Friday, March 4, 2011

PRK Merlimau: Calon PAS Sekadar Nak Possing Depan Kamera...

Beberapa hari yang lalu, sahabat kepada calon BN di PRK Merlimau, Ali Bashah, 63 tahun, telah meninggal dunia. Walau sesibuk mana pun calon BN tersebut berkempen, beliau tetap meluangkan sebahagian besar masanya pada hari tersebut dengan menziarah jenazah dan keluarga allahyarham.

Terpancar kesugulan dan kesedihan diwajahnya kerana kehilangan seorang rakan yang baik. Jenazah allahyarham diiringi sehingga ketanah perkeburan.

Berlainan pula halnya dengan calon PAS, Yuhaizad Abdullah. Apabila mendengar berita kematian tersebut, beliau pun turut tergesa-gesa datang menziarah. Tapi bukan dengan keikhlasan hati, melainkan sekadar ingin menunjuk muka kepada pengundi.

Buktinya, ada dalam video dibawah. Beliau datang sekejap, salam-salam dengan orang ramai, lepas tu mintak suku sakat jentera pilihanraya PAS ambil gambar beliau sedang mengusung jenazah. Cukup tiga langkah beliau pun terus blah!

Jelas kehadiran beliau bukan kerana dengan niat untuk menziarah jenazah dan keluarga simati. Sebaliknya datang semata-mata hanya untuk mengambil kesempatan memancing undi. Khakkkkkk ptuihhhh!

Semasa PRK Tenang pun pernah berlaku perkara yang hampir sama. Apabila berlaku kematian, bekas calon PAS yang suaminya kuat tipu MC, Normala Sudirman singgah sekejap dimasjid untuk possing dan ambik gambar disisi jenazah...lepas tu terus angkat kaki.

Hampas punya calon PAS! Pandai berpura-pura dan penipu.






1 comment:

Mark said...

SESUNGGUHNYA fitnah merupakan satu elemen yang cukup bahaya, apatah lagi fitnah terhadap agama yang boleh menjurus kepada hukum membunuh, kerana Al-Quran ada menegaskan bahawa fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh. (Ayat 191 dan 217 Surah Al-Baqarah)

Baginda Rasulullah s.a.w. pernah menegaskan dalam salah satu hadisnya yang bermaksud: �Bersegeralah lakukan amalan-amalan yang baik-baik (jika ia pada waktu siang jangan tunggu hingga menjelang malam yang gelap gelita), kerana ia akan menimbulkan fitnah.

Ia seperti seorang lelaki di mana pada waktu pagi dia seorangMuslim dan apabila menjelang petang atau malam dia menjadi seorangkafir pula, dia menjual agama kerana kepentingan dunia yang terlalu sedikit.� (Hadis Sohih riwayat Imam Ahmad, Muslim dan Tirmizi daripadaAbu Hurairah)

Apa yang dijelaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. menerusihadis di atas ialah terdapat orang Islam sendiri yang melakukan fitnah dengan tindakannya terhadap agamanya sendiri semata-mata mengecapi habuan dan janji dunia yang bersifat sementara. Sedangkan fitnah yang dilakukannya benar-benar mencabar agama yang dianutinya dan menjadi bahaya kepada pegangan akidah dan kepercayaan kepada Allah SWT selakuPencipta alam maya ini.

Fitnah yang terjadi itu boleh berlaku kerana orang yang terlibat itu sama ada benar-benar tidak memahami atau memiliki ilmu-ilmu fardu ain ataupun kerana berhasrat meraih kepentingan dengan penampilan agama, atau memang di kalangan orang-orang munafik.Ketiga-tiga kategori manusia itu dianggap golongan yang jahat keranamahu memburukkan Islam.