Tuesday, February 28, 2012

18SX: Wanita Itu Tertekan, Dan 'Ustaz Terlampau' Mungkin Mahu Membantunya Dengan Menggunakan Kaedah Ini.


Amaran keras kepada rakan-rakan pembaca dari spesis lelaki...!!!

Jangan sesekali menggunakan kaedah ini untuk membantu isteri orang lain yang tertekan atau menghadapi masalah rumahtangga.

Kalau mahu mencuba keberkesanannya, sila praktikkan keatas isteri anda sendiri.. :) 
"Tekanan adalah keadaan mental yang boleh mengganggu dan menurunkan kualiti hidup. Berbagai cara telah dilakukan untuk mengatasi tekanan. Sebuah kajian mendapat air mani lelaki juga boleh dijadikan ubat anti tekanan. 
‘Air mani membuatkan wanita bahagia’. Itulah kesimpulan yang luar biasa dari sebuah penelitian yang membandingkan perasaan wanita yang menggunakan kondom saat berhubungan seks dengan yang tidak menggunakan. 
Menurutnya, ternyata kehamilan yang tidak diingini atau penyakit seksual yang menular akan lebih besar kesannyanya daripada mengimbangi kesan psikologi yang menguntungkan dari air mani. Dalam penelitian ini, pasukannya membahagi 293 wanita dalam beberapa kategori.

Kajian menjurus kepada berapa kerap pasangan mereka memakai kondom dan tahap kebahagiaan dinilai dengan menggunakan alat Beck Depression Inventory. Peserta dengan skor rendah adalah yang paling bahagia dan skor lebih dari 17 dianggap cukup tertekan.  
Hasilnya, wanita dengan pasangan yang tidak pernah menggunakan kondom mendapat keputusan rata-rata 8, wanita dengan pasangan yang kadang-kadang menggunakan kondom mendapat keputusan 10.5, yang selalu menggunakan kondom 11.5 dan wanita yang tidak pernah membuat perhubungan seks mendapat keputusan 13.5. Dan menurut hasil penelitian yang telah diterbitkan dalam jurnal Archives of Sexual Behavior ini, gejala kemurungan dan usaha bunuh diri sering terjadi pada wanita yang menggunakan kondom secara teratur dibandingkan dengan yang tidak.
Hasil penelitian yang akan menimbulkan kontroversi ini menunjukkan bahawa wanita yang secara langsung terkena air mani akan lebih jarang merasa tertekan atau kemurungan. Pengkaji merasakan hal ini kerana adanya perubahan perasaan wanita akibat hormon dalam air mani yang diserap melalui vagina. Hal ini tidak terlalu mengejutkan, kerana air mani mengandungi beberapa hormon yang mengubah perasaan seperti testosteron, estrogen, hormon perangsang folikel, hormon luteinizing, prolaktin dan beberapa prostaglandin yang berbeza."
Kah...! kah...! kah...! kah...! kah.................


kredit pada wacanaku.blogspot

Perpaduan Kaum Hanya Tinggal Dalam Lagu dan Slogan Jika Sekolah Jenis Kebangsaan Terus Wujud.



Tidak lama dulu, sewaktu menemani isteri menyelesaikan urusannya - urusan yang paling digemari oleh kaum wanita - disebuah kompleks membeli belah terkenal, Horas! dapati ketika itu, pihak pengurusan kompleks belibelah berkenaan memainkan lagu-lagu patriotik dan berbentuk perpaduan.

Berderet-deret lagu yang dinyanyikan dalam bahasa Melayu tersebut diputarkan. Bersambung-sambung...lepas satu lagu kesatu lagu yang lain pula.

Usaha proaktif pihak pengurusan pusat beli belah tesebut memutarkan lagu-lagu patriotik dan lagu-lagu yang menyeru kepada perpaduan antara kaum itu wajar dipuji.

Namun dalam masa yang sama, berlegar beberapa persoalan didalam kepala Horas!.

Mampukah lagu-lagu patriotik yang menyeru kepada perpaduan itu menjadikan rakyat dinegara ini bersatu padu?

Adakah para pengunjung, terutamanya yang berbangsa Cina atau India (khasnya yang masih muda) menghayati atau ambil peduli tentang apa yang cuba disampaikan  melalui lagu-lagu tersebut?

Fahamkah majoriti generasi muda berbangsa Cina dan India yang tergagap-gapap dan tersangkut-sangkut bahasa Melayunya dan lebih selesa bertutur dalam bahasa Inggeris itu dengan lirik-lirik yang terkandung dalam lagu berkenaan?

Secara peribadi Horas! yakin tidak.

Ciptalah berapa puluh ribu lagu-lagu patriotik yang menyeru kepada perpaduan yang merdu irama dan menyentuh perasaan liriknya mahupun slogan. Ianya tidak akan dapat banyak membantu dalam memupuk semangat perpaduan dikalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Hakikatnya, bukan mudah untuk memupuk semangat perpaduan, terutamanya dikalangan generasi muda (Melayu, Cina dan India) yang dipisahkan sedari kecil diantara satu sama lain oleh sistem pendidikan yang diamalkan dinegara ini.


Mari kita lihat senario dibawah.

Tadika KEMAS dan yang seumpanya hanya dipenuhi oleh majoriti kanak-kanak Melayu. Kaum Cina dan India lebih selesa menghantar anak-anak mereka ke tadika swasta yang kebanyakan para pelajarnya terdiri daripada anak-anak dari kaum mereka. Maka terpisahlah anak-anak kecil dari latar pelbagai kaum itu untuk tempoh satu hingga dua tahun.

Begitu juga halnya apabila memasuki sekolah rendah. Sekolah-sekolah kebangsaan akan dipenuhi oleh anak-anak Melayu. Tidak dinafikan, ada juga ibubapa dari kaum lain yang menghantar anak mereka belajar disekolah kebangsaan, tapi peratusnya adalah kecil. Kebanyakan ibubapa keturunan Cina dan India lebih lebih selesa untuk menghantar anak-anak mereka kesekolah Jenis Kebangsaan Cina atau Tamil. Diperingkat ini mereka dipisahkan pula selama enam tahun diantara satu sama lain.

Ketika memasuki pendidikan peringkat menengah, perkara yang sama masih berlaku. Mereka dipisahkan lagi untuk tempoh  5 hingga 7 tahun pula.

Bayangkan, mereka terpisah dan tidak dapat mengenali dan bergaul mesra dengan rakan-rakan sebaya mereka dari lain-lain kaum dari seawal usia mereka 5 atau 6 tahun sehingga menginjak usia 17 atau 19. Kemudian setelah mereka menginjak usia remaja dan dewasa, mereka diminta untuk bersatu padu diantara satu sama lain ketika mereka berusia awal dua puluhan.

Semudah itukah?

Pepatah ada mengatakan jika mahu melentur buluh, biarlah dari rebungnya.

Sedangkan yang ada hubungan kekeluargaan pun (sepupu sepapat misalnya) akan menghadapi masalah untuk bergaul mesra antara satu sama lain jika kemesraan sesama mereka tidak dipupuk dari kecil, inikan pulalah diantara mereka-mereka yang tiada apa-apa hubungan dan berbeza pula latar bangsa dan agamanya.


Dalam soal cuba menyatu padukan rakyat berbilang kaum melaui sistem pendidikan ini, pada pandangan Horas!, bangsa Melayulah yang paling banyak dan paling kerap bertolak ansur. Mereka sanggup berkorban dan kehilangan sekolah-sekolah beridentitikan Melayu apabila ianya ditukar kepada sekolah kebangsaan oleh kerajaan demi perpaduan antara kaum.

Namun usaha kerajaan yang dibuat atas pengorbanan Melayu itu tidak berapa dihargai dan tidak disambut oleh kaum-kaum lain dengan cara yang wajar. Hanya sedikit ibubapa dari kaum Cina dan India yang berminat untuk menghantar anak-anak mereka belajar disekolah kebangsaan.

Dan dalam masa yang sama, setelah Melayu sanggup berkorban kehilangan sekolah yang beridentiti bangsa mereka, kaum Cina dan India tetap mahu sekolah yang beridentitikan bangsa mereka dikekalkan. Bahkan mereka mahu jumlahnya ditambah dari masa kesemasa selain kerap meminta-minta agar sekolah-sekolah berkenaan diberikan bantuan penuh oleh kerajaan.

Sekolah Melayu Pasir Gebu (skpasirgebu.blogspot)

Melayu memang baik dan tetap bertolak ansur. Pengorbanan yang dilakukan itu tidak pernah diungkit-ungkit atau dibesar-besarkan. Kerajaan juga baik. Gagal menarik ibubapa dari kaum lain menghantar anak-anak mereka belajar disekolah kebangsaan, usaha lain pula dibuat.

Maka atas tujuan dan matlamat yang sama (perpaduan) kerajaan wujudkan pula Sekolah Wawasan.

Kerajaan berharap dengan wujudnya Sekolah Wawasan yang menyatukan satu sistem pendidikan seragam selain menyatukan kaum yang dahulunya terasing antara satu sama lain ini, semangat perpaduan antara kaum akan dapat dipupuk sedari awal usia. Tapi lihatlah bagaimana sambutan ibubapa dari kaum Cina dan India terhadap Sekolah Wawasan. Amat mengecewakan dan hambar.

Jika dinegara-negara yang mengamalkan satu sistem pendidikan dengan satu bahasa penghantar adakalanya berlaku sifat curiga mencurigai antara satu sama lain yang seterusnya mengakibatkan pergeseran antara kaum, apatah lagi dengan sistem pendidikan seperti yang ada di Malaysia hari ini. 

Untuk pengetahuan rakan-rakan pembaca sekalian, Malaysia merupakan satu-satunya negara di rantau Asia Tenggara yang masih mempertahankan sistem SJK dengan pendekatan yang cukup adil membabitkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).


Kesimpulannya, seperti kata Horas! awal tadi, ciptalah berpuluh lagu atau slogan yang menyeru rakyat berbilang kaum dinegara ini bersatu padu...ianya tetap akan hanya tinggal lagu dan slogan yang tidak banyak menyumbang kepada perpaduan.

Jika mahu rakyat dinegara ini bersatu padu, satu padukanlah mereka sedari kecil dengan satu sistem pendidikan didalam satu sekolah dari peringkat rendah hingga menengah.

Tapi ianya tidak akan dapat direalisasikan sekiranya Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau Tamil masih wujud.

Kalau bangsa Melayu sanggup kehilangan 'Sekolah Melayu' mengapa kaum Cina dan India tidak sanggup pula untuk kehilangan sekolah jenis kebangsaan mereka demi perpaduan?

Mementingkan diri sendiri atau rasiskah mereka?

Monday, February 27, 2012

Gambar Terakhir Whitney Houston.

Off cerita politik kejap...

Gambar yang diambil sebelum upacara pengebumian mendiang Whitney Houston ini dijadikan gambar muka hadapan oleh majalah tabloid Enquirer di US.


Dikatakan kos baju dan barangan kemas (termasuk sepasang sandal emas) yang dipakaikan pada mayat mendiang bernilai USD500,000.00.

Perggghhh...!!!



Ana Tak Salah! Yang Salah UMNO, Suami Perempuan Itu Dan JAIP...



Ye lah labu...!
Orang-orang suci macam kamu dan puak-puak kamu mana pernah buat salah dan silap.

Kamu bawak isteri orang duduk berdua-duaan dalam bilik hotel...kamu tak salah. Yang salah suami orang itu.

Kamu langgar undang-undang syariah yang ada, sampai kamu kena tangkap basah...kamu tak salah. Yang salah JAIP.

Kamu dah terang-terang kantoi kerana perbuatan kamu sendiri...kamu tak salah. Yang salah UMNO.

Suka hati kamu lah labu...!
Salahkan lah sesiapa pun yang kamu nak salahkan. Tudingkan lah kesepuluh jari kamu yang ada tuduh pihak itu dan pihak ini menganiaya dan memerangkap kamu.

Tapi ingat!

Benang basah takkan selama-lamanya boleh kamu tegakkan.
Esok lusa rakyat tahu lah siapa yang salah sebenarnya.

Masa tu kamu akan malu semalu malunya....

Sakit Jiwa Anwar Makin Kritikal.



Penyakit suka menipu yang dihidapi Anwar dah makin tenat..
Sindrom suka menyalahkan UMNO dalam segala masalah yang dia hadapi juga dah makin kritikal.

Asalkan tengkuknya lepas, Anwar tak akan berfikir dua kali untuk menipu sesiapa saja.

Tak dapat Horas! bayangkan apa yang ada dalam kepala manusia-manusia yang masih sanggup menyokong dan menjunjung makhluk berperangai busuk macam Anwar ini.

Anwar ini sakit jiwa sebenarnya....

Moga kita semua dijauhkan daripada tipu daya Anwar.

Sunday, February 26, 2012

Wajib Baca: Soal Jawab Masalah Agama Bersama Ustaz *****.


Soalan : Assalamualaikum ustaz, saya seorang wanita yang telah berkahwin. Diawal perkahwinan sehinggalah saya dan suami dikurniakan cahaya mata, Alhamdulillah...hidup kami sekeluarga cukup bahagia. Kasih sayang suami kepada saya dan anak-anak melimpah ruah.

Tapi langit tidak selalunya cerah. Kebahagian yang saya harapkan tidak berkekalan apabila suami saya mula berubah sikap. Rumah tangga yang telah sekian lama kami bina mula berantakan. Kebelakangan ini suami saya sering marah-marah dan ada kalanya, kerana tidak dapat mengawal marahnya, saya dipukul. 

Saya sudah cuba berbincang dengan suami berkaitan masalah rumahtangga yang timbul ini, tapi nampaknya keadaan masih tidah berubah.

Tolonglah saya ustaz, saya amat tertekan dengan keadaan ini.

Isteri Teraniaya, P**** 




Ustaz ****: Wa'alaikumsalam. Saya amat bersimpati dengan dugaan yang puan hadapi. Bersabar dan percayalah, setiap masalah itu ada jalan penyelesaiannya dengan izin Allah.

Saya akan ke negeri P**** pada ****** haribulan. Saya akan menginap dihotel ******. Puan boleh berjumpa dengan saya dibilik bernombor ****. Sebaik-baiknya puan datanglah kebilik saya tanpa ditemani suami sekitar pukul 2 pagi. InsyaAllah saya akan cuba membantu menyelesaikan masalah yang puan hadapi didalam bilik itu.


Horas!: Soal jawab diatas hanyalah imaginasi nakal Horas!. Tiada kena mengena dengan yang masih hidup ataupun yang telah mati. Sekian, terima kasih. :)


kredit foto: suraubpj




PAS Kedah Tenat, Geng Parasit Makin Mengganas.


5 EXCO PAS KEDAH PULAU MESYUARAT KHAS BERSAMA MB

AZIZAN meninggalkan Ibu Pejabat PAS Kedah di Kota Sarang Semut 
selepas mesyuarat khas parti, semalam. 


ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak terus menerima tekanan apabila lima ahli EXCO PAS Kedah memboikot mesyuarat khas tertutup parti itu yang dipengerusikannya, kira-kira jam 4 petang semalam, di Ibu Pejabat PAS Kedah, di Kota Sarang Semut, di sini.

Mereka yang tidak hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Phahrolrazi Zawawi; Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Badan Bukan Kerajaan, Datuk Dr Ismail Salleh; Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan Industri, Datuk Amirruddin Hamzah; Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib dan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Abdul Ghani Ahmad.

Dua EXCO yang hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan, Datuk Siti Aishah Ghazali dan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pelajaran, Datuk Mohamed Taulan Rasul. Kedah mempunyai 10 EXCO dengan tujuh PAS dan tiga Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Turut hadir pada mesyuarat itu termasuk, Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail; Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar; Setiausaha Politik Menteri Besar, Mohamad Sanusi Md Nor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Datuk Yahya Abdullah.

Bagaimanapun kehadiran Mohamed Taulan ke mesyuarat yang berlangsung kira-kira dua jam itu, menimbulkan tanda tanya berikutan namanya antara yang disebut bersekongkol dengan tiga EXCO Kedah untuk menjatuhkan Azizan.

Azizan yang meninggalkan dewan jam 6.30 petang enggan menemui pemberita. 
Akhbar semalam melaporkan cubaan menyingkirkan Azizan dikatakan didalangi kumpulan Erdogan dalam parti itu yang berusaha menyekat pengaruh golongan ulama.

Sebelum itu, Menteri Besar yang ditanya mengenai konspirasi untuk menjatuhkannya, berkata rancangan itu tidak akan menjejaskan kredibiliti dan kedudukan beliau sebagai pemimpin nombor satu negeri ini.

“Saya masih Menteri Besar dan saya akan bekerja seperti biasa. Macam-macam cerita keluar sejak dari hari pertama saya menjadi Menteri Besar sampai la (sekarang). 

“Selepas empat tahun, saya masih bertahan,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Persatuan Alumni Maktab Mahmud Kedah Kali Ke-2 di sini, semalam. 

Mengulas tindakan Phahrolrazi yang didakwa mengosongkan pejabatnya sejak beberapa hari lalu, Azizan berkata: “Saya tidak pernah turun pejabat depa (EXCO).

Phahrolrazi pula berkata, dia bercuti sehingga 1 Mac ini dan belum menerima jemputan majlis pelantikan semula jemaah EXCO Selasa ini.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, desakan pihak tertentu agar Azizan berundur, satu lagi bukti kepemimpinan pembangkang berdepan masalah.

“Kita akan melihat perkara ini dari jauh, namun ia jelas menunjukkan PAS dalam masalah,” katanya.


Sumber: Berita Harian

Horas! : Pasti parasit di Kedah yang diketuai Syeikh Al-Mahpuz tersenyum riang dengan kejadian ini. Hujung minggu yang indah bisik Mahpuz dalam hati :)




Malar Segar: Lagu Ini Ana Tujukan Kepada Sesiapa Yang Berkenaan...



Tapi ada orang tu....

tak sempat nak tunggu siang...
tak sempat nak gosok gigi...
tak sempat nak minum kopi...

KANTOIIII...!!!!

Rakan pembaca sekalian dengar baik-baik lirik lagu ni masa minit 1.48 sampai minit 1.57....baik punya sindir kena kat orang yang kantoi tu.!! ha ha...


Saturday, February 25, 2012

Nizar Lagi! G.A.P Nampak Yang Itu, HORAS! Nampak Yang Ini.



Dalam bulatan kuning...GAP kata PAS dah mulakan operasi menyakau duit rakyat.

Dalam bulatan merah...Horas! kata Nizar dah berpijak dibumi nyata dan dah reda penyakit sasaunya.

Iyalah, dah boleh terima hakikat yang dia sebenarnya hanyalah mantan MB Perak.

Dulu mana boleh terima beb!. Tak sudah-sudah dengan statement "saya masih MB yang sah...saya masih MB yang sah...Dr Zamry MB haram".

Kesasauannya pun bukan calang-calang. Sampai ketahap sanggup buat sidang DUN sendiri kat bawah pokok.



Skrip Drama Politik Yang Membosankan.



Drama bersidang bawah pokok orang dah lupa.
Melakukan aksi kongkang dalam parlimen pun orang dah tak berapa ingat.

Karier politik dah semakin sejuk, penyokong dah makin kurang...populariti pun dah makin merudum.

Dan yang paling dirisaukan...DAP pun dah tak berapa sayang lagi. 

Jadi drama baru perlu dibuat.

Awal babak, Pemuda PAS Perak menyeru diadakan debat diantara pemimpin UMNO dan pemimpin PAS di Perak.

Sasaran Pemuda PAS adalah Dr. Zamry.

Dan dalam babak seterusnya, Nizar pun muncul membawa watak hero menyahut seruan Pemuda PAS itu.

Skrip basi pun dibaca
“Saya sedia debat pada bila-bila masa sahaja dan saya harap dapat direalisasikan sebelum PRU13". 
"Saya berharap perdebatan ini diadakan di tempat terbuka supaya rakyat dapat menghadirinya seterusnya menilai aspirasi yang dibawa oleh Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Rasanya lebih baik disiarkan secara langsung di TV".
Kemudian tunggu dan lihat respon Dr. Zamry. Kalau Dr Zamry tak layan...Nizar pergi pula pada babak kedua.

Nizar akan pukul canang merata-rata kata Dr Zamry bacul, penakut dan tak berani berdebat dengannya. 

Nanti Nizar akan kata, dia berani kerana berada dipihak yang benar...Dr Zamry pula takut kerana berada dipihak yang salah.

Bila itu berlaku, penonton totok yang taksub dengan lakonan Nizar pun akan teruja. Watak hero Nizar akan mereka kagumi. Manakala Dr Zamry pulak akan mereka caci.

Pada Nizar, please la....tolong lah cari skrip lain. 

Nampak buruk dan bodoh sangatlah berlakon dalam drama yang bermutu rendah dan tak berkualiti macam ni.



Kisah Benar Pelajar Dapat Bantuan Allah Waktu Peperiksaan.




Kita off cerita politik pagi-pagi sabtu ni.

Horas! terjumpa dan membaca kisah ini diwall FB seorang rakan.

Rakan-rakan pembaca sekalian nilailah sendiri kisah ini, samada ianya memang benar-benar terjadi atau pun sekadar rekaan.

Tapi pada Horas!, yang pasti, jika Allah SWT menghendaki sesuatu perkara itu terjadi...maka ianya akan terjadi. 

Ini kisahnya....
Ini adalah kisah benar yang berlaku di dewan peperiksaan di salah sebuah sekolah. Kisah ini diceritakan oleh salah seorang guru wanita yang berada dalam dewan peperiksaan tersebut.
Terdapat salah seorang pelajar masuk ke dewan peperiksaan dalam keadaan keletihan dan tertekan. Dia duduk di tempat yang telah dikhaskan untuknya.
Kemudian dia menerima kertas ujian dan setelah berlalu masa ujian beberapa ketika guru tersebut mendapatinya tidak menulis apa-apa pun pada kertas jawapannya sehingga berlalu separuh masa peperiksaan. Maka guru tersebut mula memberi perhatian yang lebih kepadanya. 
Tiba-tiba pelajar tersebut mula menulis dan menjawab semua soalan dengan pantas dan ini mengejutkan guru yang memerhatikannya sejak tadi. Pelajar tersebut menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik. 
Ini menambahkan lagi rasa ragu-ragu pada guru tersebut dan dia beranggapan pelajar tersebut telah menggunakan taktik baru dalam meniru. Tetapi guru tersebut tidak menjumpai apa-apa tanda yang pelajar itu telah meniru dalam peperiksaan. 
Setelah pelajar itu menyerahkan kertas jawapannya, guru telah bertanya kepadanya apa yang berlaku sebenarnya. 
Dan jawapannya amat mengejutkan dan menyentuh perasaan. Tahukah anda apakah jawapan pelajar itu? 
Pelajar tersebut menceritakan : “semalam saya berjaga sepanjang malam sehingga subuh. Saya dalam keadaan tidak sihat dan menjaga ibu saya yang sakit tanpa sempat untuk mengulangkaji untuk ujian keesokannya. Maka sepanjang malam saya menjaga ibu dan saya datang menghadiri peperiksaan dengan harapan aku dapat melakukan sesuatu dalam peperiksaan nanti. 
Saya melihat soalan-soalan namun tidak dapat menjawabnya. Saya hanya berdoa kepada Allah dengan amalan terbaik yang saya lakukan iaitu berbakti kepada ibuku semata-mata kerana Allah. 
Tidak lama selepas itu, Allah memakbulkan doa saya dan seolah-olah saya nampak buku di depan. Saya mula menulis dengan pantas. Itulah yang saya dapat dan amat bersyukur kepada Allah kerana menerima permohonan saya. 
Kisah yang menakjubkan ini menjelaskan bahawa betapa besarnya ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa dan merupakan amalan yang paling Allah sukai. Maka Allah membalasnya dengan memberi kebaikan kepadanya kerana berbakti kepada orang tua. 
Aku menyeru kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu dan bapa agar berbaktilah kepada mereka untuk mencari keredaan Allah sebelum mereka pergi meninggalkan kita.

Friday, February 24, 2012

Gagal Lagi...Ceramah ABU Bapak Parasit Disambut Teramat Dingin Di Semenyih.



Tadi Khalid Samad atau gelaran manjanya bapak parasit datang berceramah di Semenyih. Lokasinya di Dewan Haji Mat Silin Beranang.

Kedatangan bapak parasit sudah diwar-warkan lama sebelum itu. 

Harapannya...nanti biarlah orang yang datang akan melimpah ruah sampai keluar dewan. Baru lah nampak gah dan berjaya.

Tapi kasihan...hajat bapak parasit tak kesampaian. Yang 'berbondong-bondong' datang mendengar ceramahnya hanyalah sekitar 50 orang.

Itu pun nasib baik si Arul, calon Pakatan Rakyat Dun Semenyih yang tumbang ditangan YB Johan pada PRU12 turut serta bersama penyokong-penyokong tegarnya. 

Kalau tidak terpaksalah bapak parasit berceramah sekadar dihadapan 7-8 orang ahli partinya.

Pada bapak parasit....sila cuba lagi dilain masa.

Kebebalan Jenis Apakah Ini?

Sukar untuk dipercayai, tapi itulah hakikat yang berlaku. 

Terpacaknya beberapa billboard dijustifikasikan sebagai tanda Kelantan sudah jauh maju. 

Jika beberapa buah bilboard boleh dijadikan penanda aras kemajuan, maka memang mudah benar lah tugas kerajaan PAS.

Kenal pasti sahaja mana-mana kawasan yang masih mundur dan ketinggalan...tegakkan beberapa billboard, dan nahhh!....kawasan itu telah pun dimajukan dengan jayanya

Kebebalan jenis apakah ini?


Kalaulah Horas! ditempat Nik Aziz, sudah pasti si tukang jaga FB itu akan Horas! pecat tanpa dakwa dakwi.

Anggaplah Ini Kenyataan Dari Budak Mentah Yang Bodoh-Bodoh Alang...

Hanya kerana mengkritik bai'ah celaka dunia akhirat yang dicipta semata-mata untuk kepentingan politik PAS, Tun Mahathir dituduh oleh Raja Ahmad Al-Hiss sebagai seorang yang jahil agama dan perlu diberikan pengajian khas. 


Pada sesiapa yang menyayangi, menghormati dan menghargai jasa-jasa Tun Mahathir selama ini, harap janganlah berkecil hati atau merasa marah dengan kenyataan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat itu.

Bukankah perangai buruk suka menuduh orang lain jahil dan hanya menganggap diri mereka sahaja yang serba faham tentang agama Islam memang sudah menjadi sifat semulajadi PAS. Jadi apa yang nak dihairankan?

Anggaplah itu sekadar kenyataan dari seekor seorang budak mentah yang bengong. Yang ghairah mahu menunjukkan kehebatannya berpolitik pada rakan-rakan dan pemimpin-pemimpin partinya. 

Lagi pun siapalah umat Islam yang lain dimata PAS jika mahu dibandingkan dengan dua 'ulamak' ciptaan mereka dalam video dibawah ini....






Wednesday, February 22, 2012

Aiman Athirah Bakal Dipenjara, Harap Tiada Warden Yang Akan Cuba Merogol Beliau.





Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi (gambar) adalah diantara 11 orang individu yang dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM2000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana didapati bersalah menyertai perhimpinan haram Mansuh ISA pada 1 Ogos 2009. 

Kalau rakan-rakan pembaca sekalian masih ingat, Aiman Athirah ini adalah individu yang mengepalai sekumpulan wanita PAS dan PKR yang meroyan dan menggila terpekik terlolong apabila Anwar dibebaskan dari tuduhan meliwat Saiful Bukhari dulu.

Harap jika dipenjara nanti, tiada mana-mana warden lelaki yang cuba-cuba buat kerja bodoh dengan mengancam mahu merogol beliau. 

Bukan apa, dulu Aiman Athirah pernah membuat kenyataan yang dia pernah diancam untuk dirogol oleh anggota polis semasa ditahan didalam lokap. Baca disini.



Untuk Politik, PAS Akan Sentiasa Sanggup Ketepikan Yang Benar.


Bila Mat Sabu atau Mahfuz bercakap dan berhujah sebaris dua ayat tentang ekonomi, serta merta PAS akan anggap ianya benar dan tepat. Dan tanpa bertangguh akan dipersetujui serta disokong 100%.

Walhal Mat Sabu dan Mahfuz bukanlah terdidik atau mahir dalam ilmu ekonomi pun.

Begitu juga halnya bila Fuziah Salleh bercakap pasal nuklear, maka akan melopong dan menganga mulut ahlul PAS mendengarnya. 

Pengetahuan ciput yb dari PKR itu akan PAS iktiraf dan kata-katanya juga akan diangkat sehingga ketahap tiada yang tidak benar melainkan benar belaka.

Tapi bila Dr Che Rosli Che Mat yang terdidik sehingga bergelar saintis dalam bidang sains nuklear bercakap dan berhujah panjang lebar tentang isu Lynas yang dijaja Fuziah, mereka anggap pula ianya kelentong semata-mata. 

Ilmu dan hujah Dr Che Rosli mereka perlekeh dan jadikan bahan tawa. 

Malah dengan sinis dan sombong, ada kepimpinan tertinggi PAS yang meminta loji Lynas itu dipindahkan kebelakang rumah Dr Che Rosli sendiri. Klik disini.

Apa buktinya PAS perlekeh, pandang remeh dan tidak iktiraf pandangan dan ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh ahli parlimen Hulu Langat yang juga seorang saintis dalam bidang nuklear itu?

Ini dia...


Persoalannya.....

Mengapa PAS tidak iktiraf pandangan Dr Che Rosli? Sedangkan ilmunya diperakui dan beliau adalah dikalangan pemimpin PAS sendiri?

Jawapannya kerana Dr Che Rosli berani berkata benar walaupun pahit. Satu prinsip mulia yang amat digalakkan oleh Islam tapi amat tidak digemari oleh PAS dalam percaturan dan kaedah politik mereka meraih sokongan rakyat.

Kasihan Dr Che Rosli...

Bersungguh-sungguh benar dia mengeluarkan fakta dan bukti mengatakan loji memproses nadir bumi Lynas itu tidak merbahaya atau boleh mendatangkan kemudaratan kepada penduduk disekitarnya berdasarkan ilmu serta pengetahuan yang dimilikinya......

...tapi cakap kosong lagi merapu Fuziah juga yang dijunjung dan dipandang PAS.





Tuesday, February 21, 2012

Panas!: Pemimpin-Pemimpin PAS Itu 'STUPID'...

Bukan Horas! yang kata, tapi DAP yang cakap.

Kasihan PAS, dari hujung kepala sampai kehujung kaki DAP dijilatnya..last-last DAP kata pemimpin-pemimpin PAS 'STUPID' dan tak berapa 'INTELLIGENT''.

 'INTELLECTUAL'?....jauh panggang dari api.





Sumber: blog.limkitsiang.com


Kepada juak-juak PAS...banyakkan bersabar ya.
Jangan bantah atau lawan cakap DAP. Paling afdal....angguk dan iyakan saja.

Mudah-mudahan DAP makin sayang......



Wajib Baca: Menuduh UMNO Sekular Hanya Menambah Dosa Kering PAS.



PAS selalu menuduh dan menjaja keseluruh ceruk rantau alam mengatakan UMNO sekular.

Kata mereka perjuangan UMNO berteras dan berpandukan fahaman sekular yang diasaskan oleh Mustafa Kamal Atartuk di Turki.

Tapi bila diminta nyatakan dimana sekularnya UMNO, mereka hanya terkebil-kebil biji mata macam katak disembur air. Langsung tak boleh nak jawab.

Kalau tak percaya, cubalah tanya jika saudara pembaca sekalian terserempak dengan mana-mana lebai hijau ini dan tanyakan bukti atau fakta yang mereka ada bahawa UMNO itu sekular. Pasti mereka tak akan mampu menjawabnya dengan hujah-hujah yang benar melainkan membelit dan memutar kesana sini.

Sebenarnya puak-puak karat hijau ni tak tahu apa-apa. Mereka tak ubah macam kena ilmu pukau. Apa saja yang tok guru politik mereka cakap, mereka terima dan telan bulat-bulat tanpa dakwa dakwi

Otak mereka, baik yang disebelah kiri mahu pun kanan langsung tak berfungsi. Mandul semandul mandulnya.

Tiada langsung istilah untuk berfikir dan mengkaji kebenaran sesuatu perkara terlebih dahulu. Asalkan ianya melibatkan UMNO dan keluar pula dari mulut tok guru politik mereka, ianya terus dianggap betul 100% dan akan dizikir serta diratibkan setiap hari.

Maka jadilah mereka seperti burung kakak tua yang akan akan terus mengulang-ngulang kata-kata si tok guru politik mereka itu sampai kiamat.

Betul atau tidak, mereka tak peduli. Apa kesannya pun mereka tak mahu ambik tahu.

Yang penting ulang...ulang...dan ulang. Biar masyarakat terpengaruh dan akhirnya membenci UMNO.

Apabila misi menimbulkan rasa benci masyarakat pada UMNO sudah berhasil, maka itu akan menjadi inzal yang tak terkira nikmatnya pada puak-puak PAS ini. Tidur malam mereka akan jadi nyenyak dan lena.

Pada puak-puak PAS yang selama ini bermulut jahat menuduh UMNO berkiblatkan sekular, sila lihat dan nilai perkara-perkara dibawah. Harap-harap minda anda sekalian terbuka sedikit dan tahap kebekuan serta pengecutan otak tu dapat dikurangkan.

Kalau anda semua nak tahu, pendekatan sekular yang diamalkan oleh Mustafa Kamal Atartuk semasa memerintah Turki antaranya adalah seperti berikut :-
1.  Perempuan boleh memakai tudung. Tapi dalam masa yang sama hendaklah memakai skirt atau ROK.

2.   Tiada halangan jika mahu meminum arak secara terbuka. 
3.   Mengarahkan bacaan Al-Quran dan seruan azan ditukar kedalam bahasa Turki.

4.   Azan tidak boleh dilaungkan dengan sewenang-wenangnya, begitu juga dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran

5.  Menggalakkan rakyat untuk meminimumkan amalan agama atas alasan untuk mencapai kemajuan dan kemodenan.

6.  Agama Islam tidak diangkat sebagai agama rasmi negara. Selain semua agama dianggap sama. 
7.  Rakyat yang beragama Islam diberi kebebasan untuk menukar agama dan menganut agama lain. Tiada sebarang sekatan dan larangan dilakukan. 
8. Undang-undang nikah atau perkahwinan berpandukan undang-undang yang dicipta oleh Barat.

9.  Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium selain mengarahkan sesetengah masjid ditutup atau dijadikan gereja.

10. Mengurangkan dan menyekat pembinaan masjid kerana tidak mahu menggalakkan rakyat bersembahyang jemaah.

11.  Sistem wakaf yang dipraktikkan oleh Islam ditolak dan tidak diamalkan. 
12. Tiada penjagaan kebajikan anak yatim serta fakir miskin yang memerlukan bantuan.

13. Undang-undang faraid, pusaka dan hak waris secara Islam juga dihapuskan secara total.

14. Majlis-majlis atau sambutan perayaan suci Islam tidak boleh disambut atau diadakan manakala penggunaan kalendar Islam turut dihapuskan.
Jadi tentang mana yang sekularnya UMNO seperti yang tidak henti-henti dipekik dan dilolongkan PAS itu?


Adakah UMNO mengamalkan perkara-perkara seperti diatas dalam urusan pentadbiran yang diparaktikkan dinegara ini? Bukankah UMNO yang selama ini menjaga dan mempertahankan kesucian agama Islam di Malaysia ini?

Dalam perlembagaan UMNO sendiri pun ada menyebut akan sentiasa berusaha untuk menegakkan, mempertahan dan mengembangkan agama Islam.

Dibawah teraju UMNO, umat Islam di negara ini dapat mengamal suruhan agama dengan bebas, terbuka dan tanpa sebarang sekatan. Beribadatlah selagi terdaya...tiada siapa yang halang.

Jadi mengapa masih mahu menuduh dan memfitnah UMNO sekular?

Mungkin ada serba sedikit terkurang disana sini. Tapi ianya sentiasa diperbaiki dan dipertingkatkan dari masa kesemasa. Maklum lah, UMNO tak semaksum PAS yang telah dijanjikan syurga dan serba-serbinya sempurna belaka.


Kalau nak harap PAS yang jaga Islam dinegara ini, kirim salam lah.

Masjid tak mahu bina...
Pluralisma atau menganggap semua agama adalah sama gagasan Anwar Ibrahim disokongnya...
Ambiga yang menyokong umat Islam murtad dipertahankan...
Seks bebas, seks sejenis dan seks luar tabiie yang cuba dipularkan dinegara ini oleh Ambiga PAS tutup mata...
Dan yang paling celaka, nama Allah pun PAS tak kisah dilelong.

Sebelum nak buat fitnah tu, berfikir dan berpada-pada lah sedikit wahai puak-puak PAS. Janganlah ikut sedap mulut mahu bercakap apa saja..

Kalau bercakap soal agama bukan main hebat. Cukup dan lengkap dengan rujukan ayat Al-Quran,  hadis, nas dan dalilnya.

Tapi mulut..na'uzubillah!.......

jahat dan langsung tak terjaga.



Hebat! 'Smart Meter' Bukti Kerajaan PAS Kelantan Dan AKSB Bijak Membuat Keputusan.


Banyak pihak yang mempertikaikan tindakan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) menukar meter air lama pelanggannya dengan meter air baru jenama 'Smart Meter'. 

Alasannya, walaupun kadar penggunaan air adalah sama, namun meter air yang baru itu mencatatkan bacaan kuantiti penggunaan yang lebih tinggi berbanding meter lama. 

Selain itu,  'Smart Meter' itu juga dikatakan mudah rosak.

Tapi Horas! tidak bersetuju dengan kedua-dua alasan tersebut. 

Mana mungkin kerajaan Kelantan melalui  AKSB sanggup membazir wang sebanyak RM 11 juta bagi menggantikan meter air yang lama dengan meter air baru jenama 'Smart Meter' kalau ianya tidak memberi faedah kepada rakyat.

Mustahil kerajaan PAS dan pihak pengurusan tertinggi AKSB sepandir itu! 

Takkan lah PAS sanggup menganiaya majoriti rakyat yang telah memberi mandat dan kepercayaan kepada mereka untuk mentadbir negeri berkenaan selama lebih 20 tahun.

Maaflah, kali ini Horas! amat tidak bersetuju dengan tindakan segelintir blogger pro UMNO dan BN yang mengkritik pendekatan AKSB menggunakan meter air jenama 'Smart Meter' itu.

Horas! ada terjumpa tentang 'kelebihan' menggunakan meter air canggih berkenaan diinternet. Dan kelebihan itu tidak dapat dinikmati oleh rakyat negeri lain melainkan di Kelantan.

Tonton video dibawah dan lihat betapa canggihnya meter pintar tersebut bertindak dan berfungsi menjadikan air paip di Kelantan bukan sekadar air biasa.





Nah!...bukti sudah ada didepan mata. Masih lagi mahu menuduh kerajaan PAS Kelantan melalui AKSB sengaja membazirkan RM11 juta untuk sesuatu yang tak berfaedah?

Air kopi keluar dari paip tu beb!....hebatttt. Kalau mahu yang sejuk, tinggal tambah ketulan ais sahaja. UMNO/BN boleh buat macam tu? kirim salam lah!

Kalau rakan-rakan pembaca sekalian mahu mengetahui dengan lebih lanjut tentang 'Smart Meter' yang digunakan oleh AKSB berkenaan, boleh klik disini.




Monday, February 20, 2012

Ulasan Hebat Dari Pakar Ekonomi Terhebat..



Subsidi akan dikurangkan pada tahun 2012 katanya....

Sekarang dah nak masuk bulan Mac 2012...tak kurang pun?






DAP Ganti PAS Sudah Semakin Hampir Jadi Kenyataan.

Cita-cita besar PAS mahu gantikan UMNO. 
Banner yang tertulis ayat 'PAS Ganti UMNO' naikkan dan pacak merata-rata.



Tapi kasihan....

Dalam pada PAS beriya-iya sibuk mahu gantikan UMNO, DAP pula dalam senyap pakat nak gantikan PAS. 

Buktinya DAP dah ambil alih apa yang sepatutnya jadi tanggungjawab PAS di Selangor.



Bayangkan, Khalid Ibrahim yang pegang portfolio agama lebih percayakan Ronnie Liu untuk selesaikan isu masjid yang dicemari kepala babi di Selangor.

Dalam erti kata lain, untuk jaga kepentingan umat Islam, Ronnie Liu lebih layak dimata Khalid berbanding pemimpin-pemimpin PAS yang ada.

Aduhai!...memang malang nasib si lebai malang.

Kehulu disepak....kehilir diterajang.....

Panas!!! Kerana Terdesak, Anwar Minta Persatuan Hindu Sangam Keluarkan 'Fatwa'?





Susah nak baca?

Tak mengapa...Horas! tuliskan apa isinya dibawah ini.
18 Februari 2012 
Kepada Sesiapa Yang Berkenaan, 
Salam Sejahtera, 
Upacara mengambil 'Aarathi' merupakan satu istiadat yang diamalkan oleh Kaum India sejak turun temurun. Adat ini mempunyai maksud saintifik dan sehingga kini masih diamalkan oleh Kaum India di seluruh dunia. 
Oleh yang demikian, Malaysia Hindu Sangam ingin menegasakan bahawa mengambil 'Aarathi' merupakan satu upacara tradisi dan tidak patut dikaitkan dengan agama. Malah upacara ini diamalkan untuk menyambut pengantin-pengantin baru, kelahiran anak, menyambut orang-orang kebesaran dan juga pelbagai upacara mulia. 
Sekian, 
Salam Satu Malaysia.

 SALAM SATU MALAYSIA


tandatangan
RS MOHAN SHAN                                                                                             PRESIDEN
MALAYSIA HINDU SANGAM

Surat diatas ketika ini sedang galak dijaja dan digunakan oleh penyokong-penyokong tegar PR untuk membuktikan apa yang dilakukan Anwar semasa meraikan sambutan perayaan Ponggal di Kuil Sri Maha tempohari tidak salah dan tidak bertentangan dengan hukum agama Islam.

Mereka dah terdesak sangat nampaknya.

Perlu diingat! yang jadi isu bukanlah samada upacara yang disertai oleh Anwar itu soal berkaitan budaya, tradisi atau agama Hindu. 

Yang jadi persoalan utama dan dipertikaikan ialah samada apa yang telah dilakukan oleh Anwar itu telah melanggar hukum dan batas-batas agama Islam atau tidak.

Atau dalam bahasa mudahnya, yang dipersoalkan bukan upacara...tapi tingkah laku dan perbuatan Anwar sendiri yang turut serta meraikannya.

Oleh itu, menjadikan pencerahan dari presiden Persatuan Hindu Sangam itu dalam hal yang berkaitan akidah dan iman seorang Islam bukanlah sesuatu yang wajar dan langsung tidak kena dengan tempatnya.

Jadi kepada penyokong-penyokong tegar PR sekalian...sila cari hujah lain.



Sunday, February 19, 2012

Amoi DAP Berceramah Di Surau Boleh, Sambutan Maulud Nabi Di Masjid Tak Boleh...Itulah Hulu Langatku.

Masjid Taman Rakan

Semalam, sekumpulan wanita di Taman Rakan, Sungai Long mahu mengadakan Maulud Nabi dimasjid kariah mereka. Sambil itu mereka mahu raikan juga 50 warga emas yang tinggal dikawasan sekitar.

Program ini sudah lama dirancang dan diatur. Segala keperluan dan kelengkapan sudah disiapkan. Malah 50 warga emas yang hajatnya mahu diraikan itu sudah pun dikumpulkan.

Tapi disaat-saat akhir program tersebut akan dijalankan, tiba-tiba tampil pengurusan masjid Taman Rakan menghalangnya. Tanpa timbangrasa dan tanpa sedikitpun budibicara mereka bertegas tidak membenarkan masjid tersebut digunakan.

Alasan maha kayu yang mereka gunakan...program tersebut berbaur politik. Memualkan sungguh!

Inilah politik sempit dan dungu PAS. Mereka memandang semua perkara itu adalah politik dan kerana politik.

....anjurkan Maulud Nabi, ohhhh! itu politik
....beramah mesra dan raikan warga emas, ohhhh! itu politik juga.

Tapi bila seorang amoi DAP yang tidak menutup aurat dan berkebaya ketat datang berceramah disurau sambil menghulurkan sumbangan, bukan politik pula kata mereka. Dan seribu satu alasan mereka gunakan untuk menghalalkan apa yang telah mereka lakukan itu.

Teo Nie Ching di Surau Al-Huda Kajang

Kepada kumpulan wanita di Sungai Long yang dihalang menggunakan masjid untuk menjalankan program mereka semalam...janganlah bersedih, kecewa atau patah hati. Anggaplah itu satu dugaan. Untuk melaksanakan sesuatu yang baik dan terpuji seperti itu bukan mudah. Pasti akan ada halangan dan dugaannya.

Pada yang menghalang, ingatlah...Allah itu Maha Adil. Setiap perbuatan pasti akan ada balasannya. Jika tidak dengan kadar segera, lambat laun pasti akan sampai juga balasannya kepada anda semua. 

Harap ahli parlimen PAS Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat, pandang serius isu yang berlaku di Masjid Sungai Long ini. Jangan sekadar menutup mata dengan sikap buruk pihak-pihak yang menguruskan masjid atau surau di Hulu Langat ini.

Ingat! itu rumah Allah...bukan rumah PAS.



Saturday, February 18, 2012

Benarkah Kini Kelantan Sudah Teramat Maju?

Ada sebuah blog pro peliwat, ultra rasis dan ulamak politik yang nampaknya teramat-amat terdesak mahu membuktikan Kelantan sudah maju.

Horas! tak perasan apa nama blognya. Yang Horas! perasan ada gambar dibawah ini dalam blog tersebut.


Horas! mulanya tak kisah pun apa yang mahu dia tulis dan sampaikan pasal kemajuan di Kelantan itu. Suka hati dan lantak dialah.

Tapi bila diamat-amati fakta dan bukti yang dikemukakan...perasaan Horas! jadi berbaur. Ada rasa lucu...dan ada rasa kasihan.

Lucu kerana dia bersungguh-sungguh mengatakan Kelantan sudah teramat maju hanya kerana beberapa unit premis perniagaan Kentucky Fried Chicken (KFC) telah dan sedang dibina....

                                           KFC & Pizza Kok Lanas                                            KFC Kota Bharu.

Juga teramat-amat maju kerana beberapa kompleks/premis perniagaan, sebuah pasar dan sebuah medan selera seperti dalam gambar dibawah ini telah berjaya disiapkan dan ada yang sedang dibina....

                    kompleks perniagaan                           pasar                                             medan selera                     

Oh ya!...sebelum Horas! terlupa blog itu turut menjadikan sebuah pasaraya Mydin (yang selalu dikutuk dan dikondem Pakatan Haprak kerana KR1Mnya) yang masih diperingkat awal pembinaannya adalah juga bukti bahawa Kelantan sedang mengalami kemajuan yang pesat yang tiada tandingannya.


Jangan tak tahu, kerja-kerja mengubahsuai untuk membesarkan sebuah hotel juga turut ditakrifkan sebagai sebuah kemajuan yang hebat :)  ............


Setujukah rakan-rakan pembaca sekalian dengan dakwaan blog terbabit bahawa apa yang terdapat dalam gambar-gambar diatas adalah bukti bahawa Kelantan kini sudah maju mengatasi negeri-negeri lain yang ada di Malaysia?

Fikir-fikirkan lah...

Kalau sekadar berjaya membangunkan beberapa premis perniagaan, pasar, medan selera, pasaraya Myden dan KFC dijadikan penanda aras bahawa Kelantan sudah maju, maknanya ada sesuatu yang tidak kena dengan cara berfikir juak PAS.

Baiklah, bab lucu sudah habis, sekarang kita masuk kepada bab kasihan pula.

Tang mana yang kasihannya?

Horas! kasihan kerana bila sudah tiada lagi modal yang boleh ditunjukkan sebagai bukti kononnya Kelantan sudah mencanak-canak maju, blog tersebut terpaksa selitkan juga kemajuan yang dibawa oleh kerajaan pusat yang diterajui UMNO.

Ini antara kemajuan yang dibawa oleh kerajaan pusat di Kelantan walaupun teruk dikutuk, dimaki hamun dan dikondem macam nak gila oleh PAS (termasuk blog terbabit).

 Pembesaran HUSM untuk kemudahan rakyat Kelantan (termasuk untuk kemudahan penyokong2 tegar PAS)


 Pembesaran HRPZ untuk kemudahan rakyat Kelantan (sekali lagi termasuk untuk kemudahan penyokong2 tegar PAS)


Projek menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra sebagai kemudahan untuk rakyat dan serta penyokong tegar PAS menggunakan kemudahan pengangkutan udara keluar dan masuk ke Kelantan

Wisma PERKESO yang kewujudannya mampu memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan (termasuk memberi peluang pekerjaan untuk penyokong tegar PAS)

Walau bagaimanapun, memandangkan Horas! bukanlah seorang blogger yang hipokrit dan tidak jahat seperti blogger-blogger pro PR yang tetap akan menghentam walaupun sesuatu yang dilaksanakan oleh UMNO dan kerajaan adalah baik...jadi Horas! kena akui...ada juga antara projek-projek kerajaan PAS Kelantan yang boleh memajukan negeri tersebut dalam sektor pelancongan.

Contohnya seperti pembinaan beberapa buah hotel. Walaupun ada diantaranya masih lagi sekadar diperingkat perancangan namun sekiranya jadi kenyatan ianya akan memberi banyak peluang pekerjaan dan juga peluang untuk rakyat Kelantan yang sememangnya gemar berniaga menjana ekonomi dalam sektor tersebut.


Sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan jumlah rakyat Kelantan yang terpaksa berhijrah kenegeri-negeri lain bagi mencari rezeki.

Tapi sebelum sebarang kempen menarik pelancong datang ke negeri Kelantan diadakan secara besar-besaran, pastikan dulu masalah sampah sarap dan masalah air paip kotor yang dah berdekad tak dapat diselesaikan itu diatasi terlebih dahulu.

Jadi tidaklah pelancong yang datang berkunjung nanti akan disambut dengan 'hiasan' sampah sampah-sarap busuk yang bertimbun dan air paip yang lebih kurang macam air kopi warnanya.

Buruk benar rupanya kalau begitu keadaan di 'Serambi Mekah' dan 'Bandaraya Islam'. 

Tak gitu?




Sebarkan Video Ini: Cina Melampau Dan Melayu Islam Yang Menjual Agama.



PAS dah maju selangkah lagi dalam kerja-kerja melelong dan menjual agama.

PAS dah bagi 2 lesen baru untuk kafir yang menjadi rakan mereka memperlekehkan Islam.

Lesen 1...PAS bolehkan kafir anggap diri mereka lebih beriman dari orang-orang Islam sendiri...
Lesen 2...PAS izinkan kafir perlekeh dan pertikaikan iman orang-orang Islam yang lain...

Kredit pada sungairapatonline dan tukang sebar...GAP 



Friday, February 17, 2012

Al-Fatihah...Mantan Ahli Parlimen Hulu Langat Kembali Ke Rahmatullah.



Allahyarham Datuk Badrul Hisham Abdul Aziz telah menghembuskan nafas terakhir lebih kurang jam 3.50 petang tadi di Hospital Serdang.

Jenazah Allahyarham telah dibawa balik kekediaman keluarganya di No.12, Jalan 2/1 G, Bandar Baru Bangi dan akan dikebumikan esok. 

Alahyarham pernah menjadi Ahli Parlimen Hulu Langat selama dua penggal (1995-1999 dan 2000-2004). Allahyarham kemudiannya bersara dari dunia politik selepas itu.

Semoga roh Allahyarham dicucuri dengan rahmat oleh Allah SWT.






Video: Tun M Suka Mat Sabu?



Horas! sokong 100% apa yang Tun M katakan. Biarlah ada seribu manusia berperangai macam Mat Sabu didalam PAS.

Terpilihnya Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS sebenarnya adalah rahmat yang besar untuk UMNO dan menjadi satu bala pula untuk PAS.

Dengan perangainya yang suka bercakap melalut-lalut tanpa berfikir....
Dengan moralnya yang rendah sampai tertelan bulu isteri kawan sendiri...
dan dengan entah apa-apa lagi sikap yang buruk

Bukankah itu boleh dianggap satu bonus untuk UMNO?

Horas! pernah menulis tentang perkara ini dulu. Akibat keceluparan Mat Sabu mengangkat komunis sebagai pejuang sebenar kemerdekaan ramai kalangan saudara mara Horas! -yang sebelum itu hardcore PR- melahirkan rasa kesal kerana memberikan undi mereka pada PR.

Rakan-rakan pembaca sekalian boleh baca kisahnya disini.



Thursday, February 16, 2012

Teresa Kok Tuntut Sekolah Cina Dan Sekolah Katholik Dibina Diatas Tapak Sekolah Kebangsaan.




Tanah berkenaan sudah direservekan sebagai tapak sekolah kebangsaan oleh Kementerian Pendidikan memandangkan pertambahan peratusan penduduk Melayu di Puchong.

Tapi wanita Cina yang dikatakan berasal dari baka Yahudi Kaifeng ini tidak peduli.

Dia tetap berkeras mahu  SJKC Yak Chee dan SMJK Katholik dibina diatas tapak tersebut... tak kiralah by hook or by crook.

Teresa tak peduli dan tak mahu ambil tahu akan keperluan anak-anak Melayu kepada 2 sekolah kebangsaan yang bakal dibina diatas tanah tersebut kerana itu bukan masalah kaumnya.

Bagi Teresa, keutamaan wajib diberi kepada anak-anak dari kaumnya walau dengan apa cara sekalipun. Teresa tak akan berkrompomi dalam hal ini. Itu adalah jelas.

Kepentingan pendidikan untuk bangsa Melayu boleh diletak ketepi. Baginya...bukan tanggungjawab dia untuk memikir dan mencari jalan penyelesaiannya.



Teresa minta kaumnya bangun untuk menuntut tapak berkenaan.

Teresa minta kaumnya berkumpul beramai-ramai menyatakan bantahan pembinaan 2 sekolah kebangsaan untuk anak-anak Melayu disitu.

Teresa minta kaumnya tanda tangan petisyen bantahan kepada Kementerian Pendidikan.

Sungguh celaka perempuan DAP ini.

Selanjutnya rakan-rakan pembaca boleh klik disini.