Monday, April 23, 2012

Antara Manifesto Terbaik PAS Untuk PRU13




Mengapa pembinaan kuil pula yang mereka utamakan?

Sudah terlalu banyakkah masjid yang PAS bina untuk kemudahan umat Islam beribadah hingga keutamaan kini diberikan untuk membina kuil-kuil pula?

Walhal kita semua tahu, kebanyakan masjid-masjid yang ada dinegeri yang kini mereka kuasai rata-ratanya dibina semasa UMNO mentadbir negeri-negeri tersebut.

Aneh! Mereka cukup keberatan dan amat berkira untuk membina sebuah masjid. Tapi sikap keberatan dan berkira itu hilang begitu sahaja apabila ianya melibatkan pembinaan rumah ibadat penganut-penganut agama lain.

Itulah PAS. Cakapnya tidak pernah serupa bikin.

Dalam perlembagaan Parti Islam Se-Malaysia atau ringkasnya disebut PAS (walaupun sepatutnya disebut PIS), dasar mereka ialah Islam manakala seruan PAS pula ialah Allahuakbar.

Horas! yakin rakan-rakan pembaca sekalian tidak ada masalah dengan dasar dan seruan PAS itu. 
Yang jadi masalah ialah apabila dasar dan seruan itu tidak selari dengan apa yang diamalkan oleh PAS kebelakangan ini.

Sukar untuk dipercayai PAS yang selalu berbangga dengan dengan perlembagaannya itu sebenarnya lebih banyak membawa kerosakan jika dibandingkan dengan kebaikan kepada agama.

Bayangkan, mereka kata dasar mereka adalah Islam dan seruan mereka Allahuakbar...tapi dalam masa yang sama mereka katakan pula Allah SWT itu mencarut dan samseng.

Mereka kata dasar mereka adalah Islam dan seruan mereka Allahuakbar...tapi mereka pakat lelong kalimah Allah untuk sewenang-wenangnya digunakan oleh kafir yang kita ketahui tidak percaya kepada Allah dan agama Islam.

Dan bukti paling besar bahawa dasar dan seruan mereka itu sebenarnya hanyalah setakat diatas kertas sahaja ialah apabila mereka tidak ambil peduli dengan isu umat Islam murtad yang berlaku tidak lama dahulu di Selangor. Malah dengan begitu selamba, ada kalangan pemimpin mereka yang berkata isu murtad tersebut adalah remeh.

Sebaliknya, UMNO yang mereka tuduh kafir, menolak Islam dan sekularlah yang bersungguh-sungguh mempertahankan kalimah Allah dari dilelong, dan UMNO jugalah yang bersungguh-sungguh menangani isu umat Islam murtad yang mereka anggap remeh.

Nak harapkan PAS? Kirim salamlah. 

Jadi, masih mahu memberikan kepercayaan dan undi anda kepada parti yang sebegini?
Tepuk dada....tanya selera.






6 comments:

Anonymous said...

Hanya 3 perkataan yg sesuai utk pas..celako, celako, celako..

Anonymous said...

Wakil Rakyat Shah Alam membuat ulasan isu kuil Seksyen 19 merasakan hanya kerajaan PR yang berusaha selesaikan masalah kuil itu hingga ia dipindahkan. Ahli Parlimen Shah Alam dalam ucapannya kepada penduduk Seksyen 19 pada hari Rabu 27/03/2012 menyalahkan BN yang tidak menyelesaikan masalah penduduk selama 26 tahun. Pelik, kawasan perumahan Seksyen 19 belum 26 tahun lagi. Kenapa Ahli Parlimen Shah Alam berpura-pura tidak sedar masalah dihadapi penduduk Seksyen 19 berpanjangan kerana pemindahan kuil keSeksyen 22 dibatalkan selepas PR berkuasa Mac 2008?. Pemindahan kuil keSeksyen 22 diluluskan BN pada 29/12/2007 dibatalkan dengan alasan tapak itu jauh dikawasan kilang. Jika pemindahan kuil diselesaikan pada tahun 2008 masalah penduduk Seksyen 19 tidak berlarutan selama 4 tahun lagi (Mac 2008 – Februari 2012). Hakikatnya masalah penduduk semakin teruk selepas PR berkuasa. Aktiviti kuil sering mengganggu ketenteraman awam. Pengunjung kuil sudah berani membuat pelbagai ugutan dikawasan majoriti penduduk Islam. Aduan demi aduan dan perjumpaan dibuat dengan wakil-wakil Rakyat tetapi tidak ada tindakan. Pemimpin Islam PR tidak menjaga sensitiviti masyarakat Islam malah amat toleransi dengan pihak yang membuat provokasi kepada penduduk Islam. Penduduk minta bantuan NGO pada Disember 2008 apabila gangguan kuil semakin kronik. Pada 08/01/2009 YB Khalid Samad serang pemimpin NGO dihadapan mata penduduk, penguat kuasa MBSA dan AJK kuil. YB Khalid tuduh NGO datang buat provokasi kepada kuil Hindu. Kenapa pemimpin Islam PR tidak bersimpati kepada penduduk Islam?. Kenapa pihak luar lebih prihatin untuk membantu penduduk di Seksyen 19?. Setiap bantahan penduduk pasti dikaitkan UMNO. Hindu kuil yang disokong oleh MIC sejak zaman BN tidak jadi isu malah dibela oleh pemimpin Islam PR. Laporan dokumen Majlis Tindakan Ekonomi Selangor yang ditanda tangani oleh Datuk Bandar Shah Alam pada 01/07/2009 ada laporan yang ditulis ia-itu pihak Polis menasihatkan pihak MBSA memindahkan kuil di Seksyen 19 bagi mengelak perkara tidak dingini terus berlaku. Selepas campur tangan Pertubuhan NGO Islam dan atas nasihat pihak polis barulah ada tindakan memindahkan kuil itu. Masalah penduduk Seksyen 19 hanya selesai apabila kuil dirobohkan pada Februari 2012. Kenapa hampir PRU 13 barulah YB Khalid Samad datang kekawasan kuil Seksyen 19?. Kenapa tidak selesaikan aduan penduduk pada Julai 2008 – Disember 2008 semasa pengunjung kuil buat ugutan bunuh dan gangguan kumpulan gangster 303 di Seksyen 19?. Penduduk tidak akan lupa YB Khalid Samad sanggup menyerang sesama Islam demi pertahankan kuil Hindu. (semak minaq jinggo Ahli Parlimen Pertahan Kuil (08/01/2009) dan jawapan penduduk Seksyen 19 mengenai artikel YB Khalid Samad 10/01/2009 “Persoalan Kuil Seksyen 19 dan tindakan Pewaris” melalui Pewarisummbah.blogspot.com (13/01/2009).

Anonymous said...

The Unspinners.blogspot.com

FRIDAY, SEPTEMBER 11, 2009

Penganut Hindu Seksyen 19 terus kelentong kuil wujud ratusan tahun


Laman web kerajaan Pakatan Rakyat, Selangorkini Online menyiarkan kenyataan dari Wakil penduduk Hindu yang juga Ahli Majlis MBSA, K.Uthayasoorian. Dia menegaskan penduduk Seksyen 19 patut mengambil tahu sejarah kuil tersebut.

Tak tahu samada mereka menyedari jawapan kami The Unspinners telah menafikan saranan kuil itu berumur 150 tahun oleh The Malaysian Insiders. Ia tidak masuk akal dari segi sejarah.

Uthaya masih menegaskan bahawa "kuil itu telah wujud beratus tahun dahulu sebelum merdeka dan sebelum wujudnya penempatan di kawasan terbabit". Apa asas dan bukti sejarah untuknya katakan sedemikian?

Katanya asal tempat itu adalah Ladang Sungai Rengam yang dipunyai Guthrie & Company. Ia sudah "wujud 109 tahun lagi". Kemudian dia kata sudah "wujud 109 tahun sebelum Merdeka". Mana cerita pula "wujud beratus tahun dahulu sebelum merdeka"?

Dia mengatakan bahawa kawasan ini "dari 1873 sebelum dan selepas tahun itu" adalah estet-estet getah yang telah didiami oleh pekerja-pekerja dari India dan menjalankan tanaman getah. Apa punya cakap ini "dari 1873 sebelum dan selepas tahun itu"? Tahun apa, cakap betul-betul?

Mahu kelentong pun tak konsisten! Kami ada point lain tapi buat menjawab yang ini, apa yang kami sudah siarkan sudah memadai. Rajin-rajin baca mengenai Henry Ridley sini.

Posted by The Unspinners at 8:17 PM

Anonymous said...

Wikipedia http://ms.wikipedia.org/wiki/Demonstrasi_kepala_lembu
September 2009
Kuil Hindu Sri Mahamariamman

Kuil Hindu Sri Mahamariaman di Seksyen 19 Shah Alam, asalnya kecil sahaja, setakat 2X2 meter pada tahun 1988. Kuil kecil ini semakin membesar dan didakwa pula ada sejarah 150 tahun. Oleh kerana saiznya kecil dan tidak ada usaha pendaftaran dibuat kepada mana-mana pihak, maka ia ia tidak terdaftar dalam pelan pembangunan bandar raya Shah Alam.

Tidak ada bukti seperti resit, surat atau fail yang menunjukkan mana-mana kuil Hindu berusia 150 tahun. Hanya sekadar mengingatkan bahawa buruh India dibawa oleh majikan peladang British sejak 1800 lagi. Masjid juga tidak ada rekod, fail, resit atau batu tanda pembinaan. Penduduk Melayu di Seksyen 19 yang duduk di sana sejak 1988 menyatakan saiz kuil itu kecil sahaja.

Tapak kuil milik estet getah dan kelapa sawit Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Tidak ada mana-mana pihak berusaha mendaftarkannya kerana tidak ada bantahan. Penduduk Melayu yang merungut juga tidak ada rekod bantahan dan rekod laporan polis kerana saiz kuil itu kecil sahaja.Alangkah baiknya jika semua kuil, tokong, surau dan masjid mempunyai pelan pembinaan, rekod pendaftaran, senarai nama jawatankuasa pengurusan dan sebagainya.

Di Seksyen 19 hanya ada 5 keluarga India. T.Murugiah pernah berunding pihak kuil setuju akan pindah ke Seksyen 22. Malangnya MIC campurtangan dan berjanji diselesaikan selepas PRU 12. Kuil ini dikendalikan oleh orang luar iaitu dari Kapar dan pengikutnya sekitar Taman Seri Muda, Seksyen 18 dan Seksyen 20.

Anonymous said...

Penduduk nafi kuil berusia 106 tahun

SHAH ALAM 13 Sept 2009 - Penduduk Seksyen 19 di sini menafikan kenyataan seorang wakil penduduk Hindu di situ yang menyatakan Kuil Sri Maha Mariaman telah wujud 106 tahun sebelum merdeka. Kenyataan mengenai usia kuil itu disuarakan oleh seorang penduduk pada sesi dialog penduduk Seksyen 23 bersama Menteri Besar Selangor di sini pada 5 September lalu.

Penduduk mendakwa kenyataan tersebut tidak berasas kerana ketika mereka berpindah ke situ pada tahun 1988, kuil itu hanya berkeluasan kurang 1.5 meter persegi dan sudah tidak digunakan lagi. Kuil itu difahamkan dibina untuk sementara sahaja bagi kegunaan pekerja estet.

Seorang penduduk Khatijah Abu Bakar, 51, memberitahu, kenyataan wakil penduduk itu langsung tidak masuk akal kerana ketika berpindah ke Seksyen 19 pada 20 tahun lalu, kuil tersebut sudah lama ditinggalkan. Ketika itu katanya, difahamkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berjanji untuk merobohkan kuil berkenaan kerana kawasan tersebut sepatutnya dibina enam belas buah rumah.

Tetapi jelasnya, pada tahun 2000 kuil tersebut diaktifkan semula oleh penganut Hindu dari Seksyen 20 dengan pengubahsuaian serta pembesaran kuil dilakukan pada 2006. ''Keadaan itu memaksa perwakilan penduduk membuat aduan dan satu papan tanda telah diletakkan oleh PKNS bahawa penceroboh akan didakwa.''

Tetapi amaran tersebut tidak diendahkan oleh pihak kuil dan meneruskan pengubahsuaian itu sehingga hampir dengan rumah kami," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Dia mendakwa semenjak pemerintahan kerajaan campuran di Selangor, majlis yang diadakan di kuil itu tidak lagi dikawal dan seperti mendapat sokongan daripada pemimpin.

Seorang lagi penduduk, Sharkhiyah Ahmad, 51 berkata, kenyataan wakil penduduk semasa sesi dialog itu hanya mahu meraih simpati hingga cuba mereka-reka cerita tanpa fakta yang betul. ''Kenyataan wakil penduduk itu hanya cakap kosong sahaja bagi menarik simpati pihak kerajaan negeri yang seolah-olah memihak kepada mereka.

''Saya pun hairan kenapa pihak kepimpinan sekarang terlalu mengikut kata-kata mereka berbanding suara kaum majoriti?"ujarnya.

Sharkhiyah turut menyifatkan pemimpin tertentu seperti talam dua muka iaitu menyatakan sokongan ketika berdepan kaum majoriti Melayu tetapi beralih ke belakang bersekongkol dengan pihak lain.

Anonymous said...

Pada September 2009 demo kepala lembu jadi tajuk utama pelbagai media. Banyak laporan polis telah dibuat. Kita tidak hairan jika pihak kuil dapat sokongan kaumnya. Apa yang menghairankan pemimpin Islam PR ramai bersimpati kepada bukan Islam hingga ada yang keluarkan pelbagai fatwa konon menghina anutan agama lain. Pada 04/09/2009 Harakah tuduh UMNO dalang kepala lembu. Kenapa UMNO dipersalahkan?. Kenapa tidak persoalkan kenapa pemimpin PR pilih kawasan berhampiran perumahan majoriti Islam Seksyen 23?. Kenapa kuil kecil di Seksyen 19 dapat ganti tapak seluas satu ekar untuk tapak kuil baru dekat kawasan penduduk majoriti Islam?. Penduduk sekitar kuil Seksyen 19 terpaksa berhadapan cabaran, tekanan emosi dan risoko kerana gangguan kuil mengganggu ketenteraman awam. Mereka tidak ambil peduli langsung sensitiviti penduduk Islam sekitar kuil. Penduduk Seksyen 23 bantah kerana mereka bimbang masalah di Seksyen 19 berlaku di kawasan mereka. Selepas demonstrasi kepala lembu kuil tidak jadi dibina di bersebelahan padang permainan Seksyen 23, kuil Seksyen 19 terpaksa dipindahkan bersebelahan kilang Nitto Denko Seksyen 23. Kita bersimpati kepada 6 NGO Islam dan 6 penduduk Seksyen 23 yang terpaksa turun naik mahkamah kerana demonstrasi kepala lembu. Pihak yang menyebabkan hingga berlakunya bantahan penduduk Seksyen 23 bebas menuding jari kepada pihak lain demi untuk menutup kesilapan sendiri. Jika tidak berlaku demonstrasi kepala lembu masalah penduduk Seksyen 23 mungkin lebih teruk lagi jika kuil ditapak satu ekar dibina disitu. Wakil-wakil Rakyat Shah Alam wajar dipersalahan dalam isu kuil di Seksyen 19 dan Seksyen 23. Penduduk Seksyen 19 disokong 3 Pertubuhan NGO Islam tetapi penduduk Seksyen 23 disokong 10 Pertubuhan NGO Islam. Kenapa pihak luar lebih prihatin membantu penduduk Islam?. Kenapa Harakah tidak membela penduduk Islam di Seksyen 19 dan di Seksyen 23?.