Friday, April 20, 2012

Mahasewel Diserang: Tidak Mustahil Insiden Tersebut Dirancang Oleh Pakatan.

Semasa PRK Merlimau, PAS pernah buat dajal dengan menuduh UMNO menaikkan banner-banner yang tertera perkataan 'Undi PAS Masuk Syurga' dan 'PAS Melaka Menyokong Penuh Fahaman Pluralisme Agama Dato Seri Anwar Ibrahim' dimerata tempat di Merlimau.



Walhal mereka sendiri yang cetak, naikkan...kemudian pura-pura terkejut lalu menurunkan banner tersebut. Lepas tu pakat ambil gambar dan kata ianya perbuatan UMNO. 

Mengapa mereka lakukan perkara itu? 

Hanya semata-mata kerana mahu menggambarkan mereka dianiaya oleh UMNO dan seterusnya berharap pengundi akan bersimpati kepada mereka. Akhirnya senjata makan tuan. Pengundi jadi menyampah dengan taktik busuk PAS dan kesannya calon mereka kalah dengan bergaya.

Begitu juga halnya dengan kes yang berlaku di Batu Gajah, Perak. Tidak mustahil banner dibawah digantung sendiri oleh juak-juak PAS. Lepas itu mereka meluru buat laporan polis dan tuduh kononnya 'banner' tersebut dipasang oleh pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menjahanamkan PAS. Siapa lagi yang mereka tuduh kalau bukan UMNO.




Juga jangan lupa dengan kes Mat Sabu yang menuduh polis zalim kerana sanggup melanggar beliau hingga cedera kepala lutut. Walhal bila keluar video tentang insiden tersebut, kita sendiri dapat lihat...dia sendiri yang sebenarnya menyondol kenderaan polis.

Sama juga halnya dengan DAP. Mereka sanggup mencederakan diri sendiri untuk menggambarkan kerajaan atau UMNO zalim dan seterusnya berharap rakyat akan bersimpati kepada mereka.

Lihat sahaja aksi pembantu khas Ronnie Liu, Wong Chuan How yang menuduh kononnya pegawai SPRM telah mengasari beliau hinnga patah kaki. Sedangkan dia cedera kerana perbuatannya sendiri yang menggelupur dan meronta-ronta sehingga terjatuh akibat tidak mahu memberikan kerjasama kepada pegawai SPRM ketika ditahan.

Itu belum lagi dicampur dengan kes kematian misteri Teoh Beng Hock yang dikatakan kononnya angkara perbuatan gangster DAP sendiri tapi dimanipulasi secukup-cukupnya oleh DAP untuk memburuk-burukkan kerajaan yang tujuannya semata-mata kerana mahu mengalih perhatian rakyat daripada skandal rasuah pemimpin mereka.

Kalau PKR punya perangai, usah ceritalah. Kalau Horas! tuliskan satu persatu, silap-silap boleh muntah rakan-rakan pembaca sekalian membacanya. Cukup-cukup buruk dan busuk. Semuanya salah UMNO dan kerajaan.

Mahasewel-mahasewel yang berdemo mahu PTPTN dihapuskan ketika ini pun dua kali lima perangainya dengan pemimpin-pemimpin PR.

Jangan lupa, semasa demo di UPSI dulu ada antara mereka yang cedera dan kemudiannya menuduh kecederaan tersebut terjadi angkara perbuatan polis. Walhal dia sendiri yang sondol dan tanduk cermin pintu kaca klinik sampai luka.

Safwan Anang ketika kejadian tersebut dikatakan dalam keadaan nazak dan seolah-olah hanya menunggu masa untuk tercabut nyawanya kerana cedera parah dibelasah polis...sedangkan keesokannya tersebar berita yang dia amat berselera sekali melantak makanan yang disediakan pihak hospital tempat dia dirawat.



Berbalik kepada isu mahasewel diserang di Dataran Merdeka baru-baru ini, pada Horas!, tidak mustahil ianya dirancang oleh Pakatan Rakyat memandangkan mereka adalah dalang dan penaja disebalik demo mahasewel-mahasewel itu.

Sementelah itu adalah kaedah yang paling kerap mereka gunakan untuk membangkit kebencian rakyat kepada kerajaan berdasarkan track record mereka seperti apa yang Horas! tulis diatas?

Mereka terdesak dan malu kerana demo yang mereka dalangi itu langsung tak mendapat sambutan seperti yang diharap-harapkan.

Harap yang turut serta 5000 orang dalam demo itu...tapi yang datang tak sampai 300 orang.
Harap ramai yang akan turut serta berkhemah di Dataran Merdeka...tapi jumlahnya cuma seciput. 

Dan semakin malang apabila jumlahnya makin kurang dari hari kesehari apabila ada kalangan mahasewel yang bertindak meninggalkan tapak perkhemahan.

Jadi sesuatu perlu dilakukan. Siapkan upah dan kemudian arahakan juak-juak mereka serang mahasewel-mahasewel itu tanpa pengetahuan mahasewel-mahasewel itu sendiri. Kemudian tuduh ianya dilakukan oleh UMNO

Harapannya biar pelajar-pelajar lain marah pada UMNO dan kerajaan dan seterusnya bertindak balas dengan berduyun-duyun datang memberikan sokongan kepada mahasewel-mahasewel di Dataran Merdeka.

Tapi nampaknya trick busuk tersebut tak menjadi. Buktinya...yang berkampung di Dataran semakin kurang...kurang dan kurang.

Pada DBKL, biarkanlah berapa lama pun mahasewel-mahasewel tersebut mahu berkampung disitu. Setahun...dua tahun atau sampai sepuluh tahun sekalipun...biarkanlah.

Apa yang perlu DBKL lakukan hanyalah mengeluarkan sedikit peruntukan untuk membeli dan meletakkan pagar mudah alih setinggi had pinggang disekeliling kawasan mahasewel-mahasewel tersebut berkhemah.

Sekurang-sekurangnya ia boleh jadi tarikan baru dibandaraya Kuala Lumpur.

Masakan tidak, orang ramai sambil lalu lalang boleh melihat betapa di dataran Merdeka sudah ada zoo yang menempatkan sejumlah manusia yang secara sukarela membiarkan diri mereka duduk didalam kandang sebiji macam beruk.




2 comments:

Unknown said...

setuju ngan idea pagar tu...memang sesuai buat pon, dan buat dbkl jgn dok halau depa, kita tgk sampai bl??? aku ras adepa pon duk tgu org halau....so adala alsan utk beralah

Anonymous said...

hahaha..pusat badar kl dah ada mini zoo ler gamaknya..