Tuesday, April 12, 2011

Ceramah PAS Tak Dapat Sambutan

Beberapa hari yang lalu, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, YB Dr Mujahid Yusuf Rawa telah diundang untuk datang memberi ceramah di Batu 16 Dusun Tua, Hulu Langat. Ceramah diadakan di Dewan Orang Ramai Dusun Tua.

Mungkin kerana memikirkan keluasan dalam bangunan dewan tidak dapat menampung kehadiran orang ramai yang akan berpusu dan bertali arus datang, maka pihak penganjur telah mengambil keputusan untuk menjalankan program tersebut diluar dewan.

Maklumlah, bila pemimpin dari PAS Pusat yang mempunyai pengaruh yang agak terkenal datang, sudah pasti PAS Dusun Tua menjangka sambutan yang bakal diterima juga hebat. Tapi malang sekali, apa yang diharapkan langsung tidak menjadi kenyataan.

Jumlah yang hadir bukan 500 orang, tapi cuma sekitar 50 orang sahaja. Itu pun setelah dicampur dengan rombongan individu-individu dari luar yang yang turut serta. Maka jadilah sesi ceramah tersebut tawar dan hambar. Tak ubah macam mesyuarat PAS cawangan sahaja.

Nampaknya PAS kini semakin lama semakin gagal menarik minat orang ramai untuk mendengar ceramah mereka. Mungkin faktor PAS yang terlalu takut, sentiasa akur serta membiarkan DAP sewenang-wenangnya mencampuri hal ehwal agama Islam menjadikan rakyat semakin hilang keyakinan kepada parti yang kononnya memperjuangkan agama Islam tersebut.

Dulu masa BN memerintah, bukan main lagi mereka terpekik terlolong kononnya BN membiarkan arak berleluasa di Selangor. Bila dah ada kuasa, mereka pulak yang bersubahat dengan DAP dan PKR membenarkan arak dijual dikawasan majoriti Islam.

Tidak cukup dengan itu, PAS juga hanya mampu berdiam diri dan tunduk tersipu-sipu bila DAP berkeras membantah cadangan Majlis Perbandaran Subang Jaya untuk mengharamkan sesiapa yang beragama Islam bekerja dipusat-pusat hiburan yang menjual arak

Perjuangan Islam apa namanya kalau macam tu. Jadi tidak hairanlah jika rakyat makin hilang keyakinan dan meluat dengan perjuangan PAS yang tak tentu hala dan berubah-ubah mengikut keperluan dan kepentingan politik.






Mungkin kerana 'boring' ceramah yang dianjurkan 
tak dapat sambutan, seorang layan telefon bimbit, 
seorang lagi bermain-main dengan bendera PAS.


Berlainan pula keadaanya dengan Program Alam Warisan Melayu yang dianjurkan oleh ADUN Dusun Tua, YB Ismail Sani melalui Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUNnya. Seperti yang dijangka sambutan dan sokongan yang diterima dari pelbagai peringkat umur amat menggalakkan sekali.

Program yang berlangsung pada 9hb April baru lalu di Kem Motivasi Nur Kasih Batu 14, Hulu Langat turut memberi penghargaan sebagai meraikan dan mengenang jasa veteran-veteran UMNO yang telah sekian lama memerah keringat dan menyumbang tenaga untuk UMNO DUN Dusun Tua khasnya dan UMNO Hulu L angat amnya.

Majlis berjalan dengan lancar. Tiada maki hamun dan caci hina dalam sesi ceramah yang disampaikan, seperti   mana yang biasa berlaku dalam ceramah-ceramah PAS. Anak-anak muda berpusu-pusu datang dan begitu bersemangat mendengar apa yang disampaikan oleh penceramah undangan.


Tapak lokasi program dijalankan penuh sesak sehingga 
program berakhir 


YB Ismail Sani (tiga dari kanan) bergambar bersama pemimpin 
veteran UMNO yang menerima penghargaan

Tahniah kepada YB Ismail Sani dan seluruh jenteranya yang telah bertungkus lumus merancang dan menjayakan program tersebut.



No comments: