Sunday, January 22, 2012

Mana Sampul Ang Pow 'BERSIH' Sempena Tahun Baru Cina?



Dulu Horas! ada menulis tentang sikap PAS yang sanggup mempolitikkan segala-galanya...termasuklah mempolitikkan Hari Raya Idulftri. Klik disini.

Nah! esok kaum Cina baik dari DAP, PKR mahupun dari kelab penyokong PAS sendiri akan meraikan Tahun Baru Cina. Tapi sampai la ni tak ada pula Horas! nampak mereka sibuk mempromosi sampul Ang Pow berwarna kuning yang dicetak dengan 8 tuntutan BERSHIT 2.0 macam yang PAS buat.

Mengapa mereka tak mahu membuat sampul yang macam Pemuda PAS Gombak buat?

Jawapannya mudah. Mereka tak mahu hari kebesaran atau perayaan mereka dicemari dengan perkara-perkara yang boleh menimbulkan rasa tidak selesa sesama mereka...tanpa mengira latar politik masing-masing.

Horas! dari dulu percaya dan yakin, kaum Cina tidak kira parti apa yang mereka sertai...hanya nampak sedikit bertelagah atas perkara-perkara kecil yang bukan melibatkan kepentingan utama kaum mereka. 

Tapi bila melibatkan kepentingan utama kaum mereka seperti ekonomi, agama, budaya, bahasa dan pendidikan...dalam senyap-senyap mereka akan bersatu padu. Mereka berganding bahu menentang habis-habisan kalau ada mana-mana pihak yang berani mempertikaikannya.

Pendek kata, mereka meletakkan politik kena dan tepat pada tempatnya. 

Bukan macam PAS yang sanggup meletakkan poltik atas segala-galanya...sampai kemuliaan Idulfitri yang antara pengisiannya untuk saling memaafi dan mengeratkan silaturrahim sesama saudara seagama pun mahu mereka cemarkan dengan politik kebencian.

Tapi bila difikir-fikirkan balik, tak ada apa yang pelik dengan perangai juak PAS ini sebenarnya. Kalau agama dan isteri sendiri pun sanggup mereka cagar dan gadaikan untuk kepentingan politik...apa sangatlah susahnya untuk menggadaikan yang lain.




2 comments:

Anonymous said...

Orang Cina dari beratus tahun dulu saling tolong-menolong melalui pertubuhan KONGSI masing-masing. Dari didikan beratus tahun itu mereka bersatu teguh.

Anonymous said...

PAS mmg suka berlebih-lebihan dlm politik.