kabinet, tak semestinya shadow kabinet ialah kabinet yang bersedia untuk memerintah. Tapi sekiranya shadow kabinet pun kita tak mampu tubuh, macam mana nak perintah? Siapa ahli kabinet. Pengundi-pengundi ingin tahu."

RAJA PETRA KAMARUDIN, "Jadi sekiranya sebagai pembangkang pun belum boleh buktikan kebolehan kita, bagaimana pengundi nak yakin bahawasanya pembangkang boleh menjadi kerajaan, sebab menjadi pembangkang lebih senang, kerana apabila kita jadi pembangkang, kita membangkang saja, kita tak perlu laksanakan. Tetapi apabila kita menjadi kerajaan, kit perlu laksanakan apa yang kita kritik semasa kita menjadi pembangkang. That is not so easy…kritik senang. Melaksanakan apa yang kita cakap, itu lagi susah. Tetapi kalau sebagai pembangkang pun gagal, sudah tentu rakyat kurang yakin sebagai satu kerajaan." 

Menurut Raja Petra, kes liwat yang dihadapi Datuk Seri Anwar juga banyak menimbulkan kekeliruan dikalangan rakyat.

RAJA PETRA KAMARUDIN, "Sekarang ini kebanyakan orang mereka keliru sebab timbul isu ini postpone, pergi mahkamah ini, postpone. Orang tak mampu follow. Kita kena faham, bukan semua orang lawyer. Kadang-kadang lawyer sendiri pun keliru, lagikan pulak orang macam kita yang bukan lawyer. So lama-lama orang dah tak boleh ikut kes ini, too confusing, tak tahu what is going on … baik selesai saja kes ini once and for all.
Sumber: TV3



Panas!!! Identiti Lelaki Mengawan Didalam Video Seks Sudah Dikenalpasti



Kuala Lumpur, 14 April - Polis telah mengenalpasti lelaki dalam aksi seks rakaman video yang didedahkan oleh 'Datuk T' bulan lalu kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini.

Bagaimanapun Ismail berkata pihaknya tidak akan mendedahkan identiti individu berkenaan. Justeru tambah Ismail,kertas sisatan berkaitan video seks itu akan selesai minggu depan. Sumber: Malaysian Insider

Habis kantoilah lelaki yang mengawan tu kali ni. Walaupun pihak polis tidak akan mendedahkan siapa yang berperangai macam kambing jantang miang itu sebenarnya, hakikatnya tiada apa yang rahsia lagi. Rakyat dah pun tahu dan kenalpasti siapa dia.

Yang pura-pura tak tahu dan tak dapat menerima hakikat sebenar adalah pencacai Pakatan Haprak.

Sama-sama kita tunggu dan lihat apa kesudahan isu video seks ini. Serta kekedutaan mana pula si kambing jantan akan lari menyelamatkan diri sambil mereka-reka cerita bahawa keselamatannya terancam.



Juak-Juak PAS Memang Haprak



Pemimpin kencing berlari, pengikutnya pulak kencing sambil menari. Itulah perangai haprak dan busuk juak-juak PAS. Dari hari kesehari., akhlak dan perangai mereka ini makin buruk. Inilah hasil dan kesan didikan pemimpin-pemimpin mereka. 

Mereka merasakan hanya juak-juak PAS yang serba sempurna. 

Orang lain yang tidak bersetuju dan tidak bersama-sama dengan mereka dihina secukup-cukupnya. Mereka beri gelaran jahil,munafiq, fasiq dan entah apa-apa lagi tuduhan yang mereka lemparkan.

Gambar diatas dirakam ketika Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengimamkan solat maghrib di Masjid Darul Na'aim di Petra Jaya, Sarawak. 

Gambar tersebut dijadikan oleh juak-juak PAS sebagai modal untuk menghina Tan Sri Muhyiddin secukup-cukupnya. Contohnya klik sini.

Mereka kata Tan Sri Muhyiddin tak layak menjadi imam kerana apa yang beliau lakukan itu hanyalah dengan tujuan untuk mengaburi mata rakyat. Ada yang mempersoalkan samada beliau sudah mandi junub atau belum. 

Malah yang lebih teruk lagi, ada yang membuat andaian bahawa solat tersebut tidak sah. Betul-betul jahat perangai juak-juak PAS ni! 

Pada juak-juak PAS yang jumud ini, hanya pemimpin mereka yang layak menjadi imam. Hanya solat yang diimamkan oleh pemimpin mereka yang sah dan akan diterima Allah SWT. Kalau orang itu pemimpin, ahli atau penyokong UMNO...maka tidak layaklah dia menjadi imam. 

Jadi tidak mustahil jika masih ada juak-juak PAS yang sehingga kini menganggap sembelihan orang UMNO tidak boleh dimakan dan pernikahan yang dijalankan oleh orang UMNO juga tidak sah walaupun Hadi Awang pernah mengatakan bahawa ahli-ahli PAS yang sebegitu sudah tiada lagi dalam parti tersebut. Sini.

Penyokong-penyokong PAS ini memang haprak. Kepada pengundi-pengundi di Sarawak, hindarkanlah diri anda daripada mengundi calon-calon daripada parti khawarij ini.



Wednesday, April 13, 2011

Pengakuan Raja Petra Tentang Isu Altantuya...1



Pada yang tak sempat menonton wanwancara bersama Raja Petra Kamarudin di Buletin Utama TV3 pukul 8 malam tadi, berikut adalah antara yang beliau perkatakan:-

"Saya tidak pernah menuduh Perdana Menteri atau isterinya terbabit dalam kes pembunuhan kes Altantuya Sharibuu".

Itu pengakuan pengendali laman web Malaysia Today Raja Petra Kamarudin yang muncul buat pertama kali setelah sekian lama menghilangkan diri. Raja Petra berkata, beliau didesak dan dipengaruhi untuk berbuat demikian oleh beberapa individu yang tidak mahu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengambil-alih sebagai Perdana Menteri.

Dalam satu temubual eksklusif bersama Ashraf Abdullah yang menjejaki beliau di Perth, Australia baru-baru ini, Raja Petra berkata, akuan bersumpah yang dibuat beliau pada 18 Jun 2008, hanyalah bersandarkan maklumat yang diperolehi daripada beberapa individu ini

Menurut Raja Petra, ramai orang termasuk polis, membuat tuduhan tanpa meneliti akuan bersumpahnya.

Dalam akuan bersumpah itu Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh.

RAJA PETRA KAMARUDIN, PENGENDALI BLOG MALAYSIA TODAY

"Di dalam sd saya tadi saya telah bercerita bahawasanya orang ini telah beritahu dan biarlah orang ini yang datang dan bercerita. Dan pihak berkuasa perlu siasat dan panggillah orang ini. Itu yang saya tulis dalam sd. Saya sendiri tidak timbulkan apa-apa tuduhan. Saya tidak kata saya tahu yang isteri timbalan perdana menteri semasa itu ada di tempat kejadian. Saya tidak cakap. Saya tidak buat satu tuduhan seperti berikut. Yang saya kata ada orang yang bercerita tetapi bergantung kepada pihak berkuasalah untuk menyiasat perkara ini lebih lanjut lagi dan untuk orang-orang ini kedepan. Dan saya sebut nama-nama orang ini. Saya sebut semasa siasatan polis."

Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat berkenaan, daripada beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan beberapa tokoh politik, termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka ialah Nik Azmi Nik Daud, John Pang dan penulis blog Din Merican. Menurut Raja Petra seorang pegawai perisik angkatan tentera dikenali sebagai Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin juga memberi maklumat yang sama.

"Saya tidak terima lagi cerita itu. Sebab saya rasa mungkin mustahil kot. Takkanlah isteri Perdana Menteri nak pergi tempat itu kerana tempat itu kerana kawasan itu tempat hutan dan saya dok fikir dia nak panjat bukit, masuk hutan tengah tengah malam, pukul 12 malam, saya ingat mustahil kot."

Tambah Raja Petera, tujuan mereka ialah untuk memastikan Datuk Seri Najib tidak mengambil alih sebagai Perdana Menteri apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan. Menurutnya dalam pertemuan dengan Nik Azmi, beliau bertanya kenapa beliau didesak untuk membuat akuan bersumpah itu.

"what do you hope to achieve? Dia kata pak lah akan letak jawatan, kalau kita tak block Najib, Najib akan menjadi Perdana Menteri, ganti Pak Lah"

Menurut Raja Petra, beliau kemudian meminta Din Merican untuk mendapatkan pengesahan Datuk Seri Anwar.

"Din Merican pun contact saya balik dia kata dia dah cakap dengan anwar dan anwar pun bagi green light. Dia kata ok, orang ini no problem, apa dia cakap kita boleh percaya. Anwar pun kenal baik dengan dia ini dan dia pun biasa jumpa anwar…leftenan kolonel ini. Dan dia pun banyak bercerita kepada anwar tentang isu ini…dia kata proceed. Saya pun proceed."

Beliau berkata, kesemua individu ini berjanji akan menjadi saksi sekiranya beliau di dakwa di mahkamah.

Ikuti bahagian kedua temubual ini dalam Buletin Utama esok.

sumber : TV3



Selepas Video Seks, UMNO Upah Pula Pelakon Menyamar Jadi Raja Petra


Tak percaya? Kalau tak percaya jangan ketinggalan menyaksikan Buletin Utama di TV3 malam ini. Anda semua boleh melihat bagaimana UMNO telah berjaya mencari seorang lelaki yang 100% menyerupai Raja Petra untuk diwawancara. 

Percayalah! itu bukan Raja Petra. Sebaliknya lelaki tersebut adalah seorang pelakon yang diupah oleh UMNO untuk menyamar menjadi beliau. Cuba perhati perut lelaki tersebut dengan teliti dan anda semua akan dapati yang perutnya lebih buncit daripada perut Raja Petra. Rakaman wawancara tersebut sebenarnya dibuat di Thailand.

Kah! kah! kah! kah! kah! kah! kah!...