Wednesday, June 22, 2011

Pendeknya Otak Manusia-Manusia Dalam Akhbar Rasmi PAS.



Akhbar Harakah sekarang tengah sibuk buat undian samada tajuk 'Utusan Hina Islam' dan "Usaha Halang Himpunan Bersih 9 Julai Cetus Provokasi" dijadikan tajuk utama. Kalau mahu tahu apa lagi undian bodoh-bodoh alang yang dibuat harakah boleh baca disini.

Kalau buat undian macam tu kepada penyokong sendiri, sudah tentu harakah boleh jangka apa hasil dan keputusannya. Undian yang nampak menghentam UMNO, sudah tentu penyokong-penyokong PAS akan jadi macam beruk kena belacan mengundi 'ya', 'ya' dan terus 'ya'. 

Sepatutnya buatlah undian yang boleh mencetuskan daya pemikiran pembaca setianya. Contohnya buat undian macam ni. "Wajarkah PAS Menggugurkan Perjuangan Negara Islam Dan Diganti Dengan Negara Berkebajikan?" atau "Perlukah PAS Bekerjasama Rapat Dengan DAP Dan PKR?"

.....atau paling-paling bodoh pun buat undian macam ni "Adakah DAP Menyokong Hudud Dilaksanakan Dinegara Ini".

Bila buat undian macam tu, sekurang-kurangnya PAS boleh tahu pendirian dan reaksi penyokong sendiri untuk diambil tindakan atau sebagainya. Ini tidak, dibuat undian untuk tajuk yang sudah boleh dijangka apa hasilnya. Tak berfaedah langsung.

Nampaknya sekarang, untuk membuat tajuk yang sesuai pun Harakah yang terkenal kerana mengandungi banyak iklan ubat kuat seks itu sudah putus akal. Terpaksa sampai minta bantuan daripada pembaca-pembaca tegarnya.

Makin lama harakah dan PAS sendiri makin melucukan...



No comments: