Saturday, March 10, 2012

Ahli PKR Semenyih Sindir Ostat Badrulamin Al-Khalwati.

Banner-banner dibawah dinaikkan mereta-rata di Semenyih, Hulu Langat.

Horas! tak tahu apa tujuan banner ini dinaikkan. 

Tapi menurut khabar-khabar angin yang bertiup, ahli-ahli PKR di Hulu Langat, terutamanya di Semenyih sudah makin meluat dengan kepimpinan PKR Selangor yang selalu meminggirkan mereka.

Mungkin ini adalah salah satu tanda protes mereka.


Sebelum ini Horas! ada menulis tentang pergolakan yang berlaku dalam PKR Cabang Hulu Langat. Klik disini.

Ramai ahli akar umbi PKR yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan mereka yang terlalu mementingkan diri sendiri dan hanya sibuk membalun projek di Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Ahli PAS dan ahli PKR di Hulu Langat sendiri pun tak ngam sesama sendiri.

Anwar Ibrahim pernah merancang untuk mengadakan ceramah di Semenyih tidak lama dulu. Tapi program tersebut terpaksa dibatalkan disaat-saat akhir apabila terdapat ura-ura yang mengatakan ianya bakal diboikot oleh ahli-ahli PKR sendiri.

Lihat sahaja luahan hati Ketua Penerangan PKR Cabang Hulu Langat dibawah ini. Rakan-rakan pembaca sekalian tentu boleh mengagak berapa kritikalnya perpecahan mereka.





2 comments:

Anonymous said...

mampos la pkr cepat..

Anonymous said...

belum terlewat utk berubah...buktikan kuasa sebenarnya ada ditangan anda...