Thursday, March 10, 2011

Pengharaman Judi: PAS Selangor Setakat Beri Alasan Lepas Tengkuk.



Selangor lain, Kelantan lain...itulah alasan Dr Hasan Ali, apabila ditanya samada kerajaan negeri Selangor akan mengikut langkah kerajaan Kelantan yang berhasrat untuk mengharamkan judi.

Beliau turut menambah, orang Islam di Selangor diharamkan daripada membeli nombor ekor dan tiket loteri seperti yang termaktub dalam Enakmen Undang-Undang Islam kerajaan negeri sini

La! mengapa jadi macam tu? Pilih-pilih tempat pulak kalau nak mengharamkan judi ya. Ada tempat boleh, ada tempat yang tak boleh. Kelantan boleh, Selangor tak boleh.

Kalau setakat nak cakap undang-undang Islam di Selangor mengharamkan umat Islam membeli nombor ekor baiklah tak payah. Tu semua orang tahu. UMNO pun dah pakai undang-undang tu lama sebelum PAS dapat membentuk kerajaan negeri bersama DAP dan PKR.

Agaknya Hasan Ali ingat rakyat negeri Selangor semuanya macam puak-puak pencacai PAS yang bodoh dan tak tau nak berfikir. Jadi dia pun bagilah alasan sekadar cukup syarat untuk lepaskan tengkuk. Pencacai pun pakat angguk ramai-ramai.

Nak buat kat Kelantan pun Nik Aziz terpaksa mengadap Karpal Singh dulu untuk mintak 'perkenan' sini. Inikan pulaklah kalau nak buat kat Selangor. Harus PAS tercirit kena jerkah dan kena hambat dengan Ronnie Liu.

Si buta dari gua hantu pun tahu DAP yang paling berpengaruh di Selangor lah, jadi PAS jangan haraplah komunis-komunis tu nak biarkan kedai-kedai menjual nombor ekor dan loteri ditutup.

Entah-entah, kebanyakan yang ada lesen jual nombor ekor tu pun kalangan penyokong DAP jugak.

Padan dengan muka lebai-lebai hijau penganut PAS. Dulu masa UMNO yang mentadbir Selangor, bukan main lagi diaorang terpekik terlolong kata UMNO bersubahat dan tutup mata dengan kedai nombor ekor.

Sekarang semuanya sudah balik kemuka sendiri.



No comments: