Wednesday, May 1, 2013

PRU13: Keganasan Pentaksub PAS Dan Kegiatan Mencalit Jari Pengundi Dengan Dakwat Di Hulu Langat.



Kisah 1

Malam minggu yang lalu pergaduhan hamper-hampir tercetus antara peyokong PAS dan peyokong BN di Taman Perkasa, Hulu Langat. Puncanya penceramah PAS yang bermulut puaka buat provokasi secara melampau dalam ceramahnya. 

Patutnya dia bercereramah lah elok-elok. Cakap lah apa-apa benda baik yang PAS nak buat kalau menang nanti. Ni tidak…mulut puakanya tak sudah-sudah memaki hamun BN. BN nak mampus..BN zalim..BN jahat..BN bunuh orang..BN elok mati dan entah apa-apa lagi maki hamun. 

5 minit boleh tahan..10 minit pun boleh tahan lagi, masuk setengah jam…bila maki hamun penceramah PAS makin menjadi-jadi..ada penykong BN yang dah mula hilang sabar. Tapi hilang sabar mereka takde lah sampai tahap nak serang atau pergi ganggu ceramah PAS. Mereka setakat naikkan bunting yang tertulis ‘Manifesto PRU Pakatan Rakyat Bukan Janji – Khalid Gagap’ lebih kurang 50 meter dari tempat ceramah PAS…itu jer. 

Penyokong PAS yang nampak bunting tu tengah dinaikkan terus hangin satu badan. Tiga empat orang daripada mereka terus pergi warning penyokong BN dan suruh mereka turunkan bunting tu masa tu jugak. Masa tu lah pergaduhan mulut berlaku. 

Ketika pergaduhan mulut itu berlaku..tiba-tiba tujuh lapan orang lagi penyokong PAS datang meluru siap dengan batang kayu kat tangan. Tak mahu kejadian yang lebih buruk berlaku…penyokong BN berundur dan telefon polis. Penyokong BN setakat peratikan tindak tanduk samseng PAS cuba menurunkan bunting tu dari jauh. Bila nampak lampu biru polis lip lap lip lap datang terus samseng PAS lari mencicit. 

Tapi bunting tu tetap jugak tak dapat diselamatkan. Esok paginya dah selamat berterabur atas tanah kena cincang. 



Kisah 2 

Ini pulak cerita pasal pasang bendera BN. Terjadi pun pada malam minggu yang lepas. Biasa lah..pasal besoknya hari cuti, maka ramai lah jentera-jentera muda BN yang pakat nak bersengkang mata pasang bendera BN di sekitar kawasan mereka di Paya Seberang, Hulu Langat. Pasang punya pasang..punya pasang, akhirnya mereka dekat nak sampai kebilik gerakan PAS. Nak kata dekat…takde lah dekat sangat pun. Adalah dalam jarak 30-40 meter. 

Tengah syok-syok pasang bendera tiba-tiba datang meluru seorang penyokong PAS pertengahan umur mengamuk sakan. Habis bendera BN direntap dan dikoyak-koyakkannya sambil memaki hamun menjerit-jerit cakap dia sakit mata dan sakit hati tengok bendera BN yang banyak dinaikkan kat dalam kampung tu. Rakan-rakannya didalam bilik gerakan tersebut hanya memerhati dari jauh. 

Petugas yang memasang poster dan bendera BN cuba memujuk dan menenangkan lelaki tersebut..tapi gagal. Dia jadi makin menggila dan tiba-tiba salah seorang dari petugasa BN dipukul dengan batang besi. Mujur lah mangsa sempat mengelak dan hanya terkena sedikit. 

Melihat pukulannya hanya terkena sedikit..penyokong PAS tersebut menjadi semakin agresif. Dia siap cakap dalam bonet keretanya ada cangkul dan dia tak akan teragak-agak untuk menggunakannya untuk mencederakan petugas BN kalau bendera BN masih dipasang disitu.

Melihat keadaan jadi tak terkawal dan bagi mengelakkan kejadian yang lebih buruk berlaku petugas BN beralah dan berundur dari kawasan tersebut. 

Horas! difahamkan yang satu laporan polis telah dibuat berikutan kejadian tersebut. 

Inilah antara perangai juak PAS di Hulu Langat yang terpaksa dihadapi penyokong BN sepanjang musim kempen PRU ni. Mereka mengutuk memaki hamun dan memprovokasi boleh…tapi bila mereka kena usik sikit..terus mengamuk sakan sampai nak membalun orang. 



Kisah 3 

Sudah tersebar di Hulu Langat tentang tindakan kumpulan-kumpulan tertentu yang datang kerumah penduduk kampung mencalit jari pengundi dengan dakwat tertentu. 

Sasaran mereka adalah rumah-rumah yang dihuni oleh makcik pakcik pertengahan umur dan warga emas. Bagi memastikan tiada orang muda dirumah-rumah yang bakal mereka jadikan sasaran, kumpulan tersebut menjalankan operasi mereka dalam waktu pejabat. 

Dikatakan mereka menggunakan alasan kononnya proses mencalit dakwat dijari mangsa itu adalah sebagai proses percubaaan untuk melihat samada dakwat itu berkesan atau tidak untuk digunakan masa hari mengundi nanti. 

Hulu Langat adalah kubu kuat UMNO dan BN. Majoriti makcik pakcik pertengahan umur dan warga emas di Hulu Langat memang penyokong kuat UMNO dan BN. Belum pernah lagi calon Melayu BN baik di DUN Dusun Tua mahu pun di DUN Semenyih kalah dan tumbang dalam PRU-PRU yang lalu. Itu sebabnya kumpulan tersebut menjadikan makcik dan pakcik pertengahan umur dan warga emas sebagai sasaran utama mereka. Biar tak boleh mengundi nanti.

Ada jugak yang mengatakan tindakan kumpulan tersebut mencalit jari pengundi bagi menimbulkan kekecohan di pusat mengundi pada hari membuang undi nanti. 

Memang ada logiknya. Bayangkan tiba-tiba orang yang dijarinya masih ada kesan dakwat datang nak mengundi…memang boleh huru hara jadinya. Nanti boleh lah pihak-pihak tertentu yang berniat jahat buat kecoh kononnya SPR bagi orang yang menyokong BN mengundi sampai dua kali. 

Jadi kepada warga Hulu Langat yang layak mengundi tolong berhati-hati dengan perkara ini. 

Pada anak-anak yang hanya orang tua mereka sahaja yang tinggal dirumah ketika mereka keluar bekerja…pesan pada mak dan ayah anda agar jangan layan orang yang datang kerumah nak mencalit dakwat dijari mereka. Kalau degil halau kan jer. Kalau masih jugak nak keras kepala..cepat-cepat telefon polis.



No comments: