Thursday, March 15, 2012

Terima Kasih Pada Pelajar Kolej PTPL Ampang Yang Prihatin.

Pagi semalam sekumpulan 25 orang pelajar kolej PTPL Ampang yang diketuai oleh Sdra Mohd Syukri Mohd Sharif turun ke Kg Rantau Panjang, Hulu Langat.

Mereka bergotong royong membersihkan rumah sepasang suami isteri warga emas yang ditenggelami air sedalam 3 meter semasa kejadian banjir di Hulu Langat tidak lama dulu.

Sedih melihat keadaan didalam rumah berkenaan. Hampir kesemua barangan yang ada didalam rumah tersebut tidak boleh digunakan lagi. Kesan lumpur yang dibawa air banjir juga masih kelihatan dimerata tempat. Kawasan luar rumah juga dipenuhi sampah sarap.

Alhamdulillah...dengan bantuan kumpulan pelajar yang prihatin dari kolej PTPL Ampang, dalam tempoh lebih kurang 3 jam, rumah tersebut dapat dibersihkan.

Pelajar perempuan menyinsing lengan membersihkan ruang didalam rumah, membasuh timbunan pakaian yang berlumpur serta menyusun semula perabot serta barangan yang masih boleh digunakan.

Yang lelaki pula bertungkus-lumus hingga keluar peluh jantan membersihkan kawasan luar yang dipenuhi lumpur dan sampah sarap. Sampai ada yang tergolek jatuh akibat terpijak lumpur yang licin :)

Walaupun tidak mampu menjadikan rumah pasangan warga emas itu kembali kepada keadaan asal...namun Horas! yakin bantuan yang dihulurkan oleh kumpulan pelajar terlibat benar-benar dapat meringankan beban yang ditanggung oleh pasangan warga emas berkenaan.

Terpancar kegembiraan diwajah kedua mereka. Mulut mereka tidak henti-henti mengucapkan terima kasih yang tak terhingga ketika para pelajar meminta izin untuk pulang.

Horas! bagi pihak UMNO Bahagian Hulu Langat mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelajar-pelajar Kolej PTPL yang prihatin. Allah sahaja yang mampu membalas budi baik anda semua.







Nak harapkan bantuan kumpulan pelajar kat bawah ni...kirim salam lah.





Musnahkan harta benda kerajaan, tergolek terbaring dan buat kecoh tepi jalan boleh la.

Harap mereka akan sedar satu hari nanti.

Horas!: Terima kasih pada Cik Nur Aleeya Adlin Zahid, Pegawai Hal Ehwal Pelajar, Kolej PTPL Ampang yang berusaha bersungguh-sungguh merealisasikan program berkenaan.



No comments: