Tuesday, May 31, 2011

Kasihan PAS, Terus Dibangsatkan Oleh DAP Di Selangor.



Kerajaan Selangor yang bekerjasama dengan i-City akan menganjurkan konsert MTV World Stage di Shah Alam pada 24 Julai akan datang. 

Khabarnya, DAP dan PKR langsung tidak memaklumkan kepada PAS berkenaan perancangan untuk menganjurkan konsert berkenaan. Tahu-tahu keputusan untuk meluluskannya telah pun dibuat oleh kerajaan negeri. 

PAS betul-betul jadi macam cacing kepanasan sekarang. Apa nak jawab kalau umat Islam di Selangor terutamanya yang tinggal di Shah Alam pertikaikan nanti? Sudahlah dulu bukan main lagi mengutuk dan memfitnah kononnya UMNO yang suka menggalakkan maksiat. 

Nak dibantah, takut pula akan disergah dan dimarahi oleh DAP. Bukan sekali dua Ronnie Liu pernah mengamuk sakan bila PAS berani pertikaikan apa yang DAP dan kerajaan negeri mahu buat. Hasan Ali sendiri pun pernah kena sebab isu arak dulu.

Nak harap Khalid Samad menentang dan membantah kerana dia ahli parlimen Shah Alam, kirim salam sajalah...jauh panggang dari api. Nama Allah pun nak dilelongnya demi DAP. Silap-silap kalau disuruh membaca doa di awal konsert itu, melompat dia pergi.

Kasihan PAS Selangor, dari dulu sampai sekarang tak sudah-sudah diperlekeh dan dibangsatkan oleh DAP. 

Bila UMNO ajak bersatu demi kebaikan umat Islam dan bangsa Melayu tak mahu. Kononnya bersatu dengan DAP lagi mulia dan diredhai Allah daripada bersatu dengan UMNO. Sekarang rasakanlah. Jilatlah dua-dua belah tapak kaki DAP tu lagi.



Monday, May 30, 2011

MCA, Tolonglah Sedar Diri.



Pada PRU12 yang lalu, BN hilang kuasa di Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kuala Lumpur. Mujur negeri Perak dapat ditawan semula apabila dua orang ADUN dari PKR dan seorang ADUN dari DAP bertindak keluar dari parti masing-masing dan menjadi wakil rakyat bebas yang mesra BN.

Kecuali di Kedah dan Pulau Pinang, kekalahan BN di Selangor, Kuala Lumpur dan sekejap di Perak adalah disebabkan penolakan kaum Cina kepada MCA. Mereka beralih arah dan bertindak memberikan sokongan kepada DAP. Akibatnya, MCA kalah hampir disemua kerusi yang ditandingi oleh calon-calonnya.

Walaupun MCA kalah teruk, namun atas ikhsan dan semangat setiakawan dalam BN yang telah sekian lama dijalin, UMNO tetap bermurah hati memberikan jawatan Menteri dan Timbalan Menteri dibeberapa kementerian tertentu kepada pemimpin MCA. UMNO mahu MCA kembali berusaha menarik sokongan kaum Cina.

Itu cerita lama dan kita pun tidak mahu untuk mengungkit-ungkitnya lagi. Namun melihat perangai sesetengah pemimpin MCA yang masih tidak sedar diuntung membuatkan kita merasa rimas. Sudahlah sokongan kaum Cina masih gagal ditarik lepas itu banyak pula permintaan bukan-bukan yang mereka buat pada kerajaan. Boleh dikatakan, setiap masa ada sahaja permintaan-permintaan yang menekan kerajaan dibuat oleh MCA.

Ketika ini MCA sedang memperbesar-besarkan isu berkaitan biasiswa. Kalau tidak lama dulu ketua pemudanya dengan sengaja menuduh pegawai-pegawai JPA menyalahguna kuasa berkaitan urusan pemberian biasiswa, hari ini presidennya pula buat hal. Kata Chua Soi Lek,  semua pelajar yang cemerlang layak untuk menerima kemudahan yang disediakan oleh kerajaan tersebut.

Bila pula kerajaan mengatakan akan memberikan biasiswa kepada semua pelajar yang cemerlang? Nampaknya Chua Soi Lek dan Wee Ka Siong sengaja buat-buat tak faham tentang hal ini walaupun telah banyak kali diberi penjelasan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz. Baca disini

Kedua-dua pemimpin MCA tersebut bukannya berusaha keras dengan cuba menarik kembali sokongan kaum Cina kepada BN, sebaliknya mereka cipta pula isu yang boleh menjauhkan lagi kaum mereka daripada BN. 

Apa sebenarnya niat MCA? Adakah mereka mahu semua pelajar Cina yang cemerlang diberikan biasiswa? Apakah MCA fikir selama ini semua pelajar cemerlang Melayu mendapat biasiswa daripada kerajaan?

Kepada kerajaan BN yang diterajui UMNO, janganlah diturutkan apa sahaja kemahuan MCA. kerana sudah terlampau banyak kemahuan mereka yang diturutkan. Betis sudah pun diberi tapi nampaknya kini mereka mahu paha pula. Kerja tak dibuat, tapi mintanya pula macam-macam.

MCA kini lebih kurang sama sahaja dengan DAP. Cuma bezanya DAP menyerang dan menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan dari luar, tapi MCA pula menghentam kerajaan dari dalam. Tindak tanduk MCA tak ubah macam gunting dalam lipatan.



Pemilihan PAS : KP PAS Pusat Luahkan Apa Yang Terbuku Dihatinya Pada Utusan

Dalam akhbar Mingguan Malaysia semalam ada hampir satu muka surat diperuntukkan untuk menyiarkan wawancara bersama Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan. Banyak yang diperkatakan dan disentuh oleh Nasarudin dalam wawancara tersebut, terutamanya tentang muktamar dan pemilihan PAS yang bakal berlangsung pada bulan Jun akan datang.

Blogger RBF turut menyentuh tentang perkara berkenaan dari sudut pandangan dan penilaian beliau sendiri. Baca disini

Kita semua tahu, pemimpin dan penyokong PAS amat memusuhi akhbar Utusan Malaysia. Cukup teruk mereka menghentam dan menghina akhbar berkenaan. Macam-macam gelaran buruk dan hina yang PAS beri, lidah syaitan, utusan meloya, penipu dan entah apa-apa lagi. 

Tidak cukup dengan itu, mereka tuduh pula akhbar Utusan sebagai alat untuk UMNO menyebar dan menyampaikan finah kepada rakyat. Malah Mat Sabu yang mungkin dah lupa bahawa dia pernah ditangkap kerana berkhalwat dengan isteri orang pun dengan muka tak malu menghina dengan mengatakan Utusan dan UMNO ibarat kentut dengan tahi.

PAS jugalah yang menjeri-jerit dan menyalak kehulu kehilir meminta rakyat berdiri bersama-sama mereka memboikot Utusan. Pendek kata, selepas UMNO, akhbar Utusan Malaysia adalah musuh kedua yang perlu dihancurkan sampai lumat.

Jadi apa sebabnya Nasrudin sampai sanggup mengambil risiko bekerjasama dengan akhbar yang paling dibenci oleh partinya sendiri? Mengapa tidak dengan harakah atau akhbar milik PKR? Bukankah itu sesuatu yang aneh dan diluar jangka?

Ini tidak lain dan tidak bukan kerana Ketua Pemuda PAS berkenaan tahu hanya itu peluang terbaik bagi beliau mendedah dan meluahkan rasa kecewa kepada penyokong-penyokongnya berikutan wujud kumpulan pengacau dan juga perebutan jawatan secara besar-besaran dalam pemilihan PAS kali ini. 

Perkara yang didedahkan oleh Nasruddin berkenaan sedaya upaya cuba disembunyikan oleh pemimpin PAS dari pengetahuan ahli bawahan, jadi amat mustahil Harakah sanggup untuk menyiarkannya. Takkan Harakah mahu membuka pekung didada sendiri sedangkan selama ini akhbar milik parti isle itu sentiasa mengambarkan PAS adalah parti yang paling sempurna, bebas dari segala cacat cela dan suci murni. 

Nasruddin juga tahu, walaupun akhbar Utusan dikutuk dan dimaki hamun, tapi masih ramai penyokong-penyokong PAS yang membacanya. Maka diwawancara oleh wartawan Utusan adalah peluang keemasan yang beliau ada jika mahu mendedahkan masalah besar yang melanda parti selain menyampaikan mesej agar ahli-ahli PAS diluar sana berhati-hati. 

Jadi pada ahli-ahli PAS, anda semua harus berterima kasih pada Utusan kerana walaupun teruk dimaki hamun tapi masih mahu memberi peluang kepada Nasruddin Hasan untuk menyampaikan kepada anda semua tentang masalah yang melanda PAS ketika ini. Sedangkan dalam masa yang sama, pemimpin-pemimpin PAS yang lain cuba menyembunyikannya daripada pengetahuan anda semua.

Juga jangan lupa untuk berfikir dan mencari siapa pengacau yang dimaksudkan oleh Nasruddin itu. Tidak mustahil kumpulan pengacau itu adalah mereka-mereka yang telah ditaja untuk merebut jawatan oleh Anwar Ibrahim dengan tujuan untuk mengukuhkan  pengaruh dan kuasanya didalam PAS.

Kalau ianya benar, maka malanglah bagi anda semua kerana setelah bermati-matian menyokong dan mempertahankan Anwar Ibrahim, dia tanpa rasa bersalah sebaliknya cuba merosakkan PAS.

Renung-renungkan dan........selamat beramal!



Saturday, May 28, 2011

Konspirasi UMNO Punca Ibupejabat PKR Dilelong?



UMNO dipercayai telah berkonspirasi dengan pemilik bangunan yang dijadikan ibupejabat PKR. Hal ini dapat dihidu oleh perisik-perisik PKR. Menurut sumber, UMNO telah mengarahkan pemilik bangunan agar tidak membayar ansuran bulanan yang perlu dibayar kepada pihak bank. Biarkan bank mengambil tindakan melelong premis tersebut.

Sebagai balasan atas kerjasama yang diberikan oleh pihak yang memiliki bangunan tersebut, UMNO akan membeli bangunan yang telah dilelong oleh bank sebelum diserahkan kembali kepada pemilik asalnya beserta dengan wang saguhati.

Kah..kah..kah..kah! tergeliat urat perut Horas! ketawa apabila terbaca teori bodoh lagi bangang juak Parti Kencing Rakyat diruang-ruang sembang dan forum maya yang pro pada PR. Pada mereka, apa saja kejadian mengaibkan yang menimpa Parti Kencing Rakyat atau pemimpinnya adalah kerana konspirasi UMNO.

Kononnya bukan setakat Anwar sahaja yang dianiaya, bangunan yang jadi pejabat parti Anwar pun UMNO tak senang tengok. Pendek kata apa sahaja yang ada kena mengena dengan Parti Kencing Rakyat akan dilanyak habis-habisan oleh UMNO.

Tak terfikirkah juak-juak Parti Kencing Rakyat bahawa segala musibah yang menimpa mereka adalah hasil solat hajat meminta Allah menunjukkan kebenaran yang dilakukan oleh ribuan rakan-rakan pakatan mereka dari PAS? Bila Allah dah tunjuk segala-galanya mengapa pulak UMNO yang disalahkan?

Pada pencacai Parti Kencing Rakyat, cukup-cukuplah menunjukkan kebodohan tu. Jangan diambil alih apa yang dah menjadi hak sang udang selama ni. Biarlah udang sahaja yang  kekal memiliki tahi dikepala. 



Friday, May 27, 2011

Selepas PAS, Giliran PKR Pula Menampar Muka Biawak Puaka.



Padan muka Lim Guan Eng, dua hari berturut-turut dia dimalukan oleh rakan pakatannya sendiri. Ini semua gara-gara tindakan penakut dan bodoh-bodoh alangnya yang mencadangkan kepada PAS dan PKR agar tidak membubarkan DUN masing-masing jika PRU13 diadakan tahun ini.

Kalau kelmarin dia dimalukan oleh wali maksum pengampun dosa dari PAS, hari ini tiba pula gilirin budak hingusan yang perasan dirinya pakar strategi dari PKR memalukannya. Kata Rafizi, berdasarkan senario politik semasa, Pakatan Rakyat khususnya KEADILAN kini lebih bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke13, berbanding Mac 2008. 

Mengapa kali ini PAS dan PKR nampak benar-benar tidak senada dengan DAP sedangkan sebelum ini mereka sentiasa akur dengan apa-apa jua kenyataan dan kata-kata biawak puaka tersebut? 

Tidak lain dan tidak bukan kerana cadangan DAP agar DUN yang dikuasai Pakatan Haprak tidak dibubarkan sekiranya berlaku pilihanraya benar-benar memalukan PAS dan PKR. Habis hancur musnah hasil usaha mereka menipu rakyat dan memfitnah UMNO serta BN selama ini.

Bayangkan, setelah bertahun-tahun lamanya Hadi Awang, Anwar Ibrahim serta konco masing-masing berceramah keseluruh ceruk rantau negara menipu rakyat kononnya Pakatan Haprak semakin kuat, semakin diterima, semakin berjaya dan bermacam-macam semakin yang hebat-hebat belaka, tiba-tiba si biawak puaka tampil mengambarkan Pakatan Haprak seolah-olah takut untuk menghadapi pilihanraya. 

Mana boleh jadi...malu beb!

Jadi kali ini, walaupun dalam keadaan lutut yang berketar dan hati yang berdebar, PAS dan PKR buat kali pertama dalam sejarah penyatuan haram mereka dengan DAP, terpaksa menyanggah apa yang dikatakan oleh tuan besar mereka itu. Padan muka!



Nik Abduh Semakin Tamak.



Hanya beberapa jam selepas menyatakan menolak untuk bertanding jawatan nombor dua Dewan Pemuda PAS, anak lelaki kesayangan Nik Aziz ini secara drastik mengubah fikirannya. Sekarang dengan tak semena-mena dia mahu pulak merebut jawatan nombor dua tersebut.

Beliau akan mencabar Azman Shapawi (penyandang), Firdaus Jaafar (Pengarah Pilihanraya) dan Suhaizan Kaiat (Ketua Penerangan).

Kita semua boleh agak mengapa Nik Abduh tiba-tiba bernafsu untuk bertanding diperingkat yang lebih tinggi. Ianya mungkin ada kaitan dengan tindakan bapanya yang dengan tanpa sembunyi-sembunyi telah memberi sokongan kepada calon-calon Naib Presiden dari Kelantan, Husam Musa dan dan Mohd Amar Nik Abdullah.

Mungkin pada fikiran beliau, jika ayahnya boleh memberi sokongan secara terbuka dan tidak berbelah bagi kepada Husam dan Mohd Amar atas alasan keduanya dari Kelantan, maka kepada anak sendiri sudah tentu akan lebih melantun-lantun lagi sokongan Nik Aziz. 

Sahlah bahawa cakap puak-puak PAS ini memang tak boleh dipercayai. Cakap mereka berubah-ubah dan tidak boleh dipegang. Pagi cakap lain, petang pulak cakap lain. Semuanya bergantung pada kepentingan perut sendiri. 

Nik Aziz sendiri pun sudah menunjukkan belangnya. Kalau sebelum ini dia menuduh dan mengutuk kononnya UMNO itu mengamalkan sifat assobiyah, dia sendiri lebih teruk lagi...mengutamakan orang Kelantan sahaja.

Selain Nik Abduh, Tuan Ibrahim yang juga anak saudara beliau adalah diantara kroni Nik Aziz yang bertanding dalam pemilihan pusat PAS kali ini.

Jadi kepada puak-puak PAS, lepas ini tak payahlah nak tuding jari menuduh pihak lain mengamalkan kronisme. Ada baiknya jari tu ditudingkan kemuka sendiri dulu. Lepas tu jangan lupa...tuding pula kemuka Anwar dan Karpal.



Kalau Tak Menipu Dan Membelit Bukan Anak Kit Siang Namanya.



Begitulah perangai biawak besar dari Pulang Pinang ini. Agaknya, bangun saja dari tidur setiap pagi...perkara pertama yang biawak ini fikir ialah apa yang patut ditipu dan dibelitnya untuk hari berkenaan. Setiap hari ada sahaja perkara yang nak ditipu dan dibelitnya.

Semalam biawak bermata sepet berkenaan membelit lagi. Sekejap sahaja dia boleh lupa dengan apa yang dia sendiri cakap. Kalau sehari sebelumnya dia ketakutan dan sarankan pemimpin Pakatan Haprak jangan bubarkan DUN jika PRU13 diadakan tahun ini, semalam dia kata pula tindakan kerajaan tidak menaikkan harga petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) bukti kerajaan takut berdepan Pakatan Haprak dalam Pilihan raya umum akan datang.

Dia yang menggelupur ketakutan sampai tak mahu bubarkan DUN tapi boleh pulak kata BN dan UMNO takut pada Pakatan Haprak dalam PRU13 akan datang. UMNO takut pada Pakatan Haprak?...khhaaakkk ptuuuuiihhhhhhh..!!!

Kerajaan mengambil keputusan tidak menaikkan harga petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair kerana menjaga kepentingan rakyat. Kerajaan BN yang diterajui UMNO tidak mahu rakyat baik Melayu, Cina, India dan segala bangsa yang ada dinegara ini terbeban wahai biawak sepet oiiii!! Bukan macam kerajaan DAP di Pulau Pinang yang hanya menjaga kepentingan kaum Cina sahaja, tapi kaum lain habis dianiaya dan ditekannya.

Yang anehnya, walaupun sudah jelas dia mempunyai penyakit suka menipu dan membelit yang kronik disamping gemar menganiaya Melayu di Pulau Pinang, juak-juak PKR dan PAS tetap menyokong dan menjilat tapak kakinya. Mereka samakan sibiawak dengan khalifah Islam yang dihormati, Umar Abdul Aziz. Kemudian mereka pakat puji dia tinggi melangit.

Pada Melayu-melayu yang ada dalam PKR dan PAS...insaflah demi kebaikan agama dan bangsa. Si biawak puaka akan tetap anti pada Islam dan umat Melayu walau anda semua jilat tapak kakinya sampai putih berkilat sekalipun.

Sedarlah!...



Thursday, May 26, 2011

Habislah Lelaki Y, Pasangan Jimaknya Dalam Video Seks Telah Dipanggil Polis.



Polis hari ini mengesahkan sudah memanggil wanita yang ditutuh oleh lelaki dalam video seks yang wajahnya, bentuk badannya, cara jalannya dan segala-galanya sebijik macam Anwar Ibrahim...tapi bukan Anwar Ibrahim.

Walaupun macam-macam alasan yang direka serta dicipta oleh Anwar dan dan puak-puak Pakatan Haprak untuk menafikannya, namun semuanya bukan sahaja gagal malah semakin menjerut tengkuk Anwar sendiri.

Hinggakan kerana terlalu terdesak mahu mencari alasan, Chegubard yang dikalahkan dengan mudah dan dimalukan oleh Sam Kemetot dalam pemilihan AMK yang lalu terpaksa menggambarkan yang dia seolah-olah tahu macam mana gaya dan cara Anwar ketika mengawan. Baca disini

Suka hati Anwar dan puak-puak Pakatan Hapraklah mahu mencipta dan merekasaya alasan apa sekalipun. Bangkai gajah takkan boleh ditutup dengan nyiru. Yang penting kini, rakyat sudah semakin yakin dan percaya bahawa lelaki gersang didalam video itu memang sah Anwar Ibrahim.

Selepas ini Horas! yakin, berdasarkan keterangan yang telah diberikan oleh wanita terlibat...pihak polis akan memanggil pula Anwar untuk memberi keterangan. Minta wanita berkenaan sahkan samada benar atau tidak Anwar yang menutuhnya dalam video tersebut. Selepas itu minta pula wanita itu buat pengecaman keatas punai Anwar kah...kah..kah...kah.

Kepada puak-puak Pakatan Haprak, jika Anwar dipanggil polis memberi keterangan nanti, jangan pula kata yang datang memberi keterangan itu bukan Anwar Ibrahim, tapi lelaki lain yang serupa dengan Anwar yang telah diupah oleh UMNO. Bukan apa...nampak bangang sangat kalau bagi alasan macam tu.



Pakatan Haprak Cakap Tak Serupa Bikin, Air Paip Pun Nak Dicurinya.



Semasa Horas! meronda-ronda difacebook kawan-kawan tadi, secara tak sengaja terjumpa pula dengan banner lama berkenaan satu ceramah Pakatan Haprak berkaitan isu air di Hulu Langat. Puak-puak Pakatan Haprak memang cukup gemar dengan isu air. 

Tak cukup dengan ceramah, mereka pasang pula 'billboard' bersaiz bapak punya besar diseluruh negeri Selangor. Yang untung tukang lulus projek dan tauke-tauke 'billboard' jugak.

Apa yang Horas! ingin dedahkan kali ini ialah tentang perangai cakap tidak serupa bikin Pakatan Haprak dan ianya ada kaitan dengan banner diatas. Mereka berceramah kehulu kehilir dan kata air adalah hak rakyat, tapi sebenarnya...dalam masa yang sama mereka curi apa yang mereka sendiri kata sebagai hak rakyat itu.

Gambar dibawah...yang membuktikan bahawa pejabat Urusetia PKR DUN Dusun Tua terlibat dalam perbuatan mencuri air dikirimkan kepada Horas! melalui email pada awal febuari tahun ini. Menurut sipengirim didalam emailnya, dia adalah seorang yang kuat menyokong dan bekerja untuk Pakatan Haprak. Namun apabila melihat perangai busuk dan cakap tak serupa bikin Pakatan Haprak kini hatinya jadi tawar untuk terus memberikan sokongan.

Tapi Horas! tidak sempat untuk memasukkan gambar-gambar tersebut didalam blog ini kerana tidak lama kemudian sambungan paip air secara haram itu telah dibuka semula. Mungkin kerana pengurusan pejabat berkenaan telah mendapat tahu ada dikalangan orang-orang mereka sendiri telah bertindak mendedahkan perangai buruk dan busuk PKR. 

Akhirnya gambar tersebut tersimpan begitu sahaja didalam komputer dan Horas! sendiri sudah hampir terlupa mengenainya.

Tapi apabila ternampak banner lama ceramah Pakatan Haprak tersebut...serta merta Horas! teringat kembali tentang gambar yang telah diemailkan kepada Horas! dulu. Terbukti gambar itu amat berguna dan tidak sia-sia Horas!  terus menyimpannya.

Gambar 1


Inilah sambungan paip haram yang dilakukan oleh puak-puak Pakatan Haprak untuk mencuri air bagi kegunaan pejabat mereka. Nampak banner dibelakang paip? Merakyatkan Ekonomi Selangor. Agaknya beginilah caranya puak Pakatan Haprak merakyatkan ekonomi negeri yang mereka tadbir. Dengan mencuri apa yang mereka war-warkan sebagai hak mutlak rakyat? 

Gambar 2


Gambar kedua ini dirakam dalam jarak yang lebih jauh sedikit daripada gambar pertama. Nampak apa yang tertulis dibanner yang lagi satu? Kempen Tanda Tangan Selamatkan Selangor. Nak selamatkan daripada siapa wahai Pakatan Haprak? Selamatkan daripada pencuri dan penyamun macam puak-puak kamu? 

Gambar 3


Inilah pejabat urusetia Parti Readilan Rakyat DUN Dusun Tua. Hanya lebih kurang 3 kilometer sahaja jaraknya dari tempat mereka berceramah seperti dalam gambar banner diawal posting ini. Bulatan merah adalah kedudukan paip air yang mereka sambung secara haram. Agar tiada mata yang melihat, mereka gunakan guni lama untuk menutupnya.

Bukankah ini hipokrit dan cakap tidak serupa bikin namanya. Disuatu tempat mereka berceramah tentang hak air rakyat, tapi ditempat lain pula...mereka curi apa yang mereka katakan sebagai hak rakyat itu. 

Mustahil lebai-lebai PAS yang selalu berkunjung dan melepak dipejabat usrusetia berkenaan tidak tahu  perbuatan mencuri air yang dilakukan rakan-rakan mereka dari PKR. Tapi biasalah PAS...kalau kena pada Pakatan Haprak semuanya jadi halal, kalau kena pada UMNO semuanya jadi haram.

pssstttt...mungkin kerana takut kantoi, kini pejabat urusetia Parti Kencing Rakyat berkenaan sudah pun memasang meter air secara sah. Baguslah..sekurang-kurangnya sekarang tak adalah minum dan mengambil wudhu' dengan air yang dicuri lagi.



Wednesday, May 25, 2011

Tanah Runtuh: Umno Jangan Berlagak Hero Kata Ahli Parlimen Hulu Langat



Tragedi menyayat hati yang menimpa pelajar-pelajar di rumah Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia, Al-Taqwa di Batu 14, Sungai Semungkis, Hulu Langat sudah empat hari berlalu. 

UMNO ketika ini sedang mengatur beberapa tidakan untuk membantu rumah anak yatim tersebut. Antaranya termasuklah menawarkan bantuan kewangan untuk pembinaan semula rumah terbabit dikawasan yang lebih sesuai dan selamat seperti yang diumumkan oleh DS Najib ketika melawat lokasi kejadian tanah runtuh itu semalam.

Tapi lain pula ceritanya dengan PAS. Rupa-rupanya tindakan segera dan bersungguh-sungguh untuk membantu mangsa-mangsa seperti yang dilakukan oleh sukarelawan dan jentera UMNO Hulu Langat yang dipimpin sendiri oleh ketua bahagiannya, Datuk Johan Abd Aziz mengundang rasa tidak puas hati Ahli Parlimen Hulu Langat

Seperti yang dilaporkan oleh harakahdaily semalam, YB Che Rosli Che Mat menasihatkan pemimpin UMNO tidak mendabik dada berlagak kononnya mereka 'hero' dan paling awal membantu mangsa tanah runtuh di rumah anak-anak yatim Batu 14 Hulu Langat. Baca selanjutnya disini

Apa masalah Ahli Parlimen PAS ini sebenarnya? 

UMNO Hulu Langat tidak pernah berniat untuk menunjuk-nunjuk atau menjadi hero ketika memberikan bantuan di lokasi kejadian. Apa yang dilakukan oleh sukarelawan UMNO Hulu Langat adalah atas dasar tanggungjawab untuk membantu mereka yang memerlukan dan ditimpa musibah. Salahkah?

Tidak pernah sekalipun UMNO Hulu Langat menyebut-nyebut bahawa sukarelawan merekalah yang paling awal sampai ditempat kejadian dan yang paling banyak memberi bantuan kepada mangsa. Walaupun hakikatnya memang benar unit Komando 101 dibawah seliaan Pemuda Bahagian yang paling cepat tiba memberi bantuan awal. Mungkin ketika YB sampai jam 3.30, YB dapat melihat sebuah mesin pengorek tanah sedang beroperasi disitu dan untuk pengetahuan YB, mesin itu juga dibawa dengan segera oleh sukarelawan UMNO Hulu Langat. Tindakan pantas membawa mesin tersebut alhamdulillah, berjaya menyelamatkan 4 mangsa.

Kalau ingin berbangga dan menepuk dada, banyak benda boleh disebut jika mahu, tapi itu bukan prinsip UMNO Hulu Langat mahupun YB Datuk Johan Aziz. Bantuan yang diberi adalah ikhlas tanpa mengharapkan pujian atau perhatian daripada mana-mana pihak.

Nampaknya YB sendirilah yang mempunyai penyakit hati suka menunjuk-nunjuk dan minta diberi perhatian ketika membantu mangsa-mangsa tragedi malang berkenaan. YB dengan bangga menyatakan kepada harakahdaily bahawa YB sampai ketempat tersebut pada jam 3.30 dan turut membantu mangsa bersama Unit Amal dan Briged Amal PAS.

YB juga dengan bangga menyatakan bahawa petugas PAS yang datang memberi bantuan hampir 250 orang jumlahnya dan kononnya yang paling ramai. Kemudian siap nyatakan disepanjang tempoh menyelamat itu, petugas PAS antara paling menonjol sehingga merekalah juga yang terlibat semasa proses pengkebumian mangsa yang terkorban. Bukakankah itu ingin menunjuk-nunjuk dan mengungkit namanya?

YB juga nampaknya semacam tidak berpuashati kepada pihak polis kerana tidak menyebut penglibatan Unit Amal dan Briged Amal ketika memberi taklimat. Nyatahlah disini yang YB amat berharap dan suka kalau penglibatan Unit Amal dan Briged Amal milik PAS disebut-sebut dan diberikan pujian.

Jadi sekarang rakan-rakan pembaca sekalian nilaikanlah sendiri siapa yang sebenarnya berniat dan ingin menjadi hero selain suka menunjuk-nunjuk...YB Che Rosli atau pemimpin UMNO Hulu Langat.......atau.......atau...... penyumbang dibawah? :)


Kepada YB Ahli Parlimen Hulu Langat, teruskanlah usaha dan niat murni untuk melancarkan tabung bagi membantu mangsa tanah runtuh tu. Mudah-mudahan banyak sumbangan yang akan dapat dikumpulkan nanti. Tapi pastikan ianya benar-benar disalurkan pada mangsa terlibat. Bukan apa, takut jadi macam tabung Memali yang sampai sekarang tak sudah-sudah dipertikaikan dan diungkit orang.



Tuesday, May 24, 2011

DAP Kecut Telor Jika PRU13 Diadakan Tahun Ini



DAP dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusatnya malam tadi mencadangkan agar negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Haprak agar tidak membubarkan DUN masing-masing jika PRU13 diadakan tahun ini. Alasannya agar DAP, PAS dan PKR dapat menumpukan perhatian bagi memenangi dan menguasai semula negeri Perak.

Mengapa takut nak bubarkan DUN kalau betul sokongan rakyat tengah mencanak-canak pada Pakatan Haprak?

Selama ni cakap bukan main besar dan berdegar-degar. Berkokok kehulu kehilir mengatakan sokongan rakyat semakin meningkatlah...rakyat setia bersama pakatanlah...rakyat semakin menolak BN, yakin dapat tawan Putrajaya dan entah apa-apa lagi. Tapi sekarang dah lain pulak ceritanya. Dasar lidah bercabang macam biawak dan kuat menipu Pakatan Haprak ni.

Sebenarnya Pakatan Haprak tahu yang rakyat semakin menyampah, meluat dan tidak lagi boleh menerima mereka. Rakyat bukan buta untuk tidak dapat melihat betapa hancur dan lintang pukangnya negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Haprak.

Pakatan Haprak juga tahu yang mereka akan kalah teruk kalau PRU13 diadakan tahun ini. Memandangkan jika mengikut perlembagaan mereka akan terus berkuasa sehingga awal tahun 2013, jadi saki baki masa yang ada itu akan mereka gunakan untuk membalun dan merembat secukup-cukupnya hasil negeri-negeri mereka tadbir.

 Bagaimana caranya? Cukup mudah...jangan bubarkan DUN masing-masing seperti yang disarankan oleh Lim Guan Eng dan konco-konconya.



Monday, May 23, 2011

Pakatan Rakyat Punca Malaysia Menduduki Tangga Ke-10 Peminum Arak Paling Ramai Di Dunia



Inilah kejayaan terbesar Pakatan Haprak semenjak mereka menguasai Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan sekejap di Perak. Sikap mereka yang membiarkan arak dijual berleluasa selama ini berjaya menempatkan Malaysia menduduki tangga ke 10 memiliki peminum arak paling tinggi didunia.

Mereka tidak boleh menafikan perkara ini. Lihat sahaja pendekatan yang mereka lakukan dalam hal yang berkaitan arak di Selangor. Bukankah Pakatan Haprak yang membenarkan arak dijual dikawasan majoriti Islam? Horas! pernah menulis mengenai penjualan arak yang semakin berleluasa di Selangor. 

Arak bukan sahaja boleh dibeli dengan mudah dipremis menjual arak yang semakin berlambak, malah boleh dibeli melalui ejen-ejen penjual yang merayap kehulu dan kehilir. Langsung tiada kawalan daripada pihak berkuasa kerajaan negeri. Baca disini .

Khalid Samad @ Khalid Gereja sendiri pernah 'menziarah' sebuah kilang arak di Selangor tidak lama dulu. Beliau datang bukan dengan membawa mangga kunci sebesar kepala lutut untuk menutup kilang arak tersebut seperti yang dilaung-laungkan oleh PAS setiap kali tiba musim pilihanraya, sebaliknya menawarkan kilang berkenaan sebuah tapak baru yang lebih selesa dan luas.

Di bandar Kajang juga kini telah muncul sebuah kedai menjual arak yang baru, yang dikatakan milik peniaga Singapura. Kalau bukan kerana kemudahan tertentu yang disediakan oleh kerajaan negeri Selangor, masakan peniaga dari Singapura sanggup membuka kedai menjual arak di sebuah bandar kecil di dalam daerah Hulu Langat yang majoriti penduduknya Melayu.

Maka semakin mudahlah penduduk sekitar Kajang membeli arak dikawasan mereka. Bukankah itu bakal meningkatkan lagi jumlah peminum arak, baik dikalangan bukan beragama Islam mahupun yang beragama Islam?

Itu di Kajang, rasanya dibandar-bandar kecil yang lain diseluruh Selangor kemunculan premis-premis menjual arak yang baru turut berlaku. Bayangkanlah pula bagaimana keadaanya di Pulau Pinang yang mutlak dikuasai dan dimonopoli  DAP...sudah tentu lebih hancur dan jahanam.

Abaikan PKR dalam hal ini kerana parti tersebut memang tak boleh diharap dan tak berguna satu sen pun. Tetapi PAS selaku parti yang kononnya memperjuangkan Islam harus harus bertanggungjawab dengan ranking yang memalukan Malaysia sebagai sebuah negara yang dikenali sebagai negara Islam.

Sindiran yang dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan melalui ketua penerangannya, Herman Samsudeen seperti yang disiarkan oleh malaysiakini tidak ubah seperti meludah kahak hijau pekat kemuka buruk sendiri. Berikut adalah petikannya:-
Kedudukan Malaysia di tangga kesepuluh dalam penggunaan arak di dunia disifatkan sebagai "kejayaan gelap" pemerintahan BN yang di luar jangkaan rakyat negara ini.  
"Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mengucapkan 'tahniah' kepada kerajaan BN yang berjaya membawa Malaysia ke ranking ke-10 negara konsumer arak yang terbesar di dunia.  

"Kejayaan ini benar-benar diluar jangkaan rakyat kerana Malaysia yang pernah di umumkan sebagai sebuah negara Islam oleh pemimpin Umno berjaya mengalahkan sebahagian besar negara-negara bukan Islam di Eropah dan Benua Amerika," sindir ketua penerangan dewan itu Herman samsudeen.
Sokongan PAS kepada DAP dan PKR yang seterusnya membentuk Pakatan Haprak sebenarnya telah mengundang pelbagai masalah didalam negara, terutamanya kepada umat Melayu. Selama hampir 60 tahun BN yang diterajui oleh UMNO memerintah dan mentadbir Malaysia tidak pernah berlaku perkara-perkara yang memalukan seperti itu.

Pakatan Haprak pula baru 3 tahun lebih menguasai 4 negeri telah berjaya meletakkan Malaysia antara negara yang memiliki peminum arak teringgi didunia. Kalau sekarang dikedudukan nombor 10, tidak mustahil jika ditakdirkan mereka dapat menguasai kerajaan pusat dalam PRU13 nanti, Malaysia akan terus melompat dikedudukan nombor satu pula.

Jadi, Pakatan Haprak, terutamanya juak-juak PAS dan PKR jangan hanya pandai menuding jari kepada UMNO dan BN bila tiba-tiba Malaysia muncul menduduki tangga ke 10 peminum arak paling tinggi di dunia. Bawa-bawalah cermin diri sendiri dulu sebelum jari tu mahu ditudingkan.



Akhirnya Anwar Ada Kelapangan Untuk Lawat Lokasi Tanah Runtuh



Kononya pada pukul 6.45 petang ini, pemimpin keramat lagi suci murni puak Pakatan Haprak akan turun dari kayangan untuk pergi melawat Bilik Gerakan Penyelamat Kerajaan Negeri Selangor di Lembah Azwen Resort di Felcra Sungai Semungkis, Hulu Langat. 

Sultan Selangor, Timbalan Perdana Menteri dan kebanyakan menteri-menteri kabinet sudah pun meluangkan masa melawat lokasi kejadian tanah runtuh yang meragut enam belas nyawa tersebut, tapi Anwar baru sekarang nak terhegeh-hegeh melakukan lawatan.

Apa sangat yang beliau sibukkan sedangkan ketika kejadian menyayat hati tersebut berlaku beliau ada didalam negara. Kalau mahu dibandingkan tentang kesibukan dan kesuntukan masa, kita semua percaya sudah tentu Tan Sri Muhyiddin Yassin berganda-ganda lebih sibuk dari beliau. Namun timbalan perdana menteri berkenaan awal-awal lagi sudah pergi melawat lokasi kejadian.

Perangai Menteri Besar Selangor pun dua kali lima dengan bos besarnya itu. Dia yang ketika kejadian itu berlaku berada US kononnya terpaksa membatalkan segala urusannya di luar sana dan tergesa-gesa balik ke Malaysia. 

Kita ingatkan sebaik sampai menteri besar gagap tersebut akan terus melawat mangsa-mangsa yang terlibat. Rupanya hampeh juga...dia bukannya pergi ke Hulu Langat, tapi menggelupur pergi ke Bukit Antarabangsa menghabiskan masa bersama Azmin Ali. Hari ini, tup tup...ada pula masa dia untuk mengiringi Anwar Ibrahim turun ke Hulu Langat.

Khalid jangan ingat duit bantuan RM1000 yang kerajaan negeri janjikan tu dah memadai dan dia tidak perlu lagi melawat mangsa-mangsa. Dalam keadaan seperti itu rakyat lebih dan amat berharap pada perhatian dan ingatan pemimpin pada mereka. 

Lagi pun apa sangatlah nilai RM1000 tu kalau nak dibandingkan dengan pemberian kerajaan negeri Selangor kepada keluarga Teoh Beng Hock yang jumlahnya RM300,000. Malah si Kugan yang disyaki terlibat dengan sendiket curi kereta tu pun dapat sumbangan RM30,000. 

Nampak sangat, baik pada Anwar mahupun Khalid, kejadian tanah runtuh yang mengorbankan ramai nyawa anak-anak yatim itu tidak memberi apa-apa kesan pada mereka. Mungkin kerana tiada kepentingan politik yang besar disitu.

Tapi Horas! dapat bayangkan, jika mangsa-mangsa yang terlibat dalam tregedi itu bukan Melayu, Anwar dan Khalid lah yang paling awal akan terpacak sampai menawarkan segala bentuk bantuan yang boleh dihulurkan kerajaan Selangor. Yang jumlahnya pasti bukan sedikit.





DYMM Sultan Selangor Lawat Lokasi Kejadian Tanah Runtuh Di Hulu Langat



Pagi tadi, Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mencemar duli melawat tapak kejadian tanah runtuh yang telah mengorbankan enam belas nyawa di Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Sungai Semungkis, Hulu Langat. Baginda tiba kira-kira jam 10.30 pagi.

Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab telah memberikan taklimat penuh kepada Tuanku Sultan mengenai kejadian menyayat hati yang telah menggemparkan negara itu.

Turut mengiringi baginda ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Khusrin Munawi, Ketua Polis Negeri, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, Exco Kerajaan Negeri Selangor, YB Dato' Hassan Mohamed Ali, Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, YB Datuk Johan Abdul Aziz, ADUN Dusun Tua, YB Ismail Sani serta beberapa orang pemimpin dan pegawai kanan kerajaan Negeri Selangor.

Tuanku Sultan turut menzahirkan rasa sedih dan terharu baginda diatas kejadian berkenaan dan berharap agar keluarga mangsa bersabar dalam menghadapi ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Baginda meluangkan masa lebih sejam dilokasi kejadian sebelum berangkat ke hospital untuk menziarahi mangsa-mangsa yang masih dirawat.



Dialog YB Zulkifli Nordin Dengan Seorang Ustaz PAS.


ZN : Salam Ustad, ana nak tanya adakah Ustad sudah menonton sendiri videoklip tersebut sepenuhnya, atau versi yang singkat itu? 

Ust: Ana tidak gamak menengok sebab ianya haram! Malah sesiapa yang tengok itu semuanya haram dan melakukan dosa besar! 

ZN: bagaimana Ustad tahu haram sedangkan Ustad tengok lagi pun tidak? Baik, ana nak tanya, kalau seorang perompak pecah masuk rumah seseorang, dan setelah merompak, dia merogol pembantu rumah orang tu, kemudian dia lari. Kebetulan rumah tersebut ada video CCTV, adakah haram bagi polis melihat video itu untuk mengecam perompak/ perogol tersebut? Adakah haram polis menyebarkan video itu dimedia cetak, elektronik dan cyber untuk mengecam perompak/ perogol itu? 

UST: itu isu lain, itu satu jenayah! Sebenarnya videoklip ke, DNA ke tidak boleh dijadikan bahan bukti dimana-mana Mahkamah Syariah! (kata Ustad dengan agak meninggi suara) (Nota: teman agak terkejut dengan kenyataan ini kerana jelas memperbodoh dan memperlekeh Islam seolah-olah menolak sains & teknologi sedangkan dizaman kegemilangannyaa Islam mempelopori sains & teknologi). 

ZN: dimana lainnya Ustadz? Soalnya sekarang ialah ada satu bahan bukti yang boleh mengecam siapa pelakunya, bukan perlakuan itu yang nak didedahkan! Baik, bagaimana pula kalau ada aduan menyatakan suami seseorang itu nusyuz dan mengadakan hubungan sulit dengan wanita lain. Mereka didapati pergi kesebuah hotel. Yang ada hanya bukti CCTV yang kebetulan ada didalam bilik hotel itu. Takkan tidak boleh si isteri guna video CCTV itu untuk membuktikan sumainya curang? 

UST: (tak menjawab). 

ZN: isunya sekarang Ustad, videoklip itu diperlukan pertama untuk mengecam dan membuktikan pelaku dan watak didalamnya, bukan membuktikan perbuatan didalamnya. Hanya setelah terbukti siapa pelakunya baru kita pergi ke peringkat selanjutnya iaitu apa yang dibuat oleh para pelaku tersebut. Apakah itu salah dan berdosa? 

Ust: tapi video itu adalah rakaman video lucah! Orang sedang buat seks! 

ZN: Tadi Ustad kata tidak tengok lagi, mana Ustad tahu? Jadi tidakkah penting untuk Ustad tengok dulu baru buat rumusan? Tidakkah Ustad tahu tiada siapa yang membuat tuduhan seks atau zina terhadap Anwar Ibrahim. Datuk Eskay, kawan baik Anwar sendiri, hanya menggunakan video itu untuk memberitahu rakyat bahawa kawannya Anwar tidak layak jadi pemimpin, adakah itu salah? 

Ust: Tetapi video itu mendedahkan 'aib seseorang, dan mendedahkan 'aib seseorang itu dilarang dan adalah haram hukumnya dalam Islam (lalu Ustad membaca sepotong ayat Al quran). 

ZN: kalau ada seseorang datang meminang anak perempuan Ustad, dan kebetulan ana tahu akhlak dan karektor peminang tersebut, dan kebetulan ana ada satu videoklip menunjukkan perangai peminang itu, adakah ana berdosa ana memberitahu Ustad dan menunjukkan video itu sebagai bukti keterangan ana? 

Ust: itu soal peminangan, tidak ada kena mengena dengan videoklip seks ini. 

ZN: tapi Anwar Ibrahim mahu "meminang" seluruh rakyat Malaysia, tidakkah seluruh rakyat Malaysia berhak mengetahui akhlak dan karektor sebenar beliau sebab mereka yang akan menentukan samada mahu menerima "pinangan" Anwar Ibrahim atau tidak? 

Ust: bukan begitu caranya, banyak cara lain yang boleh dibuat! 

ZN: bagaimana cara lain itu Ustad? 

Ust: (tidak menjawab tetapi sebaliknya berkata) Ana rasa elok kita tangguhkan dulu sembang kita kerana para jemaah lain mungkin ada urusan lain. 

(Seorang jemaah menjawab, "takpa Ustad, kami pun nak tau jugak. Kebetulan YB ada sini eloklah Ustad perjelaskan"). 

ZN: ana nak sentuh isu qazaf yang Ustad sebut. Bukankah qazaf ini berlaku hanya jika seseorang menuduh tanpa bukti orang lain melakukan zina? 

Ust: Ya, dan jika penuduh itu gagal membawa empat orang saksi yang cukup syaratnya penuduh itu hendaklah dihukum qazaf dengan 80 sebatan. 

ZN: Tetapi didalam kes videoklip ini, Datuk Eskay atau mana-mana pihak lain tidak pernah membuat tuduhan untuk membuktikan Anwar berzina. Mereka cuma sekadar nak buktikan Anwar tidak layak menjadi seorang pemimpin umat Islam dan negara ini, dan video itu sebagai bukti. Itupun kita perlu tunggu sehingga polis mengesahkan ketulinan videoklip itu dan siapa watak-wataknya? Apakah itu juga termasuk dalam qazaf? 

Ust: soalnya bukan menuduh zina, tetapi ianya videoklip menunjukkan perbuatan seks! Itu sudah cukup untuk mengujudkan qazaf! (Nota: padahal Ustad ni video tu pun tak tengok lagi!) 

ZN: Adakah pendirian Ustad kalau ada wanita mengadu dirogol juga perlu membawa empat orang saksi, kalau tidak dia akan diqazaf? 

Ust: Sesiapa juga yang menuduh seseorang dengan tuduhan membabitkan seks samada zina, rogol, liwat dan lain-lain, hukum Islam memerlukan empat orang saksi. Jika tidak, orang itu hendaklah dikenakan qazaf iaitu disebat! 

ZN: (teman agak terkejut dengan jawapan Ustad ni) Tidakkah Ustad rasa dengan cara itu tiada wanita akan berani membuat lapuran polis mengadu dirogol! Tidakkah itu akan menggalakkan jenayah rogol, kerana para penjenayah ini akan tahu tiada siapa boleh bawak empat orang saksi. Adakah ini cara sistem keadilan Islam? Ana rasa ini bukan cara yang Islamik? 

Ust: Islam lebih memelihara kehormatan seseorang, sebab itu ALLAH mewajibkan empat orang saksi (lalu Ustad membaca sepotong ayat Al Quran & satu hadis) (kemudian Ustad menceritakan mengenai tuduhan seorang wanita Yahudi terhadap anak Saidina 'Umar). 

ZN: Tapi macam mana dengan kehormatan wanita yang telah dirogol itu? Tidakkah Islam sangat menjaga kehormatan dan kemuliaan wanita, serta membela dan mempertahankan mereka? Satu lagi soalan ana nak tanya, Ustad kata adalah satu fitnah bercakap tanpa bukti. Sekarang secara terbuka Ustad menuduh Dato' Sri Najib sebagai pembunuh Altantuya. Apa bukti yang Ustad ada?

Ust: (langsung tidak menjawab sebaliknya terus tutup majlis) Sorilah ana terpaksa pergi dulu kerana ada program lain. Assalammu'alaikum. 

Begitulah secara ringkas dialog diantara teman dengan kawan teman Ustad lulusan 'pengajian Islam ini. Tujuan teman bukan untuk mempertikaikan Ustadz kawan teman ni, sebab itu teman tidak sebut nama dan lokasi tempat dialog itu. Malah teman sangat menghormati komitmen dan dedikasi Ustad ni menyampaikan ceramah siang dan malam. Cuma teman kasihan kepada para jemaah yang kebanyakkannya tidak tahu hujung pangkal, datang dengan ikhlas untuk menimba ilmu tetapi menerima sogokan politik murahan yang teman rasa bertopengkan agama dan kitab. Dan teman kasihan kepada sahabat teman itu, yang mungkin ikhlas orangnya, tetapi dikalkatukan oleh kabus-kabus politik kepartian yang terlalu sempit. Semoga ALLAH memberikan petunjuk dan hidayah kepada kita semua. 

Adios amigos, grasias senor. 

Wallahua'lam & Wassalam. 

Zulkifli Bin Noordin 
Selasa 
08 Jamadil Awal 1432

Sumber : zul4kulim.blogspot.com



Sunday, May 22, 2011

Tragedi Tanah Runtuh Di Hulu Langat: Terima Kasih Pada Semua Yang Telah Menyumbang Tenaga.



Alhamdulillah, operasi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa yang tertimbus didalam tragedi tanah runtuh di rumah Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia, Al-Taqwa di Batu 14, Sungai Semungkis, Hulu Langat telah selesai. Kesemua mangsa yang tertimbus telah ditemui.

Walaupun kesemua mangsa sudah dikeluarkan, operasi mencari dan menyelamat tetap diteruskan oleh pihak polis dan bomba pada pukul 8 pagi ini bagi memastikan tiada lagi mangsa yang terperangkap

Enam belas orang mangsa disahkan telah terkorban akibat tregedi tersebut manakala sembilan orang lagi cedera dan berjaya diselamatkan. Enam daripada sembilan mangsa yang cedera kini ditempatkan di wad biasa Hospital Ampang. Dua lagi ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan.

Sama-sama kita hadiahkan Al-Fatihah kepada semua mangsa yang terkorban. Mudah-mudahan Allah SWT mencucuri roh mereka dengan rahmat dan kasih sayangNya. Pada yang cedera, kita doakan mereka agar cepat sembuh.

Kepada keluarga mangsa yang terkorban, mudah-mudahan anda semua tetap tabah dan sabar menghadapi dugaan yang amat berat itu.

InsyaAllah, hari ini jenazah tujuh orang daripada mangsa yang terkorban dalam kejadian yang menyayat hati itu akan disembahyangkan di Masjid Sultan Hishamuddin Pekan Batu 14 sebelum dikebumikan ditanah perkuburan Islam Dusun Nanding. ADUN Dusun Tua, YB Ismail Sani ketika ini sedang menguruskan proses yang berkaitan dengan urusan berkenaan.

Terima kasih diucapkan pada kesemua anggota bomba, polis, tentera, pasukan perubatan, RELA, agensi-agensi kerajaan dan orang awam yang terlibat dari mula hingga akhir proses mencari dan menyelamat dijalankan.

Terima kasih diucapkan kepada jentera daripada UMNO Bahagian Hulu Langat yang diketuai sendiri oleh YB Datuk Hj Johan Abdul Aziz serta Ketua Pemuda Bahagian, Saudara Azhar Hambali bersama pemuda-pemuda yang tidak kenal erti penat lelah...yang telah berkampung dan menyumbang tenaga dilokasi kejadian dari awal hingga akhir.

Terima kasih kepada sayap Puteri dan Wanita UMNO Bahagian yang dari awal lagi bertungkus lumus menguruskan keperluan mangsa yang terselamat.

Terima kasih juga kepada Datuk Noh Omar yang mengetuai Perhubungan UMNO Negeri, Wanita, Pemuda dan Puteri Negeri Selangor serta Putera UMNO yang dipimpin oleh Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang turut sama turun memerah keringat dan tenaga menghulur bantuan. 

Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada pemilik Lembah Azwen Resort yang telah menyediakan penginapan sementara yang begitu selesa dan keperluan lain yang berkaitan kepada mangsa-mangsa yang terlamat.

Jasa dan budi baik anda semua hanya Allah SWT yang akan membalasnya.

Oh ya! tidak lupa juga diucapkan terima kasih kepada Exco Negeri Selangor, YB Rodziah Ismail dan YB Halimah Ali yang telah berusaha datang kelokasi kejadian dan kemudiannya cuba menunjukkan taring dengan meminta sukarelawan dan petugas UMNO beredar daripada kawasan dimana mangsa-mangsa yang terselamat ditempatkan.

Melihat gelagat lucu dan entah apa-apa anda berdua sedikit sebanyak menghiburkan hati sukarelawan dan petugas UMNO yang sedang kepenatan.



Tragedi Tanah Runtuh Di Hulu Langat: Juak PAS Buat Kecoh

Dianggarkan 300 orang anggota tentera sedang menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat ketika ini. Tiada sebarang jentera berat digunakan berikutan keadaan tanah yang tidak stabil.

3 lagi mayat mangsa yang terkorban didalam kejadian tanah tersebut telah ditemui menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang terkorban seramai 12 orang. 10 orang mangsa lagi telah berjaya ditemui dalam keadaan selamat.

Usaha mencari 2 orang lagi mangsa yang masih belum ditemui sedang giat dijalankan. Mudah-mudahan mereka akan ditemui dalam keadaan selamat.

Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat dan Ketua Pemuda Bahagian bersama jentera masing-masing masih berkampung dilokasi kejadian membantu pasukan penyelamat.

Seperti yang dijangka, puak-puak PAS yang hanya datang lewat petang tadi telah membuat kecoh. 2 orang Exco Negeri Selangor, Halimah Ali dan Rodziah Ismail melakukan provokasi dengan cuba mengusir petugas-petugas UMNO dari lokasi tempat mangsa-mangsa yang terselamat ditempatkan.

Begitulah perangai puak Pakatan Haprak. Tidak kira dalam keadaan apa sekalipun...hatta dalam bencana tanah runtuh yang meragut banyak nyawa pelajar di rumah Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia Al-Taqwa pun mereka masih mahu berpolitik lagi. 



Terkini : Kejadian Tanah Runtuh Di Sg Semungkis, Hulu Langat.




4 lagi mayat mangsa ditemui dilokasi tanah runtuh sekitar jam 9.00 hingga 10.30 malam tadi menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban berjumlah 9 orang.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut berada di lokasi kejadian ketika ini. Kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa yang masih tertimbus masih giat dijalankan.



Saturday, May 21, 2011

Terkini : Kejadian Tanah Runtuh Di Sg Semungkis, Hulu Langat.

Berita terkini yang diterima dari lokasi tanah runtuh dirumah Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia Al-Taqwa di Batu 14, Sungai Semungkis, Hulu Langat. Sehingga kini, 5 orang pelajar disahkan terkorban dalam kejadian tersebut. Sekitar jam 7.15 tadi, 2 lagi mayat kanak-kanak berjaya dikeluarkan dari sisa runtuhan.

Hujan masih turun renyai-renyai. Ketika ini pasukan penyelamat masih bertungkus lumus mencari mangsa yang terlibat. Difahamkan operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan 24 jam oleh pasukan penyelamat.

Mari kita sama-sama berdoa kehadrat Allah SWT, mudah-mudahan masih ramai lagi yang akan ditemui dalam keadaan selamat.

Kejadian Tanah Runtuh Di Sg Semungkis, Hulu Langat.




Kira-kira jam 2.30 petang tadi kita semua dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh yang berlaku dirumah Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia Al-Taqwa di Batu 14, Sungai Semungkis, Hulu Langat. Kejadian tersebut berlaku disebabkan hujan lebat yang turun sejak beberapa hari lalu.

20 orang pelajar dan 4 orang penjaga dipercayai tertimbus dalam kejadian yang menyayat hati tersebut. Setakat ini 3 orang kanak-kanak telah disahkan terkorban. Mangsa terbaru dibawa keluar dari sisa runtuhan pada jam 6.05 minit petang tadi. 

Walau bagaimanapun, atas kecekapan pihak pasukan penyelamat, 12 orang mangsa telah berjaya diselamatkan. Kesemua mangsa yang berjaya diselamatkan tersebut telah dibawa ke Hospital Kajang dan Hospital Ampang untuk menerima rawatan lanjut.


Menurut laporan rakan Horas! (Sdra Zamri  Dato Mohamad) yang masih berada dilokasi kejadian bersama Ketua Pemuda UMNO Bahagian Hulu Langat, Sdra Azhar Hambali, kawasan sekitar tempat kejadian sesak teruk pada ketika ini dan hujan juga masih lagi turun. Bagi memudah serta mengelakkan gangguan kepada anggota penyelamat yang sedang bertungkus lumus bertugas, orang ramai dinasihatkan agar tidak masuk ke lokasi kejadian.



Sama-sama kita berdoa agar lebih ramai mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut dapat diselamatkan. Al-Fatihah untuk mangsa yang terkorban. Mudah-mudahan roh mereka dicucuri dengan rahmat Allah AWT.



Friday, May 20, 2011

Mak Lampir Kantoi Lagi, Terpaksa Cuci Tahi Azmin Ali.



Zuraida Kamaruddin dengan muka tebal terpaksa mencuci tahi Azmin. Puncanya apabila dalam satu mesyuarat tertutup di Petaling Jaya baru-baru ini, Ketua Wanita PKR yang tak berapa cerdik ini dikatakan telah memaksa setiap ahli majlis dari Parti Keadilan menyumbang RM20,000 kepada parti. bagi program jelajah negeri Selangor. 

Mesyuarat tertutup tersebut dikatakan dihadiri oleh hampir 100 orang ahli majlis PKR dari seluruh Selangor.

Arahan meminta sumbangan sebanyak RM20,000 dipercayai datangnya dari Azmin Ali sendiri. Bagi mendapatkan jumlah RM20,000 tersebut, ahli-ahli majlis terlibat disarankan untuk memeras diantara RM2000 hingga RM3000 daripada setiap pengusaha hotel bajet dan besi buruk didalam kawasan masing-masing.

Perkara tersebut turut dilaporkan oleh akhbar online pro PR freemalaysiatoday.

Zuraida sendiri apabila dah kantoi, cepat-cepat menafikan bahawa PKR ada meminta ahli-ahli majlisnya membuat sumbangan berkenaan. Kata wanita bermulut buntut ayam itu, mesyuarat yang dia dan YB Hee Loy Sian (MP Petaling Jaya Selatan) hadiri adalah mesyuarat pembentangan KPI dan laporan dari setiap ahli majlis. Sumber disini.

Mudah betul cara Parti Kencing Rakyat mencari wang untuk dijadikan dana politik. Arahkan sahaja ahli majlis 'pau' sana sini. Lepas tu, bila dah kantoi pakat tak mengaku dan bagi jawapan konar baring tahap cecah kepala lutut.

Pengusaha hotel bajet dan besi buruk sudah pasti tidak ada masalah untuk menghulurkan wang seperti yang diminta. Setakat RM2-3 ribu ringgit apa ada hal. Tapi kena ingat, mereka tak akan memberi secara percuma. Pasti akan ada balasan yang diminta. Balasan yang boleh memberi keuntungan pada perniagaan yang mereka jalankan, terutamanya dari segi kelonggaran syarat peraturan dan undang-undang.

Pengusaha-pengusaha hotel bajet pasti meminta ahli majlis yang mentadbir didalam kawasan mereka beroperasi menutup sebelah mata kalau ada apa-apa aktiviti menyalahi undang-undang atau maksiat beroperasi di hotel mereka. Faham-faham sajalah, maksiat jenis apa yang selalu berlaku dihotel-hotel bajet ni.

Pengusaha-pengusaha besi buruk pun pasti akan meminta ahli majlis yang sudah menerima wang daripada mereka menutup sebelah mata kalau tapak tempat mereka beroperasi tidak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Terutamanya dari segi kebersihan dan keselamatan tempat mereka menyimpan segala macam besi-besi buruk dan bahan buangan yang lain.

Kalau timbul sebarang masalah, yang menjadi mangsa sudah pastilah rakyat yang tinggal dikawasan sekitar. Mengadulah macam nak rak kepada PBT tapi sudah pasti tiada sebarang tindakan yang akan diambil. Macam mana PBT nak ambil tindakan kalau ahli majlis yang berkuasa dikawasan terlibat sudah menerima wang ?

Pada Zuraida mulut buntut ayam, takkan setakat nak 'pau' pengusaha-pengusaha hotel bajet dan besi buruk saja. Pengusaha-pengusaha rumah urut, spa dan pusat hiburan haram yang berlambak di Selangor ni tak nak 'pau' sekali ke? Dah tentu bertimbun-timbun wang yang Parti Kencing Rakyat akan dapat. Masyukkkkkk...!!!



Thursday, May 19, 2011

Pencacai Pakatan Haprak Sebarkan Berita Kononnya Tun Mahathir Telah Meninggal Dunia.

Kita semua tahu bahawa Tun Mahathir telah dimasukkan ke wad biasa Institut Jantung Negara (IJN), pada jam 6 pagi semalam bagi rawatan sakit dada selepas demam dan batuk sejak dua hari lalu. Dijangkakan beliau akan terus berada di IJN selama seminggu

Tapi si biawak tuan punya akaun FB dibawah tanpa sedikit pun rasa bersalah telah menghebahkan berita palsu kononnya Tun Mahathir yang kita semua sayangi telah meninggal dunia. Dan berita yang disebarkannya disambut pula dengan riang gembira oleh beberapa ekor lagi biawak yang lain.



Bayangkan berapa punya buruk buruk perangai pencacai-pencacai Pakatan Haprak hinggakan berita-berita sebegitu pun mereka boleh buat main-main. Inilah hasil tarbiah pemimpin-pemimpin PAS dan PKR kepada pengikut-pengikut tegar mereka.

Pemimpin kencing berdiri...pencacai-pencacai yang dipimpin bantai kencing berlari! Tun Mahathir yang begitu banyak berjasa pada negara dikutuk dan dihina sewenang-wenangnya tanpa sedikit pun rasa bersalah. 

Pada pencacai Pakatan Haprak sekelian, sedarlah...banyak jasa-jasa Tun Mahathir yang telah dinikmati hasilnya oleh datuk, nenek, emak, bapak dan diri kamu sendiri.

                

Wanita Didalam Pejabat MB Kedah Tak Perlu Tutup Aurat?

Puak-puak PAS kalau bercakap pasal hukum-hakam Islam bukan main berdegar-degar lagi. Kononnya merekalah yang terbaik dan yang paling patuh dan menuruti segala-galanya tentang halal dan haram dalam Islam. Orang lain semua tak betul. Yang betul hanya puak-puak mereka sahaja.

Kalau yang menyentuh tentang hukum mendedahkan aurat lagi lagilah puak-puak lebai hijau peka dan menggila. Bukan sedikit wanita yang menjadi mangsa caci hina dan maki hamun mereka kalau dalam bab-bab aurat ini.

Tapi itu semua sebenarnya hanyalah lakonan mereka sahaja. Mereka nak menunjukkan pada rakyat kononnya mereka takkan bertolak ansur dan sentiasa bertegas dalam hal-hal yang berkaitan hukum dan undang-undang Islam.

Hakikatnya, hukum dan undang-undang Islam mereka jadikan modal hanya untuk meraih undi dan seterusnya kuasa politik. Sebenarnya mereka langsung tidak kisah kalau kaum wanita tidak menutup aurat. Tak percaya? Cuba tonton video dibawah dan rakan-rakan pembaca sekelian akan tahu betapa hipokrit dan cakap tak serupa bikinnya PAS.

Video dibawah dirakam ketika Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Kedah, Dato' Abdul Aziz Sheikh Fadzir berkunjung kepejabat Menteri Besar Kedah, DS Ustaz Azizan Razak sebagai wakil untuk menyerahkan rayuan pengekalan rebat cukai tanah Universiti Utara Malaysia (UUM).

Lihat diminit 7.40, menutup auratkah wanita yang bertugas didalam pejabat Menteri Besar Kedah? Kalau tak jelas, boleh lihat lagi diminit 8.11 dan 8.32.




Wednesday, May 18, 2011

Isu Video Seks: PAS Mula Menekan Anwar Secara Halus.



Anwar Ibrahim makin tersepit walaupun pelbagai cara telah dilakukan oleh tua kutuk berpunai besar berkenaan untuk menafikan bahawa beliau adalah lelaki gersang yang mengawan dengan seorang pelacur dalam video yang didedahkan oleh Datuk Eskay, bekas sahabat baiknya sendiri.

Emosi Anwar sendiri amat teruk terganggu semenjak video seks tersebut didedahkan. Dalam ceramahnya kebelakangan ini, Anwar tidak sudah-sudah memaki hamun dan menyumpah seranah UMNO. Kononnya UMNO dengan kerjasama Tun Mahathir dan pasukan polis telah menganiaya dirinya yang suci dan murni.

Tambah parah, tua kutuk yang juga amat ketagih untuk menutuh dubur makhluk sejenis dengannya itu turut diperintahkan oleh mahkamah untuk membela diri berhubung tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lalu. Bertambah semaklah kepala lelaki tua biesexual tersebut.

PAS juga nampaknya kini sudah mula sangsi kepada papa Nurul Izzah. Tambahan pula mempertahankan ketua umum Parti Kencing Rakyat tersebut sedikit sebanyak telah memberi kesan buruk kepada reputasi PAS yang selama ini begitu lantang memperjuangkan Islam. Bukankah aneh namanya jika memperjuangkan Islam tapi dalam pada masa yang sama bermati-matian pula membela seorang lelaki yang suka meliwat dan berzina?

PAS mungkin tidak berani untuk bersuara secara terus terang kepada Anwar, tetapi tindakan akhbar online mereka, harakahdaily.net menyiarkan surat terbuka seperti dibawah kepada Wan Azizah jelas menunjukkan sokongan PAS yang semakin longgar kepada Anwar.

Surat terbuka kepada Dr Wan Azizah.
Wan Nasuha Wan Hassan
Sebagai isteri dan ibu, saya turut bersimpati dengan derita yang melanda Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan keluarganya dengan isu pendedahan video seks yang didakwa menunjukkan Anwar Ibrahim melakukan perhubungan seks dengan seorang pelacur Cina. Mana-mana isteri di dunia ini akan luluh hati terluka jika benar suaminya telah berzina, dirakam aksi seks dan tersebar seluruh dunia. Disiarkan pula setiap hari dan malam di kaca televisyen. 
Jika benar ini fitnah dan dusta, alangkah teraniaya beliau dan anak-anaknya sebagai seorang Muslimah. Alhamdulillah, setakat ini Dr Wan Azizah kelihatan tabah berdiri teguh di sisi suami meskipun diserang bertubi-tubi oleh pihak musuh politik. Dr Wan Azizah telah membuat kenyataan demi kenyataan bahawa lelaki di dalam video itu bukan Anwar Ibrahim. Malangnya, masih ada yang mempercayai Anwar Ibrahim adalah lelaki dalam video seperti yang didakwa. 
Dakyah Utusan Malaysia, TV3 dan lain-lain media Umno/BN telah berjaya meracuni minda sebahagian besar masyarakat. Ummah telah berpecah dan berbalah kerana video ini, sehingga masjid dijadikan gelanggang pergaduhan. Hukum syariah, ayat-ayat suci Al Quran menjadi bahan mainan dengan tafsiran-tafsiran ikut selera politik dan agama Islam diperlekehkan. Keretakan di kalangan ummah memberi ruang kepada musuh untuk bertindak. 
Ketika ummah bercakaran maka langkah pro-aktif dituntut untuk menghentikan segala kekusutan ummah. Hakikatnya, hanya Dr Wan Azizah sahaja di muka bumi ini yang berupaya untuk menyelesaikan kekusutan ini. Dr Wan Azizah perlu akur bahawa isu video ini telah menjangkaui kepentingan peribadi, keluarga dan politik. Keharmonian ummah sudah terancam dan kestabilan negara telah tergugat. Hanya Dr Wan Azizah yang mampu untuk menyelamatkan ummah daripada terus dilanda musibah ini. 
Selama ini penafian secara lisan dari beliau telah diperlekehkan atas alasan beliau berkepentingan sebagai isteri untuk melindungi reputasi suami beliau. Tambahan pula si isteri adalah presiden parti yang berketua umumkan si suami. Mahu tak mahu, Dr Wan Azizah harus mengambil tindakan yang lebih tegas dan berani untuk menamatkan fitnah jijik ini. 
Maka dengan ini, saya dengan segala rendah hatinya mencadangkan supaya Dr Wan Azizah membuat sumpah laknat atas nama Allah bahawa pelaku dalam video itu bukan suami beliau. Selepas membuat sumpah tersebut, beliau haruslah mengadakan sidang media di mana jam Omega suami beliau yang selama ini saya percaya di dalam simpanan beliau ditunjuk kepada para hadirin. 
Tindakan Dr Wan Azizah yang tegas ini akan sekaligus menamatkan fitnah terhadap Anwar Ibrahim dan menyelamatkan ummah dari berpecah. Tiada insan rasional dapat menolak kesahihan sumpah laknat yang dibuat oleh Dr Wan Azizah, malah itu lebih efektif dari apa-apa sumpah laknat yang dibuat oleh Anwar Ibrahim sendiri. Apatah lagi diperkukuhkan dengan adanya jam Omega yang menafikan sama sekali bahawa Anwar telah berada di tempat di mana video hubungan seks haram telah dirakam. 
Saya yakin Dr Wan Azizah sedar dan peka bahawa kewajipan beliau kepada Allah SWT untuk menegakkan kebenaran dan keadilan mengatasi segala pertimbangan duniawi. Sesungguhnya penyelesaian kepada isu yang kian memecahbelahkan ummah ini terletak di tangan beliau. Saya amat berharap dan berdoa beliau menyambut baik cadangan ini dan seterusnya mengambil tindakan yang dicadangkan, Insya-Allah. 
Sekian, Wasallam.
        Sumber:  http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/3341-surat-terbuka-kepada-dr-wan-azizah

Ps : Mungkin kerana dah kena warning dengan Parti Kencing Rakyat, surat terbuka diatas telah dipadam dari harakahdaily.net.