Nampaknya kekecohan PKR DUN Kajang sudah melarat ke PKR DUN Semenyih.
Punca kekecohan Di DUN Kajang pasal tak puas hati dengan calon yang diimport dari Petaling Jaya, di Semenyih pun sama...ahli PKR akar umbi tak puas hati dengan calon yang diimport dari Serdang, Hamidi A.Hasan.
Cuma protes ahli PKR di Semenyih yang kebanyakannya Melayu tidak seagresif ahli PKR Kajang yang tindakan protes mereka sampai ketahap menutup bilik gerakan dan menurunkan balik bendera-bendera PKR yang dah mereka naikkan.
Ahli akar umbi PKR Semenyih kebanyakannya membuat protes secara senyap. Bilik gerakan mereka dibiarkan suam-suam kuku, kejap bukak...kejap tak bukak dan bendera parti pun mereka naikkan ala kadar.
Blog-blog PKR Semenyih pun langsung takde mempromosi calon parti mereka dan takde satu pun akaun FB yang dibukak khas untuk membantu kempen siber Hamidi hinggakan Hamidi terpaksa menumpang mempromosikan dirinya di FB PAS Semenyih.
Kata sumber Horas! di Semenyih, kerana kurangnya sokongan dari akar umbi, calon PKR tersebut ketika ini terpaksa menunggang dan menggunakan sepenuhnya jentera pilihanraya PAS untuk berkempen kesana sini.
Itu pun sudah mula kedengaran rungutan dari jentera PAS yang tak puas kerana terpaksa mengambil alih kerja-kerja kempen calon PKR sedangkan jentera pilihanraya PKR sendiri kebanyakannya hanya hanya duduk memerhati sambil goyang kaki
.
Horas! tak tahu berapa lama calon PKR ini akan diboikot oleh ahli sendiri. Tapi kalau ianya berterusan sampai dah nak dekat hari mengundi dan ditambah pulak dengan pertandingan tiga penjuru...kerja BN untuk mempetahankan kerusi DUN Semenyih memang cukup mudah.
2 comments:
DUN Semenyih BN yang punya..wa cakap lu..
DUN Dusun Tua BN yang punya..wa cakap lu..
Post a Comment