Thursday, March 3, 2011

PRK Kerdau: Kuatnya Syahwat Jantan-Jantan PAS.





Gambar diatas dipilih secara rawak di internet. Umur kedua-duanya mungkin mencecah 90 tahun dan sudah pasti tidak berapa kuat kudratnya. Mungkin apabila berjalan pun tangan mereka perlu dipimpin.

Persoalannya, adakah saudara-saudara pembaca budiman sekelian terangsang nafsu syahwat dan menjadi berahi tak keruan apabila melihat dua orang wanita cina tua seperti diatas?

Sudah pasti tidak, melainkan jika orang itu tidak normal nafsunya atau terlalu banyak menelan ubat kuat macam puak-puak PAS.

Di Kerdau, isu memimpin tangan seorang wanita tua berbangsa Cina oleh calon BN, Syed Ibrahim lah yang sedang galak dimanipulasi dan dikecoh-kecohkan oleh puak-puak PAS. Mereka menuduh calon BN tersebut sebagai tidak kenal halal dan haram kerana wanita tua yang lemah itu bukan muhrimnya.

Pada jantan-jantan PAS, asal saja bersentuhan seorang lelaki dengan seorang perempuan, itu adalah disebabkan kerana keinginan syahwat dan nafsu seks. Tak kiralah perempuan yang disentuh si lelaki itu berumur 100 tahun, serba lemah dan berkedut seribu kulitnya.

Jantan-jantan PAS gagal melihat sebab-musabab yang munasabah mengapa Syed Ibrahim menyentuh dan memegang tangan wanita tua dibawah. Butakah mata jantan-jantan PAS, hingga tak mampu melihat ketidakupayaan wanita tersebut?

Takkan nak pakat tengok saja wanita tua tu berdiri lemah dan terketar-ketar lutut? Waras lah sikit wahai puak-puak PAS.



Ditakdirkan nyonya tua tersebut terjatuh dan sebagainya masa tu, pasti puak PAS pusing cerita lain pulak. Akan dijajalah keseluruh ceruk alam cerita kononnya Syed Ibrahim seorang yang tak berhati perut dan sombong kerana tidak mahu memimpin tangan seorang wanita tua yang lemah.

Dah tak ada modal sangat ke wahai pencacai-pencacai PAS?

Kalau dah tak ada modal sangat elok lah duduk saja diam-diam. Jangan lah tunjukkan kebodohan dengan menjaja isu diatas. Hukum Islam tak sesempit itu. Bahkan Islam mengalakkan umatnya saling membantu sesama makhluk. Apatah lagi pada yang lemah dan tak berdaya.

Inilah penangan iklan ubat kuat yang bermaharajalela dalam Harakah. Nafsu syahwat puak-puak PAS sentiasa membuak walaupun pada perempuan tua yang hampir seabad umurnya. Memimpin tangan seorang wanita tua yang lemah seperti yang dilakukan oleh Syed Ibrahim pun boleh menyebabkan pipit mereka terjaga dan sekaligus menaikkan syahwat.

Oh ya! Cuba tengok gambar dibawah. Agak-agaknya wanita yang disentuh oleh bekas MB kayu tu perlu dipimpin ke tidak. Kalau Nizar jenis yang banyak telan ubat kuat, pasti ada getaran syahwat dipipitnya...kah..kah..kah!

Tapi tak mengapa, asalkan dilakukan oleh pemimpin mereka..itu pasti tak haram hukumnya pada puak-puak PAS.





No comments: