Sunday, July 31, 2011

Putar Belit Dan Penipuan Lidah Syaitan Sempena Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.



Mari kita baca kisah pengalaman seorang ahli Pemuda PAS yang juga anggota unit amal dari Pahang ketika menyertai rusuhan BERSHIT 2.0 yang lalu.

Berikut Horas! siarkan kembali cerita cipan itu seperti yang terdapat didalam Haramkahdaily.
Pemuda PAS Sangkal Video Polis
Khairil Abdul Rahim 
TEMERLOH, 30 Julai: Seorang pemuda tampil menyangkal video polis disiarkan sebuah televisyen yang menggambarkan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, membuat provokasi terhadap polis ketika perhimpunan Bersih 9 Julai lalu. 
Anggota Unit Amal yang hanya mahu dikenali sebagai Lan, 30, mendakwa berada betul-betul di belakang Tian Chua bersama kira-kira 2,000 orang di KL Sentral ketika itu dan beliau sebenarnya sedang menyelamatkan diri daripada ditembak polis. 
“Saya bertanggungjawab dengan kenyataan ini dan sanggup dipanggil jadi saksi jika diperlukan,” katanya ketika menemui Harakahdaily di sini. 
Lan berkata, sebagai anggota Amal dari Pahang beliau ditugaskan untuk mengawal pemimpin di KL Sentral yang sedang membuat sidang media di Hotel Hilton untuk berarak ke Stadium merdeka. 
Tambahnya, mereka menunggu pimpinan turun dari di Hotel Hilton, kira-kira pukul dua petang dan dianggap tempat yang paling strategik dan penting kerana menghimpunkan paling ramai pemimpin. 
“Antara pimpinan yang ada di situ ialah Tuan Guru Haji Hadi Awang, Datuk Seri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah, Tian Chua, Khalid Samad, Dr Zul. Ambiga, Pak Samad dan AJK Bersih. Kami menanti pimpinan di KL Sentral dan saya lihat selepas itu entah dari mana datangnya, kurang lebih 2,000 orang anak muda mengelilingi pimpinan yang turun tadi. 
“Lepas itu kami berarak masa itu tengah hujan renyai-renyai berhampiran terowong di situ. Sebenarnya kami ingin bergerak ke hadapan, tetapi FRU sudah menutup dan membuat provokasi dengan menembak gas pemedih mata kiri, kanan, depan dan belakang. 
“Saya sendiri mendengar suara kuat seorang pegawai polis yang mengarahkan menembak gas pemedih mata tepat ke arah peserta, bukan seperti biasanya ditembak ke atas. Jelas tembakan itu untuk paling kurang mencederakan peserta jika tidak membunuh,” ceritanya. 
Tambah Lan, oleh kerana kawasan tertutup dan polis menembak gas memedihkan mata jadi mereka terpaksa bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri. 
Katanya, polis pula gunakan taktik merempuh peserta perhimpunan dan membantai dengan belantan supaya rebah lalu memberkas mereka. Namun ada yang berjaya meloloskan diri, ada yang melarikan diri ke kawasan pembinaan dan patah balik ke dalam kompleks KL Sentral. 
“Dengan mata yang kabur kerana dilepaskan bom asap oleh polis, saya lihat seperti kiamat kecil. Depan mata saya lihat, Pak Samad terbaring, Khalid Samad berdarah kepala. Masa itu juga saya lihat pembantu Anwar, Fayaad tercedera. 
“Saya bersama Pemuda Amal untuk menyelamatkan diri daripada polis yang mengejar untuk memberkas kami, terpaksa masuk semula ke dalam kompleks untuk menyorok. Jadi tidak langsung provokasi kami kepada polis, yang ada ialah untuk menyelamatkan diri termasuk Tian Chua,” ujarnya. 
Lan menganggap di KL Sentral tempat paling teruk menerima tindakan keras daripada polis dan paling ramai anggota keselamatan yang lengkap dengan trak serta kenderaan lain kerana di situ paling ramai pemimpin Bersih. 
“Tapi kami tidak pernah merasa serik dengan hambatan dan rintangan yang berlaku, bahkan jika dipanggil untuk memperjuangkan hak-hak rakyat seperti Bersih, saya bersedia untuk turun lagi ke Kuala Lumpur,” katanya bersemangat.
Jika dibaca sekali lalu, mungkin rakan-rakan pembaca sekalian tidak perasan apa yang cuba dibohong dan diputar belit oleh Haramkah untuk mengelirukan pembacanya.

Tapi jika dua kali baca, anda akan dapat mengesan penipuan dan putar belitnya. 

Sebagaimana liciknya tipu daya iblis dan syaitan, begitu jugalah liciknya penipuan Haramkah yang dimiliki, ditadbir dan diurus oleh manusia-manusia yang mengaku diri mereka lebih Islam dan lebih beriman daripada orang lain.

Yang diceritakan oleh anggota unit amal PAS dari Pahang itu ialah tentang pengalamannya (Horas! yakin dia hanya mereka-reka cerita) di KL Sentral, tapi Haramkah melaporkan seolah-olah mamat itu adalah saksi yang melihat Tian Chua dan kumpulannya sama sekali tidak pernah cuba menyerang pasukan FRU.

Nampak sangat Pakatan Haprak kini amat tersepit dengan tindakan ganas yang dilakukan Tian Chua itu. Dengan apa cara sekalipun mereka akan cuba menafikannya walaupun rakaman video Tian Chua cuba menyerang pasukan keselamatan itu telah tersebar dengan luas.

Oleh kerana PAS mempunyai jentera menipu yang agak hebat, maka parti 'isle' itu diamanahkan untuk melaksanakannya.

Benarlah kata seorang teman Horas!. kerana tamakkan kuasa politik, PAS selamanya akan terus menipu dan membelit walaupun diatas perkara yang terbukti benar.

Bayangkan, dengan kewujudan bukti video yang kukuh, PAS tetap mahu menafikannya dan dengan selamba mereka menipu dengan mengatakan Tian Chua sama sekali tidak pernah melakukannya.

Habis tu...kalau bukan Tian Chua yang didalam video dibawah ini...siapa lagi? Adakah ianya seekor babi?




Saturday, July 30, 2011

18SX: 10 Wanita Terseksi.

Kalau hari-hari asyik nak cerita pasal politik pun bosan juga. Sesekali mari kita lupakan sekejap pasal perangai buruk puak-puak Pakatan Haprak tu.

Mari kita lihat senarai wanita-wanita yang telah diiktiraf sebagai terseksi.....

No. 10
Nicole Scherzinger
Penyanyi


No. 9
Kelly Brook
Model / Pengacara


No. 8
Marisa Miller
Model


No. 7
Brooklyn Decker
Model / Aktres


No. 6
Olivia Wilde
Aktres


No. 5
Megan Fox
Aktres


No. 4
Rihanna
Penyanyi


No. 3
Kate Perry
Penyanyi


No. 2
Rosie Huntington-Whiteley
Aktres / Model


No. 1
Elizabeth Wong
ADUN PKR Bukit  Lanjan / EXCO Kerajaan Negeri Selangor

Kah!...kah!...kah!...kah!...kah!...kah!...kah!...kah!.........



Friday, July 29, 2011

Chegubard Tunjuk Bodoh 'Pianggg' Untuk Kesekian Kalinya.



Kalau orang lain biasanya akan merasa malu untuk menunjukkan kebodohannya pada umum. Tapi tidak sesekali pada Chegubard.

Entah apa sebabnya, dia selalu rasa bangga dan megah menunjukkan kebodohannya...walaupun adakalanya kebodohan yang ditunjukkan itu benar-benar diluar jangkaan akal.

Kalau dulu dia mengambarkan seolah-olah dia amat arif dan tahu bagaimana gerak geri tubuh Anwar ketika berjimak (baca disini), semata-mata kerana terdesak untuk membela Anwar, kali ini dia berlagak sebagai ahli nujum yang boleh meramal semua perkara pula.

Kata Chegubard, DS Najib Razak bakal menerima nasib sama dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang disingkirkan sebagai Perdana Menteri.

Ia berikutan pertemuan Timbalan Perdana Menteri bersama 100 ahli parlimen BN semalam yang ditafsirkan oleh ahli nujum Parti Kencing Rakyat itu sebagai sebagai langkah awal Tan Sri Muhyiddin Yassin meluaskan pengaruhnya. Sumber: keldaiandaily

Mengapa bodoh dan bengap sangat Chegubard ni?

