Monday, August 13, 2012

Teori Politik Terhebat Idris Ahmad...



Bukan calang-calang ahli politik yang mampu berfikir untuk mengeluarkan teori ini.

Hanya Idris Ahmad yang mampu.

Inilah kehebatan mantan Ketua Penerangan PAS Pusat ini. Hanya dia yang mampu untuk memikirkan teori-teori politik yang hebat seperti itu.

Dia mampu melihat sesuatu yang Mat Sabu atau Mahfuz tak boleh lihat.
Dia mampu memikirkan sesuatu yang langsung Hadi Awang dan Nik Aziz tak mampu fikir.

Idris Ahmad bukan setakat mampu berfikir diluar kotak...malah lebih dari itu, dia mampu berfikir diluar sistem cakerawala.

Kerana kehebatannya itulah Idris Ahmad suatu masa dulu pernah menganggap isu mykad lebih penting dan lebih utama jika mahu dibandingkan dengan isu umat Islam dimurtadkan di Selangor. Klik disini.

Hari ini Idris Ahmad berteori lagi.
Teori yang membuatkan ahli PAS melopong dan ternganga kekaguman.

"Parlimen hanya akan dibubar jika PAS dan DAP berpecah..."


Idris Ahmad telah membuktikan bahawa dia adalah pemikir ulung dari PAS.

Teorinya itu memang tidak boleh disangkal-sangkal lagi. Tepat dan jitu!

Bukankah dulu dalam PRU11 tahun 2004 partlimen 'dibubar' hanya apabila PAS dan DAP berpecah?

Bukankah dulu  dalam PRU12 tahun 2008 parlimen juga 'dibubar' hanya ketika  PAS dan DAP dalam keadaan bercakaran dan memusuhi antara satu sama lain?

Tapi aneh!

Dalam kehebatan Idris Ahmad menghasilkan teori-teori politik yang ulung...dia digugurkan pula daripada terus menduduki kerusi Ketua Penerangan PAS Pusat.

Sungguh PAS langsung tidak pandai menghargai kehebatan beliau.....








Video Wajib Tonton : Apa Pandangan Nik Aziz Keatas Nabi Muhammad SAW.

Sekumpulan tok guru pondok di Kelantan pernah bersama-sama menemui Nik Aziz.

Semasa pertemuan dengan Nik Aziz itu...ada yang bertanya...

"Bagaimana keadaan sekarang tok guru? Ramai yang menyambut Maulud Nabi, kerajaan pusat pun isytiharkan cuti khas satu Malaysia sempena Maulud Nabi. Tapi kita pula yang bertaraf ulamak tidak pernah menyambut Maulud Nabi..."

Jawab Nik Aziz....

"Apa faedah kita menyambut Maulud Nabi? Apa kelebihan Nabi?....Nabi Muhammad ni sama seperti penduduk kampung yang dipanggil Abang Mat atau Adik Mat....."

Untuk mengetahui selanjutnya....tonton video dibawah.





Friday, August 10, 2012

Ceramah YB Zul Yang Buatkan PAS Mengamuk Bagi Pihak DAP.


Seekor anjing menyalak-nyalak garang kalau ada orang yang nak mengancam tuannya, kita boleh faham. Itu memang dah fitrah seekor anjing peliharaan.

Tapi bila PAS mengamuk dan menyalak garang bila YB Zul hentam DAP yang memang dah sah-sah menjadi pencetus tragedi berdarah 13 Mei...memang kita susah nak faham. 

Mengapa PAS pulak yang beriya-iya melenting bagi pihak DAP dan menghentam YB Zul?

Best dan nampak hebat ke jadi anjing pengawal DAP?


Iklan Raya Syahdu Dari BERNAS..

Thursday, August 2, 2012

Antara Artis Dan Ulamak...

gambar hiasan


Perkataan artis asalnya diambil dari perkataan Inggeris - Artist.

Artis seperti yang selama ini kita fahami sinonim dengan penyanyi, pelakon, pelukis, pengukir,, pereka grafik, ilustrator, jurugambar, cerpenis, novelis, penyair,penyajak dan sebagainya.

Dramatis, seniman, seniwati ,bintang filem dan juga pelawak pun termasuk dalam kelompok artis juga.

Ulamak tidak termasuk dalam kelompok artis kerana ulamak berada dalam kedudukannya yang tersendiri.

Dari timur ke barat...utara keselatan, belum pernah lagi kita dengar ada ulamak yang dengan bangga menggelar dan menganggap diri mereka artis

Tapi artis tak menyempat-nyempat mahu jadi ulamak itu biasa dan kerana itu mereka digelar sebagai ulamak mee segera.

Tidak tercapai otak kita untuk menerima kalau Imam Hambali, Maliki, Syafie dan Hanafi dianggap artis.

Tidak pernah juga kita mendengar ulamak moden tersohor seperti Almarhum Dr Muhammad Sayyid Tantawi mahu dirinya dianggap seorang artis.

Tapi berlainan benar dengan seorang makhluk yang diangkat sebagai ulamak oleh pengikutnya ini......

Dia dengan bangganya mengumumkan.......




Konon atas alasan agar dakwah yang dibawanya lebih mudah difahami.

Tapi apabila dalam dakwahnya dia mengatakan Nabi Muhammad SAW itu sewaktu kecilnya hanya sama dengan mat-mat yang lain tanpa sebarang kelebihan yang dikurniakan oleh Allah SWT...adakah ianya mudah difahami?

Dan semakin tidak dapat difahami apabila dalam dakwahnya dia turut mengatakan Allah SWT itu mencarut-carut dan mempunyai sifat samseng.

Maka memang patut lah dia dianggap ulamak berstandard artis sebagaimana yang dia sendiri akui.







PAS Yang Aneh Lagi Menjijikkan....

Dulu PAS menjerit dan mengamuk-ngamuk mintak roboh dan musnahkan replika seekor penyu disebuah bulatan jalan di Terengganu.



Bila dapat merampas negeri berkenaan dari BN, merobohkan replika itu adalah antara perkara terawal yang dilaksanakan oleh PAS.

Puas benar hati mereka bila apa yang dijerit-jeritkan sebelum itu dapat dicapai.

Tapi kini, bila replika dibawah ini dibina dengan megahnya di Pulau Pinang. Jangan kata menjerit-jerit mahu ianya dirobohkan...berdecit sikit pun PAS tak sanggup.


Aneh dan jijik sungguh perangai PAS.


sumber inspirasi: usin





Salleh Man Lepasi Ujian DAP Dengan Jaya Dan Bergaya.



Dalam posting sebelum ini Horas! ada menulis tentang betapa teruja dan gembiranya pencacai PAS bila Lim Guan Eng telah bermurah hati membenarkan Salleh Man menjawat jawatan YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang. Klik disini.

Dan seperti biasa, dalam keterujaan mereka itu...sempat pula mereka mengatakan yang UMNO gigit jari dan gundah gulana atas perlantikan Salleh Man itu. Walhal hakikatnya, UMNO tidak terkesan walau sedikit pun.

Tak mengapalah, kita faham situasi PAS. Setelah kempunan menjawat jawatan EXCO Agama Pulau Pinang akibat tindakan Lim Guan Eng yang memberikan jawatan tersebut kepada Malek Kasim dari PKR...PAS memang sudah lama merengek-rengek meminta Lim Guan Eng bagi sedikit muka dengan memberikan jawatan yang kini disandang oleh Salleh Man itu.

Tapi Lim Guan Eng takkan memberi jawatan tersebut tanpa menguji setakat mana kesetiaan Salleh Man dan PAS Pulau Pinang kepada DAP.

Dalam erti kata lain...Salleh Man perlu melalui satu proses ujian bagi membuktikan kesetiaannya kepda Lim Guan Eng dan DAP bukan calang-calang dan berada pada tahap yang paling tinggi serta ampuh.

Lalu, dalam pada waktu umat Islam sedang meraikan kedatangan bulan Ramadan dan menunaikan ibadah puasa ketika ini, sebuah replika botal arak bersaiz gergasi (yang 2-3 hari ini diulas dengan hebat oleh rakan-rakan blogger yang lain) dibina di Pulau Pinang.


Replika botol arak bersaiz gergasi yang dipenuhi pula dengan 400 botol arak sebenar inilah yang menjadi satu bentuk ujian yang perlu dilalui oleh Salleh Man dan seterusnya PAS Pulau Pinang.

DAP mahu melihat reaksi dan pendekatan yang bakal diambil oleh Salleh Man melalui jawatan yang disandangnya itu. DAP mahu menguji samada beliau akan bersuara membantah atau hanya tunduk diam sahaja.

Akhirnya terbukti, kesetiaan Salleh Man bukan calang-calang dan berada pada tahap yang tak terjangkau oleh akal kita sebagai seorang yang beragama Islam.

Ternyata Salleh Man berjaya menghadapi ujian itu dengan jaya dan bergaya bilamana dia langsung tidak berbunyi sedikit pun dan buat-buat tidak nampak dengan isu botol arak gergasi tersebut walaupun isu berkenaan ketika ini mengundang kemarahan umat Islam dinegara ini.

Percayalah, dengan kejayaan melepasi ujian yang disediakan oleh Lim Guan Eng itu...Salleh Man pasti akan duduk dikerusi YDP MAIPP itu dalam tempoh yang lama.

Tahniah Sallleh Man...tahniah PAS....