Sunday, January 16, 2011

Salah Laku Ahli Majlis Perbandaran Kajang.

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) digesa menyiasat dakwaan mengenai seorang Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) terlibat dalam pelbagai kes penipuan dan tidak diambil tindakan.

Anggota Parlimen bebas Wangsa Maju Wee Choo Keong berkata Selcat perlu mengambil tindakan ke atas anggota DAP itu sebagai membuktikan ketelusan yang dilaungkan oleh kerajaan pakatan pembangkang di Selangor selama ini.

Anggota DAP itu didakwa begitu berkuasa dan berpengaruh di Selangor sehingga tiada tindakan diambil terhadapnya walaupun pelbagai aduan telah dibuat, katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Khamis.

Beliau percaya ahli MPKJ itu terlibat dalam banyak kes penipuan membabitkan pemberian beberapa projek tetapi dilindungi oleh pemimpin atasan parti sehingga Jawatankuasa Disiplin DAP serta kerajaan pakatan pembangkang Selangor gagal mengambil tindakan terhadapnya.

"Pakatan pembangkang di Selangor sering memperjuangkan soal keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan tetapi projek banyak diberikan kepada kroni sendiri.

"Saya tahu individu terbabit mempunyai sokongan padu daripada seorang pemimpin kanan DAP, mungkin sebab itu tiada tindakan dapat diambil ke atasnya," katanya yang turut menggesa pihak berkuasa, terutamanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) untuk menyiasat perkara itu.

sumber : lydiausm72

UMBHL : Cuba kalau Ahli Majlis yang terlibat dari BN, sudah pasti ceritanya akan jadi lain. Akan menjerit dan melolonglah puak-puak Pakatan Rakyat menghentam dari depan, belakang atas dan bawah. SELCAT pulak takkan sempat tunggu siang nak buat siasatan dan jatuh hukuman.

Tapi bila yang buat salah laku tu dari puak-puak diaorang, senyap je semua tak berbunyi. Senyap-senyap jugak diaorg 'flush' kesalahan tu dalam mangkuk jamban. Hampas punya PR, tak sudah-sudah nak menipu rakyat.

Ahli-Ahli Majlis dari PAS dan PKR mengapa senyap je dengan salah laku rakan sejawatan kamu ni? Kata telus dan amanah sangat.

No comments: