Sunday, June 12, 2011

Hasan Ali Disingkir Daripada Menerajui PAS Selangor, Idris Ahmad Turun Pangkat



Pengguguran Hasan Ali dari organisasi pentadbiran negeri Selangor memang sudah lama dijangka. Sebelum ini Horas! pun pernah menulis yang Pesuruhjaya PAS Selangor itu berkemungkinan besar bakal disingkirkan. Baca disini. Tempat beliau akan digantikan oleh Abdul Rani Osman.

Penyingkiran Hasan Ali yang juga exco Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri itu memang sudah lama diidam oleh pemimpin-pemimpin DAP di Selangor berikutan pendekatan beliau yang sering membantah tindakan Ronnie Liu mencampuri hal ehwal umat Islam.


Manakala Idris Ahmad, mungkin kerana selalu sangat menunjukkan kebingaiannya pada umum, diturunkan pangkat menjadi AJK lantikan. Jawatan Ketua Penerangan PAS Pusat yang sebelum ini diduduki oleh Idris digantikan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga adalah anak saudara kepada Nik Aziz.

Berikut adalah senarai AJK lantikan PAS Pusat dan senarai Pesuruhjaya PAS Negeri yang Horas! petik dari klpos.com.

Setiausaha: Dato' Mustafa Ali
Bendahari : Datuk Abdul Halim Abdul Rahman
Ketua Penerangan : Tuan Ibrahim Tuan Man

AJK Lantikan: -
Ustaz Nasharuddin Mat Isa
Ustaz Idris Ahmad
Datuk Sri Nizar Jamaluddin
Hj. Zulkifli Mohd Omar

Abang Ahmad Abang Mad Agus (Wakil Sarawak)

Pesuruhjaya PAS Negeri : -
Selangor              :  Dr. Abdul Rani Osman
Terengganu         :  Abdul Yahid Endon
Negeri Sembilan :  YB. Taufek
Perak                   :  Ustaz Abu Bakar Husen
Pulau Pinang      :  YB. Ustaz Salleh Man
Perlis                   :  YB. Haji Hashim Jasin
W. Persekutuan  :  Haji Mohd Noor Mohd
Sabah                  :  Haji Aminuddin Alim
Melaka                :  Adly Zahari
Johor                   :  Datuk Mahfidz
Sarawak              :  Hadi Adam Akhir



1 comment:

Anonymous said...

Dr Rani tu antara pemimpin Pas yg mesra DAP. Lepas ni makin besar la kepala Dap kat S'ngor ni. Dah dpt barua baru yg berkali ganda lagi jinak dari hasan ali.