Thursday, February 16, 2012

18SX: Perjuangan Untuk Membebaskan Kerandut Yang Baru Bermula.


Semenjak memulakan kerjasama dengan DAP dan PKR yang hasilnya membentuk Pakatan Rakyat, banyak pihak yang melihat pemimpin-pemimpin PAS seolah-olah hilang sifat kejantanannya dalam berpolitik.

Jika sebelum itu PAS dilihat amat lantang serta tegas dalam menyuara dan memperjuangkan dasar parti mereka yang berteraskan Islam, akhirnya didalam Pakatan, pemimpin-pemimpin PAS hanya mampu menjadi pak turut yang setia.

Hanya kerana hasrat yang membara mahu menumbangkan UMNO dan BN, mereka sentiasa tunduk akur dan patuh atas segala kehendak DAP dan PKR walaupun tahu ianya bakal memberi kesan yang amat buruk kepada parti dan perjuangan mereka sendiri.

Bukan sedikit pengorbanan yang dilakukan oleh PAS demi menjaga hati rakan-rakannya didalam Pakatan.

Hinggakan sampai kepada satu tahap, perjuangan untuk mewujudkan sebuah negara Islam yang telah sekian lama menjadi cita-cita dan teras perjuangan mereka pun sanggup dibakul sampahkan apabila itu yang diminta dan dihajati oleh DAP dan PKR.

Walaupun tindakan itu ditentang dan disambut dengan perasaan kecewa oleh ahli dan penyokong parti sendiri, pemimpin PAS tidak berdaya untuk melakukan apa-apa.


Ketika itu, soal maruah dan kehormatan sudah tiada lagi dalam kamus politik pemimpin-pemimpin tertinggi PAS. 

Mereka sanggup menyerah dan merelakan kedua-dua belah kerandut labuh mereka untuk digenggam dengan rakus oleh DAP dan PKR walaupun kesannya amat sakit dan menyenakkan.

Tapi kini tanda-tanda ketidakrelaan kerandut itu terus digenggam dengan paksa sudah mula mereka tunjukkan. Dan ianya dimulakan sendiri oleh individu yang bertindak menyerahkannya kepada DAP dan PKR suatu ketika dulu.

Niz Aziz dan Majlis Syura yang dipimpinnya sudah berani memberi kata dua kepada Anwar Ibrahim berkaitan kenyataan menyokong Irael yang dibuat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu.

'Tarik balik atau saman sahaja WSJ kalau ianya tidak benar'. Itulah amaran keras Nik Aziz pada Anwar.


Pemimpin agung sepanjang zaman DAP pun sudah mula berani ditentang dan dilawan. Kali ini dilakukan oleh anak Nik Aziz, Nik Abduh.

Nik Abduh telah menyelar Karpal dengan memberi amaran dan meminta agar Karpal belajar menghormati agama lain (Islam) dan jangan memaksa pandangannya diterima oleh orang lain (penganut agama Islam). Ini berikutan tindakan singh tua tersebut yang tidak bersetuju dengan pendirian PAS menentang sambutan Hari Kekasih.

Walaupun kenyataan yang dibuat oleh Nik Abduh itu cuba diperlekehkan oleh Lim Guan Eng yang dengan sinis bertindak bersama adun tong gas menghadiahkan bunga ros  kepada wanita Islam di Pulau Pinang sempena sambutan Hari Kekasih semalam, namun amaran yang berani dikeluarkan oleh Nik Abduh itu adalah satu permulaan yang baik dan berani.


Pada Horas!, walaupun usaha membebaskan kerandut yang terlalu lama berada didalam genggaman DAP dan PKR itu sudah agak terlewat kerana ia telah pun memberi imej yang lemah dan buruk kepada PAS dimata rakyat, namun setidak-tidaknya PAS sudah mula sedar akan kesilapan mereka selama ini.

Lebih baik dimulakan daripada terus membiarkan sikerandut digengam dan ditarik-tarik sesuka hati.

Pada penyokong-penyokong PAS peringkat bawahan yang selama ini sanggup diperlakukan seperti budak suruhan yang tugasnya sekadar menjadi pencacai tukang pasang banner, poster dan bendera untuk DAP dan PKR dalam PRU mahupun pilihanraya-pilihanraya kecil yang lalu...bangunlah beramai-ramai dan tuntutlah agar kerandut PAS dilepas dan dibebaskan.

Sampai bila mahu jadi tukang jawab dan tukang tepis atas perbuatan, tindakan dan kenyataan tidak bertanggung jawab yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin DAP dan PKR apabila ianya dibangkit dan dipertikaikan oleh masyarakat disekeliling anda? 

Tidakkah anda semua merasa amat terbeban dan tertekan dengan hal itu? Saban waktu terpaksa bertindak mencuci najis dan kekotoran yang dihasilkan oleh sipenggenggam kerandut.

Berusaha dan berjuanglah...jangan berlengah lagi. Kembalikan kejantanan dan kehormatan PAS yang telah lama hilang didalam genggaman tangan-tangan kasar DAP dan PKR.

Mudah-mudahan suatu hari nanti, kedua-dua belah kerandut PAS akan bebas semula bergoyang kekiri dan kekanan tanpa berada dalam genggaman mana-mana tangan...sama seperti yang dimiliki oleh sang tupai dalam gambar diatas.



2 comments:

Anonymous said...

Lorrr..baru gua tau kerandut pas dah kena genggam dgn dap & pkr. Mesti dah lebam birat tuh.

Patutla pas kemain takut lg ngan parti haprak yg dua tuh.

Anonymous said...

woi blogger yg bahalul! kerandut umngok saper pulak yg hisap? mic ngan mca ke? cukup2 la buat fitnah...base banganggggg....