Thursday, May 16, 2013

Pemuda PAS Selangor Pantau Kerajaan Negeri, DAP Dan PKR Menggigil Ketakutan.


Kadang-kadang aku kesian tengok cara politik pemuda pas selangor.

Minggu lepas timbalan ketuanya berapi-api cakap takde sebarang perjanjian yang mengatakan jawatan menteri besar Selangor mesti diperuntukkan kepada PKR jika pakatan rakyat terus berkuasa di selangor.

Bukan setakat cakap takde perjanjian, tapi dengan garangnya siap suruh pemimpin PKR Selangor tengok muka sendiri kat cermin dulu sebelum membuat apa-apa kenyataan yang kerusi MB Selangor patut diberikan pada PKR.

Goyang tak pemimpin PKR dengan kegarangan timbalan ketua pemuda pas selangor? Sikit pun tidak!

Khalid G tetap jadi MB.

Kelmarin ketuanya pulak buat kenyataan. Kata hasbullah,  dewan pemuda pas selangor akan memantau dan menjadi kumpulan pendesak yang menyuarakan bantahan sekiranya saf kepimpinan kerajaan negeri gagal memenuhi hasrat dan harapan rakyat.

Tak payah lah pemuda pas selangor buang masa nak jadi pemantau, kumpulan pendesak dan entah apa bagai. Takkan kemananya....

Aku ingat lagi masa timbul isu penganjuran Konsert MTV World Stage di I-City, shah alam tahun 2011 dulu..pemuda pas bukan main hebat membantah.

Pemuda pas pas bukan setakat hantar satu...tapi hantar dua memorandum bantahan kepada khalid G. Kata pemuda pas...konsert itu menghidangkan hiburan melampau dan bertentangan dengan Enakmen Kawalan Hiburan Negeri Selangor. 

Dibatalkan tak konsert mtv tersebut kerana bantahan pemuda pas? Haram tak..

Dua memorandum bantahan yang dihantar pemuda pas langsung tak dilayan. Dan yang paling lucu...permintaan pemuda pas nak jumpa khalid G untuk membincangkan pembatalan konsert tu pun langsung tak dilayan.

Jadi kepada pemuda pas selangor...tak payah lah buang masa nak jadi pemantau pentadbiran khalid G atau PKR di selangor. Buang masa. Lagi pun yang betul-betul berkuasa menentukan apa yang boleh dibuat dan apa yang tak boleh dibuat di selangor bukan PKR atau khalid G...tapi DAP.

Kalau pemuda pas dapat pantau sikit-sikit perangai dajal dap yang menggalakkan kuncu-kuncu mereka memeriahkan selangor dengan rumah urut yang terselit dengan kegiatan pelacuran, pusat-pusat hiburan haram, penjualan arak tanpa kawalan dan entah apa-apa lagi bisnes yang boleh menjahanamkan moral umat...itu sudah cukup baik.

Kalau pemuda pas berani sergah dap....lagi aku salute.

Tapi berani ke pemuda pas selangor nak sergah dap kalau dalam pru baru-baru ni, adun-adun pas sendiri pun banyak yang menang kerana undi cina-cina penyokong dap?



Kalau otai pas macam dr hatta ramli pun standardnya setakat jadi tukang pasang bendera dap...setakat pemuda pas lagi lah dap tak pandang.

Pemuda pas, kalau dapat jadi tukang susun kasut teresa kok pun dah cukup baik...



5 comments:

Anonymous said...

mana ada telur diorg ni... ckp je berdegar2

Anak Lenggong said...

Saperti biasa laa lobai PAS umpama saekur kura-kura yang berani mengeluarkan kepala pabila tiada orang disekeliling tetapi pabila terpandang orang akan menyorok kepala nya didalam cengkeram..Lobai PAS cuma berani bersuara tanpa sebarang tindakan tetapi satelah disergah oleh DAP dan PKR mereka akan menjadi saperti burung belatuk yang mengagguk kepala je..

Cuba lihat apa yang terjadi di Penang..wakil PAS cuma duduk dtepi pintu je..tiada sebarang jawatan pun diberi..di Selangor walaupun mempunyai kelebihan kerusi tetapi terpaksa duduk melopong je..sekarang ni berangan pulak minta lebih jawatan exco pulak..kita tengok la nanti ..maybe jawatan exco menjaga hal ehwal islam pun tak dibagi saperti dahulu kut..

Apa yang nyata melayu PAS cuma layak dijadikan pacacai, barua, kuli batak dan budak upahan kepada DAP dan PKR sahaja..lihat sahaja pabila sesuatu program bantahan dijalankan,dengan sedikit upah melayu ini lah yang dikerah kedepan untuk menjadi samseng jalanan. sewaktu pilihanraya PRU13 dahulu pun melayu ini lah juga yang dikerah untuk memacak dan memasang bendera serta banner bagi Pakatan Rakyat..melayu ini lah juga yang menjadi samseng dengan membuat provokasi dan menyerang parti lawan..kena tangkap dan didapati bersalah..sendiri pula yang tanggung dengan tiada sebarang bantuan daripada pemimpin mereka.

Anonymous said...

Alangkah baik nya jika Haji Imran PKR yg menang Parlimen Lumut bertanding atas tiket BN...jika beliau betul2 mau berkhidmat pada masyarakat....tapi sayang seribu kali sayang beliau pilih PKR.....alamat NGANGA lah orang Lumut Manjung Sitiawan lepas ni.

Anonymous said...

Kalau gejala murtad pun Pemuda PAS buat tak endah, apa lagi perkara lain...Phui...macam haram..

usin said...

jangan cakap dewan pemuda pas selangor takde telur. tak baik. telur ada beb. tapi tembelang!!!