Thursday, February 9, 2012

Panas! Rumah Dan Kereta Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Sebenarnya Dibakar Oleh Ahli PAS Sendiri?



Baru-baru ini kecoh tentang kisah rumah dan 2 buah kereta mewah milik Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor dibakar.

Bila pecah sahaja berita tentang kejadian tersebut, puak-puak PAS pun apa lagi...tanpa mahu menyiasat dan menyelidik terlebih dahulu, terus pakat tuding kesepuluh jari yang ada kearah pihak yang mereka anggap musuh.

Walau pun dengan bahasa yang berkias dan bukan secara direct, kita tahu...mereka menuduh UMNO atau pihak-pihak yang ada kaitan dengan UMNO yang melakukannya.

Kerana tidak tahu hujung pangkal dan apa sebenarnya yang berlaku, Horas! tidak ada mengulas mengenai kejadian tersebut didalam blog ini. Horas! sekadar mengikuti cerita dan perkembangannya dari blog rakan-rakan seperjuangan.

Tapi semalam, ketika sedang meronda-ronda dialam cyber mencari cerita terkini tentang kejadian tersebut...Horas! terjumpa sesuatu yang menarik disebuah blog yang rasanya elok untuk dikongsikan bersama rakan-rakan pembaca sekalian.

Ini ceritanya;

sumber: penyokongpas.wordpress.com

Penulis blog ini sendiri pada mulanya turut mengesyaki perbuatan khianat tersebut dilakukan oleh ahli-ahli parti lawan (UMNO).

Tapi apabila dia menerima penjelasan dari seorang lelaki yang dipanggilnya sebagai Cikgu Bahar (Horas! percaya lelaki yang dipanggil Cikgu Bahar ini seorang yang mempunyai kedudukan dalam PAS Johor) dia sendiri terduduk (amat terkejut).

Tentu ada sesuatu yang mengejutkan dan amat diluar jangka disebalik insiden rumah dan 2 buah kereta Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor yang dibakar itu. Dan ianya pula cuba dirahsia dan disembunyikan oleh PAS dari pengetahuan umum.

Pada Horas!, memandangkan Dr Dzulkefly Ahmad pun sudah membuat laporan polis atas apa yang berlaku...jadi biarlah pihak polis menjalankan siasatan mereka.

Kebenaran pasti akan muncul akhirnya.

Cumanya perangai buruk juak-juak PAS dan pemimpin mereka nampaknya kini semakin terdedah. Mereka memang cekap dan cukup suka menudung jari menyalahkan UMNO dan pihak-pihak yang ada kaitan dengan UMNO jika ada sesuatu perkara yang tidak baik menimpa mereka.

Sedangkan apa yang terjadi itu mungkin tindakan sabotaj dan angkara perbuatan ahli-ahli mereka sendiri...yang mungkin tidak berpuas hati atas sesuatu perkara yang dilakukan oleh pemimpin mereka.

Kepada lelaki yang dipanggil Cikgu Bahar oleh pemilik dan penulis blog diatas...jika benar anda seorang yang jujur dan memegang prinsip amar ma'ruf nahi mungkar, bantulah polis Johor dengan menyalurkan maklumat-maklumat yang anda ada.

Beranilah berkata benar walaupun kesannya amat pahit.

Horas! : Tiba-tiba pula teringat dengan kes kepala babi yang diletakkan di sebuah masjid di Rawang dan Sentul baru-baru ini. Pihak mana punya angkara agaknya ya?






5 comments:

Anonymous said...

hikhik.cam perangai YAHUDI pulak penganut2 pas nie.kalau yahudi sanggup bunuh org dia sendiri atas tujuaan kepentingan dia.dulu yahudi pernah tembak kapal perang usa bunuh lebih 20 askar usa pasal yahudi nak tuduh mesir yang buat.sama saja pas nie dgn YAHUDI skrg .khianat.pas=parti pak turut@parti adat dan bersosial.

Anonymous said...

Bukan setakat Toyota Camry kena bakar salahkan UMNO, hatta terKINCIT dalam seluar pun tetap salah UMNO.

Islamik konon..

Anonymous said...

Setuju ngan bro horas, patutnya cikgu bahar ni bagi maklumat pd polis utk bantu siasatan. Jgn bersubahat membiarkan ahli2 bawahan Pas terus buat fitnah kononnya perbuatan membakar tu dilakukan Umno.

Anonymous said...

Harap lebih ramai SB diserapkan ke dlm PAS utk cari munafiq2 yg bersembunyi dlm parti tu. Al-Maunah dh buktikan gerakan PAS mudah diresapi anasir politik dn extremis yg salah fhm/bawa aqidah Islam.
Bg golongan pelampau ni tak kisah, sbb matlamat halalkan cara (kononnya). DAP dan PKR juga nmpknya dh mula diresapi golongan pelampau agama (bukan Islam). Harap PDRM dpt pantau. PDRM is the best (walaupun ada juga kaki judi dan arak yg menyorok dlm PDRM)

Anonymous said...

beginilah perangai malaon dlm Pas ..tak usul periksa terus tuduh org lain punya kerja..ntah2 kalau ternyata org Pas sendiri yg punya angkara, tak mustahil akan disorokka dari pengetahuan umum...ermmm memang sah dajal orng Pas ni...