Tuesday, April 23, 2013

Taktik Chegubard Heret Anak Bini Ke Pusat Penamaan Calon Menjadi, Calon PAS Kena Tendang.

Horas! dah tulis sebelum ni pasal chegubard sebarkan 1 Malaysia yang dia serta anak bininya dikasari dan cuba dibelasah oleh unit amal PAS. 

Horas! pun dah cakap tujuan chegubard sebarkan kisah itu adalah untuk kepentingan poltiknya. Chegubard nak penyokong PR simpati kepada dirinya dan dalam masa yang sama benci kepada calon PAS.klik disini

Akibat insiden tersebut, reputasi calon PAS DUN Sg Acheh tercalar dan dia juga teruk dihentam oleh penyokong PR. Di Sg Acheh jentera PKR secara terang-terangan mula menyebarkan bahawa PR pasti akan kalah kalau calon PAS itu terus dikekalkan.

Kelibat calon PAS berkempen meraih undi disekitar Sg Acheh memang susah kelihatan selepas daripada insiden tersebut.

Chegubard tahu taktiknya sudah mula berhasil dan calon PAS bakal disingkirkan dalam waktu terdekat. Jika tidak mustahil dia konpiden nak buat kenyataan dibawah ini.


Dan akhirnya semalam chegubard bersorak besar bila PAS secara rasmi akhirnya terpaksa mengarahkan calon mereka menarik diri dan menyerahkan DUN Sg Acheh kepada dirinya


Kasihan PAS Sg Acheh.....

Suka tak suka terpaksalah terima orang yang dah tak laku dan ditolak dinegerinya sendiri.

Suka tak suka terpaksalah juga terima orang yang pemuda partinya sendiri pun tak nak dia jadi ketua mereka.

Hebat chegubard....kebodohan dan sifat ganas semulajadi unit amal PAS digunakannya untuk menyingkirkan calon mereka sendiri...Yusni Mat Piah.

Dengan unit amal...chegubard boleh seluk keluar balik apa yang dah ada dalam mulut PAS.....

Kempen calon PAS Sg Acheh dalam kenangan..............









Ehhhhh!!! termasuk pulak gambar chegubard gelak.......





1 comment:

Anonymous said...

hancur beend