Friday, May 10, 2013

Khalid G Semakin Sah Bakal Jadi MB Selangor, Azmin Merajuk Dalam Jamban


Kata azmin dalam sidang medianya tadi, dia tak akan letakkan jawatan dalam PKR walaupun tak dilantik menjadi MB Selangor.

Tapi ada juga kenyataan yang berbelit-belit dari Azmin.

Bila sorang wartawan bertanya tidak adakah yb-yb PKR yang dipanggil untuk membincangkan siapa yang patut dilantik jadi MB....jawab azmin, hingga kini mereka tidak tahu siapa yang bakal dilantik.

Tapi kemudiannya tanpa sedar azmin kata pulak yang pemimpin PKR ada membuat mesyuarat tergempar kelmarin dan mereka dah membuat keputusan siapa yang bakal menjadi MB Selangor.

Mana satu yang betul ni min?

Dalam pada itu sempat juga azmin menyindir khalid G yang dah berangan-rangan jadi MB bila dia mengatakan rakyat selangor memerlukan MB yang kuat...bukan lemah.

Azmin juga ada menuduh Wan Azizah mengamalkan nepotisme kerana memberi senarai nama bakal MB kepada sultan tanpa pengetahuan pemimpin-pemimpin PKR Selangor yang lain.

Lantak korang lah nak bergasak macam mana pun...

Setakat yang aku tau, itu je lah yang ada dalam sidang media azmin ali tadi yang mukadimahnya dimulakan dengan tuduhan kononnya dia selalu jadi mangsa finah UMNO. Takde apa-apa yang menarik walaupun sebelum ni ianya diwar-warkan kononnya sebagai sidang media paling gempak dan bakal menggoncang dunia poltik tanah air.

Pada aku, aku tetap percaya yang khalid G akan kekal menjadi MB Selangor untuk penggal kedua. DAP pun dah terang-terang cakap mereka nakkan khalid G dan PAS pun cakap benda yang sama. 

Kalau setakat cakap PAS tu aku yakin PKR boleh ketawakan dan perlekeh lagi, tapi pala bana lah kalau ada pemimpin PKR yang berani bantah kehendak DAP.



Dan pada aku lagi.....ketika ini,

Yang happy khalid G
Yang sakit hati azmin
Yang ada power besar DAP
Yang bodoh melopong tapi perasan kuat PAS
Yang jahanam negeri selangor
Yang naya orang melayu
Dan yang tengah fikir-fikir nak cuba nasib bertanding sekali lagi jadi calon parlimen pru14 nanti herman tino

Pada azmin...kalau nak merajuk tak dapat jadi MB selangor...aku dengan berbesar hati cadangkkan kau merajuk dalam jamban yang dirasmikan pesuruhjaya pas selangor ni

Tapi panas sikit lah...takde bajet nak buat silling...



kredit foto diatas sekali : philip golingai


8 comments:

Anonymous said...

Tahniah Lid Gagap!!!!

Fail saman bertimbuntimbun tunggu ko

Ko yang berak, ko juga la kena basuh


Takkan PAS nak basuh kot.....

Anonymous said...

kalau ketuanya pun cakap mcm sesumpah berbelit2,anak emasnya lebih kurang ler.azmin baru tahu ke yang pkr tu mmg nepotisme termasuk ko pun azmin,harap gagap jadi MB biar azmin meroyan beraangan-angan menjadi MB seperti ketua sesumpah berangan nak jadi PM

Anonymous said...

uik.. ini lah yg dinamakan JAMBAN RAKYAT. take beer!!

Anonymous said...

Bergaduh2 la mcm mana pun. Sekor pun x layak jd mb selangor ni. Pegi jahanam la selangor. Mintak PM buat sekatan ekonomi kat negeri jajahan PR, klu tidak rugi la duit cukai dari negeri yg sokong BN masuk ke negeri2 jahanam ni.

Anonymous said...

Patut la PAS menang besar kat Selangor, jasa utama mereka selama memerintah Selangor adalah MEMBINA JAMBAN KAT KUBUR HINDU..... Congrats la..

Anonymous said...

bloger sudahlah tu..biarkan jelah..apa yang penting kau kumpul seberapa banyak pengunjung dan menyatakan perpaduan orang MELAYU untuk bersatu tanpa mengira fahaman politik..itu lebih baik

Horas! said...

Cadangan yang baik tu Anon 2:39 PM. Sama-sama kita usahakan walaupun jalannya nampak makin sukar bila Nik Aziz kata dia sanggup ludah muka orang yang berani ajak PAS bersatu demi umat :)

Anonymous said...

Satu statistik :

Bilangan rumah urut di seluruh Selangor telah meningkat dari 700 pada 2008 menjadi lebih 6000 buah pada 2013, maka wajarlah nama selangor di tukar menjadi Selangor Darul Uruti , dan jgn lupa PAS sebagai komponen PR tetap mendapat saham dunia dan akhirat disini..

Inilah hasil terbesar jihad PAS di Selangor.. belum dikira kan bab pusat hiburan yg jenis lain-lain lagi..

Habis 7 keturunan belum tentu Selangor dapat disucikan selepas ini..