Thursday, January 5, 2012

Gampangnya Khalid Gagap Dan Ronnie Liu.



Mudah benar Pakatan Haprak mentadbir dan mengurus Negeri Selangor.

Kalau timbul saja apa-apa isu yang menampakkan kelemahan dan kegagalan dalam pentadbiran mereka, jalan mudah untuk melepaskan diri ialah dengan menyalahkan pihak lain.

Biasanya yang menjadi mangsa mereka ialah UMNO atau pun pihak-pihak yang menyokong UMNO. Jangan haraplah Pakatan Haprak mahu mengaku kelemahan mereka.

Berkenaan isu sampah yang semakin menimbun dan gagal diuruskan dengan sempurna di Selangor, Khalid Gagap mengatakan ada pihak-pihak tertentu yang cuba mensabotaj PBT yang exconya ialah Ronnie Liu.

Ini antara kenyataan yang dibuat oleh Khalid Gagap dalam sidang media berkaitan isu berkenaan, 
"Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim menuding jari kepada pihak tertentu yang didakwa cuba sabotaj kerajaan negeri untuk menunjukkan pihak berkuasa tempatan, PBT, gagal melaksanakan tugas yang sebelum ini dibawah Alam Flora Sdn Bhd. 

Menurut Tan Sri Khalid, kerajaan negeri mempunyai bukti ada pihak yang cuba memanipulasi isu berkenaan. 

TAN SRI KHALID IBRAHIM / MENTERI BESAR SELANGOR
"Kami mempunyai rekod yang menunjukkan sampah dibuang di kawasan sama selepas ia dibersihkan dan kami juga mendapati ada orang yang merakam kegiatan itu. Jadi ada satu usaha untuk menunjukkan kerajaan negeri terutamanya pbt tidak mampu menguruskan kebersihan. Memang ada satu lori dan kita sedang fikir cara untuk mencari mereka yang bertanggungjawab dan menahannya". 

Tambahnya, khidmat Syarikat Abadi milik Kumpulan Darul Ehsan akan digunakan bagi menyelesaikan isu membabitkan kontraktor kutipan sampah. Sumber TV3
Horas! : Macam mana nak uruskan isu sampah kalau exco yang terlibat terlalu sibuk menguruskan rumah urut, spa dan pusat hiburan haram di Selangor ni.





1 comment:

Anonymous said...

Nak bodohkan rakyat lagi. Sampah pun tak mampu nak urus apatah lagi nak urus Sampah Masyarakat!