Monday, May 28, 2012

Dua Rakaman Menarik Tentang Gangguan Jin Ditelefon.

Video dibawah memaparkan perbualan seorang Syekh dengan seorang wanita didalam satu rancangan Agama,sedang wanita itu berbual bersama Syekh tersebut,tiba-tiba wanita tersebut dirasuki jin dan bercakap dengan nada suara yang pelik,oleh itu syekh tersebut cuba membaca ayat-ayat Al-Quran dan Doa – doa untuk merawati wanita tersebut hanya didalam perbualan talifon.


Video Klip: Gangguan Jin Dalam Perbualan Talifon Di Rancangan TV (Live)
Tajuk Pembincangan: The World Of The Unseen (Jin)
Panel Jemputan: Syekh Abu Mohammad
Pengerusi: Abu Bakar Islam
Negara: Algeria

TANDA-TANDA GANGGUAN JIN

Tanda-Tanda Pada Waktu Tidur:

1. Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama bersusah payah.
2. Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.
3. Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.
4. Mimpi yang sangat menyeramkan.
5. Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching, anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus.
6. Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.
7. Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.
8. Berperasaan sedih pada saat tidur.
9. Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
10. Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
11. Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan.
12. Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat hitam.
13. Bermimpi melihat hantu.

Tanda-Tanda Pada Waktu Sedar:

1. Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.
2. Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.
3. Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat.
4. Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan tidak sanggup mengubatinya.

Stuasi Gangguan Jin:

1. Gangguan sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang yang mengalami berbagai macam saraf yang tersumbat.
2. Gangguan tidak secara keseluruhan, iaitu jin mengganggu salah satu dari anggota badan, seperti tangan, kaki atau lidah.
3. Gangguan yang berterusan, iaitu jin terus berada dalam tubuh seseorang sehingga memakan waktu yang sangat lama.
4. Gangguan seketika, iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti seseorang yang mengalami mimpi buruk.

sumber: hafizamri.com


Video dibawah pula adalah rakaman suara seekor jin jantan yang menggoda dan bercakap perkara-perkara lucah lagi tak senonoh dengan isteri seorang lelaki di Kelantan.

Gangguan dari jin jantan itu bermula apabila suami wanita berkenaan telah tersilap membenarkan jin jantan tersebut menumpang dan menginap dirumahnya.

Akhirnya suami wanita berkenaan kehilangan isterinya apabila isterinya mengambil keputusan nekad meminta cerai dan berkahwin dengan jin tersebut.

Sukar dipercayai isteri lelaki terbabit boleh tergoda dan sanggup meninggalkan suaminya gara-gara tidak tahan dengan godaan jin jantan yang berperangai buruk itu.


Pesan Horas!, jaga-jaga isteri anda sekiranya didapati jin yang suaranya dirakam dalam video diatas berada berhampiran dengan isteri anda.

Risiko anda untuk kehilangan isteri adalah tinggi sekiranya jin jantan tersebut berkenan dengan isteri anda.






No comments: