Thursday, June 30, 2011

Panas!!! PAS Semakin Mesra Dengan Arak.



Setiap hari PAS semakin banyak menelan kahak hijau sendiri. Apa yang pernah diludah dan dikahakkan kepada UMNO suatu masa dulu kini, juak-juak PAS jilat semula tanpa rasa malu.

Dulu PAS tidak dapat menerima bila kerajaan terpaksa mengeluarkan lesen mengilang, mengedar dan menjual arak. Macam-macam mereka fitnah UMNO walaupun sudah berpuluh kali dijelaskan bahawa ianya terpaksa dilakukan bagi memenuhi keperluan dan hak orang-orang bukan Islam dinegara ini.

Tapi kini nampaknya PAS sendiri yang beriya-iya mahu arak dijual dengan meluas. Malah kerajaan negeri Kelantan yang diterajui oleh PAS juga nampaknya semakin komited untuk menambah dan mengeluarkan lagi  lesen menjual arak di negeri berkenaan.
Kerajaan Pas Kelantan Kaji Tambah Lesen Arak - Takiyuddin

KOTA BHARU 29 Jun - Kerajaan Pas Kelantan sedia mengkaji cadangan masyarakat Cina di negeri ini yang mahu menambahkan lesen perniagaan dan premis minuman arak di negeri ini, kata anggota Exco Kerajaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan. 
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Negeri berkata, kajian itu bergantung kepada kewajaran dan keperluan lesen itu dikeluarkan terutama di bandar Kota Bharu. Selanjutnya boleh dibaca disini.
Inilah hasilnya semenjak PAS semakin akrab dan bersaudara dengan DAP. Kalau dulu beriya-iya menentang penjualan arak di negara ini, sekarang keadaan sudah jadi terbalik. PAS kini nampaknya mahu menjadi juara dalam hal-hal yang berkaitan arak.

Sebenarnya tanda-tanda PAS semakin mesra dengan arak memang sudah lama kita nampak. Dulu di Selangor, PAS langsung tidak membantah bila DAP  mahu arak dijual dikawasan majoriti Islam. 

Malah lebih teruk dari itu, Khalid Samad (MP PAS Shah Alam) pernah 'menziarah' sebuah kilang arak di Selangor dan menawarkan kepada kilang berkenaan sebuah tapak baru yang lebih luas.

Kalau luas tapak yang diberi, maka semakin besar jugalah bangunan kilang yang bakal didirikan. Bila kilangnya dah besar sudah tentu pulak lah pengeluarannya makin banyak. Bukan begitu?

Apa nak jadi dengan PAS? Sudah semakin jauh terpesong nampaknya. 



Wednesday, June 29, 2011

Negara Berkebajikan: PAS Sebenarnya Ketinggalan Bas.



PAS bukan main bangga lagi bila menggugurkan perjuangan untuk mewujudkan negara Islam kepada negera berkebajikan. Entah macam mana bentuk negara kebajikan yang akan diperjuangkan oleh PAS tiada siapa yang tahu. Semuanya samar-samar dan kabur.

PAS sebenarnya sekadar pandai meniru apa yang sudah dipraktikkan oleh UMNO sejak sekian lama. Yang kelakarnya, banyak agenda perjuangan yang mereka cipta, tapi kemudian...mereka sendiri yang juga membakul sampahkannya.

Tengoklah macam mana perjuangan untuk melaksanakan hudud yang sebelum ini begitu hebat puak-puak PAS jerit dang lolongkan...akhirnya dengan selamba mereka humbankan kedalam mangkuk jamban. Alasannya mudah, hudud bukan keutamaan dalam Islam.

Kalau mahu disebut kebajikan yang telah dibuat dan diberikan UMNO kepada rakyat negara ini, sampai habis gugur rambut 'style' sikat belah tepi Mat Sabu 121 dan luruh semua gigi Mahfuz Bean pun takkan habis. Gambar diatas adalah salah satu buktinya.

Caj rawatan jabatan kecemasan dihospital negara ini dikenakan seringgit sahaja. Apa sangatlah barang yang boleh dibeli dengan nilai seringgit? Anak-anak kita sendiri akan berkerut dahi kalau diberi belanja seringgit sahaja untuk kesekolah. 

Elok juak-juak PAS dan juak-juak PKR...parti yang tak berguna sesen tu pakat periksa samada Indonesia, Thailand, Filipina dan lain-lain negara buat perkara yang sama macam yang Malaysia buat, cuma kenakan caj seringgit sahaja untuk rakyat dapatkan rawatan dijabatan kecemasan hospital-hospital.



Thursday, June 23, 2011

Azab Allah Untuk Pemakan Harta Anak Yatim.



Abu Said Al Khudri ada menceritakan, ketika Rasulullah SAW menjalani Israk Mikraj, Baginda melihat kaum yang bibirnya seperti bibir unta. Mulut mereka disuap batu besar secara paksa sehingga keluar batu itu melalui dubur. 

Melihat kejadian aneh itu, Baginda bertanya Jibril.

"Wahai Jibrail, siapakah mereka itu?"

Jibril menjawab, "mereka itu adalah orang yang memakan harta anak yatim secara zalim".

Begitulah beratnya azab yang disediakan oleh Allah SWT kepada sesiapa yang tergamak untuk memakan atau menyeleweng harta anak yatim. Tapi ada yang langsung tidak gentar dengan azab yang disediakan oleh Allah itu.

Tambah mengejutkan apabila yang bertindak menyeleweng dan memakan harta anak yatim itu adalah sekelompok manusia yang mengaku diri mereka suci murni dan lebih Islam daripada orang lain.

Untuk mengetahui selanjutnya tentang kisah sekelompok manusia yang nampak alim tapi harta anak yatim pun dirembatnya boleh klik disini.




Wednesday, June 22, 2011

Panas!!! PAS Anjurkan Munajat Perdana Mohon Allah SWT Restui Usaha Ambiga.



Dewan Ulama PAS akan mengadakan Munajat Perdana di seluruh negara sempena himpunan aman Bersih 2.0 yang diketuai oleh Ambiga yang dijadualkan pada 9 Julai ini.

Semua Dewan Ulama Negeri diminta untuk menggerakkan dan merialisasikan munajat perdana tersebut. Dalam munajat perdana itu nanti Dewan Ulama PAS meminta pemimpin, ahli dan pendokong parti berkenaan berdoa kepada Allah SWT bagi menghadapi tipu daya dan kejahatan oleh pihak-pihak tertentu.

Mungkin maksud 'pihak-pihak tertentu' itu merujuk kepada UMNO dan NGO-NGO yang menentang demonstrasi yang dianjurkan oleh Ambiga dan konco-konconya.

Nampaknya PAS masih lagi tidak berhenti untuk melelong agama demi kepentingan politiknya. PAS sanggup melakukan apa sahaja, termasuklah bersekongkol dengan Ambiga yang terang-terangan cuba menjahanamkan Islam dinegara ini.

Jika begitulah keadaannya, alang-alang dah terlampau sayang kepada Ambiga, eloklah dalam munajat perdana itu nanti PAS doakan sekali agar usaha Ambiga untuk menjahamkan Islam melalui IFC (Inter Faith Commission) dapat dijayakan.

Apa usaha wanita Hindu berkenaan untuk menjahankan agama Islam yang menjadi agama rasmi dan diberi keutamaan di negara yang kita cintai ini? Mari kita lihat satu persatu.
1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam. 
2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang. 
3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil. 
4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam. 
5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang. 
6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak. 
7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya. 
8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid. 
9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya. 
10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka. 
11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah. 
12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing. 
13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam. 
14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
Begitulah perangai puak PAS. Mereka mengambarkan diri mereka sahaja yang suci murni dan lebih Islam daripada pihak lain. Tapi dalam masa yang sama apa pun mereka sanggup buat asalkan mendapat sedikit kuasa. 

Kalau dengan syaitan yang dilaknat Allah pun PAS sanggup bekerjasama dan berkawan inikan pulak lah setakat dengan Ambiga. 

Kepada sesiapa yang nak mula berjinak-jinak dengan PAS atau mahu menyertai demonstrasi Bersih 2.0, eloklah fikir semasak-masaknya terlebih dahulu. Jangan sampai anda terperangkap dengan perkara yang boleh menjahanamkan agama sendiri.

PAS?...

Biarkanlah mereka terjun dengan labu-labunya.



Pendeknya Otak Manusia-Manusia Dalam Akhbar Rasmi PAS.



Akhbar Harakah sekarang tengah sibuk buat undian samada tajuk 'Utusan Hina Islam' dan "Usaha Halang Himpunan Bersih 9 Julai Cetus Provokasi" dijadikan tajuk utama. Kalau mahu tahu apa lagi undian bodoh-bodoh alang yang dibuat harakah boleh baca disini.

Kalau buat undian macam tu kepada penyokong sendiri, sudah tentu harakah boleh jangka apa hasil dan keputusannya. Undian yang nampak menghentam UMNO, sudah tentu penyokong-penyokong PAS akan jadi macam beruk kena belacan mengundi 'ya', 'ya' dan terus 'ya'. 

Sepatutnya buatlah undian yang boleh mencetuskan daya pemikiran pembaca setianya. Contohnya buat undian macam ni. "Wajarkah PAS Menggugurkan Perjuangan Negara Islam Dan Diganti Dengan Negara Berkebajikan?" atau "Perlukah PAS Bekerjasama Rapat Dengan DAP Dan PKR?"

.....atau paling-paling bodoh pun buat undian macam ni "Adakah DAP Menyokong Hudud Dilaksanakan Dinegara Ini".

Bila buat undian macam tu, sekurang-kurangnya PAS boleh tahu pendirian dan reaksi penyokong sendiri untuk diambil tindakan atau sebagainya. Ini tidak, dibuat undian untuk tajuk yang sudah boleh dijangka apa hasilnya. Tak berfaedah langsung.

Nampaknya sekarang, untuk membuat tajuk yang sesuai pun Harakah yang terkenal kerana mengandungi banyak iklan ubat kuat seks itu sudah putus akal. Terpaksa sampai minta bantuan daripada pembaca-pembaca tegarnya.

Makin lama harakah dan PAS sendiri makin melucukan...



Tuesday, June 21, 2011

Pemuda PAS Sudah Semakin Jauh Tersesat.



Juak-juak PAS selalu melompat dan melolong menyalahkan UMNO sekiranya timbul kes-kes murtad yang membabitkan umat Islam. Tak cukup dengan melompat dan melolong, juak-juak PAS akan fitnah, maki hamun dan lemparkan macam-macam tuduhan kepada UMNO.

Yang anehnya dalam pada juak-juak PAS dok belasah UMNO kalau berlaku kes murtad, mereka tanpa segan silu dan rasa bersalah sanggup pulak mempertahankan dan sanggup menjadi perisai si Ambiga yang terkenal dengan sikap dan pendiriannya yang selalu jadi pembela dan penyokong sesiapa yang ingin murtad.

Apa sudah jadi dengan Pemuda PAS? Sepatutnya kalau dah tersesat jalan, baliklah kepangkal jalan. Ini tidak, sengaja buat-buat tak sedar walaupun dah tahu semakin jauh tersesat.
KUALA LUMPUR, 20 Jun: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) memberi amaran kepada Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan ahli-ahli pertubuhan itu agar menghentikan tindakan samseng mereka dan ugutan kepada rakyat Malaysia khususnya kalangan bukan Melayu yang mahu menyertai Himpunan Bersih 2.0. 
Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor menegaskan, Pemuda PAS bersedia menjadi perisai kepada rakyat pelbagai kaum yang hadir dalam perhimpunan Bersih 2.0 sekaligus menolak sebarang tindakan provokatif yang cuba diadakan oleh Perkasa untuk menimbulkan suasana tegang dan huru-hara. 
DPPP, katanya kesal dengan risalah perkauman yang diedarkan Perkasa yang menyebut "Awas!!! Ambiga Wanita Hindu yang Merbahaya". 
“Ini sudah melampau dan jelas satu penghinaan kepada Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan dan kaum lain,” tegasnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Pemuda PAS bukan main melenting bila PERKASA kata Ambiga seorang wanita Hindu yang bahaya. Menjadi pantang besar pada Pemuda PAS kalau ada mana-mana pihak berani mengkritik atau menyentuh si Ambiga celaka.

Apa yang PERKASA katakan itu memang benar. Tak ada salahnya sikit pun. Ambiga adalah individu yang bermati-matian mahu mewujudkan IFC. Baca disini. Dia juga sentiasa meyokong penuh sesiapa yang mahu murtad.

Bukankah itu merbahaya namanya? Bahaya pada agama...bahaya pada bangsa dan bahaya pada negara. Salahkah PERKASA mengeluarkan kenyataan itu?

Tapi sayang. Ada pulak sekumpulan manusia bodoh yang kononnya memperjuangkan dan memartabatkan Islam sanggup bersekongkol dengan seorang perempuan Hindu yang anti Islam.

Kerana sayang dan amat menghormati Ambiga, Pemuda PAS sanggup terjun kedalam gaung bersama perempuan hindu tersebut. Khaakkkkk ptuiihhhhhhh...!!!



Monday, June 20, 2011

Senarai Jawatankuasa Penganjur Bersih 2.0: Siapa Tuan Dan Siapa Barua.




Dibawah ini adalah senarai Jawatankuasa Penganjur Bersih 2.0 seperti yang dinyatakan Ambiga Sreevenasanksahkh. Ambiga juga adalah orang kuat disebalik penubuhan IFC yang akan memberi sokongan moral dan sebagainya kepada sesiapa yang ingin murtad dinegara ini.

1-   Ambiga Sree (Pengerusi)
2-   Mat Sabu (Timbalan)
3-   Andrew Khoo
4-   K Arumugam
5-   Dr Farouk Musa
6-   Harris Ibrahim
7-   Liau Kok Fah
8-   Maria Chin Abdullah
9-   Richard Y W Yeoh
10- Dr Toh Kin Woon,
11- Dr Wong Chin Huat
10- Datuk Yeo Yang Poh
12- Zaid Kamaruddin
13- Dr Subramaniam Pillay
14- Arul Prakkas

Daripada senarai Jawatankuasa Penganjur tersebut, hanya terdapat empat orang Melayu didalamnya. Mengapa ada empat orang sahaja sedangkan majoriti yang bakal menyertai demonstrasi adalah Melayu?

Kalau dilihat daripada peserta-peserta yang bakal terpekik terlolong didalam demonstrasi itu nanti, pasti ramai yang akan menyangka bangsa Melayu sendiri yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihanraya dinegara ini.


Tapi hakikatnya, itu tidak benar sama sekali. Sebenarnya yang tidak berpuashati dengan sistem pilihanraya dinegara ini bukanlah bangsa Melayu. Daripada senarai jawatankuasa yang telah diberi, rakan-rakan pembaca yang bijaksana sekalian sudah boleh mengagak kaum mana sebenarnya yang tidak berpuashati.

Kasihan Melayu-melayu yang bakal menyertai demonstrasi tu nanti. Betapa bangangnya mereka semua kerana sanggup menjerit-jerit sampai keluar anak tekak dan sanggup pula menanggung risiko untuk ditahan polis hanya demi memenuhi hasrat "Ambiga and the Gang".

Sekarang siapa tuan dan siapa barua tegar sebenarnya?



Sunday, June 19, 2011

PAS Mulakan Gerakan Membela Bekas Anggota Komunis?



Horas! ada menyentuh sedikit tentang desakan PAS yang mahu  kerajaan mengiktiraf bekas anggota komunis atas alasan bekas anggota Parti Komunis Malaya juga adalah pejuang kemerdekaan. Baca disini.

Nampaknya usaha PAS tidak berhenti setakat itu sahaja. Kini mereka sedang giat pula menggunakan isu darurat yang pernah diisytiharkan oleh British dinegara ini pada 18hb Jun 1948. 

UMNO dikaitkan dalam isu berkenaan kerana Yang Dipertua UMNO pada masa itu, Dato Onn Ja'afar, kononnya dikatakan telah menyetujui tindakan British tersebut. UMNO dituduh bersekongkol dengan British dan dengan mudah PAS menafikan perjuangan dan pengorbanan UMNO dalam mencapai kemerdekaan dulu.

Kata PAS, kemerdekaan tanah air ini bukanlah dicapai kerana perjuangan para pemimpin UMNO, tetapi hasil dari perjuangan pejuang-pejuang kemerdekaan sebenar yang kononnya dizalimi selepas pengisytiharan darurat berkenaan dibuat.

Berikut Horas! petik sedikit apa yang disiarkan oleh Harakahdaily berkaitan pengisytiharan darurat pada 1948 berkenaan.
KUALA LUMPUR, 17 Jun: PAS Kawasan Batu akan mengadakan satu majlis khas pada malam esok, 18 Jun, mulai jam 9.00 malam, di Markas PAS Kawasan Batu di Taman Melewar, di sini, bagi memperingati hari mala petaka bagi rakyat Malaysia yang berlaku pada 18 Jun 1948 lalu. 
Sehubungan itu, para pencinta sejarah dan orang ramai dijemput hadir ke majlis itu yang akan diisi dengan pengkisahan tentang mala petaka yang melanda seluruh rakyat negara ini, ekoran kekejaman pihak British dengan kerjasama Umno. 
Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Batu, Ishak Surin menjelaskan, mungkin ramai yang tidak menyedari, esok, 18 Jun, adalah hari amat malang bagi rakyat Malaysia kerana pada hari esoklah pihak British yang menjajah negara kita telah mengisytiharkan darurat di negara kita. 
Menurut beliau, setelah pengisytiharan darurat pada 18 Jun 1948 itu, semua parti-parti politik di negara kita telah diharamkan, tokoh-tokoh politik di seluruh negara ditangkap, dipenjarakan dan dibunuh. Seterusnya baca disini.
Nampaknya, selepas mengenepikan cita-cita melaksanakan hukum hudud dan yang terbaru menggugurkan perjuangan untuk mewujudkan negara Islam, PAS semakin haru biru dan tidak tentu arah dalam menentukan arah tuju perjuangannya. 

Kini puak-puak hijau karat ini tampil pula sebagai pembela bekas anggota komunis yang pernah bertindak kejam dan membunuh rakyat negara ini dengan sewenang-wenangnya suatu masa dulu. 

Tapi untuk mengelakkan persepsi buruk rakyat kepada mereka, pembelaan itu tidak mereka lakukan secara terang-terangan. Mereka kelirukan dan tarik perhatian rakyat kepada isu pengharaman beberapa parti politik serta penangkapan pemimpinnya yang majoritinya adalah Melayu pada tahun 1948.

Mereka berharap dengan menimbulkan isu itu, rakyat akan marah dan menganggap UMNO zalim dan jahat kerana sanggup menganiaya saudara seagama dan sebangsa sendiri. 

Mengapa UMNO dikaitkan dengan hal darurat tersebut walhal yang memerintah dan berkuasa pada masa itu adalah British. Alasan British mengisytiharkan darurat berpunca daripada kacau bilau dan keganasan yang dilakukan oleh komunis. 

Komunis yang jadi punca darurat 1948 diisytiharkan, komunis yang jadi punca beberapa parti politik diharamkan, komunis juga yang jadi punca pemimpin-pemimpin parti terlibat ditahan...tapi PAS salahkan UMNO.

Kesimpulannya, sebab komunislah darurat terpaksa diisytiharkan, tapi PAS cuba pula menjadikan UMNO sebagai kambing hitam. Komunis yang menjadi punca segala-galanya langsung tak mereka sentuh malah mereka anggap pula sebagai pejuang kemerdekaan sejati.

Tapi biasalah, asalkan boleh memberi keuntungan politik, PAS sanggup memutarbelit apa sahaja perkara.  Agama lagikan boleh mereka putarbelit, inikan pulaklah setakat fakta sejarah yang berlaku 63 tahun lalu yang ramai generasi muda kabur mengenainya.

Kasihan orang-orang Melayu dulu yang menggadai nyawa menentang komunis, kini jasa dan pengorbanan mereka cuba dinafikan oleh PAS. Yang tersenyum lebar meleret dipipi sudah tentulah DAP. Mereka tak payah ambil risiko atau bukak mulut pasal nak membela komunis kerana mereka sudah ada sekumpulan barua yang sanggup melakukannya bagi pihak mereka.

Untuk mengetahui secara ringkas tentang fakta darurat yang disytiharkan oleh British pada tahun 1948, rakan-rakan sekalian boleh membacanya disini.

Putar jangan tak putar, PAS memang haprak...!!!



Thursday, June 16, 2011

Lawak!!! Makcik Tua Yang Rela Dirogol.



Suatu hari, sebuah bas kilang yang memuatkan pekerja wanita sahaja sedang menuju ke kilang kayu yang terletak jauh dari kawasan kampung. Dalam perjalanan tu mereka terpaksa melalui kebun getah yang sangat luas..

Nak di jadikan cerita..ada seorang mamat kat tepi jalan menahan bas tersebut nak mintak tumpang.. jadi bas tu pun berhenti la… Tetiba..lebih kurang 6 orang perompak keluar nak merompak bas tersebut.

Sorang perompak berkata..."Keluarkan semua barang kemas dan duit yang korang ada..!!..Cepat..!!”

Sorang pekerja kilang tu membalas, “..tapi..kami tak bawak barang kemas kalau pergi keje..duit pun bawak sikit je..”

Perompak berfikir seketika.. “Huh!..gini la..sebab korang takder barang kemas & duit..kami rogol korang SEMUA..ahahhaa..”

Pekerja kilang yang muda berkata.. ” Alalaa…takkan la makcik tua yang kat belakang tu nak rogol jugak..tak kesian ker..”

Tetiba..makcik tu berdiri..

"Weh..ko nie..tak paham ker..kalau dia cakap SEMUA..SEMUA la.. !"


Kah.. kah.. kah.. kah kah!!....


Credit : kisah69.blogspot

Wednesday, June 15, 2011

Ketuanan Melayu: Sebenarnya Siapa Tuan Dan Siapa Hamba.



Apa perasaan anda selepas menonton video diatas? Rasa menyirap darah sampai keubun kepala?...Muka terasa panas dan kepala pun terasa kembang? 

Betapa selama ini Melayu  telah banyak berkorban untuk keselesaan dan kesejahteraan bukan Melayu. Tapi langsung tak dihargai. Melayu memang baik hati dan pemurah. Melayu juga suka beralah demi kebaikan semua.

Tapi sayang, sifat baik hati, pemurah dan sanggup berkorban Melayu tak dihargai. Ketuanan dan keistimewaan yang hanya tinggal sedikit pun masih dipertikaikan dan minta dihapuskan oleh segelintir pihak yang tak sedar diuntung. 

Mengapa mereka menjadi terlalu berani sedangkan mereka sudah mendapat segala-galanya?...kesenangan, kemewahan, kemakmuran dan kesejahteraan hidup, keamanan dan bermacam-macam lagi.

Jawapannya kerana ada Melayu yang sanggup menjadi barua mereka. Mereka ada Anwar Ibrahim dan konco-konconya. Mereka ada Hadi Awang dan konco-konconya. Mereka juga ada jentera yang besar dari kalangan Melayu sendiri yang sanggup turun membuat kacau dan berguling-guling dijalanan untuk melaksanakan agenda mereka.

Malah yang terbaru, PAS kini mendesak kerajaan untuk mengiktiraf anggota komunis yang dulu pernah menghuru-harakan negara sebagai pejuang kemerdekaan. 

Bukankah dahulu Melayu yang ramai maut dan menderita angkara kekejaman komunis? Bukankah Melayu juga yang bangkit meninggalkan anak, isteri, ibu dan bapa masing-masing menggadai nyawa bermati-matian menentang keganasan komunis?

Apakah perasaan anak yang kehilangan ayah, isteri yang kehilangan suami, ibu bapa yang kehilangan anak lelaki dan sebagainya...yang terkorban kerana berjuang menghapuskan pengganas komunis dulu? Tidakkah pengorbanan insan yang mereka sayangi itu menjadi sia-sia?

Sebelum nasi menjadi bubur...DAP, PKR dan PAS harus kita kuburkan dalam PRU13 yang akan datang.



Monday, June 13, 2011

Pakatan Haprak Sudah Terlalu Sebati Dengan Taktik Politik Yang Kotor Lagi Busuk.



Pakatan Haprak tidak pernah putus ikhtiar untuk mecari jalan memburuk-burukkan UMNO. Tak boleh cara A, mereka cuba cara B. Kalau cara B tak jalan, mereka cuba pula cara C...dan begitulah seterusnya.

Otak hampas mereka cukup kreatif mencipta fitnah. Harapan mereka, dengan fitnah-fitnah yang mereka cipta, rakyat akan jadi menyampah, meluat dan marah kepada UMNO dan seterusnya beralih arah memberikan sokongan kepada gabungan haram Pakatan Haprak mereka.

Ada macam-macam pendapat yang dilontarkan berkaitan pengedaran vcd seks Mat Sabu. Ada yang kata itu adalah tindakan sabotaj ahli PAS sendiri yang tidak berpuas hati dengan kemenangan Mat Sabu merebut jawawatan timbalan presiden PAS dan pelbagai andaian lagi.

Tapi Horas! melihat penyebaran vcd rakaman video seks  yang tertera gambar timbalan presiden PAS yang pernah ditangkap kerana berkhalwat diatasnya tidak lebih dari sekadar usaha terbaru Pakatan Haprak untuk memfitnah UMNO.

Mereka yang buat salinan, mereka yang cetak gambar Mat Sabu diatasnya dan mereka juga yang pos dan edarkannya. Mereka sasarkan edarannya kekawasan yang majoriti penduduknya Melayu kerana mereka tahu kawasan-kawasan yang peratus penduduk Melayunya tinggi masih lagi memberi sokongan kepada UMNO. 

Kemudian pemimpin-pemimpin mereka yang tinggal dikawasan yang sama, yang turut mendapat kirirman  rakaman tersebut akan pura-pura buat terkejut dan menggelupur pergi membuat laporan polis sambil menyumpah seranah dan menuduh itu semua kerja UMNO.

Kononnya UMNO tidak berhati perut dan sentiasa menganiaya mereka.

Dengan menyebarkan vcd akaman aksi seks tersebut, mereka berharap sokongan Melayu kepada UMNO dikawasan yang mereka jadikan sasaran itu akan merudum dan seterusnya beralih kepada calon-calon Pakatan Haprak yang bakal bertanding didalam pilihanraya nanti.

Sebenarnya taktik kotor, busuk dan tidak bertamadun seperti itu sudah biasa mereka pakai dan gunakan sebelum ini.

Di PRK Merlimau dulu mereka naikkan poster-poster yang menyatakan jika mengundi PAS akan masuk syurga. Bila timbul rasa kurang senang dikalangan pengundi mereka dengan pantas menuding jari kepada UMNO.

Mereka tuduh UMNO yang buat walaupun hakikatnya merekalah yang mencetak, menaikkan dan kemudian menurunkannya sambil bepura-pura marah dan buat kecoh menjerit mengatakan UMNO jahat! UMNO jahat!...


Seterusnya baca disini...

Di PRK Kerdau pun mereka jalankan taktik kotor mereka, tapi cara dan kaedahnya berlainan. Di Kerdau mereka upah budak-budak yang tidak tahu apa-apa dan belum matang berfikir untuk merosakkan bendera dan poster BN.  

Bila budak-budak tu kantoi, juak-juak Pakatan Haprak yang mengupah mereka pura-pura buat tak tahu dan dengan selamba menyebarkan kepada pengundi bahawa itu kerja UMNO untuk menganiaya dan memburuk-burukkan Pakatan Haprak walaupun hakikatnya mereka sendirilah yang merancang kejadian tersebut.

Di PRK tenang jdulu uga berlaku perkara yang sama. Mereka upah pihak-pihak tertentu untuk membakar dan merosakkan bendera serta poster BN dan kemudiannya tuduh itu kerja jentera pilihanraya UMNO.

Mereka fikir rakyat terlalu mudah untuk diperbodoh-bodohkan. Taktik buruk dan kotor yang mereka gunakan di PRK Merlimau, PRK Kerdau mahupun PRK Tenang akhirnya memakan diri mereka sendiri apabila rakyat mengetahui perkara yang sebenarnya. Calon-calon yang mereka letakkan untuk bertanding dikawasan berkenaan akhirnya kalah dengan bergaya.

Nampaknya Pakatan Haprak tidak pernah serik. Akibat dilanda sindrom pengecutan otak yang kronik dan kebodohan yang melampau, mereka tetap ghairah untuk menggunakan taktik-taktik kotor secara berterusan. Kini mereka mereka gunakan pula vcd rakaman seks Mat Sabu dengan harapan impak yang bakal dihasilkan lebih maksimum.

Diantara Pakatan Haprak dan taktik politik yang kotor dan busuk memang tidak boleh dipisahkan...ibarat kentut dengan tahi...khaakkkk ptuuuihhh!!!



Sunday, June 12, 2011

Hasan Ali Disingkir Daripada Menerajui PAS Selangor, Idris Ahmad Turun Pangkat



Pengguguran Hasan Ali dari organisasi pentadbiran negeri Selangor memang sudah lama dijangka. Sebelum ini Horas! pun pernah menulis yang Pesuruhjaya PAS Selangor itu berkemungkinan besar bakal disingkirkan. Baca disini. Tempat beliau akan digantikan oleh Abdul Rani Osman.

Penyingkiran Hasan Ali yang juga exco Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri itu memang sudah lama diidam oleh pemimpin-pemimpin DAP di Selangor berikutan pendekatan beliau yang sering membantah tindakan Ronnie Liu mencampuri hal ehwal umat Islam.


Manakala Idris Ahmad, mungkin kerana selalu sangat menunjukkan kebingaiannya pada umum, diturunkan pangkat menjadi AJK lantikan. Jawatan Ketua Penerangan PAS Pusat yang sebelum ini diduduki oleh Idris digantikan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga adalah anak saudara kepada Nik Aziz.

Berikut adalah senarai AJK lantikan PAS Pusat dan senarai Pesuruhjaya PAS Negeri yang Horas! petik dari klpos.com.

Setiausaha: Dato' Mustafa Ali
Bendahari : Datuk Abdul Halim Abdul Rahman
Ketua Penerangan : Tuan Ibrahim Tuan Man

AJK Lantikan: -
Ustaz Nasharuddin Mat Isa
Ustaz Idris Ahmad
Datuk Sri Nizar Jamaluddin
Hj. Zulkifli Mohd Omar

Abang Ahmad Abang Mad Agus (Wakil Sarawak)

Pesuruhjaya PAS Negeri : -
Selangor              :  Dr. Abdul Rani Osman
Terengganu         :  Abdul Yahid Endon
Negeri Sembilan :  YB. Taufek
Perak                   :  Ustaz Abu Bakar Husen
Pulau Pinang      :  YB. Ustaz Salleh Man
Perlis                   :  YB. Haji Hashim Jasin
W. Persekutuan  :  Haji Mohd Noor Mohd
Sabah                  :  Haji Aminuddin Alim
Melaka                :  Adly Zahari
Johor                   :  Datuk Mahfidz
Sarawak              :  Hadi Adam Akhir



Maha Kuasa Allah SWT Yang Melindungi Masjid Dari Bencana.


MASJID KOBE, JEPUN


Masjid Kobe adalah yang pertama dibina di Jepun. Dibina pada tahun 1925, masjid ini kekal utuh berdiri ketika bangunan-bangunan disekitarnya rebah menyembah bumi akibat kesan ledakan bom atom yang digugurkan oleh tentera Amerika Syarikat di Hiroshima dan Nagasaki. 

Bangunan ini hanya mengalami keretakan pada dinding luarnya dan kaca pada semua tingkapnya pecah. Warnanya bertukar sedikit hitam akibat kesan asap.


MASJID AN-NUR, CRISTCHURCH, NEW ZEALAND


Gempa bumi berukuran 6.3 Skala Richer di bandar Cristchurch dkhabarkan langsung tidak memberi apa-apa kesan kepada Masjid An-Nur, Cristchurch walaupun bangunan disekitarnya mengalami kerosakan yang teruk dan ranap sama sekali. Yang ranap termasuklah sebuah gereja.


MASJID RAMATULLAH, LHOKNGA, ACEH.


Masjid yang dibina pada tahun 1997 ini adalah satu-satunya binaan yang tetap kukuh bertahan ketika bangunan-bangunan perniagaan dan kediaman disekitarnya hancur berderai dilanda ombak tsunami yang kelajuannya dianggarkan 300 kilometer sejam.


MASJID BAITURRAHIM, ULEELHUE, ACEH


Masjid Batiturrahim juga masih kekal berdiri selepas bandar UleeLhue dilanda tsunami ganas yang merempuh dan menelan apa sahaja yang berada didalam laluannya. Agak terjejas sedikit di bahagian belakang, namun ruang solat utamanya hanya mengalami sedikit kerosakan.


MASJID BAITURRAHMAN, KOTA BANDA ACEH, ACEH


Gambar ini benar-benar memberi seribu pengertian kepada yang mahu berfikir. Lihatlah, ketika keadaan disekeliling masjid tersebut rata bagaikan padang jarak padang tekukur akibat ditelan tsunami yang ganas, Masjid Baiturrahman hampir tidak terjejas sama sekali.

Maha Kuasa Allah SWT yang membuktikan kebesaranNya dengan melindungi rumahNya dibumi daripada ledakan bom atom, gempa bumi mahupun tsunami.

Tapi pada yang tidak mahu berfikir, membina masjid untuk umat Islam solat berjemaah, mendengar kuliah agama dan sebagainya bukanlah keutamaan mereka. 

Mereka kutuk dan hina pula pihak lain bersungguh-sungguh membina masjid yang besar, indah dan serba lengkap untuk kemudahan umat Islam beribadat kepada Allah SWT.

Puak manakah itu? Sendiri mau ingatlah. Dinegeri yang mereka menjadi pemerintahnya, 'sebutir' masjid pun tak ada mereka bina. Walaupun saban waktu mereka menggambarkan merekalah pejuang Islam sejati dan lebih Islam daripada orang Islam yang lain.

Yang mereka banggakan di negeri mereka bukan masjid, tapi........

ini....


...ini


dan lagi...


...dan lagi


....dan ada banyak lagi kalau mahu ditunjukkan disini. Saiznya pun bukan calang-calang. Ada yang kedua terbesar didunia, kedua terbesar di Asia dan ada yang terbesar di Asia Tenggara. Ada juga yang tertinggi di Asia.

Di negara ini kita hidup dalam masyarakat majmuk yang rakyatnya mempunyai pelbagai pegangan agama. Kita hormati keperluan mereka pada tempat ibadat yang berkaitan dengan agama mereka. Tapi agak-agak jugalah saiz dan jumlahnya.

Nabi Muhammad SAW dan Nabi Allah Ibrahim A.S musnahkan berhala, tapi di negeri yang digelar 'Serambi Mekah' berhala ada dimana-mana. Sudahlah masjid tak dibina, tapi bila orang lain buat diperlekehkannya pulak...itulah PAS.

Hmmm...maaflah, dari cerita masjid boleh melarat sampai kecerita hapraknya PAS pulak. Bukan apa, Horas! makin lama makin meluat yang teramat sangat tengok perangai juak-juak PAS yang merasa diaorang lah yang paling sempurna agamanya dan serba hebat dalam segala hal tu.

Sumber gambar masjid: aradacr.blogspot.com, ziarah76.blogspot.com & suekainah.blogspot.com



Saturday, June 11, 2011

Bukti Kepala Nizar Ngai Penuh Dengan Tahi.



Kesian Nizar Ngai yang menjadi kesayangan Nga dengan Ngeh ni. Semenjak kalah teruk hingga duduk ditempat tercorot dalam pemilihan naib presiden PAS yang lalu semakin teruk merapunya. Saban hari ada saja benda yang nak dilalutkannya. 

Hari ini Nizar Ngai kata pula Tun M yang begitu banyak berjasa sepanjang masa beliau mentadbir negara ini tak layak dijadikan contoh.

Kata Nizar Ngai lagi, Tun M tidak layak dijadikan contoh kerana menolak dan menentang pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan PAS. Tak tahulah apa sebabnya, walaupun belajarnya tinggi tapi Nizar Ngai ni bingainya berlapis-lapis dari dulu sampai sekarang.

Cukup-cukuplah Nizar Ngai, janganlah asyik nak menipu rakyat saja pasal isu hukum hudud tu. Tun M tak pernah halang pun kalau Kelantan nak laksanakan hudud. Tapi tak terbuat jugak. Bila Mat Sabu kantoi kena tangkap basah dengan bini orang, langsung PAS senyap pasal hudud. Baca disini

Nizar Ngai tak payahlah nak kelentong lebih-lebih. Semua orang tahu hukum hudud tu sekadar jadi alat untuk PAS memancing undi saja.

Buktinya Hadi Awang sendiri dah cakap hudud bukan keutamaan PAS. MB Kedah pun cakap benda yang sama. Malah Mustafa Ali pernah kata, hudud tak akan dilaksanakan walaupun PAS berkuasa penuh dalam kerajaan pusat.

Pemimpin PAS sendiri yang tak mahu hudud dilaksanakan, tapi Nizar Ngai kata Tun M tidak boleh dicontohi kerana menolak hudud. Tak ke bodoh namanya tu.

Tunggulah setahun dua tahun lagi, tak mustahil Nizar Ngai akan  kata  PAS terpaksa humbankan perjuangan untuk mewujudkan negara Islam kedalam lubang jamban kerana dihalang oleh DS Najib. Walaupun hakikatnya yang menggugurkan perjuangan itu pemimpinnya sendiri.



Friday, June 10, 2011

Aktiviti PAS Selepas Menghumban Perjuangan Mewujudkan Negara Islam Kedalam Longkang.

Mungkin kerana mahu meraikan pengguguran secara rasmi perjuangan untuk mewujudkan negara Islam di muktamar mereka baru-baru ini, PAS Kelantan telah menganjurkan pertandingan Badan Cantik Mr Kelantan dua hari lalu.

Para peserta dibenarkan untuk memakai seluar 'kecil' yang biasa digunakan dalam pertandingan bina badan. Mengapa jadi begitu sedangkan sebelum ini juak-juak PAS lah yang paling kuat mengutuk, menghina dan mencaci sesiapa yang tidak menutup aurat mereka.

Saban hari ada saja benda-benda mengaibkan muka sendiri yang dibuat oleh PAS. Tidak mustahil ianya adalah balasan Allah SWT atas sikap pemimpin PAS yang sanggup memutar belit dan melelong agama demi meraih kuasa dan keuntungan politik.

Berikut Horas! paparkan berita yangg dilaporkan oleh Utusan Malaysia berkenaan pertandingan yang dianjurkan PAS Kelantan.


Pas Kelantan anjur pertandingan badan cantik


AHLI bina badan menunjukkan tubuh badan mereka untuk acara "Badan Cantik - Mr. Kelantan" yang diadakan di Dewan Jubli Perak Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 9 Jun - Tindakan Pas Kelantan menganjurkan Pertandingan Badan Cantik Mr. Kelantan 2011 mencetuskan persoalan mengenai dasar Membangun Bersama Islam yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri selama ini.

Pas Kelantan yang mendakwa berada di bawah kepimpinan ulama, sebelum ini telah mengharamkan penyertaan wanita dalam pertandingan tilawah al-Quran dengan alasan suara mereka adalah aurat.

Sebaliknya, Pertandingan Badan Cantik itu yang diadakan bersempena Sambutan Hari Anak Muda Kelate 2011, jelas menunjukkan puluhan lelaki perkasa mendedahkan sebahagian besar tubuh mereka.

Malah, pemakaian kain tambahan pada pinggang setiap peserta masih gagal menutup sepenuhnya aurat mereka.
Walaupun pertandingan itu diadakan dalam dewan tertutup iaitu Dewan Jubli Perak dengan setiap pintu masuk dijaga oleh individu berbaju merah tua, ia tetap 'menarik' beberapa penonton wanita yang mengintai-ngintai dari luar dewan.

Lebih menarik, terdapat kain rentang di belakang pentas yang memaparkan wajah dua pemimpin Pas Kelantan iaitu Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Exco Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fattah Mahmood.

Kelibat peserta yang 'menayang' badan mereka di bahagian luar belakang dewan, turut mencetuskan persoalan mengenai peraturan berpakaian menutup aurat di khalayak yang dilaksanakan oleh kerajaan Pas selama ini.

Selain pertandingan badan cantik itu, beberapa acara lain yang diadakan bersempena sambutan tersebut ialah karnival sukan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti), pertandingan gusti lengan, perarakan berkuda, bola sepak, perarakan bermotor 'Yang Berhormat Exco Belia Kita' dan anugerah Tokoh Anak Muda Kelate 2011.

Sambutan selama dua hari dengan tema 'Anak Muda Kelate Bermaruah' dan 'Memperkasakan Kerajaan Islam Kelantan' itu, turut menawarkan hadiah cabutan bertuah berupa komputer riba sebagai tarikan kepada pengunjung.

Horas! : PAS makin lama makin mengarut. Memang wajar parti yang paling kuat menipu ini ditolak pada PRU13 nanti. Cakap tak serupa bikin!



Inilah Konsep Kebajikan Pakatan Haprak, Anjing Mendapat Keutamaan.



AMPANG: “Usahkan orang Melayu, kami yang bukan Islam juga tidak senang dengan pembinaan kolam renang anjing itu.  
“Malah, jika kolam itu mula digunakan, pasti acara komuniti yang membabit penduduk terganggu berikutan kolam itu bersebelahan tempat riadah,” kata peniaga, Harban Singh a/l Tara Singh, 48, penduduk Beverly Height, di sini.  
Menurutnya, penduduk tidak tahu apa alasan pihak berkuasa meluluskan pembinaan kolam itu sedangkan ia terletak di kawasan perumahan.  
“Walaupun penduduk di sini berbilang kaum, kewujudan kolam renang anjing sesuatu yang pelik, tambahan pula didirikan di kawasan yang tidak kena lokasinya,” katanya.  
Tinjauan Metroplus mendapati, kolam seluas 10 meter x 2 meter itu hampir siap sepenuhnya dan dijangka digunakan dalam masa terdekat.  
Tinjauan juga mendapati kolam itu bersebelahan tempat riadah penduduk serta berdekatan kolam renang untuk orang awam.  
Kontraktor, Mutalib Hassan, 45, berkata jika kolam itu digunakan anjing, ia dibimbangi mengganggu aktiviti riadah penduduk terutama yang beragama Islam selain air kolam itu yang tercemar dengan najis haiwan terbabit.  
“Saya bimbang air dari kolam itu melimpah ke kawasan riadah serta ke kolam renang awam terutama jika pihak terbabit mahu menukarkan kandungan airnya yang tercemar dengan najis binatang itu,” katanya.  
Mutalib berkata, selain masalah itu, dia juga memikirkan keselamatan kanak-kanak dan orang awam yang datang untuk beriadah dan melakukan barbeku.  
“Jika setiap hari anjing dibenarkan berenang di kolam ini, pasti kanak-kanak tidak berani untuk berada di kawasan ini kerana bimbang dikejar binatang itu.  
“Malah, setiap hujung minggu pasti akan ada pelbagai aktiviti dilakukan komuniti di sini, baik barbeku atau aktiviti lain. Jika kolam anjing ini dibuka, pasti kami yang beragama Islam tidak hadir, sekali gus mengganggu ikatan kejiranan,” katanya.  
Dia berharap, pihak berkuasa berkaitan terutama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menimbang kembali untuk tidak meneruskan pembukaan kolam itu.  
Sementara itu, Setiausaha MPAJ, Abdul Hamid Hussain, berkata pihaknya tidak ada menyimpan rekod menyatakan pembinaan kolam terbabit mendapat kelulusan MPAJ.  
“Kami tidak ada memberi kelulusan kepada pihak terbabit kerana pembinaan kolam itu tiada dalam rekod kami.  
“Oleh itu, pihak MPAJ akan membuat semakan lanjut mengenai status pembinaan kolam terbabit,” katanya ketika di hubungi. 
Sumber : Harian Metro

Horas! : Kalau benda tu dipraktikkan diseluruh Selangor. Maka suatu hari nanti akan penuhlah Selangor dengan kolam anjing. Maklumlah...pemimpin dan penyokong DAP tentu ramai yang bela anjing. Diaorang mesti nak keselesaan untuk anjing-anjing diaorang tu. 

Pencacai PKR dan PAS mesti sokong penuh tu!



Sebenarnya Nizar Sudah Lama Pecahkan Tembelang PAS.



Semua orang tahu Nizar Jamaluddin, bekas MB kayu dari PAS di Perak adalah barua kesayangan DAP.

Manakan DAP tak sayang, segala kehendak Nga dengan Ngeh tak sempat siang dah Nizar tunaikan. 

Nga dengan Ngeh nak hak milik tanah 999 tahun untuk kaum dia, Nizar tunaikan.

Nga dengan Ngeh suruh Nizar mejerit-jerit macam orang utan di parlimen, Nizar ikutkan.

Sampaikan bila Nga dengan Ngeh suruh Nizar pegang lilin bertafakur untuk mendiang Teoh Beng Hock pun Nizar tanpa bertangguh sanggup buat.

Pendek kata apa sahaja kehendap beruk dua ekor tu, sibodoh Nizar akan buat.

Suatu hari, kerana mahu membuktikan kasih sayangnya kepada Nga, Ngeh serta DAP melebihi segala-galanya, Nizar dengan selamba mencabar ADUN BN agar menunjukkan kepadanya mana-mana transrkip, memorandum mahupun perlembagaan PAS yang menyatakan bahawa parti tersebut mahu melaksanakan negara Islam.

Disinilah bermulanya kisah sandiwara PAS tentang negara Islam yang mereka perjuangkan.

Bermula dari detik terpaculnya cabaran itu dari mulut busuk Nizar, maka pecahlah berita keseluruh pelusuk negara bahawa PAS...kerana menurut kehendak DAP bakal menggugurkan cita-cita mereka mahu memperjuangkan negara Islam. 

Selepas itu, terpaksalah pemimpin-pemimpin PAS yang lain bersilat sampai tersimpul lidah dan bersembur air liur menjual auta dan memutar belit rahsia yang dipecahkan terlalu awal oleh Nizar. 

Kata mereka, memang benar dalam perlembagaan PAS tidak ada fasal khusus yang menyebut tentang menubuhkan negara Islam, tetapi perlembagaan utama PAS adalah apa yang terkandung didalam Al-Quran.

Oleh itu, walaupun dalam perlembagaan parti berkenaan tidak ada menyebut tentang mewujudkan negara Islam, namun PAS tetap memperjuangkannya kerana kedaulatan Islam hanya akan dapat perolehi jika negara Islam dapat diwujudkan....

Sungguh bijak dan petah mereka membelit dan menipu.

Ketua Pemuda PAS Pusat sendiri turut menyatakan perkara yang sama. Kata Nasrudin;
"Kedaulatan Islam hanya dapat direalisasikan apabila kita memiliki Daulah Islamiyah [ Negara Islam ]. Justeru itu, berjuang untuk menegakkan negara Islam biarpun menghadapi halangan dan rintangan yang runcing disepanjang zaman, namun ia tetap menjadi suatu kewajipan bagi ummat Islam."
Seterusnya disini
Allah SWT maha kuasa, kini apa yang dikatakan oleh Nizar benar-benar terjadi walaupun selama ini cuba dinafikan oleh pemimpin-pemimpin besar PAS yang lain.

Allah SWT benar-benar menarik dari hati mereka cita-cita mewujudkan negara Islam berkenaan kerana mereka menggunakannya semata-mata untuk mengaburi mata rakyat.

Setelah sekian lama mereka bermaharajalela mengaibkan sesiapa yang mereka tidak suka, dengan izin Allah SWT, akhirnya mereka bertindak mengaibkan muka mereka sendiri apabila dengan rasminya menggugurkan perjuangan negara Islam dan menggantikannya dengan negara kebajikan. 

Lebih dari itu...mereka sendiri membuktikan bahawa mereka adalah penipu besar. Jika dulu mereka yang mengatakan perjuangan menubuhkan negara Islam itu selari dengan kehendak Islam, tapi kini mereka sendiri juga yang mengatakan perkara tersebut tidak disebut didalam Al-Quran.

Benarlah kata sesetengah pihak, PAS sanggup menjual agama demi kuasa politik.

Selepas ini tidak perlulah mereka menjaja kehulu kehilir kononnya semenjak berteman rapat dengan DAP, PAS telah berjaya mentarbiah parti anti Islam tersebut.

Tak perlulah lagi mereka tersenyum bangga kononnya pemimpin DAP sudah mula berjinak-jinak dan pandai membaca sebaris dua ayat Al-Quran kesan dari dakwah mereka.

Hakikatnya dalam tempoh yang singkat, DAP lah yang telah berjaya mentarbiah PAS kerana dengan sebaris dua ayat Al-Quran yang mereka baca...tercampak terus cita-cita mewujudkan negara Islam yang telah diperjuangkan oleh PAS sejak berpuluh tahun dulu kedalam longkang.






Thursday, June 9, 2011

Misteri Nusantara : Penampakan Jelmaan Hantu Menakutkan Yang Berjaya Dirakam.



Hantu kebiasannya dikaitkan dengan roh-roh orang yang tidak tenteram oleh sebab-sebab tertentu selepas kematian. Roh-roh yang tidak tenteram ini kemudiannya dipercayai bergentayangan dimuka bumi sehingga ada yang dapat melihatnya dengan mata kasar atau pun melalui alat rakaman.

Kebiasannya, ia muncul dengan keadaan dan rupa yang amat menakutkan sehingga ada yang terkencing didalam seluar dan lintang pukang lari apabila terserempak dengan hantu yang menjelma.

Dari sudut pandangan islam mengenai kewujudan makhluk halus yang dikatakan hantu itu, rakan-rakan pembaca sekalian boleh membaca penjelasan pengasas Darussyifa' disini.

Baiklah, mari kita balik ketajuk asal posting ini....

Rakaman yang ingin Horas! tunjukkan ini telah berjaya dirakamkan sekitar awal tahun ini oleh seorang hamba Allah yang tahu dimana tempat makhluk menakutkan itu akan menjelma. 

Rakaman ini bukan rekayasa atau mengunakan apa-apa teknologi canggih. Hanya menggunakan video rakaman biasa.

Rakan-rakan sekalian nilailah sendiri dari spesis hantu yang mana makhluk yang berjaya dirakam ini.  Hantu rayakah? Hantu jembalangkah? Gundorowokah? 

Yang pasti ini bukan pontianak, langsuyar atau pun hantu kopek yang dikatakan amat suka menyorokkan budak-budak kecil dibawah buah dadanya yang lanjut melabuh.

Atau  inikah yang dikatakan iblis dan syaitan dari kalangan manusia yang kerjanya suka menyesatkan dan melihat umat Islam berpecah belah?






Celaka punya hantu! Mari ramai-ramai ludah hantu ini...khakkkkkk ptuihhhhhhh !!!




Panas!!! Kuota Perumahan Bumiputera Bakal Dihapuskan Di Selangor.



Selepas Melayu di Pulau Pinang diusir secara kejam dari tanah dan kediaman masing-masing serta premis perniagaan mereka dirobohkan parti komunis DAP, tidak lama lagi tiba pula giliran Melayu di Selangor untuk menerima bala yang sama.

Cuma di Selangor, kaedah yang digunakan oleh Pakatan Haprak yang juga dikuasai oleh DAP untuk menganiaya Melayu lebih halus dan terancang. 

Kerajaan Negeri Selangor difahamkan akan meluluskan cadangan menghapuskan kuota istimewa Melayu dan Bumiputera lain dalam pemilikan hartanah di negeri ini dalam masa terdekat. 

Sebelum ini, Horas! pernah menulis mengenai isu penghapusan kuota istimewa ini. Baca disini.

Permohonan untuk menghapuskan kuota istimewa berkenaan dibuat oleh pemaju hartanah di Selangor yang rata-ratanya dimonopoli oleh kaum Cina. 

Selepas cadangan penghapusan kuota istimewa berkenaan diluluskan kelak, pemaju tidak perlu lagi memberi tempoh selama tiga bulan sebagai ruang untuk pembeli-pembeli Melayu membeli hartanah yang mereka majukan.

Maksudnya, pemaju mempunyai kuasa mutlak serta berhak untuk menjual dan menghabiskan kesemua unit hartanah yang mereka bangunkan tanpa perlu menunggu pembeli-pembeli Melayu datang untuk membeli unit-unit yang sepatutnya diperuntukkan untuk bumiputera.

Kesannya, penghijrahan Melayu kekawasan yang dimajukan di bandar-bandar baru akan terhad kerana peluang mereka untuk memiliki hartanah dikawasan tersebut akan direbut oleh kaum-kaum bukan bumiputera, khasnya kaum Cina yang memiliki kuasa beli yang lebih tinggi.

Pada Melayu-Melayu yang berkemampuan pula, tidak mustahil hartanah yang bakal mereka beli disediakan ditempat tidak strategik yang mana ianya boleh menyebabkan mereka mengalami kerugian jika mahu menjualnya semula.

Jika sebelum ini DAP  berusaha merosakkan moral umat Islam dengan membenarkan arak dijual berleluasa selain membiarkan rumah-rumah urut serta pusat hiburan tumbuh merata-rata, kini mereka berusaha pula untuk menghalang Melayu daripada berhijrah kebandar-bandar besar melalui penghapusan kuota hartanah bumiputera.

Mereka berani menganiaya Melayu di Selangor kerana tahu walau apa pun yang mereka lakukan PKR dan PAS akan tetap setia dan akan terus memberi sokongan padu yang tidak berbelah bahagi kepada mereka.

PAS dan PKR pula, asalkan mendapat sedikit kuasa politik di Selangor...mereka sanggup menutup mata dan membiarkan Melayu terus dianiaya.





Wednesday, June 8, 2011

ADUN Subang Jaya Macam Kadok Naik Junjung, Tak Sedar Diuntung.


Kepada Hannah Yeoh, Jabatan Pendaftaran bukan biro parti DAP... 

 Selasa, 07 Jun 2011 23:16 AHMAD BIN HASSAN

Pemimpin DAP kini sudah macam 'kadok naik junjung', saya perhatikan dari hari ke hari tindak tanduk mereka semakin menyakitkan hati. Terbaru mengenai kerenah seorang ADUN DAP Selangor Hannah Yeoh (gambar) yang buat bising sebab tidak dapat daftar anak perempuannya yang baru lahir berbangsa 'Anak Malaysia'.

Perangai Adun berbangsa Cina yang kahwin dengan lelaki India ini sungguh menyakitkan hati, kerana bagi orang Melayu macam saya, ia merupakan satu provokasi.


Sementelah, ini bukan perkara baru, sejak menang besar dalam PRU 12, dan sejak rasa sokongan Cina kepada DAP makin kuat, makin menjadilah provokasi dari parti DAP dan wakil rakyatnya.

Ingat lagi kes Teresa Kok dengan isu tulisan semua bahasa di papan tanda? Ingat lagi kenyataan Lim Guan Eng hendak buat pilihanraya majlis pembandaran? Kini di Selangor pemimpin DAP yang pekerjanya ditemui mati di bangunan SPRM heboh hendak buat pilihanraya pilih ketua kampung.

Paling baru, sebelum kes daftar nama ini adalah tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang mahu mengadakan pilihanraya pilih jawatankuasa masjid.

Pemimpin DAP macam hendak mendefinasikan semula apa yang sudah disepakati oleh tok nenek moyang kita. Orang Penang kata, "semua benda nak rosek".

Ini amat tidak elok, dan dikuatiri boleh membangkitkan suasana tidak tenteram. Bukan sahaja dikalangan orang Melayu macam saya, tetapi dikalangan kakitangan awam yang terpaksa layan macam-macam kerenah puak-puak pembangkang dari DAP ini.

Dalam kes Hannah, dia kahwin dengan lelaki India, dapat anak, tapi tidak mahu letak keturunan anak dia samada Cina atau India, jadi pegawai kerajaan di pejabat Pendaftaran suruh letak 'lain-lain', dia tak mahu.

Hendak letak juga 'Anak Malaysia'. Kepada Hannah, janganlah ingat Jabatan Pendaftaran itu satu biro parti DAP, yang tidak ada undang-undang, dan SOP untuk dipatuhi, Jabatan Pendaftaran macam lain-laian agensi kerajaan terikat dengan peraturan. Ini bukan biro DAP yang awak boleh main arah-arah saja.

Pegawai itu hanya laksana apa yang diputuskan oleh kerajaan, dan kerajaan laksana apa yang diwartakan oleh penggubal undang-undang melalui Dewan Rakyat.

Kalau hendak ubah, sila bawa ke Parlimen, bising guna media, menyebabkan orang Melayu macam saya yang mahu status quo kekal sepertia sedia ada, rasa menyampah tengok perangai 'gedik' ibu muda ini.


Ahmad bin Hassan
Pokok Sena
Sebarang Perai Utara


Horas! : ADUN DAP ni saja nak cari isu. Benda yang tak boleh dibuat tu la yang dia beriya-iya nak buat. Lepas tu kondem kerajaan....khakkkk ptuiihhhhh!







Si Fasik Dari Perak Yang Bodohnya Bertingkat-Tingkat.



Bekas ketua pemuda PAS Perak, Nor Azli Musa, kalau berceramah macam dirasuk syaitan. Ceramahnya sangat dahsyat dan menjadi tidak sempurna kalau tiada hamburan kata-kata kesat. Maki hamun dan carut marut bagaikan zikir dan wirid dimulutnya.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria pernah digelarnya haramsani. Kemudian digelarnya pula sebagai syaitan yang bercakap. Tak cukup dengan itu dituduh pula gaji yang diterima Mufti Perak itu datangnya dari sumber pelacuran.

Nor Azli ini adalah bukti bahawa PAS masih dipenuhi oleh ahli-ahli yang fanatik dan melampau walaupun Hadi Awang cuba menafikannya dengan mengatakan yang fanatik dan melampau sudah keluar dari PAS. Baca disini.

Kalau begitu, orang lain pun boleh menuduh Nik Aziz menerima gaji dari wang pelacuran. Tambahan pula tidak jauh dari pejabat menteri besar Kelantan itu ada pusat pelacuran yang aktif beroperasi. Malah orang lain juga boleh tuduh Nik Aziz melindungi pusat pelacuran itu, kerana jaraknya yang hanya 'sejengkal' dari pejabat beliau.

Di Selangor sendiri ada beribu-ribu rumah urut yang beroperasi semenjak Pakatan Haprak berkuasa. Jadi kalau mengikut kata bekas KP PAS Perak yang amat bangang ini....bolehlah dituduh duit gaji dan elaun Pesuruhjaya PAS Selangor, Hasan Ali datangnya dari sumber rumah urut.

Di Pulau Pinang pula apa yang tak ada. Segala macam maksiat dan kemungkaran ada di sana. Hinggakan pada satu tahap, kerajaan negeri pernah cuba menggula-gulakan warga emas dengan wang hasil judi. Namun wang itu dikembalikan semula setelah penerimanya tahu dari sumber mana ianya diperolehi.

Adakah boleh dituduh wang gaji yang diterima Mufti Pulau Pinang datangnya dari sumber judi kerana kerajaan negeri berkenaan bergelumang dengan wang haram? Kalau mengikut 'fatwa' Nor Azli...boleh sahaja dituduh sedemikian.

Lain kali, sebelum berceramah tu...eloklah Nor Azli tengok-tengok dulu keadaan negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Haprak. Jangan diludah muka sendiri. Dan yang paling penting, bawa-bawalah cermin diri sendiri tu dulu. Jangan main ceramah saja, sudahnya yang nampak bodoh bertingkat-tingkat lagi bangang adalah diri sendiri.

Bekas KP PAS Perak ini dulu asalnya tiada apa-apa. Tinggal pun dirumah yang biasa-biasa sahaja. Namun ketika Pakatan Haprak dapat menguasai Perak selama sebelas bulan, keadaan hidupnya serta merta berubah. Bayangkan, dalam tempoh yang singkat...dari rumah yang biasa-biasa saja, beliau kemudiannya mampu berpindah kerumah yang harganya dianggarkan setengah juta ringgit.

Tidak mustahil rumah mewah yang kini menjadi tempat tinggalnya itu adalah pemberian daripada DAP Perak yang menjadi tuannya. Diberi sebagai hadiah kerana dia begitu agresif menyerang dan memaki hamun UMNO dalam setiap ceramahnya. 

Ada pihak yang mendakwa Nor Azli adalah antara lapan pemimpin pembangkang yang menjadi jutawan secara magik dalam tempoh sebelas bulan Pakatan Haprak berkuasa di Perak. Perkara itu sudah dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan selanjutnya.


Jika benar dakwaan-dakwaan diatas, maka tidak peliklah mengapa bekas KP PAS Perak ini mengamuk sakan dan memaki hamun UMNO dan Mufti Perak. Pertama, dia marah kerana tidak lagi mendapat imbuhan yang besar dari DAP hasil dari ceramah-ceramahnya menyerang UMNO. 

Kedua, dia marah serta malu kerana ada pihak yang mendedahkan status jutawan segera yang dimilikinya itu dan membuat laporan kepada SPRM.

Dan yang paling penting, sebenarnya dia mahu dan amat berharap DAP kembali berkuasa di Perak agar dia berpeluang untuk mengumpul kekayaan lagi. Itulah sebabnya dia macam orang hilang akal menyerang dan memaki hamun UMNO dan Mufti Perak.

p/s: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan perangai bekas KP PAS Perak berkenaan meyerupai perangai orang yang fasik. Orang fasik ini kalau cakap semuanya bohong dan sukar untuk dipercayai.