Thursday, August 11, 2011

Video: Bila Hukum Rimba Diguna Pakai, Semua Mahu Tunjuk Dialah Yang Paling Gagah.



Perasaan Horas! akan jadi bercampur baur walaupun sudah berkali-kali menonton rakaman video ini. Ada rasa simpati, geram, marah meluat dan macam-macam lagi.

Bukan niat Horas! mahu membela lelaki-lelaki yang ditangkap kerana mencuri getah sekerap itu. Yang salah tetap akan salah. Tapi wajarkah mereka diperlakukan begitu?

Kalau geram sangat, bagi saja penampar atau penumbuk 4-5 kali kemudian nasihatkan dengan cara yang baik. Siapa tahu, berkat keikhlasan nasihat yang diberikan mereka akan jadi baik? Kemudian serahkan pada polis. Biar mahkamah yang menentukan nasib mereka.

Ini tidak, disepak terajang sesedap rasa. Kemudian dipaksa pula makan getah sekerap. Itu yang mengundang rasa simpati Horas! kepada mereka.

Dan Horas! jadi meluat melihat gelagat berlebihan lelaki-lelaki yang cuba menunjukkan merekalah yang paling kuat pada orang yang berada dalam ketakutan, malu, tidak berdaya dan tidak akan berani untuk melawan. 

Bayangkan kalau perkara yang sama berlaku pada ahli keluarga atau sanak saudara kita sendiri. Walaupun kita tahu dia bersalah, tapi kita pasti akan berasa marah kalau dia diperlakukan sedemikian. Pasti kita akan berkata, mengapa tidak diserahkan saja kepada polis!!!

Pada pandangan rakan-rakan pembaca sekalian, beranikah lelaki-lelaki 'gagah' dalam video diatas memperlakukan perkara yang sama pada bapa-bapa ayam yang menjual tubuh gadis-gadis Melayu? 

Beranikah mereka menyepak terajang dan menyuruh tauke mesin judi haram yang banyak merosakkan anak bangsa memakan mesin judi mereka? 

Atau beranikah mereka menangkap dan memukul pengedar dadah, lalu menyuapkan dadah yang diedarkan kedalam mulut sipengedar yang banyak menjahanamkan anak-anak muda Melayu?

Horas! yakin tidak kerana mereka hanya berani pada yang lemah dan sudah tidak berdaya.



5 comments:

Anonymous said...

Saya dah lama tengok video ni. Masa mula2 tengok dulu, saya rasa amat wajar & padan muka org yg kena tangkap tu pasal mencuri hasil titik peluh & penat lelah org lain.

Tapi bila baca apa yg Horas! tulis, ada betulnya & persepsi saya sebelum ini berubah.

Mengapa perlu terus didera org yg sudah tak ada daya? Dimalu dan diaibkan dgn begitu teruk sekali dihadapan ramai orang.

Negara kita ada undang2. jangan letak undang2 ditangan sendiri.

Anonymous said...

Cuba bayangkan yang ditangkap tu bukan dari keturunan sendiri. Sentuh pun tak berani.

Anonymous said...

pencuri getah hanya berdosa kerana dia mencuri..tetapi org yg memukulnya berdosa kerana memukul org yg tak berdaya dan mengaibkan sebegitu rupa. kalau nak tunjuk kuat one by one la bro..depan pempoan bolehla blagak nak mampus. dorang saje je pukul nak tunjuk kat member2 lain yg dia pun pandai gak pukul org..samseng taik kucing tul..

Man Skuter said...

Masing2 mau tunjuk hero, cenggitu la jadinya.

Anonymous said...

apa rasa kalau korang punya ojol kena curi dua kali sebulan

dua kali kena hilang hampir 1000 beb ...

lu tak tau beb macamana rasanya orang tengah marah ..

berat mata memandang berat bahu memikul..

Aku rasa membunuh D Sosilawati itu lebih kejam beb ......