Friday, January 6, 2012

10 Syarat Polis Untuk Perhimpunan Sokong Peliwat 901.

Berikut adalah syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak PDRM kepada pihak penganjur dan pencacai-pencacai Pakatan Haprak yang kemaruk untuk berhimpun memberikan sokongan kepada peliwat tegar pujaan mereka.

1. Penggunaan risalah / banner dengan tagline ‘Bebaskan Anwar 901’ atau ‘Bebaskan Anwar’ adalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI semasa perhimpunan berlangsung.

2. Penggunaan pembesar suara selain daripada ‘loud hailer’ TIDAK DIBENARKAN. Penggunaan (2) dua buah loud hailer dibenarkan bagi tujuan mengawal selia peserta perhimpunan.

3. Pengucapan awam TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.

4. Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan, membuat bising, memberi apa-apa isyarat yang boleh mengganggu prosiding Mahkamah.

5. Tempat perhimpunan yang dibenarkan adalah di pakir awam sebelah kiri jalan utama ke Mahkamah. Kawasan ini akan diletakkan pita polis untuk menentukan batasan dan sempadannya. Peserta tidak dibenarkan berada di luar kawasan tersebut.

6. Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan maka peserta-peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan pakir Mahkamah.

7. Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata dan para peserta hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan sekira perlu.

8. Penganjur hendaklah memastikan semua peserta perhimpunan bersurai tidak lewat daripada tempoh satu jam selepas keputusan Mahkamah diumumkan.

9. Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak polis dari masa ke semasa demi untuk menentukan keamanan perhimpunan tersebut.

10. Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut. Sumber: FB PDRM

Cuma Horas! ingin berpesan kepada anggota polis/keselamatan yang bertugas pada hari berkenaan, berhati-hatilah jika terserempak dengan dua makhluk pelik ini. Elakkanlah untuk berada terlalu hampir dengan mereka kerana jika tersentuh.......

Yang ini boleh menggelupur dan mati secara tiba-tiba.....


Dan yang ini pula boleh berada dalam keadaan koma dan nazak tanpa sebarang sebab.....


Kepada anggota polis/keselamatan....berhati-hatilah....




2 comments:

Anonymous said...

kehkehkehkeh!!!!! lawak la lu bro.

Dot said...

sengal abis orang2 ni...