Friday, March 9, 2012

Apa Khabarnya Cadangan Pembinaan Kompleks PAS Pusat Dulu?



Dari awal hingga pertengahan tahun 2010 dulu, PAS heboh mewar-warkan kononnya mereka bakal membina sebuah kompleks serba lengkap dan canggih yang akan dijadikan ibupejabat PAS Pusat.

Dikatakan kompleks tersebut apabila siap nanti bakal mempunyai sebuah dewan persidangan yang boleh memuatkan 8000 orang di samping pusat latihan moden serba lengkap, kawasan perniagaan dan perumahan. 

Walau bagaimana pun, ada sesuatu yang mengelirukan tentang pembinaannya.

Kalau dirujuk dilaman web kompleks.pas.org.my, ada dua tapak dan dua kos yang berlainan bagi tujuan pembinaan kompleks tersebut.

Dalam laman web berkenaan ada mengatakan yang ianya akan dibina di Sungai Merab dengan kos pembinaannya ialah sebanyak RM27 juta.

Dalam masa yang sama, laman web itu turut menyatakan yang kompleks berkenaan bakal dibina di Paya Indah Wetlands, Dengkil dan kos pembinaannya ialah sebanyak RM30 juta pula.

Jadi mana satu yang betul sebenarnya? 
Mahu dibina di Sungai Merab atau mahu dibina di Paya Indah Wetlands Dengkil?

Dan kosnya pula berapa? RM27 juta atau RM30 juta?



(klik imej untuk lebih jelas)

Dan yang menjadikan ianya betambah pelik bercampur kelakar ialah apabila majlis pecah tanah untuk membina kompleks tersebut dirasmikan oleh Nik Aziz diatas tapak di Paya Indah Wetlands, tapi tabung yang diwujudkan untuk menampung kos pembinaannya, yang dirasmikan oleh Hadi Awang pula menyatakan yang ianya akan dibina di Sungai Merab.

Elok lah tu. Pecah tanah kat tempat lain, tapi kutip duit tabung untuk membinanya ditempat lain pulak.

Sehingga kini, laman web tersebut tidak ada memasukkan maklumat-maklumat terkini berkaitan pembinaan kompleks berkenaan. Kali terakhir ianya dikemaskini hanyalah pada 21hb Julai 2010.

Maklumat lain yang boleh diperolehi dari laman web tersebut hanyalah tentang lokasi kompleks itu bakal dibina :


Tapi hasil carian terkini Horas! menggunakan google earth dikawasan tapak diatas menunjukkan tiada apa-apa bangunan yang telah dibina disitu. 

Tak tahu lah pula Horas! kalau-kalau mereka membinanya dibawah tanah. Yang pasti kalau ada apa-apa struktur bangunan besar yang sedang dibina diatas tapak berkenaan, pasti boleh dilihat dalam imej google earth dibawah.


Nampaknya, dalam perancangan membina kompleks untuk kegunaan parti sendiri pun PAS sudah lintang pukang dan kelam kabut. Bayangkanlah macam mana keadaannya nanti kalau mereka diberi peluang oleh rakyat untuk mentadbir negara.

Harus lintang pukang dan berterabur jadinya.

Itu satu hal...bagaimana pula dengan kisah duit tabung yang sudah dikutip? Berapa yang sudah berjaya dikumpul?

Takkan tiada langsung sumbangan yang dah masuk?



Dengarnya sudah ada ahli-ahli PAS yang mula merungut tentang perkara ini. 

Mereka sudah menyumbangkan duit...tapi hingga sekarang mereka tidak memperolehi sebarang maklumat berkaitan perkembangan atau status projek berkenaan.

Mereka tidak tahu samada projek tersebut diteruskan atau tidak, dan dalam masa yang sama tiada juga dinyatakan kepada mereka tentang berapa jumlah yang telah berjaya dikutip sehingga kini.

Pada Horas!, tidak mustahil projek pembinaan kompleks PAS Pusat ini akan menjadi seperti projek membina jambatan baru yang menghubungkan Palekbang dan Kampung Cina yang sibuk diwar-warkan PAS di Kelantan hampir 20 tahun yang lalu.

Kecohnya bukan main, tapi sampai sekarang satu habuk pun tak ada. Yang ada hanyalah batu nesan besar seperti dalam gambar dibawah yang dipacak sebagai tanda perasmian pembinaan jambatan tersebut.


Kalau setakat batu seperti inilah yang mampu PAS pacakkan di tapak kompleks PAS Pusat yang bakal dibina di Paya Indah Wetlands itu, memang patut pun tiada sesiapa yang dapat melihatnya dalam imej google earth yang Horas! tempel diatas.

Ahlul-ahlul PAS bawahan gigit jari lagi lah nampaknya.

Kempunan nak merasa ada kompleks yang canggih dan hebat......



1 comment:

Anonymous said...

sian, ahli bawahan paih kena kencing lagi!