Monday, June 6, 2011

MB Kedah Samakan Dirinya Dengan Beruk Mat Yeh?



Puncanya asalnya kerana DS Azizan menghalang presiden PAS, DS Hadi Awang menggunakan kuasa dan pengaruhnya untuk masuk campur dalam tindakan pengurusan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kedah yang mengenakan tindakan tatatertib keatas pelajarnya tidak lama dulu. 

Tindakan MB Kedah berkenaan kemudiannya diperbesar-besarkan oleh Harakah apabila kitab yang menjadi rujukan utama juak-juak PAS itu mengatakan Azizan sebagai kurang ajar dan biadab kepada Hadi Awang.

Perwakilan PAS dari Perlis yang naik angin apabila membaca laporan harakah tentang kebiadaban Azizan kepada presiden PAS kemudiannya mengambil kesempatan membelasah dan mengaibkan MB Kedah berkenaan pada muktamar PAS baru-baru ini.

Azizan kemudiannya diberi ruang untuk menjelaskan hal tersebut, dan ketika itulah mengikut pemahaman Horas!, dia menyamakan dirinya dengan Beruk Mat Yeh.

Kata Azizan, perbuatan perwakilan PAS Perlis membelasah dirinya sebagai sama dengan perbuatan memukul kepala beruk. “Lepas dia hentam, dia gosok. Orang kalau nak sekeh (pukul) kepala beruk ini, dia gosok dulu. Gosok sampai beruk itu pejam mata baru dia bagi sekeh, lepas itu dia gosok balik.

Kah...kah...kah...kah..kah...!!! Eloklah tu. Mengaku diri sendiri macam beruk yang kena ketuk kepala. 

Tapi sebenarnya ada sekumpulan beruk lain yang menang jawatan utama dalam pemilihan PAS sedang tersenyum lebar melihat percakaran pemimpin-pemimpin otai PAS.

Mereka memang berharap PAS tunggang langgang...biar mudah kerja mereka menguasai parti bagi pihak big boss mereka yang ada diluar PAS.

Oh ya! beruk ajaib lagi sakti yang tahu apa soalan Allah di akhirat nanti, yang kalah teruk dalam pemilihan PAS baru lepas apa cerita? Senyap je!



1 comment:

Anonymous said...

Mb kedah tu dah nyanyok ke ape? Selamber je ngaku kepala dia kena ketuk cam beruk...muahahaha...Mcm2 perangai khawarij pas skrg nih.