Tindakan TS Muhyiddin berjumpa dengan ahli parlimen tersebut sebenarnya adalah perkara biasa dan sudah lama dipraktikkan oleh BN. 

Seperti biasa tujuannya utamanya adalah untuk mendengar dan mengetahui permasalahan yang dihadapi oleh ahli parlimen berkenaan dikawasan masing-masing dan mencari jalan penyelesainnya selain untuk menyemarakkan hubungan mesra diantara satu sama lain.

Pemimpin-pemimpin peringkat tertinggi UMNO bukan macam pemimpin tertinggi Pakatan Haprak yang kerjanya tak ada lain melainkan berceramah memaki hamun dan menipu 24 jam sampaikan ahli parlimen dan ADUN sendiri terabai dan bertindak keluar parti kerana kecewa.

Pada Chegubard, kalau iya pun ghairah nak menunjukkan kebodohan...berpada-pada dan beragak-agaklah.

Kalau niatnya untuk mengeruhkan hubungan dan menimbulkan rasa syak wasangka diantara DS Najib dan TS Muhyiddin...maka bolehlah dianggap ianya adalah taktik paling bodoh yang terhasil dari otak yang bukan calang-calang bebalnya.

Dan kalau niatnya untuk mewujudkan perpecahan dikalangan ahli UMNO pula, Chegubard ternyata silap. Ahli UMNO tidak sebodoh atau sebangang pencacai Pakatan Haprak yang begitu mudah ditipu dan dikelentong. Apatah lagi untuk terpengaruh dengan kata-kata yang keluar dari mulut manusia seperti Chegubard.

Pada Chegubard, nasihat Horas! eloklah dijaga baik-baik parti sendiri yang tengah berantakan dan tak tentu arah tu. 

Lagi elok Chegubard fikir bagaimana caranya nak mengelakkan Anwar Ibrahim dari disingkirkan sebagai ketua Pakatan Haprak diparlimen daripada sibuk-sibuk mereka cerita yang melalut tentang UMNO.

Bukan apa, dah ada gerakan dikalangan pemimpin-pemimpin Pakatan Haprak sendiri yang mahu Ku Li menggantikan tempat Anwar sebagai ketua mereka diparlimen.

Chegubard tak risau ke ketua sendiri yang amat disayangi bakal disingkirkan? Jaga baik-baik, pencacai Parti Kencing Rakyat dah ramai yang tak senang duduk dan menggelupur bila tahu berita Anwar bakal disingkirkan tu.

Patutlah Sam Ketot yang entah apa-apa tu pun dengan selamba dapat kalahkan Chegubard dalam perebutan jawatan Ketua AMK yang lepas. Rupanya tahap bodoh 'pianggg' Chegubard berlapis-lapis sangat.


Horas!: Kesian Pakatan Haprak, punyalah tandus pemimpin yang boleh diharap dan dipercayai. Sampai terpaksa merayu-rayu pada Ku Li minta jadi ketua mereka.



Rakaman Aktiviti Menyambut Ramadhan Yang Menyentuh Kalbu Di Pulau Pinang.



DAP akhirnya membuktikan bahawa mereka memang benar-benar semakin memahami Islam. Tidak sia-sia nampaknya PAS mentrabiyah dan berdakwah kepada DAP selama ini.

Malah tidak sia-sia juga nampaknya PAS bermati-matian mempertahankan rakan-rakan mereka dari DAP membaca ayat suci Al-Quran dan Hadis ketika berceramah.

Lim Guan Eng juga membuktikan bahawa dia memang benar-benar ikhlas mempraktikkan dan mencontohi pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz dalam pentadbirannya di Pulau Pinang. 

Ternyata kritikan yang mengatakan Lim Guan Eng mencontohi pemerintahan Khalifah ternama dalam sejarah Islam tersebut hanya kerana mahu memancing perhatian dan undi umat Islam adalah satu fitnah yang amat jahat.

Jika kerajaan persekutuan sekadar menganjurkan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa sebagai aktiviti menyambut kedatangan bulan Ramadan yang penuh berkat, di Pulau Pinang juga ada aktiviti yang dianjurkan sempena menyambut bulan berkenaan.

Malah aktiviti menyambut bulan Ramadan yang diadakan di Pulau Pinang lebih meriah, menyentuh kalbu dan mampu menggetarkan hati...terutamanya kepada insan yang bernama lelaki. 

Mari bersama kita hayati kesyahduan program berkenaan.







Padan Muka Kau Bangsat...!!!



Muka cina perempuan tomboy ini cukup padan dan sesuai dengan perangainya. Tapi bila dah kantoi bukan main pandai lagi buat muka sedih poyo. Namanya Chow Xiao Wei.

Banyak pihak yang terkejut melihat aksi kejam dan tidak berhati perutnya menendang dan memijak 3 ekor anak kucing sehingga seekor daripadanya mati di Pasar Seri Kembangan.

Aksi sialnya itu berjaya dirakam oleh CCTV di pasar bekenaan dan kemudiannya dimuat naik di Facebook.

Chow Xiao Wei Cuma Didenda RM400 Menzalimi 3 Ekor Kucing

Seorang pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar bertindak mendakwa si tomboy berkenaan yang bekerja sebagai penjaja. Si tomboy sial menghadapi dua pertuduhan menzalimi tiga ekor kucing pada tarikh tersebut.

Mengikut pertuduhan pertama, Chow didakwa dengan zalim memukul, menendang dan menyakiti dua ekor kucing depan sebuah gerai di pasar berkenaan antara jam 4.25 petang hingga 5 petang, pada 19 Feb.

Di bawah pertuduhan kedua, Chow didakwa tanpa sebab yang munasabah telah melakukan perbuatan tidak wajar yang menyebabkan kesakitan serta penderitaan terhadap seekor lagi kucing pada tempat, masa dan tarikh yang sama.

Dia kemudiannya dijatuhi hukuman denda RM400 atau penjara 7 hari oleh Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan selepas dia mengaku bersalah.

Patutnya tomboy celaka ini dikenakan denda yang lebih tinggi lagi. Biar jadi pengajaran pada manusia-manusia yang sama hati perut macam dia.

Parti Islam Se-Malaysia mungkin tidak berpuas dengan pendakwaan dan hukuman yang dijatuhkan atas tomboy berkenaan. 

Maklumlah, pada PAS rakaman CCTV tak boleh dijadikan bukti kerana CCTV itu hanya besi yang pekak dan bisu.




Thursday, July 28, 2011

Kedudukan Anwar Sebagai Ketua Pakatan Haprak Bakal Berakhir.



Nampak gayanya tak lama lagi Anwar Ibrahim terpaksa melepaskan kedudukannya sebagai ketua Pakatan Haprak diparlimen.

Khabarnya, pemimpin-pemimpin Pakatan Haprak telah mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah untuk dilantik sebagai Ketua Pembangkang bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara berkenaan dilaporkan oleh Berita Harian hari ini.
KUALA LUMPUR: Pakatan Pembangkang mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah untuk dilantik sebagai Ketua Pembangkang bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Bayan Baru (Bebas), Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang mendedahkan perkara itu berkata, maklumat itu diperolehinya daripada beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), pagi semalam.
Nampaknya pemimpin-pemimpin dan DAP sudah mula tidak dapat menerima Anwar sebagai pemimpin mereka diparlimen.

Mungkin tindakan mereka mempelawa Ku Li kerana mereka dah tak larat lagi nak 'cover' salah laku dan masalah moral Anwar yang rendah, selain Anwar terlalu kerap membawa masalah kepada Pakatan Haprak.

Walau setinggi mana pun ilmu 'spin' yang dimiliki Nik Aziz dan Hadi Awang atau sehebat mana pun kemahiran berbohong dan putar alam Lim Guan Eng, nampaknya kini mereka semakin hilang upaya untuk terus menutup keburukan perangai Anwar yang gemar meliwat dan berzina.

Selain itu, tindakan mempelawa Ku Li boleh dianggap sebagai menyediakan payung sebelum hujan. Maklumlah, Anwar bakal berehat panjang di Sungai Buluh.

Anwar benar-benar tengah pening kepala sekarang. Lepas satu...satu bala datang menimpa dirinya. Namun untuk bertaubat dan mengaku salah silapnya, tidak sesekali.

Kerana apa?

Kerana dia memiliki penyokong-penyokong yang bodohnya mengatasi kebodohan seekor lembu dan amat mudah untuk ditipu hidup-hidup.



Gempar! GRO-GRO Melayu Di Kuantan Bakal Berpindah Ke Selangor Tahun Depan.



Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) bakal menguatkuasakan larangan wanita Islam bekerja sebagai GRO tahun depan.

PAS Kuantan yang amat terkejut dengan larangan itu tiada pilihan lain. Terpaksalah mereka menyokong apa yang bakal dilaksanakan oleh MPK itu dengan muka yang pahit dan malu-malu alah.

Macam mana tak malu, dulu ketika Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di Selangor mahu melaksanakan undang-undang melarang umat Islam bekerja di pusat-pusat hiburan yang menyediakan arak dikawasan mereka, DAP bermati-matian membantah. Baca disini.

Ronnie Liu sampai mengamuk dan beri amaran pada MPSJ agar jangan pandai-pandai nak buat undang-undang macam tu.

PAS Selangor ketika itu langsung tak berani membantah amukan Ronnie Liu. Hanya Hasan Ali yang sedikit berani bersuara dan menyokong apa yang MPSJ nak laksanakan itu. 

Dan hasil tentangannya terhadap DAP itu, kini Hasan Ali digugurkan oleh PAS Pusat dari jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor.

Tempatnya dah digantikan oleh Abd Rani Osman, bekas orang kuat Anwar didalam ABIM...yang sudah pasti akan lebih mesra, akur dan tidak akan melawan DAP.

Di Selangor, semenjak Pakatan Haprak memerintah, sebutlah apa jenis pusat maksiat pun...pasti ada. Dan jumlahnya pulak bukan sedikit.

Jadi tidak mustahil GRO-GRO Islam yang sebelum ini cari makan dipusat-puast hiburan Kuantan akan berpindah secara besar-besaran ke Selangor.

Pindahlah.....kedatangan anda akan disambut dengan hangat dan penuh mesra oleh DAP, PKR dan lebai-lebai PAS. Bertambah makmurlah maksiat di Selangor.



Wednesday, July 27, 2011

Bila Siamang Bercakap: "Mahathir Dulu Pun Terima Surat Dari Saya Encik...Inikan Pulak...Najib Aje".



Kalau Horas! ada disitu memang Horas! akan ludah kedua-dua ekor siamang yang bercakap besar tu. Bukan ludah dimuka, tapi ludah kedalam mulut keduanya.

Lihat dan dengar diminit ke 3.00. Dengar apa yang sigemuk pendek cakap, dan dengar pula apa kata mamat kurus berjaket menyambut kata-kata kawannya. Macam bagus-bagus sangat bunyinya. 

Entah iya entah tidaklah Tun Mahathir pernah terima surat dari mamat tu. Entah-entah kelentong saja pasal dah cuak ditahan polis. Maklumlah...juak-juak Parti Kencing Rakyat ni memang amat kuat menipu.

Tengok pula gaya senyum sinis mamat kurus yang beriya-iya dengan jaketnya tu. Senyum bagus-bagus yang kalau tak sabar melihatnya, tangan boleh naik kemuka gampangnya tu.

Kejadian dalam video diatas berlaku petang tadi di KL Sentral. Beberapa orang AMK cuba menyerbu kearah DS Najib. Bila ditahan polis, mereka kata mahu memberi surat kepada PM. 

Yang anehnya, tiba-tiba pula mereka mengaku DS Najib adalah Perdana Menteri mereka. Walhal sebelum ini merekalah yang paling banyak menghina dan mengutuk DS Najib. Pada mereka DS Najib tak layak jadi PM.

Mengapa juak-juak Pakatan Haprak, baik dari PKR, DAP dan PAS suka sangat menimbulkan kekecohan dan lepas tu memprovokasi pihak berkuasa kebelakangan ni?

Apa-apa pun Horas! ucapkan tahniah kepada pengawal peribadi DS Najib. Terbukti mereka amat cekap menjalankan tugas.

Tahniah juga Horas! ucapkan kepada pegawai polis beruniform dan anggotanya yang cukup sabar menangani gelagat dan karenah mamat dua ekor yang berkelakuan biadab tu.



6 Jenis Perangai Buruk Yang Ada Pada Kebanyakan Pemimpin PAS.



Samada kita perasan atau tidak, 5 jenis perangai buruk dibawah ini memang amat sebati dengan kebanyakan pemimpin-pemimpin PAS. Tidak kira pemimpin dari peringkat yang mana, kebanyakan dari mereka memang memilikinya.

Mari kita lihat jenis-jenis perangai buruk berkeenaan, yang jika tidak dimiliki menjadikan diri kebanyakan pemimpin PAS tidak sempurna.
1. Kebanyakan pemimpin PAS hampir tak dapat mengawal nafsu seks. Nafsu syahwat mereka sentiasa membuak-buak bak kambing randuk. Jika tidak masakan ada yang kantoi kerana mencabul kanak-kanak perempuan yang masih kecil.  
Ada juga yang tanpa belas kasihan memaksa isteri memenuhi nafsu syahwatnya sedangkan si isteri pada masa itu mengalami bisul yang mengening-ngening berdenyut. Yang sampai kantoi berkhalwat dengan dengan isteri orang tak usah ceritalah...berderet. 
2. Kebanyakan pemimpin PAS mempunyai perangai suka menipu. Daripada setinggi-tinggi pemimpin hinggalah yang yang paling rendah...memang kuat menipu.  
Mereka cukup mahir melakukan penipuan. Yang anehnya mereka seolah-olah tidak ada rasa malu dan tetap akan menipu walaupun tahu penipuan mereka akan dapat dikantoikan dengan mudah. 
3. Kebanyakan pemimpin PAS cukup gemar membuat fitnah. Ini pun sama, Daripada setinggi-tinggi pemimpin hinggalah yang yang paling rendah... memang kuat membuat fitnah.  
Sebut saja apa jenis fitnah, pasti mereka pernah melakukannya. Bahkan sampai ada yang pernah membuat fitnah kononnya Tun Mahathir menonton video lucah dengan cucunya. 
4. Kebanyakan pemimpin PAS begitu petah memaki hamun. Lihat sahaja pada ceramah-ceramah mereka. Pasti akan ada diselit atau dihamburkan kata-kata memaki hamun pada sesiapa yang menjadi musuh politik mereka. 
Mereka juga tidak akan teragak-agak untuk memaki hamun rakan mereka sendiri sekiranya ada yang berani meninggalkan perjuangan sesat mereka. 
5. Kebanyakan pemimpin PAS amat mahir memutar belit. Mereka sanggup memutar belit apa saja asalkan boleh membawa keuntungan pada mereka. Hari ini mereka cakap lain, esoknya mereka dengan selamba boleh cakap lain pula. 
Yang paling mereka gemar lakukan adalah memutar belit fakta sejarah. Bahkan sampai kesatu tahap, mereka juga sanggup hingga memutar belit ayat-ayat Al-Quran tanpa rasa bersalah. 
6. Kebanyakan pemimpin PAS adalah gila kuasa. Mereka sanggup lakukan apa saja asalkan dapat walaupun hanya sedikit kuasa. Mereka sanggup ketepikan kepentingan agama dan bangsa sendiri dan mengutamakan kepentingan kaum lain.

Mereka juga sanggup menjadikan saudara yang seagama dan sebangsa mereka sendiri sebagai musuh dan mengangkat pihak lain yang sepatutnya dijadikan musuh sebagai sahabat sejati sehidup semati.

Kerana gila kuasa jugalah sampai ada yang masih mahu memegang jawatan walaupun sudah tidak berupaya dan memakai lampin pakai buang.

Jika ada pencacai PAS yang ingin menjadi pemimpin dalam parti mereka, 6 perangai buruk diatas perlu ada dalam diri mereka. Jika masih kurang maka perlulah diasah sampai berkilat.

Jika tak ada, maka tak layaklah pencacai jadi pemimpin dalam PAS. Kalau jadi juga, maka dia akan jadi pemimpin yang tak ada kualiti, tak hebat dan tak boleh pergi jauh. Tapi kebanyakan pencacai PAS jika kita lihat memang memilikinya.

Kesimpulannya, jika ingat pasal kesukaran untuk mengawal nafsu seks, suka menipu, membuat fitnah, memaki hamun, memutar belit dan gila kuasa...ingatlah pada pemimpin PAS.

Keakraban pemimpin PAS dengan 6 jenis perangai buruk berkenaan umpama akrabnya kentut dengan tahi...khhhaaakkk pptttuihhhhhhh....!!!!

Jika rakan-rakan pembaca sekalian nampak jenis-jenis nafsu lain yang Horas! tak nampak, bolehlah  sambung diruang komen.



Tuesday, July 26, 2011

Dialog SPR & Ambiga: Demonstrasi Dibenarkan Dalam Demokrasi Kata Saifuddin Abdullah.



Itulah yang dikatakan oleh Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang hadir dan diberi kesempatan bercakap dalam dialog diantara SPR dan Ambiga yang dianjurkan oleh Karangkraf dan Sinar Harian.

Sessi dialog berkenaan sedang berlangsung kini.

Semua jenis demonstrasi memang patut dibenarkan ke Datuk? Demonstrasi yang boleh mengancam keselamatan negara...yang dibuat atas kepentingan parti-parti politik tertentu patut dibenarkan jugakah?

Kata Datuk Saifuddin lagi, BERSIH bukan organisasi, tapi bersih adalah program. Letakkan kepentingan nasional ditempat pertama...bukan parti tambahnya lagi

Beliau juga turut mengatakan yang dirinya amat memahami perasaan hadirin yang hadir dan mengajukan soalan kepada ahli panel.

Horas! lihat yang teruk menjawab soalan hadirin adalah Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar. Beliau diasak dengan soalan yang bertalu-talu. 

Seolah-olah majoriti penonton yang hadir dalam sessi dialog berkenaan adalah penyokong-penyokong BERSIH.

Para pembaca sekalian nilai dan tafsirkanlah sendiri apa maksud yang terkandung didalam kata-kata Datuk Saifuddin tu.



Dialog SPR & Ambiga : Pro BERSIH 'Boooo' Datuk Wan Ahmad.

Jika ada saja penjelasan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang tak memihak pada Pakatan Haprak, puak-puak Pakatan Haprak yang jadi penonton akan 'booooo'.

Bila Ambiga bercakap yang (semestinya) memihak pada BERSIH & Pakatan Haprak bukan main khusyuk lagi puak-puak tu mendengar. Siap mengangguk-angguk macam burung balam mendengar Ambiga punya belit dan jawapan konar baring.

Yang Melayu pun sama, langsung tak sedar diri. Biadab sangat puak-puak yang pro BERSIH ni!

Rakan-rakan pembaca boleh tonton live di sini.





Berseluar Dalam Kecil Di Kelantan, Berbikini Di Pulau Pinang.

Satu negeri ditadbir oleh seorang manusia maksum lagi terpelihara dari segala salah dan silap. Satu negeri lagi ditadbir oleh seorang yang kononnya mencontohi pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. 

Yang di Kelantan gemar mendoakan orang lain pecah perut. Yang di Pulau Pinang pula cabang lidahnya lebih dahsyat dari biawak.



Kalau perkara macam tu berlaku dinegeri yang ditadbir musuh politik. Pasti si maksum yang mentadbir Kelantan melompat dan menjerit-jerit mengatakannya haram.

Tapi bila berlaku dinegeri yang ditadbir sendiri dan ditadbir oleh sahabat yang paling disayangi...langsung senyap tak berbunyi. Semuanya jadi halal dan tak boleh dipertikai oleh sesiapa pun.

Kalau ada sesiapa berani pertikai, maka neraka jahanamlah tempatnya. Walhalalku.....walharammu.....



Monday, July 25, 2011

Wajib Baca: 60 Jenis Penyelewengan Yang Dilakukan PAS.



Bila Al-Quran dan Hadis diputar-belitkan, bila Islam dieksploitasi dan dipolitikkan, bila fatwa disongsangkan, bila Melayu sesama Melayu dilaga-lagakan, bila sesama Islam dipecah-belahkan, bila kemungkaran disorok-sorokkan dan bila kebatilan diwar-warkan.

Ada lagi......

Bila tabung jihad diselewengkan,, bila masjid, PASTI, Sekolah Pondok, universiti dan penuntut luar negara diperalatkan, bila Putrajaya dan Perlis hendak dilelongkan, dan akhirnya bila majoriti dua pertiga Barisan Nasional cuba dinafikan, Islamkah PAS sebenarnya?

PAS memang terlalu banyak meyeleweng sebenarnya. Tapi itu tidak pernah mahu diakui oleh lebai-lebai hijau pencacai PAS.

Tahi kuman di kutub utara puak PAS nampak, tapi tahi gajah yang berselepet diatas batang hidung mereka, mereka buat-buat buta.

Mari kita baca 60 jenis penyelewengan yang dilakukan oleh puak yang mengaku mereka lebih beriman dan lebih Islam daripada sesiapa yang berada diluar kelompok mereka.

1. TAA'SUB
PAS sebuah parti yang ekstrim dan taa’sub. Ia sentiasa bertindak dengan apa jua cara untuk kepentingan politik sempit mereka, walaupun bercanggah dengan ajaran Islam. Mereka mengajar pengikutnya supaya menolak pendapat orang lain, walaupun benar.

2. JUARA PERPECAHAN
PAS menjuarai perpecahan di kalangan umat Islam. Ini terbukti di dalam peristiwa-peristiwa yang berlaku seperti mendirikan sembahyang Jumaat berasingan, tidak mengiktiraf juru nikah kerajaan dan sebagainya.

3. MENTAFSIR AJARAN SESAT MENGIKUT SELERA POLITIK
PAS mentafsir ajaran Islam berdasarkan kehendak politik mereka.

4. AJARAN ISLAM SEBENAR DIKORBANKAN UNTUK KEPENTINGAN POLITIK
Segala tindak tanduknya adalah untuk kepentingan kumpulan yang menyokong mereka sahaja. Contohnya seperti menyokong kenyataan Murshid mereka yang mengatakan mencarut itu harus. Penyokong PAS akur dengan kenyataan itu sedangkan ia bertentangan dengan ajaran Islam.

5. SUKA BERMUSUH
PAS sebuah parti yang berminat dengan permusuhan sesama Islam untuk mencapai matlamat politik mereka.

Seterusnya rakan-rakan sekalian boleh baca disini.



Sunday, July 24, 2011

Suweyyy Pagi Ahad !!!: Anwar Dan Hadi Bincang Untuk Halalkan Anchor Beer.



Apa yang Horas! tulis ini bukan fitnah atau sekadar mahu mereka-reka cerita. Ianya memang benar-benar Horas! alami.

Malam tadi Horas! nampak dengan mata kepala sendiri yang Anwar Ibrahim dan Hadi Awang berbincang untuk menghalalkan arak jenama Anchor.

Ketika berbincang Anwar memakai seluar 'slack' hitam, berbaju Melayu warna putih potongan Cekak Musang dan bersongkok. 

Hadi Awang pula memakai jubah warna kelabu dan berserban putih.

Mereka berbincang diruang anjung sebuah masjid. Tapi Horas! tidak tahu dimana letaknya lokasi masjid berkenaan.

Mereka duduk bersila dilantai dalam keadaan berhadapan diantara satu sama lain. Lutut kedua-duanya hampir berlaga.

Hanya mereka berdua yang ada didalam masjid itu. 

Walaupun hanya berdiri dikaki tangga masjid, namun Horas! dapat melihat dan mendengar apa yang mereka bincangkan dengan jelas. Yang anehnya, mereka berdua seolah-olah langsung tidak nampak Horas! yang sedang berdiri disitu.

Dalam perbincangan itu, Anwar mahu Hadi Awang dan PAS membantunya mencari jalan agar arak dari jenama Anchor dapat dijadikan halal hukum meminumnya. Anwar mahu orang Melayu dapat meminum arak itu dan seterusnya menjadikan badan mereka sihat.

Sambil bercakap Anwar sesekali memanjangkan lehernya melihat keluar masjid. Matanya liar. Dia seolah-olah seperti sedang menunggu seseorang atau cuba melihat sesuatu dengan anak matanya.

Ketika Anwar sedang bercakap, Horas! lihat Hadi Awang hanya tunduk sambil merenung lantai masjid. Sesekali presiden PAS itu menganggukkan kepalanya.

Selepas berdiam diri seketika, Hadi Awang kemudiannya menjawab apa yang diutarakan oleh Anwar.

Kata Hadi, PAS boleh menolong Anwar menjadikan arak berkenaan halal diminum. Namun ada syaratnya... Anwar mesti mengurangkan sedikit kandungan alkoholnya terlebih dahulu.

Anwar bersetuju dengan syarat yang ditetapkan itu. Dia tersenyum sambil menepuk paha Hadi Awang berkali-kali.

Selepas itu Anwar bertanya pula kepada Hadi Awang samada boleh atau tidak arak yang telah dihalalkan itu dijual dimasjid-masjid. 

Horas! lihat Hadi Awang mengangguk. Tapi lagi sekali dia meletakkan syarat. Presiden PAS itu hanya mahu  imam dan bilal yang menjualnya kepada orang ramai. Selain daripada yang dua orang itu Hadi tidak benarkan.

Anwar tidak mengambil masa yang panjang untuk memberi persetujuan. Dia nampak sangat gembira dan ketawa dengan agak kuat. Hadi Awang Horas! lihat masih lagi seperti tadi, hanya menundukkan kepala melihat lantai.

Selepas itu mereka hanya berdiam diri. Tidak ada sepatah pun perkataan yang keluar dari mulut kedua-duanya.

Tidak lama kemudian mereka bangun dan terus keluar beriringan dari masjid. Sebuah kereta berwarna hitam telah sedia menunggu. Horas! tidak tahu bila masanya kereta hitam itu sampai. Tahu-tahu ia sudah ada diperkarangan masjid.

Mereka berdua kemudiannya masuk kebahagian belakang kereta berkenaan dan kereta hitam pun beredar dari perkarangan masjid.

Ketika itulah Horas! terjaga dari tidur. Tidak ada pula rasa terkejut atau sebagainya. Tapi mimpi yang dialami itu benar-benar pelik dan aneh pada Horas!. Tidak pernah Horas! alami mimpi seperti itu sebelum ini.

Nak katakan mimpi yang menjijikkan itu Horas! alami kerana tidak membasuh kaki, tidak rasanya. Sebelum masuk tidur malam tadi Horas! siap mandi dan menunaikan solat isya'.

Suwey benar rasanya pagi Ahad Horas! hari ini. Manakan tidak, melihat dua orang beragama Islam yang Horas! menyampah berbincang untuk menghalalkan arak didalam masjid.

Khhakkkkkkkk ptuiiiiiiiiihhhhhh....!!!!!!.  

Ada rakan-rakan pembaca yang boleh tafsirkan maksud mimpi suweyyy Horas! tu?



Saturday, July 23, 2011

Video: Perusuh Ganas Tak Stabil Emosi Yang Dipuja-Puji Khawarij Pas.



Kesian mamat tu, sampai terpejam-pejam mata nak mengingat skrip yang diberi oleh PAS masa berceramah. Nampak sangat dia dipaksa dan dipujuk untuk bercakap.

Bila dah ikut skrip sambil dihulurkan sampul surat yang ada isi, faham-faham sajalah...tentulah semua cerita yang disampaikan memihak kepada PAS dan gangnya dalam Pakatan Haprak..

Sebenarnya dia sendiri pun tak tahu apa tujuan rusuhan BERSIH 2.0 tempohari dianjurkan. Mati-mati mamat tu ingat yang dia pergi berjuang untuk menegakkan kalimah 'LA ILAH HAILLALLAH'. Itulah yang diulang-ulangnya.

Ramai perusuh-perusuh yang tak tahu apa sebenarnya tujuan BERSIH 2.0 diadakan. Mereka ditipu hidup-hidup oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Haprak dikawasan mereka kononnya perhimpunan haram itu diadakan bagi menegakkan agama Islam. Lihat disini.

Mereka tidak tahu yang sebenarnya Ambiga dan pemimpin Pakatan Haprak menganjurkan rusuhan berkenaan adalah dengan niat untuk menimbulkan keadaan huru hara dalam negara dan dengan tujuan untuk memburukkan Malaysia dimata dunia.

Berbalik semula pada hero ciptaan puak PAS diatas, Horas! tengok emosi mamat ni pun tak berapa stabil. Kadang-kadang sampai ketahap dia cuba memaksa dirinya untuk menangis. Nampak sangat sikap berpura-puranya.

Lagi satu, orang yang sedang menipu, cakapnya memang selalu tersangkut-sangkut macam mamat tu.

Rakan blogger, bro RBF ada mengulas secara ringkas tapi padat tentang mamat diatas. Saudara-saudara pembaca sekalian boleh membacanya disini.



Friday, July 22, 2011

Mat Sabu Pusing Cerita, Kata Kena Sondol Dengan Waja Pulak.




Semakin dekat dengan bulan Ramadan, semakin kuat pulak Mat Sabu menipu. Ingatkan dia sudah jadikan pengajaran bila satu Malaysia dah tahu dia seorang penipu besar

Rupanya tidak. Mat Sabu tetap Mat Sabu dan mungkin dia sudah ditakdirkan akan terus menipu dan membohong sampai mati.

Bayangkan, kalau dulu dia cakap dirempuh oleh kenderaan pacuan empat roda polis, tapi hari ini tiba-tiba pula dia boleh cakap bukan kenderaan pacuan 4 roda itu yang melanggarnya, tapi Proton Waja yang berada dibelakang kenderaan pacuan empat roda berkenaan.

Horas! petik apa yang dilaporkan oleh keadilandily hari ini.
Berdasarkan rakaman CCTV yang ditayangkan polis, katanya, rakaman itu juga menunjukkan sebuah kereta Proton Waja mengekori Pajero terbabit ketika sedang mengejar motosikal yang diboncengnya ketika itu. 
“Dalam video polis, yang tidak ditunjuk adalah kereta Waja yang di belakang kereta Pajero yang melanggar motosikal itu,” 
“Kereta Waja yang cross itu (yang melanggar),” kata beliau. 
Ketika ditanya laporan media 11 Julai lalu yang mengatakan beliau dilanggar Pajero polis, Mat Sabu berkata terdapat berbagai pandangan pada masa itu. 
MasyaAllah, apa sudah jadi? Sebaik sahaja dia dibuktikan menipu oleh polis semalam, hari ni dia boleh pusing dan buat cerita  lain pulak. 

Nampaknya, Timbalan Presiden PAS yang sudah kantoi menipu ini terpaksa pula membuat penipuan yang kedua bagi menutup penipuan pertamanya berkaitan dirempuh kenderaan polis tempoh hari.

Percayalah, bila dia dah kantoi untuk penipuannya yang kedua, dia akan buat pula penipuan ketiga...dan begitulah seterusnya. Dia akan terus menipu, menipu dan menipu.

Kasihan pencacai PAS dapat Timbalan Presiden yang perangai lidah bercabangnya tidak pernah dimiliki oleh Timbalan-timbalan Presiden PAS sebelum ini.



Lawak Bangang! Cai PAS Kata Mat Sabu Menipu Untuk Strategi Politik.



Tergelak sakan Horas! membaca tulisan disebuah blog pro hamPAS pasal isu Mat Sabu yang dah kantoi kerana menipu konnonnya polis melanggar dia sampai pecah kepala lutut.

Macam-macam ulasan yang dibuat oleh sipenulis blog untuk menegakkan benang yang dah basah dan demi membela Timbalan Presidennya.

Tapi yang paling lawak apabila dia kata penipuan yang dibuat oleh Mat Sabu itu adalah sebagai salah satu daripada strategi politik PAS untuk menekan UMNO dan menekan pasukan polis yang menjadi tali barut UMNO.

Kata sipenulis blog lagi, cara sebegitu sudah lama dipraktikkan oleh Islam ketika berperang dengan musuh, dan tidak salah digunakan ketika PAS menghadapi serangan UMNO ketika ini.

Kah!... kah!... kah!... kah!... kah!... kah!... kah!....lawak beb..!!

Kepada puak pencacai PAS, kalau ya pun mahu membela Mat Sabu...agak-agak lah sikit. Jangan lah sampai keluarkan benda-benda bangang sebegitu. Nampak teruk dan terdesak sangat.

Janganlah putar sana putar sini. 

Setakat ni belum pernah lagi Horas! terbaca yang pemimpin-pemimpin Islam zaman dahulu menggunakan taktik yang macam Mat Sabu gunakan. Kebanyakan pemimpin Islam zaman dahulu menggunakan kepintaran mereka dalam merangka strategi dan mengkaji rupa bentuk bumi ketika mahu berperang.

Yang Mat Sabu buat tu langsung tak boleh dikatakan sebagai strategi melainkan hanya satu fitnah yang berniat busuk dan amat jahat.

Begitulah perangai puak PAS. Bila dah tersepit...mereka akan sanggup cakap apa saja untuk menutup dan menghalalkan kesalahan yang telah dibuat pemimpin mereka. Benda yang tak ada pun sanggup mereka ada-adakan.

Pesan Saidina Ali Bin Abi Talib yang meminta umat Islam agar mengamalkan prinsip berkata benar walaupun pahit mereka sembunyikan dan mereka tak akan teragak-agak untuk membuangnya kedalam mangkuk jamban kalau keadaan sudah terdesak.

Jahat sungguh perangai puak PAS ni. Apa pun sanggup mereka buat asalkan dapat sedikit kuasa politik.



Mat Sabu Dah Pun Kantoi. Mari Kita Tengok Apa Kata Pencacai PAS Berotak Tahi.



Timbalan Presiden PAS yang baru telah pun memberi aib kepada parti Islam berkenaan apabila berjaya dikantoikan tegak-tegak kerana membuat cerita menipu kononnya dia sampai cedera tak mampu berjalan kerana dilanggar dengan sengaja oleh pihak polis.

Video yang merakamkan kejadian sebenar telah pun dikeluarkan dan Mat Sabu tak boleh kata apa-apa lagi. 

Mungkin sekarang Mat Sabu tengah menghitung untung nasib dan karier politiknya kerana pihak PDRM sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang atas fitnah yang dibuatnya kepada pihak polis.

Kita biarkan Mat Sabu dengan untung nasibnya. Sekarang kita cuba tengok apa kata pencacai bawahan PAS tentang video yang berjaya mengantoikan pemimpin mereka. 

Dibawah Horas! petik antara komen 'bijak' pencacai berotak tahi di beberapa ruang forum maya yang pro Pakatan Haprak.
"Tu semua bukti yg sengaja diada2kan APCO,...jangan sesekali terpedaya dgn mainan polis yg jadi anjing APCO".

"Sah itu bukan Mat Sabu!! Mat Sabu badannya lagi berisi...yg dok atas motor tu nampak slim. Ni la kerja upco yahudi".

"cam kat dalam pulapol je. he he he kantoi".

"perlanggaran secara mengejut?divider terlanggar diri sendiri? oooo ada nota..divider ngaku memang dia yang suruh mat sabu langgar dia? mcm bodokan...but this is exactly what you amengok do..".

"cctv dah tau dah tempat tu akan berlaku kejadian 'mat sabu' dilanggar divider... kehkehkeh.. siap boleh cover dengan pajero lagi tu masa 'mat sabu' ditimpa divider.. kehkehkeh".

"Saya tak percaya. hanya formaliti sahaja. Cucu saya saya tak tahulah, tapi by that time, BN dah jadi arwah, tinggal kesan, itupun dalam zoo oooopss muzium".

"Polis tak payah betulkan apa yang dah rosak kerana menjadi kuli amNO... Semakin dibetulkan semakin nampak jelas penipuan...sekarang zaman cyber...berlambak jawapan ada kat u-tiub...".
"Dan mengikut kaedah qias oleh fatwa sahibul samaah tuan guru haji mahathir.... Mat sabu melanggar diri nya sendiri.....".
"Kalau polis yg bercakap.10 polis bercakap 11 aku tak percaya".

"Polis mana la yang berlakon jadi 'mat sabu' tu? La ni ramai polis yang berbadan macam 'mat sabu'..".
Banyak lagi sebenarnya komen-komen pencacai PAS yang Horas! boleh letak kat sini. Tapi cukuplah setakat yang ada ni dulu.

Apa perasan rakan-rakan pembaca sekalian bila membaca komen-komen bijak puak pencacai diatas? Marah?...sakit hati?...bengang?...meluat?....

Jangan begitu. Maafkanlah kebodohan mereka. Mereka dalam keadaan amat terdesak untuk membela Mat Sabu. Dalam keadaan terdesak begitu, apa pun boleh mereka cakap asalkan boleh cover line Timbalan Presiden yang memalukan parti.

Bekas Timbalan presiden yang dijatuhkan sendiri oleh puak PAS ketika ini mungkin tengah tersenyum sinis melihat video yang benar-benar mengantoikan Mat Sabu dan memalukan PAS.

Kepada pencacai PAS...bersabarlah. Jangan diturutkan hati yang rawan dan kecewa. Terimalah hakikat Timbalan Presiden anda sekalian memang benar-benar seorang penipu tegar.



Kah..! kah...! kah...! kah...! kah...! kah...! kah...! kah...! kah...! kah...! kah...! kah...! kah...! kah...! kah...!



Thursday, July 21, 2011

Video Mat Sabu 'Dirempuh' Kenderaan Polis. Timbalan Presiden PAS Terbukti Seorang Penipu.



Rakan-rakan pembaca sekelian lihatlah sendiri penipuan Mat Sabu. Mat Sabu bukan ahli biasa dalam PAS...dia adalah Timbalan Presiden parti yang mengaku mereka lebih Islam daripada orang lain.

Orang lain semua tak betul. semua jahat, semua zalim, semua penipu. Yang suci hanya puak dia sahaja.

Kalau dah Timbalan Presidennya sendiri kuat menipu, memfitnah dan suka mengada-adakan cerita, jadi apa lagi yang boleh diharap daripada parti yang mengaku memperjuangkan Islam itu.

Maha kuasa tuhan yang akhirnya membuka dan menunjukkan siapa sebenarnya Mat Sabu.

Sebarkan video yang membuktikan Mat Sabu seorang penipu besar ini kepada semua orang yang anda kenali.



Celaka!!! Mat Sabu Bukti Pemimpin PAS Paling Kuat Menipu.



Memang celaka besar sungguh Mat Sabu. Selama hari ni dia menipu kata polis rempuh motorsikal yang dia bonceng dengan land rover sampai dia terhumban dan cedera parah di lutut.

Penipuan Mat Sabu disambut oleh puak PAS dengan memaki hamun polis dan menuduh polis sengaja mahu menganiaya Mat Sabu.

Mari kita baca balik apa kata Mat Sabu tentang kejadian tu kepada malaysiakini.
"ketika dalam perjalanan dari Masjid Negara, tiba-tiba sebuah Land Rover merempuhnya. Ketika itu, tambahnya, beliau tidak tahu bahawa kenderaan itu dipandu pihak polis." dipetik dari malaysiakini.
 

Nampak tu? Mat Sabu kata dia dirempuh. Walhal kalau ikut gambar diatas yang diambil dari rakaman cctv, Mat Sabu yang sebenarnya hampir merempuh Land Rover berkenaan. 

Kerana motosikal yang dibonceng Mat Sabu dibawa dengan agak laju, semasa mengelak dari merempuh Land Rover berkenaan motorsikal berkenaan terbabas dan jatuh dipembahagi jalan.

Mungkin hanya ketika teringin dan bernafsu untuk bersetubuh sahaja yang Mat Sabu tak menipu. Waktu lain percayalah...tiada benda lain yang dibuat Mat Sabu melainkan menipu...menipu...dan terus menipu.

Mengapa teruk sangat perangai pemimpin-pemimpin PAS sekarang ini. Mereka dah tak kenal lagi halal dan haram. Semuanya mereka sondol demi politik.

Jahanamlah kamu semua wahai pemimpin-pemimpin PAS yang kuat menipu..!!!!!!



Kasihan Pemuda PAS, Macam Anjing Menyalak Bukit.




Harakah.daily hari ini melaporkan yang Pemuda PAS Pusat konsisten melahirkan rasa tidak bersetuju dan amat kesal dengan langkah penganjur yang mahu meneruskan Konsert MTV World Stage di I-City Seksyen 7, Shah Alam pada 24 Julai ini.

Pemuda PAS telah menghantar dua memorandum bantahan melalui Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor. Memorandum pertama pada bulan Jun dan memorandum kedua seminggu lepas kerana menganggap konsert tersebut bertentangan dengan Enakmen Kawalan Hiburan Negeri Selangor. 

Malangnya memorandum tersebut tidak dipedulikan malah usaha pemuda PAS Selangor untuk menemui pihak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga gagal.

Kasihan Pemuda PAS. Punyalah tak ada nilai sampai nak jumpa pun Khalid Gagap dia tak mahu dan malas nak layan. Entah-entah memorandum bantahan yang dihantar tu pun dah lama melayang dalam bakul sampah.

Tapi Pemuda PAS kena faham, yang ada kuasa besar di Selangor ni bukan PKR atau Khalid Gagap, tapi DAP. Khalid Gagap malas nak jumpa tu bukan kerana apa, kerana dia tahu dia tak boleh buat apa-apa keputusan pun.



Kalau pada pada Khalid Gagap pun Pemuda PAS tak ada nilai, pada DAP sendiri mahu ingatlah. 

Tengok gambar diatas, Dr Hatta Ramli yang bertaraf ahli parlimen dan otai dalam PAS tu pun setakat layak jadi tukang pasang bendera DAP. Kalau setakat Pemuda PAS, jadi tukang basuh kereta Ronnie Liu pun belum tentu layak lagi.

Itulah, selama ni bukan main lagi kuat menipu canang kehulu kehilir kata DAP kononnya makin faham Islam. Dituduh pulak pulak yang tak faham Islam tu UMNO.

Sekarang ambik kau sebijik, Allah bagi peringatan dan nak tunjuk pada puak-puak PAS yang DAP tu tak pernah faham dan tak pernah minat pada Islam.

Tapi tak apalah, Pemuda PAS bolehlah terus cuba menyalak. Manalah tahu kot-kot satu hari nanti bukit boleh runtuh dengan salakan mendayu-dayu Pemuda PAS tu.



Wednesday, July 20, 2011

Selepas Arak, Kini Pelacuran Pula Semakin Subur Di Selangor.



Iklan ubat kuat seperti dalam gambar dibawah kini semakin berlambak-lambak di Selangor. Horas! yakin ramai yang pernah melihat iklan seperti diatas atau yang sewaktu dengannya digantung atau dipacakkan di tepi-tepi jalan.

Kalau rakan-rakan pembaca sekalian mahu tahu, iklan diatas bukan semata-mata menawarkan untuk menjual ubat kuat bagi kegunaan lelaki-lelaki bermasalah, tapi turut menawarkan khidmat pelacuran. 


Dulu pernah kecoh pasal iklan tersebut bila orang ramai melahirkan rasa tidak senang dan membuat aduan kepada pihak-pihak yang berkenaan. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga bertindak menurun dan memusnahkan iklan-iklan tersebut.

Semenjak itu iklan 'Adult Toy' berkenaan tidak kelihatan lagi ditepi-tepi jalan. Tapi mungkin kerana tiada tindakan yang berkesan dari kerajaan Selangor kerana kesibukan pemimpin-pemimpin Pakatan Haprak yang berpolitik 24 jam sehari, kini ia muncul kembali.

Apa yang sebenarnya tersembunyi disebalik iklan itu pernah didedahkan oleh wartawan Harian Metro yang membuat siasatan. 

Oh ya! siasatan yang dibuat oleh wartawan Harian Metro bukan setakat mengadap komputer sambil berbalas-balas mesej macam siasatan yang dilakukan oleh seorang blogger sotong. Wartawan Harian Metro bertemu sendiri dengan dalang disebalik iklan itu. Berbual dan berurusan secara bersemuka.

Mari kita baca apa yang pernah dilaporkan oleh Harian Metro hasil dari siasatan mereka.
Pakej Ubat Kuat
Oleh Mohd Azam Shah Yaacob
SUBANG JAYA: Sekali pandang, ia seperti iklan haram biasa yang kerap ditampal di bawah jejantas, papan tanda jalan dan dinding kedai. Namun selepas diselidiki, iklan terbabit bukan sekadar menawarkan ubat kuat lelaki, tetapi turut menawarkan pakej dua dalam satu - pelacur! 
Itulah taktik terbaru sindiket pelacuran dengan menawarkan ubat rangsangan seks melalui iklan haram di kaki lima untuk memerangkap lelaki.Taktik yang digunakan itu bukan saja menawarkan ubat kuat yang dikatakan mampu merangsang tenaga lelaki hingga dapat bertahan selama 24 jam, malah meminta pelanggan menguji kemujarabannya dengan melanggani ‘ayam import’. 
Dipercayai, taktik serampang dua mata itu menjadi pilihan sindiket berkenaan berikutan lebih mudah menjerat lelaki yang gemar mencari ubat paling berkesan beraksi di ranjang, sekali gus memberi keuntungan berlipat ganda selain melariskan perkhidmatan pelacur yang disediakan. 
Siasatan wartawan Harian Metro mendapati sindiket itu bersedia menemui pelanggan selepas persetujuan dicapai menerusi telefon, namun mengikut kawasan berikutan terdapat sindiket lain menguasai daerah tertentu. 
Dalam perbualan menerusi telefon, wartawan yang menyamar sebagai pelanggan berbual dengan seorang lelaki bernama Jay, ejen yang menawarkan ubat kuat kepada pelanggan. Menurut Jay, ubat kuat berkenaan membabitkan dua jenis iaitu berbentuk pil dan jenis sapu dibawa masuk secara haram dari Taiwan melalui orang tengah. 
Katanya, pelanggan boleh memilih satu daripadanya dengan harga serendah RM30 bagi jenis sapu manakala RM60 bagi pil. Dia menyatakan jenis pil paling popular di kalangan pelanggan dan dijual 10 biji bagi setiap peket. 
Pelanggan akan diberi diskaun jika turut melanggan pelacur yang diimport dari negara luar bagi menguji keberkesanan ubat berkenaan dengan bayaran RM160. 
“Lu jangan risau, ubat ni tiada kesan sampingan. Itu saya boleh gerenti sebab pil ini memang popular di Taiwan dan sudah lima tahun saya jual. Kalau tak percaya nanti masa jumpa, saya boleh kasi cuba mana-mana perempuan awak suka. Awak boleh tengok ubat ini betul kuat atau tidak".
“Harga jangan risau, kalau ambil ubat sama amoi, kami kasi harga special. Kami boleh kurang harga kalau awak ambil dua-dua,” katanya. 
Wartawan turut diberitahu, pelanggan boleh memilih pelacur ketika urusan pembelian ubat kuat, namun mengikut harga berbeza bergantung kepada jenis ‘ayam’ kerana mendakwa ada yang baru tiba di negara ini. 
Pelanggan boleh menguji keberkesanan ubat itu sama ada di tempat disediakan, bilik hotel atau rumah dalam tempoh dua jam. Mereka perlu membayar tambahan RM50 bagi setiap setengah jam tambahan jika berminat melanjutkan tempoh berasmara. 
Melalui perbualan selama 15 minit itu, wartawan bersetuju berjumpa Jay di sebuah rumah kedai di sini. Ketika tiba, dua lelaki berusia awal 30-an serta 40-an sedia menanti bersama seorang wanita berpakaian seksi dipercayai pelacur. 
Dalam pertemuan itu, seorang lelaki berkenaan memperkenalkan diri sebagai wakil Jay tanpa memberitahu namanya. Lelaki itu meminta wartawan menunggu seketika berikutan sedang berurusan dengan seorang lagi pelanggan. 
Apabila menemui wartawan semula, lelaki itu yang bercakap pelat Cina bercampur Indonesia mendakwa kedua-dua jenis ubat itu mampu membesarkan zakar lelaki bagi tempoh tertentu. Namun, dia mendakwa ubat kuat jenis pil mampu membuatkan pelanggan melakukan aksi ranjang berulang kali dalam tempoh 24 jam tanpa penat. 
Wartawan turut ditawarkan wanita yang ditemui sebentar tadi untuk ditiduri. Berdasarkan pengamatan, wanita berusia awal 20-an itu dipercayai warga asing berdasarkan loghat percakapannya dan hanya mengikut kata lelaki berkenaan. 
“Ini amoi kalau awak ambil mesti best punya. Awak boleh suruh dia buat apa saja apa awak mau. Tapi kalau mau bawa pergi mana-mana mesti jaga elok-elok. Nanti sudah puas, bagitau kita datang angkat,” katanya.

Selepas hampir 30 minit berbual, wartawan menolak tawaran berkenaan dengan alasan tidak mempunyai wang mencukupi, tetapi berjanji datang semula selepas melakukan pengeluaran wang.
Nampaknya  segala macam maksiat dan aktiviti tidak bermoral semakin menjadi-jadi semenjak Pakatan Haprak mentadbir Selangor. 

Sudahlah rumah urut, pusat hiburan dan spa haram semakin mencanak-canak tumbuh dimerata-rata tempat, kini khidmat pelacuran pun sudah berani diiklan secara terbuka. Cuma ianya berselindung disebalik iklan ubat kuat.

Dulu Horas! pernah dedahkan tentang penjualan arak yang semakin meriah dan menjadi-jadi di Selangor sampai ketahap menyelitkan iklan bermacam-macam jenis arak dipengilap cermin kereta. Baca disini.

Begitulah perangai pemimpin Pakatan Haprak baik dari DAP, PKR dan PAS. Mereka nampak kuman yang ada dinegeri-negeri yang ditadbir oleh UMNO/BN, tapi buat-buat tak nampak dengan gajah yang duduk mengangkang didepan batang hidung mereka.

Pada ibu bapa yang mempunyai anak yang sudah dewasa atau meningkat remaja, jaga dan awasilah anak anda dengan sebaik-baiknya. Jangan sampai mereka terjebak dengan segala macam gejala maksiat yang semakin subur di Selangor ini.



Tuesday, July 19, 2011

Lawak! Blogger Sotong Nak Jadi James Bond.


Gambar Hiasan. Tak ada kena mengena dengan mana-mana 
pihak samada yang masih hidup atau pun yang sudah mati.

Horas! ada terbaca satu artikel yang ditulis oleh seorang blogger yang digelar oleh rakan-rakan blogger Horas! yang yang lain sebagai blogger sotong.

Horas! malas nak sebut nama blog tu pasal ada rasa geli geleman bila nak menyebutnya.

Blognya memang mendapat sambutan dari juak-juak Pakatan Haprak yang gemarkan fitnah. Maklumlah, isi kandungannya memang penuh dengan cerita fitnah dan penipuan dari dulu sampai sekarang.

Kalau ada pun yang betul dalam blog tu mungkin pada masa, hari dan tarikh dia buat posting.

Yang kelakarnya dalam salah satu postingnya baru-baru ini, si sotong ada membuat penyiasatan dan risikan ala-ala James Bond yang kononnya mendedahkan penglibatan UMNO dalam kegiatan pelacuran.

Dalam siri penyiasatannya itu, si sotong dibantu oleh seorang ajen khas (yang mungkin satu spesis dengan dia).

Mari kita tengok cara James Bond Sotong dan ajen khasnya menyiasat. Memang mencabar, merbahaya dan boleh mengancam nyawa beb..!!!. Calang-calang orang memang tak berani nak buat.

James Bond Sotong dan ajen khasnya memulakan sisatan dengan mencari laman web rahsia dibawah. Untuk memasuki laman web berkenaan bukan senang macam nak masuk jamban. James Bond Sotong dan agennya terpaksa memecahkan kod-kod tertentu yang amat rumit.

Mujur tiada kejadian tembak menembak masa tu.


Hasilnya mereka dapat masuk dan dapat berkomunikasi dengan seorang ketua sendiket pelacuran terbesar dinegara ini yang terkenal dengan keganasan dan kekejamannya.

Dari situ, agen khas yang membantu James Bond Sotong tadi menyamar pula sebagai seorang pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat pelacur wanita Melayu daripada ketua sendiket.

Bermacam-macam kesukaran yang terpaksa ditempuhi oleh  agen khas berkenaan sepanjang urusan tersebut. 

Namun berkat latihan yang telah diterima daripada James Bond Sotong, dia dapat mengatasi segala rintangan dan seterusnya memperolehi maklumat seperti dibawah hasil komunikasinya dengan ketua sendiket.

Nombor telefon bimbit ketua sendiket pelacuran berkenaan juga berjaya diperolehi.


Setelah yakin bahawa si ketua sendiket sudah mula mempercayainya dan masuk kedalam perangkap, agen khas yang membantu James Bond Sotong mula menghubungi dan berurusan dengannya melalui sistem pesanan ringkas. 

Si agen khas yang pintar berjaya pula mendapatkan bukti dibawah.


Si ketua sendiket pelacuran yang licik tidak sedar dia sudah masuk kedalam perangkap James Bond Sotong dan agen khas yang membantunya. Dia kemudian telah memberi nombor akaun bank miliknya untuk menerima bayaran bagi khidmat pelacur yang bakal disediakan oleh sendiketnya.

Tugas James Bond Sotong dan ajennya menjadi semakin mudah apabila mendapat maklumat akaun bank ketua sendiket. Mereka tersenyum girang kerana misi sulit lagi merbahaya mereka akan membuahkan hasil. 


Akhirnya identiti ketua sendiket pelacuran yang didalangi UMNO itu mereka perolehi. Noorlizan Bin Mansor namanya. Misi James Bond Sotong yang dibantu agen khasnya pun berakhir dengan kejayaan. Mereka berjaya membuktikan UMNO terlibat dengan aktiviti pelacuran di negara ini.

Kah!...kah!...kah!...kah!...kah!...kah!..kah..!kah!...kah!...kah!.........

Nak pecah perut Horas! ketawa membaca apa yang didedahkan si blogger sotong tu dalam blognya.

Sikit punya senang dia menyiasat. Cukup dengan duduk melentok-lentok sambil mengilatkan kuku depan komputer.

Lepas tu masuk laman web itu ini, mintak nombor HP mamat tu...layan SMS dan akhir sekali mintak pulak nombor akaun bank untuk dimasukkan duit seringgit. Lepas tu buat screen shot dan UMNO pun berjaya dikantoikan.

Si sotong kaitkan UMNO semata-mata pasal ada perkataan UMNO (dan MCA) di laman web dalam gambar pertama diatas.

Walhal maksud UMNO (dan MCA) tu boleh jadi merujuk kod pada keturunan. UMNO untuk pelanggan Melayu dan MCA untuk pelanggan Cina.

Kalau bagi kod nama PAS dan DAP pun rasanya si bapak ayam boleh faham. Nama parti PAS boleh digunakan untuk kod pelanggan bangsa Melayu dan nama DAP untuk kod pelanggan bangsa Cina.

Kalau macam tu, blogger-blogger pro UMNO pun senang-senang boleh fitnah PAS. Buat macam mana yang si blogger sotong buat tapi gunakan kod PAS dan DAP. Bila dah ada saja nama PAS dalam sessi berbalas mesej tu, jadikan bukti PAS terlibat dengan aktiviti pelacuran dan kemudian suruh Mat Sabu atau KP PAS Pusat jawab.

Kalau setakat itulah bukti yang si blogger sotong ada untuk menjaja fitnah kononnya UMNO mendalangi aktiviti pelacuran...eloklah dia gantung leher kat kipas silling rumah dia. Bodoh nak mampus.

Kalau tak pun pergi belajar dengan bro kickdafella macam mana cara nak menyiasat benda-benda macam tu. Tengok macam mana cara kickdafella dan ajen Johnsonnya mendedahkan aktiviti pelacuran dan segala macam maksiat yang beroperasi tak jauh dari pejabat Tok Guru.

Kantoi habis PAS Kelantan dikerjakan kickdafella dan ajen johnson beb!

Siap dengan gambar-gambarnya dan bukti-bukti lain yang lengkap yang tak mampu dinafikan lebai-lebai PAS. Hasilnya, tak lama lepas tu menggelupur MBIKB pergi serbu sarang maksiat tu. Itu baru pro namanya. 

Kalau setakat siasat sambil duduk tergedik-gedik menyotong depan komputer tak payah lah. Buang karen saja. Yang percaya setakat juak-juak Pakatan Haprak yang kecut otak dan dahagakan fitnah.

Blogger sotong jangan lupa, dulu seorang exco kanan negeri Selangor pernah mengamuk sakan bila sekumpulan penguatkuasa sebuah PBT buat serbuan disebuah hotel yang disyaki ada menjalankan aktiviti tak bermoral. 

Lagi bagus kalau blogger sotong buat sisatan kat hotel tu dan buat siasatan sekali apa sebabnya si exco berkenaan mengamuk sakan bila hotel tu diserbu. Kalau tak ada kena mengena takkan nak mengamuk kot?