Monday, March 5, 2012

Dia Tipu, Tipu Dan Tipu Lagi...



Dia menipu bila dia kata dia sekadar mahu membantu seorang wanita yang menghadapi masalah rumah tangga...

Dia menipu lagi bila dia kata dia sebenarnya tidak ditangkap berkhalwat...

Dia menipu untuk kali yang seterusnya bila dia kata dia dikurung didalam bilik hotel tempat dia kantoi...

Dia menipu untuk kesekian kalinya bila dia mengatakan dia dibelasah oleh 20 orang lelaki...

Dia meneruskan penipuannya bila dia mengatakan dia diperangkap oleh UMNO...

Tak cukup dengan itu dia menipu lagi bila dia mendakwa suami wanita yang mengundang berahinya itu bersekongkol bersama UMNO untuk menganiaya dirinya...

Penipuannya diteruskan bila dia mengatakan Tengku Mahkota Pahang mencemar duli untuk campur tangan dalam isu tuduhan khalwat yang dilemparkan terhadap dirinya...atau lebih tepat lagi mahu membela dirinya.

Akhirnya rakan-rakannya sendiri mula meluat dan mual dengan siri penipuannya yang bertali arus. Dia diarahkan untuk bercuti serta menutup mulutnya yang kuat menipu itu.

Entah lah.....

Ada yang kata dia kuat berzikir. Kalau dengar suaranya mengalunkan zikir...cukup syahdu dan mampu meruntun kalbu.

Tapi sayang, kalau tengah berceramah dia tak hingat dunia. Mulutnya lancar memaki hamun, memfitnah dan memalukan sesiapa sahaja yang tidak disukainya.

Mulutnya ibarat mulut longkang...kotor dan busuk.

Kalau ada anugerah pencapaian seumur hidup untuk individu bermulut longkang di negara ini, dia orang yang paling layak mengunggulinya selepas adik kandung Azmin Ali yang bercelaru orientasi atau kecenderungan seksualnya.

Kalau selama ini 'Ustaz Terlampau' itu cukup suka memfitnah dan memalukan orang lain, akhirnya Allah balas perbuatan buruknya dengan membukakan aib dirinya pula.

Berdakwah dan membantu mereka-mereka yang sedang menghadapi masalah adalah suatu perbuatan yang amat terpuji. 

Tapi kalau berdakwah dan membantu sampai keperingkat masuk kedalam kain isteri orang lain (meminjam ayat seorang rakan blogger)...itu adalah perbuatan yang amat keji.

Mudah-mudahan 'Ustaz Terlampau' itu kini sudah bertaubat dan menyesali segala perbuatannya. Harap dia juga tidak akan menipu lagi semata-mata mahu menunjukkan dia orang suci yang tidak mungkin melakukan salah dan silap.

Menipu untuk menutup penipuan sebelumnya tak akan mendatangkan kebaikan melainkan hanya menjerut leher sendiri. 



1 comment:

Anonymous said...

Statement ' berdakwah dan membantu sampai keperingkat masuk kedalam kain isteri orang lain' tu takleh bla la bro..hahahhaaaa.