Wednesday, March 2, 2011

PRK Merlimau: Jahatnya Perangai Puak PAS.

PAS kalau dalam hal fitnah memfitnah ni ibarat macam dah jadi makanan ruji pada mereka. Kalau sehari tak buat fitnah pada UMNO atau BN, badan mereka boleh jadi lemah tak bermaya, tak bertenaga dan serba tak kena.

Apa kesan fitnah tu puak-puak PAS tak peduli. Asalkan hati mereka puas, itu dah cukup memadai. Mereka jadi tenang dan gembira kalau hasil fitnah yang mereka cipta dapat memecah belahkan umat Islam dan Melayu di negara ini.

Terbaru, puak-puak PAS heboh menuduh UMNO guna taktik kotor. Kononnya UMNO buat dajal dengan menaikkan banner-banner yang tertera perkataan 'Undi PAS Masuk Syurga' dan 'PAS Melaka Menyokong Penuh Fahaman Pluralisme Agama Dato Seri Anwar Ibrahim' dimerata tempat di Merlimau.





Jangan nak kelentong lah! Sebenarnya kemunculan banner-banner tu memang sudah dirancang oleh PAS sendiri. Mereka dah tak ada apa-apa modal lagi nak dikempenkan di Merlimau jadi mereka cipta dan cetak banner tu. Mereka jugak lah yang pergi pasang, turunkan dan kemudian ambil gambar.

Lepas tu pulak, pakat ramai-ramai tuduh UMNO yang buat dengan tujuan nak memburukkan PAS. Alahai puak-puak PAS sekelian! Mengapa sampai begitu sekali membuat fitnah? Terdesak sangat gamaknya PAS di Merlimau sampai sanggup buat kerja-kerja bodoh macam tu.

Jangan ingat dengan buat benda-benda bangang sebegitu pengundi-pengundi akan jadi simpati dan bagi undi kat calon PAS. Lagi orang ramai jadi makin menyampah ada lah. Bila dah tak ada modal PAS mula lah buat kerja-kerja bodoh.

Dalam PRK-PRK yang lepas bukan main lagi cakap orang-orang Islam yang tak mengundi PAS adalah jahiliyah. Sekarang mengapa tak nak cakap benda yang sama di Merlimau atau di Kerdau? Cakap lah kalau berani. Nampak sangat PAS ni bulat-bulat guna agama untuk mengugut pengundi mengundi calon mereka.

Berbalik pasal isu banner yang direka-reka PAS, dalam usaha untuk menarik hati pengundi adalah amat tidak bijak jika UMNO menggunakan pendekatan yang begitu kotor sekali. Tambahan pula Merlimau adalah kubu kuat UMNO dan PAS hampir tiada pengaruh langsung disitu.

Mustahil dalam keadaan sokongan yang diterima daripada warga Merlimau adalah begitu mantap dan padu, tak semena-mena UMNO bertindak bodoh menaikkan banner-banner yang boleh menyebabkan orang ramai jadi marah. Tak kah bangang namanya tu? Itu serupa macam gali lubang kubur sendiri.

Ketika dalam keadaan terdesak di Merlimau, tidak mustahil PAS akan melakukan apa sahaja. Kaedah yang difikirkan boleh menimbulkan rasa benci mereka gunakan. Tapi kasihan, kerana tak pandai guna otak, tindakan yang diambil PAS akhirnya menjerat leher mereka sendiri.

Bukan sekali PAS buat kerja kotor sebegitu, tapi dah banyak kali sebenarnya. PKR pun lebih kurang begitu jugak buruk perangainya. Dan hasilnya, kini di Merlimau PAS makin di tolak dan dihaprakkan. Padan muka!

No comments: