Thursday, May 17, 2012

Harap Tabung Bantu Pelajar ke IPT PAS Rembau Tak Jadi Seperti Tabung Memali.



Bunyinya cukup menarik, mahu membantu pelajar yang tidak berkemampuan melanjutkan pengajian ke pusat pengajian tinggi.

Dan seperti biasa....sumber dana tabung adalah dari poket orang ramai.

Apa pun Horas! harap tabung yang diwujudkan oleh PAS Rembau ini tak jadi seperti tabung Memali. 

Kita semua tahu yang balu-balu serta anak-anak tragedi Memali tak mendapat bantuan yang sewajarnya daripada pihak yang menguruskan tabung tersebut.

Bayangkan, dari puluhan atau mungkin ratusan ribu wang yang berjaya dikumpul didalam tabung itu, balu-balu tragedi Memali hanya menerima sekitar RM600 sahaja.

Yang mendedahkan penyelewengan Tabung Memali pula bukannya pemimpin-pemimpin UMNO yang dianggap musuh dunia dan akhirat oleh PAS. Tapi didedahkan sendiri oleh balu-balu tragedi serta ahli-ahli (kini menjadi bekas ahli) PAS sendiri.

Balu Allahyarham Ibrahim Libya, Soleha Mahmud sendiri dihina secukup-cukupnya oleh penyokong-penyokong tegar PAS hanya kerana mereka mengesyaki wanita itu terlibat dalam mendedahkan penyelewengan Tabung Memali yang cuba disembunyikan itu.

Berbalik kepada usaha PAS Rembau yang mewujudkan tabung bagi membantu pelajar yang tidak berkemampaun melanjutkan pelajaran ke IPT...seperti yang Horas! katakan awal-awal tadi, harap-harap ianya tidak akan menjadi seperti Tabung Memali.

Kalau wang dari Tabung Memali yang menjadi hak anak-anak yatim dan ibu mereka yang menjadi balu pun PAS boleh sebat dan rembat...apalah sangat  halnya dengan tabung yang ini.

Celah gigi jer tu....

Horas!: Untuk mengetahui fakta tentang penyelewengan Tabung Memali, rakan-rakan pembaca sekalian boleh klik disini.


2 comments:

Anonymous said...

KLU KITE GUGEL BYK GAMBAR PENCACAI PAS KIRE DUIT BERLONGGOK2 DEPAN DIORANG..TAH DUIT RAKYAT MISKIN BERTAMBAH MISKIN..NAK PERJUANGKAN NASIB RAKYAT KENE KEMBUNGKAN PERUT ATAU KOCEK PEMIMPIN DIORANG DULU? KEHKEHKEHKEH

Horas! said...

Jep...tu bukan kira sebarang kira tu. Tu kira duit yuran untuk daftar masuk ke sorga yang dijanjikan PAS..haha