Monday, September 10, 2012

Lawak! PAS Mahu Jadi Jaguh Isu Air Di Mentakab.

Di Kelantan, lebih 20 tahun rakyatnya menderita kerana saban hari terpaksa menggunakan air paip yang warnanya sama dengan air teh dan selalu terputus bekalan hingga ada jenazah yang tidak dapat dimandikan......apa PAS buat?

PAS tak buat apa-apa melainkan pakat buat bodoh.



Di Lembah Kelang, bila jutaan rakyat sudah mula menerima kesan akibat kekurangan bekalan air hingga terpaksa beratur berderet berjam-jam menunggu  lori menghantar bekalan air kerana sikap keras kepala kerajaan PR Selangor yang menghalang pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2....apa PAS buat?

PAS tak buat apa-apa melainkan pakat buat bodoh jugak.


Tapi bila beberapa kawasan di Mentakab mengalami gangguan bekalan air kerana paip utama yang menyalurkan air pecah akibat masalah teknikal....tiba-tiba PAS bangkit melompat mahu menjadi hero.

PAS suruh beberapa orang penduduk yang mengalami gangguan bekalan air di Mentakab bergambar dihadapan lubang paip pecah..ambil gambar dan kemudian sumbat dalam Harakah.

Bagi PAS...itu adalah tanda mereka amat prihatin dengan nasib yang menimpa warga Mentakab.
Bagi PAS...itulah tanda mereka amat simpati dengan kesukaran yang terpaksa dihadapi warga penduduk terlibat.

Kesengsaraan warga Mentakab yang sudah 5 hari terpaksa menghadapi gangguan bekalan air amat meruntun, merobek-robek dan menghancur luluhkan hati PAS.

Tapi kesengsaraan 20 tahun rakyat Kelantan dan kesengsaraan jutaan rakyat di Lembah Klang yang sudah mula menanggung kesan akibat krisis air...PAS pakat buat pekak bodoh.

Cara politik PAS memang takde kelas. Hampas!!!....








9 comments:

Anonymous said...

itu mmg gaya politik pas, tak menentu arah dn ntah apa2. tu sebabnya dlm pr, dap dn pkr langsung tak heran dgn pas.

Anonymous said...

rumah sendiri minum air berkeladak cap kopi kaw.. tapi nak sibuk ambik tau rumah org plak yg dah dapat air bersih..

Pas boleh jadi hero..tapi hero kartun

Anonymous said...

PAS sinonim dengan "yang kuman jadi gajah"....ni satu contoh buat kak abby.

Anonymous said...

mcm haram je pas,baru 5 hari dah masuk harakah,kat sanun tu 20 tahun.....apa story...

Anonymous said...

standardlah paip pecah mmg takde air. bukan setahun. yang di kelantan bertahun2 dah takde air. bukan seab paip pecah. bukan sebab takde air. tapi sebab kerajaan pas bengong. elok je pas duduk diam di kelantan. kenapa tak pas berdemo?

Anonymous said...

PIS memang muka tak tau malu. Negeri yg depa dah bersarang berpuluh tahun pun masalah air tak setel2, menyibuk pulak nak pi setelkan masalah air kat negeri org yg puncanya setakat pasal paip pecah.

Anonymous said...

umno lagi babi,sibuk kat kelantan n selangor tapi kat pahang xde air senyap je.xde masuk tv3 pulok,memang umno dasar babi negana!

Horas! said...

Yang kat atas ni contoh klasik perangai juak-juak PAS. Bila kena setepek kat atas hidung sendiri...habis semua orang dimaki hamun dan dibabi-babikannya. Dahsyat bahasa bakal-bakal ahli syurga ciptaan PAS :)

Anonymous said...

kat Pahang takde air? area mana tu? nak jugak tahu pasal anak jati Pahang mcm aku ni perlu la ambil kesah akan "masalah" air kat negeri aku!...jangan asik berkokok je tapi bukti tarak!