Friday, January 27, 2012

Idris Ahmad Sindir Nik Aziz Dan Kutuk Diri Sendiri?



Mari kita baca sedikit petikan apa yang ditulis oleh Idris Ahmad yang dilucutkan jawatannya sebagai Ketua Penerangan PAS pusat di haramkahdaily.
Sombong, bongkak, angkuh, atau takbur mempunyai satu pengertian yang sama iaitu tergolong dari sifat mazmumah (sifat-sifat tercela atau keji). Sifat ini, walaupun sedikit, menjadi kebencian dan kemurkaan Allah. Dan boleh menghalang kita mendapat Syurga.
Sifat sombong atau takbur boleh dibahagi kepada dua: takbur zahir dan takbur batin. Takbur zahir boleh dilihat melalui percakapan dan tindakannya. Gayanya angkuh, mulutnya tajam, mudah menghina orang yang dianggapnya lebih rendah daripadanya. Kadangkala ia boleh dilihat melalui percakapan seperti tidak mahu mengaku kalah, menganggap dirinya sentiasa benar dan tidak mahu mendengar atau mengikut nasihat.

Imam Al-Ghazali berkata:

“Orang yang takbur ialah apabila ditegur dia marah, sedangkan kalau menegur orang lain, caranya keras dan kasar.”

Sombong adalah penyakit hati yang bahaya. Orang yang berpenyakit ini tidak boleh menjadi pemimpin jamaah terutamanya. Ditakuti melalui tindak-tanduknya akan menampakkan akhlaknya yang buruk. Lebih bahaya lagi jika dia mewakili jemaah kerana nama jemaah akan turut buruk.

Sifat ini boleh membawa kebinasaan kepada petugas dan pemimpin jamaah. Kerana sifat takbur ia menjadi benteng penghalang masyarakat untuk rapat dengan dia dan jamaah.

Orang yang takbur mereka lupa bahawa sombong adalah pakaian Allah, iaitu hak uluhiyah-Nya yang tidak boleh dirampas oleh sesiapa seperti dinyatakan dalam hadis yang diriwayatkan Muslim:
Bukankah Nik Aziz sendiri yang sering bersikap dengan sikap buruk seperti yang Idris Ahmad katakan tu.

Bukankah Nik Aziz yang selalu meggambarkan bahawa dia dan pengikut-pengikutnya lebih Islam dari orang Islam yang lain?

Bukankah Nik Aziz yang sering mencela, menghina dan merendah-rendahkan saudara seagama sendiri?

Bukankah Nik Aziz yang selalu menganggap hanya dirinya sahaja yang benar?

Bukankah Nik Aziz yang tidak mahu mengikut nasihat orang lain walaupun nasihat yang diberikan itu tujuannya adalah untuk memberi kebaikan?

Bukankah Nik Aziz yang apabila ditegur dia akan marah dan kalau dia menegur orang lain caranya kasar dan keras?

Pendek kata semua ciri-ciri yang dikatakan oleh Idris Ahmad itu ada didalam diri Mursyidul Am PAS sendiri. Jadi tidak salahlah kalau Horas! kata tulisan Idris Ahmad tersebut memang layak dan amat tepat kalau ditujukan kepada Nik Aziz.

Tak cukup dengan memberi sindiran dan peringatan kepada Nik Aziz...Idris Ahmad  sindir dan ingatkan pula dirinya sendiri serta penceramah-penceramah PAS yang kebanyakannya kuat memaki hamun, memfitnah, dan mereka-reka cerita dengan hadis dibawah;
“Sesungguhnya Allah benci kepada pemidato dari (golongan lelaki) yang memilih (kata-kata) dengan lidahnya seperti lembu memilih-milih (rumput) dengan lidahnya” (Abu Daud dan al-Tirmizi)
Syukur Alhamdulillah...akhirnya Idris Ahmad dah sedar bahawa dia dan juga kebanyakan penceramah-penceramah PAS selama ini berperangai tak ubah macam lembu.

Harap lepas ni Idris Ahmad akan berhenti menjadi lembu seperti yang dinyatakan dalam hadis berkenaan.




1 comment:

Anonymous said...

nampaknya juak PAS dh mula buka aib & pekung sendiri. inilah akibatnya bila agama dilacurkan & dilelong sesuka hati akibat kemaruk kuasa politik.