Monday, February 21, 2011

12 Jenis Gula-Gula Dengan Pewarna Dan Perasa Tiruan Dari PAS.


PAS dalam usaha terdesaknya menarik sokongan Melayu yang makin merudum telah memberi jaminan istimewa ala mee segera untuk kaum Melayu dan ianya telah dibentangkan oleh Mahfuz Omar aka Mr Bean selaku pengarah Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa : Jaminan PAS.

12 jaminan yang dicipta khas sebagai gula-gula untuk mengaburi fikiran kaum Melayu itu adalah seperti berikut :-

1. PAS tetap komited untuk melaksanakan agenda pengupayaan bangsa Melayu dan Bumiputera. - Macam mana PAS nak komited melaksanakan agenda pengupayaan bangsa Melayu kalau masih menjadi rakan pakatan pada DAP? DAP memang terkenal dengan sikap rasisnya. Ini terbukti dengan tindakan mereka mengusir kaum melayu dari kawasan penempatan mereka di Pulau Pinang. Gerai-gerai milik peniaga-peniaga kecil Melayu juga telah banyak yang mereka robohkan.

2. PAS akan terus mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu dan kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputera seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. - Ewah-ewah...sedapnya ayat. ADUN Sri Muda dari PKR jelas telah menentang Sultan Selangor. Apa tindakan PAS untuk mempertahankan Sultan Selangor? Satu pun tak ada. Siap setuju lagi bila kerajaan negeri sediakan dana untuk tampung bayaran peguam-peguam YB Suhaimi. Arak dibiarkan dijual dikawasan majoriti Melayu di Selangor.

Lepas tu sepakat pulak dengan DAP dan PKR tolak kampus baru UITM yang rata-ratai pelajarnya bangsa Melayu dari dibina di Selangor. Lagi mau cerita mempertahankan kepentingan bangsa Melayu ke? Khakkkk ptuihhhhhh..!!!

3. PAS tetap beristiqamah untuk menghayati Islam sebagai satu cara hidup sesuai dengan kerangka perlembagaan Malaysia sebagai teras terpenting usaha mengupayakan Melayu. - Menghayati islam apa kebendanya bila suka mencarut, memaki hamun dan memfitnah dalam kebanyakan ceramah-ceramah politiknya. Lepas tu selamba je cakap Melayu yang tak menyokong parti dia sebagai kafir, munafik, jahiliyah dan sebagainya. Jangan harap la dapat mengupayakan bangsa Melayu dengan sikap macam tu. Kalau nak menjahamkan memang tak mustahil.

4. PAS akan sentiasa memastikan seluruh kegiatan pembangunan bangsa Melayu berkiblatkan akhirat demi mencapai keredhaan Allah. - Jangan angan-angan la puak-puak PAS oiiiii!. Kelantan tu dah lebih 20 tahun parti kamu perintah. Apa kegiatan pembangunan bangsa yang dah dibuat kat sana? Pembangunan patung-patung buddha yang besar-besar ada la. Bekalan air paip bersih pun tak mampu nak sediakan untuk rakyat Kelantan yang majoritinya Melayu tu.

5. PAS tetap mengutamakan perjuangan untuk membela nasib rakyat terpinggir dan berpendapat rendah yang sebahagian besarnya adalah kaum Melayu dan Bumiputera. - Membela nasib rakyat terpinggir dan berpendapan rendah ye. Aduhai lemak berkrimnya janji manismu. Rakyat negeri Kelantan sampai terpaksa merantau mencari rezeki kenegeri-negeri lain yang diperintah UMNO tu apa kes? Sebabnya peluang pekerjaan memang terhad di Kelantan. Kalau betul-betul membela nasib rakyat terpinggir, mengapa sampai ada keluarga miskin di Kelantan yang terpaksa tinggal dalam reban ayam?

6. PAS akan terus mempertahankan konsep ketuanan rakyat yang berpaksikan keadilan Islam dengan jaminan saksama kepada kaum-kaum lain. - Ketuanan rakyat konon. Bila rakyat buktikan ketuanannya dengan menolak dan tak mengundi calon-calon PAS, habis kena maki hamun dan sumpah seranah. Rakyat dituduh jahiliyah, tolak Islam dan macam-macam lagi. Mempertahankan ketuanan rakyat ke tu?

7. PAS tetap memperjuangkan dasar-dasar affirmative yang berasaskan siapa yang berkeperluan (need based) sesuai dengan matlamat keadilan Islam. - Adil ke bila pengagihan air percuma yang diheboh-hebohkan Pakatan Rakyat Selangor (termasuk la PAS) tidak sampai kepada penghuni-penghuni flat yang menggunakan meter pukal? Penghuni-penghuni rumah flat yang rata-ratanya berpendapatan rendah secara logiknya sudah tentu lebih memerlukan air percuma tu. Mengutamakan yang memerlukan ke namanya tu wahai PAS?

8. PAS akan terus komited untuk menampilkan kepimpinan Melayu yang bebas rasuah dan penyelewengan di semua peringkat kepimpinan bermula dari kepimpinan Negara sehingga kepimpinan komuniti. - Tabung Memali yang lesap, duit KOHILAL yang lenyap dan masalah yang tak selesai-selesai berkaitan Bazar Gesel-Gesel@Bazar Tok Guru tu bukan kerana disebabkan penyelewengan ke wahai PAS? Masalah pelacuran yang selamba beroperasi di Kelantan seperti yang didedahkan kickdefella tu bukan kerana rasuah ke? Tu belum dikira salah laku moral dan skandal seks pemimpin PAS yang dah banyak terburai. Jangan cakap tak serupa bikin la PAS oiii!. Lebih baik kalau betulkan parti sendiri dulu.

9. PAS tetap mempertahankan tanah-tanah rizab Melayu, tanah-tanah adat, kampung-kampung tradisi dan penempatan-penempatan yang mempunyai kepentingan Melayu dan Bumiputera seperti Felda, malah berusaha menjadikannya sebagai penyumbang terpenting kekuatan ekonomi Melayu. - Jangan nak kelentong la wahai puak-puak PAS. Dah lupa ke tanah-tanah kampung baru Cina di Perak yang MB PAS bagi hak milik sampai 999 tahun tu. Tanah-tanah milik Melayu tak ada pula dibaginya tempoh hak milik sampai macam tu punya lama. Maintain je 99 tahun.

Kaum Melayu yang diarahkan kosongkan rumah masing-masing di Pulau Pinang tu bukan tinggal di kampung tradisi ke? Ada PAS bantah tindakan DAP tu? Langsung tak ada. KOHILAL yang tak sebesar mana tu pun tak mampu nak urus, ada hati nak cakap pasal FELDA.

10. PAS akan terus mempertahankan warisan Melayu selagi mana tidak bertentangan dengan syarak, sebagai khazanah penting kepada generasi Melayu akan datang. - Apa warisan Melayu yang PAS nak pertahankan? Fakta sejarah penting yang sepatutnya jadi kebanggaan kaum Melayu dan wajar dipelihara untuk rujukan generasi akan datang pun PAS dan geng-geng pakatannya putar belit dan cuba untuk lupuskan. Jadi tak payah la cerita pasal nak mempertahankan warisan yang lain ye.

11. PAS tetap mempertahankan pendidikan vernakular yang telah memberi ruang kepada kewujudan sekolah agama rakyat, madrasah dan sekolah pondok, di samping tidak menolak kepentingan elemen integrasi nasional diterapkan dalam sistem pendidikan. - PAS sekadar nak pertahankan kewujudan sekolah agama rakyat, madrasah dan sekolah pondok je ke? Pendidikan tinggi aliran agama pulaj macam mana? Tak termasuk dalam yang PAS nak pertahankan ke? UMNO dah lama buat dan pertahankan semua tu lah. Tak ada nak kecoh-kecoh pun. Sekolah Wawasan yang menerapkan intergrasi nasional pun UMNO jugak yang usahakan. PAS pandai kondem je.

12. PAS akan terus berusaha memasakkan jatidiri berteraskan Islam kepada generasi muda Melayu kerana mereka merupakan teras kepada pengupayaan bangsa Melayu dan waris kepimpinan akan datang. - Memasakkan jatidiri berteraskan Islam ye. Ok la, malas dah nak komen. Tonton rakaman video dibawah dan sama-sama kita nilai macam mana PAS memasakkan jatidiri berteraskan Islam pada generasi muda Melayu yang meyokong parti mereka. Tak mustahil ada antara mereka-mereka ni yang akan menjadi pemimpin PAS yang akan datang.




Percaya la. 12 perkara yang PAS sibuk war-warkan tu tak lebih daripada sekadar gula-gula yang digunakan untuk mengumpan pengundi-pengundi Melayu. Mengapa tak usahakan untuk mempertahankan hal-hak Melayu ni dari dulu? Mengapa baru sekarang terhegeh-hegeh nak buat?

PAS jangan nak hipokrit dan memperbodohkan bangsa Melayu. PAS langsung tak membantah pun bila PKR kata nak hapuskan ketuanan dan hak-hak istimewa orang Melayu.

Tengok la nanti, PAS mesti gunakan 12 perkara tu dalam kempen mereka di PRK Merlimau dan Kerdau. Harap-harap pengundi Melayu disana tak termakan gula-gula dengan pewarna dan perasa tiruan dari PAS tu.

No comments: