Monday, September 17, 2012

Bengong Dan Perasan, Itulah Idris Ahmad.



Entah mengapa, setiap kali Idris Ahmad bercakap...ayat-ayat yang keluar dari mulutnya sentiasa nampak macam menyindir dan merendahkan partinya sendiri.

Walaupun dia nampak beriya-iya cuba menyerang dan memusnahkan kredibiliti UMNO...namun yang nampak ketara dari kata-katanya seolah-olah dia meludah kemuka PAS sendiri.

Kadangkala Horas! terfikir, patutlah PAS gugurkan dia dari terus memegang jawatan Ketua Penerangan Pusat. Mungkin PAS sendiri tak tahan dengan perangainya yang main cakap apa saja benda yang dia rasa nak cakap.

Dan memang patutlah juga ada kalangan rakan blogger Horas! yang mengelarkan dia sebagai Ketua Penerangan yang paling bodoh dalam sejarah penubuhan PAS semasa dia masih memegang jawatan itu.

Semalam Idris Ahmad menyindir dan merendahkan PAS lagi.

Kata Idris,
"PAS akan jaga Melayu jika Umno kalah di dalam PRU13. Najib selaku Presiden Umno jangan duduk perasan Umno sahaja boleh menjaga Melayu."
Kata Idris lagi,
“Sudah 55 tahun Umno diberi peluang bukan satu masa yang pendek tetapi terbukti Umno gagal menjaga Melayu. Melayu bukan diangkat martabat, sebaliknya bertambah merempat.” 
sumber: harakahdaily 

Betulkah apa yang Idris Ahmad perkatakan itu?
Betulkah UMNO gagal menjaga Melayu dan Melayu semakin merempat kerana UMNO?

Di Penang ketika ini, bukankah PAS yang sebenarnya membiarkan Melayu merempat?

PAS hanya memerhati apabila sekutu politik mereka meroboh kampung-kampung tradisi Melayu yang akhirnya memaksa penduduknya merempat mencari penempatan-penempatan baru semata-mata kerana mahu memberi laluan kepada pembinaan rumah-rumah mewah yang hanya mampu dimiliki oleh kaum Cina. 

Tanah-tanah di di Balik Pulau juga sudah banyak yang dibangunkan dengan kediaman-kediaman mewah yang harganya menjadikan ianya hampir mustahil untuk dimiliki oleh bangsa Melayu. Tujuan pembinaannya adalah menghimpit kampung-kampung tradisi Melayu yang sedia ada disitu dan sekaligus untuk memaksa penduduknya berhijrah. Apa yang PAS buat untuk menjaga hak mereka?

Gerai-gerai milik peniaga dan penjaja Melayu mencari rezeki diroboh dan mereka diusir manakala premis-premis yang sama tapi dimiliki oleh kaum Cina langsung tidak disentuh. Mengapa sekalipun PAS tidak pernah bangkit membantah untuk membela?

Jangan lupa, di Perak bukan sedikit Cina yang mendapat hak milik tanah sehingga 999 tahun. Hanya kurang setahun untuk mencecah tempoh 10 abad. Melayu pula kebanyakannya hanya dapat hak milik selama 99 tahun, kurang 900 tahun dari apa yang diperolehi oleh kaum Cina. Apa yang PAS buat? 

Kalau benar PAS serius mahu menjaga Melayu, mengapa Melayu tidak diberikan hak yang sama.

Di Selangor, pernah pemaju-pemaju hartanah (yang majoritinya dimiliki oleh kaum Cina) dengan beraninya telah membuat permohonan agar kerajaan negeri melepaskan kuota perumahan untuk Melayu dan bumiputera secara automatik. 

Mujurlah banyak pihak yang membantah dan cadangan tersebut akhirnya ditangguhkan. Apa yang PAS buat ketika itu? Bukankah PAS hanya mendiamkan diri. Mengapa PAS tidak bangkit dan bersuara lantang membela Melayu ketika itu? 

Ketika isu kuil yang dibina di kawasan perumahan yang 99% didiami keluaga Melayu di Shah Alam dan mereka bangkit membantah...tak payah Horas! cakap, rakan-rakan pembaca sendiri tahu siapa yang PAS bela dan sokong.

Itu belum cerita pasal arak yang sudah boleh dijual dikawasan yang majoriti penduduknya beragama Islam.


Belum cerita lagi pasal pusat-pusat maksiat yang tumbuh melata yang secara perlahan-lahan boleh merosakkan moral dan akhal anak muda Melayu serta usaha memurtadkan umat Islam yang terang-terangan berlaku tapi PAS buat bodoh dan pejam mata. Lagi mahu bercakap pasal jaga Melayu.

Di Kedah pernah sampai kesatu tahap, tempat menyembelih dan memproses babi pun ada Cina yang berani mahu buka dikawasan majoriti Melayu. Apa yang PAS buat ketika itu. Bukankah PAS lebih sibuk memujuk seorang  pemimpin DAP yang merajuk kerana penduduk setempat bangkit marah-marah membantah. 

Di Kelantan sendiri yang sudah lebih 20 tahun jadi sarang PAS usah ceritalah. PAS hampir tidak melakukan apa-apa untuk menjaga Melayu disana hingga memaksa mereka berhijrah kenegeri-negeri lain untuk mencari rezeki.

Kalau mahu dituliskan satu persatu bukti yang menunjukkan PAS sememangnya tidak pernah dan jauh sekali dari mampu membela Melayu dinegara ini, rakan-rakan pembaca sekalian boleh muntah hijau membacanya.

Selain Idris Ahmad yang bengong, tiada pemimpin-pemimpin PAS lain yang berani bercakap  soal menjaga Melayu kerana mereka tahu, jika bercakap soal menjaga Melayu...mereka sebenarnya sedang meludah kahak hijau pada parti sendiri.

Jadi biarkanlah Idris Ahmad terus hanyut dalam kebengongannya sendiri. Abaikanlah setiap kata-kata yang keluar dari mulutnya kerana sedari dulu dia tidak pernah mahu melihat partinya sendiri sebelum bercakap mengkritik pihak lain.

Lagi pun, apalah yang boleh diharapkan dari PAS yang pemimpinnya lebih sanggup bergelumang dengan daging babi digerai Cina menjualnya daripada bangkit membela nasib saudara seagama yang gerai-gerai tempat mereka mencari rezeki dirobohkan di Pulau Pinang?

Fikir-fikirkan lah....







1 comment:

Anonymous said...

Sah pengikut pas ni bodoh ,dungu dan keldai aku yang tinggal di penang namapk ,apa yang orang pas tak nampak.orang pas ni buta tuli,yang pkr nya kaki ampu ,sampai duit zakat suruh orang kafir bagi.tak ke bodoh .....