Friday, April 19, 2013

Hot Dari Hulu Langat: PKR Minta PAS Tutup Mulut Dan Jangan Jadi Batu Api Di Kajang.




Semua orang tahu PKR Kajang tengah bergolak sakan sekarang ni.

Puncanya pasal tak puas hati kerana pucuk pimpinan mereka import calon dari Petaling Jaya yang langsung mereka tak kenal untuk jadi calon PKR bertanding di dun mereka.

Ahli PKR Kajang dah berpakat ramai-ramai nak boikot calon import ini. 
Bendera yang dah naik mereka turunkan.
Bilik gerakan yang dah dibuka mereka tutup dan biarkan bergelap.

Calon import tersebut mereka biarkan terkontang kanting sendiri.

PKR Hulu Langat ketika ini tengah bergelut menyelesaikan masalah yang ditimbulkan ahli mereka di Kajang.

Tapi tengah PKR Hulu Langat lintang pukang nak selesaikan masalah...datang pulak PAS bantai pi curah petrol.

PAS pakat sokong ahli PKR yang memberontak. Kata PAS, mereka pun tak bersetuju dengan calon import tersebut dan mereka pun ikut sama-sama nak boikot.


Dah tentu PKR Hulu Langat marah dengan PAS yang datang bukannya nak membantu menyelesaikan masalah tapi datang sekadar jadi batu api dan menambah kusutkan lagi masalah.

Sudahnya PAS kena sound dan dimintak tutup mulut.

PKR kata PAS jangan nak memandai-mandai masuk campur dalam soal siapa calon yang pucuk pimpinan mereka pilih. Waima walau seekor beruk atau kera pun yang dipilih...PAS takde hak nak masuk campur atau halang.

PKR warning PAS jangan jadi batu api dengan menambahkan lagi kemarahan ahli mereka di Kajang.

Khabarnya, pasal kena warning...sekarang ni hubungan PAS dan PKR di Kajang berada dalam tahap suhu sejuk beku.

Hubungan dalam tahap sejuk beku ini khabarnya dah mula merebak ke Semenyih dan Dusun Tua.

Bagus lah tu......




1 comment:

nizamNRU said...

salam saudara Horas!, klu betul cerita yg saudara sampaikan ni, Alhamdulillah...