Monday, March 21, 2011

PKR DUN Semenyih Dah Makin Nazak.


Kira-kira 200 orang ahli PKR berketurunan India daripada DUN Semenyih mengambil tindakan bijak dengan mengisyharkan diri meraka keluar dari PKR@Parti Kencing Rakyat. Mereka juga telah memberikan ikrar taat setia kepada ADUN Semenyih, YB Datuk Hj. Johan Abdul Aziz yang juga Ketua UMNO Bahagian dan Pengerusi BN Hulu Langat. Sumber disini

Memandangkan rata-rata mereka adalah dari golongan belia, maka mereka telah sepakat untuk menubuhkan Persatuan Belia Bell Tamil disana.

Kemelut dan keretakan PKR di DUN Semenyih memang sudah lama berlaku. Seorang ahli PKR pernah meluahkan perasaan tidak puas hatinya berkaitan kelembapan PKR Semenyih dalam merangka aktiviti-aktiviti  dan program-program yang berfaedah untuk orang ramai selain hanya mementingkan perut dan poket sendiri, serta hanya pandai menyalahkan UMNO. Baca disini

Mungkin sebab utama mereka mengambil tindakan tersebut adalah kerana rasa tertipu dengan perjuangan tak tentu hala dan tanpa hala tuju PKR. Atau mungkin jugak mereka sudah bosan dengan pemimpin-pemimpin PKR yang hanya pandai menabur janji...tapi tak pernah ditunaikan.

Harap-harap penyokong PKR di DUN Kajang dan DUN Dusun Tua juga mengambil tindakan bijak dengan mencontohi apa yang dilakukan oleh ahli-ahli PKR DUN Semenyih tersebut. Jangan tunggu lama-lama. PKR yang diterajui oleh peliwat tegar sudah semakin nak karam.

Tiada apa lagi yang boleh diharapkan dari parti tersebut yang hanya sibuk menguruskan nasib pemimpin agungnya yang dituduh meliwat.

Tahniah kepada YB Datuk Hj Johan Abdul Aziz atas kesungguhan dan usaha tanpa mengenal penat lelah yang ditunjukkan beliau dalam memperjuang, mempertahan dan memperkasakan UMNO Bahagian Hulu Langat.

Datuk Hj Johan Abdul Aziz


5 comments:

Anonymous said...

Menakjubkan, di thailand, mesir,libya & lain2 negara, rakyat & pembangkang rata-rata BERDEMO bermati-matian menumbangkan kerajaan...TAPI...Memalukan, di malaysia rakyatnya didalangi KERAJAAN rata-rata BERDEMO bermati-matian menumbangkan pembangkang...

Anonymous said...

Situasi berbeza di lain2 negara tu. Kerajaan Malaysia ok, jaga kebajikan rakyat..pembangkangnya pulak langsung tak boleh diharap...asyik nak menjahanamkan negara. Memang patut ditumbangkan....

Anonymous said...

Negara@ kerajaan ok atau tidak bukan terletak pd parti tapi pada individu yg berada dlm kerajaan itu sendiri. Jaga kebajikan rakyat tak wajar diungkit@ dipertikaikan sbb itu adalah tanggungjawab yg wajib ditunaikan,spt seorg ayah yg wajib jaga kebajikan anak2 dan tanggungannya.Pembangkang bukannya tak berakal nak jahanamkan negara sendiri spt yg didakwa.Kata Khairy Jamaluddin di Parlimen mereka yg BERDEMO ni adalah beruk beruk jalanan...

Anonymous said...

"spt seorg ayah yg wajib jaga kebajikan anak2 dan tanggungannya" - mcm mana pulak kalau siayah dah cuba yang terbaik utk jaga kebajikan anak2 & tanggungan, tapi si anak tak sudah2 mencari keslahan, memaki hamun & langsung tak berterima kasih pd siayah?

Jgn nafikan tindakan pembangkang yg dahulu suka melakukan demonstrasi dijalanan tu boleh merosak & menjahanamkan negara klu tidak dikawal & dibiarkan.

Anonymous said...

maksud sy si ayah jaga si anak, kerajaan jaga rakyat, si anak kurang ajar wajar dihukum dan si ayah kurang ajar wajar dinasihati. rakyat kurang ajar wajar dinasihati dan dihukum begitu juga kerajaan..

jika tindakan pembangkang berdemo menjahanamkan negara, tiada beza dgn demo yg dianjurkan kerajaan.. bakal menjahanamkan negara sendiri, ini juga adalah beruk beruk jalanan yg tak boleh dibiarkan.....