Wednesday, April 4, 2012

Jemputan Solat Hajat Untuk Saudara Mohd Razif.

Horas! minggu lalu ada menulis tentang kisah kemalangan jalanraya di Putrajaya yang mengorbankan dua AJK Pemuda UMNO Bahagian Hulu Langat.

Seorang lagi yang turut terlibat dalam nahas berkenaan kini masih lagi berada dalam keadaan koma dan ketika ini masih lagi dirawat di ICU Hospital Putrajaya. Klik disini.

Esok, 5hb April 2012, bertempat di Masjid Jamek Bandar Kajang, PP UMNO Hulu Langat akan mengadakan majlis bacaan Surah Yasin dan solat hajat memohon kepada Allah SWT agar Saudara Mohd Razif (gambar) kembali sembuh dan dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan.


Majlis tersebut akan bermula sebaik sahaja selesai solat Maghrib.

Seluruh ahli-ahli Pemuda UMNO Bahagian Hulu Langat dijemput hadir. Mereka-mereka yang berkelapangan juga dialu-alukan untuk turut serta.


3 comments:

Anonymous said...

mudah2an beliau akan kembali sembuh.

MymassaVoice said...

RIndu betul aku nak dengar lawak pak razab...semoga allah swt menyembuhkanmu secepat mungkin

Anonymous said...

saya doakan agar sdra razif segera sembuh dan kembali sihat seperti sediakala.