Monday, October 15, 2012

DAP Ludah Muka PAS Kedah Untuk Kesekian Kalinya....



Dulu kecoh pasal pusat penyembelihan babi yang mahu dibuka puak-puak DAP di Kampung Tok Pawang, Kuala Muda yang majoriti penduduknya Melayu.

Mula-mula PAS nampak garang menolak kehendak DAP itu...tapi akhirnya terpaksa akur bila Lim Kit Siang buat-buat batuk bagi signal agar PAS jangan pandai-pandai nak bantah.

Maka samada suka atau tidak...terpaksalah penduduk Kampung Tok Mawang menerima kehadiran pusat menyembelih babi berskala besar dikawasan kediaman mereka.

Inilah akibatnya bila pemimpin-pemimpin PAS melampau-lampau sangat menunjukkan tahap keakuran mereka kepada DAP. Kononnya atas nama Tahaluf Siyasi.

Hari ini, berkat Tahaluf Siyasi PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat...Pengerusi DAP Kedah Lee Guan Aik secara rasminya menolak serta tidak akan menyokong pelaksanaan garis panduan papan iklan yang menetapkan model berpakaian sopan atau bertudung, seperti yang dilaksanakan di Kelantan. 

Kata Lee, undang-undang berunsur Islam itu perlu ditentang sekiranya mahu dilaksanakan oleh PAS di Kedah.

Mungkin inilah yang dikatakan pemimpin-pemimpin PAS bahawa DAP amat faham dan semakin menerima Islam agaknya.

Kasihan PAS...





No comments: