Monday, March 26, 2012

Terima Kasih Atas Bantuan UMNO/BN. Kerajaan PR? Siap Pilih Bulu Beb...!

Lebih 20 ribu warga yang sayangkan UMNO dan BN menyambut DS Najib di Dusun Tua, Hulu Langat semalam.

3,578 ribu mangsa banjir dari Hulu Langat dan Ampang menerima bantuan wang tunai dan lain-lain barangan keperluan berjumlah kira-kira RM7 juta dari UMNO dan BN.

Sementara penyelesaian masalah banjir jangka panjang dirancang, DS Najib dengan bermurah hati turut meluluskan peruntukan RM7.5 juta dari kerajaan pusat bagi penyelesaian jangka pendek masalah berkenaan.

Terima kasih kepada Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, YB Datuk Hj Johan Abdul Aziz yang tidak putus-putus berikhtiar dan berusaha mencari jalan membantu mangsa-mangsa banjir dikawasan beliau.

Dan yang paling penting, Datuk Hj Johan membantu semua mangsa tanpa mengira apa fahaman politik mereka. Sama rata....sama rasa.






credit foto: Tahran Nazim, Jendela Semasa & UM

Khabarnya hari ini kerajaan PR Selangor pun akan mengagih-agihkan bantuan dari mereka di Hulu langat. 

Cuma ada cerita-cerita yang kurang enak berlegar tentang bantuan kerajaan PR Selangor itu.

Horas! tidak pasti samada ianya benar atau tidak, namun ada mangsa-mangsa banjir di Hulu Langat yang rasa terkilan kerana nama mereka tidak dimasukkan dalam senarai penerima bantuan semata-mata kerana mereka bukan penyokong tegar Pakatan Rakyat.

Kalau benarlah perkara tersebut berlaku, memang sah lah kerajaan PR tidak boleh diharap. Nak beri bantuan pun mereka pilih bulu. 

Yang sokong mereka dapat...yang tak sokong dibiarkan terkontang-kanting.

Kerajaan berkebajikan apa kalau begitu sikapnya.............

Apa-apa pun kena 'berterima kasih' juga kepada kerajaan PR kerana dalam keadaan rakyat menghadapi masalah dan kesulitan mereka (PAS) sempat menganjurkan satu konsert - kemudiannya dibatalkan disaat akhir - dan satu ceramah oleh Khalid Samad.

 

Kisahnya.....klik disini dan disini

 

Kisahnya.....klik disini dan disini



No comments: