Friday, June 21, 2013

Padan Muka, Duduklah Korang Dalam Penjara 20 Tahun...(Dapat Bonus Lagi 5 Tahun)



HUKUMAN PENJARA BEKAS GURU AGAMA DAN SUKARELAWAN DITAMBAH KEPADA 20 TAHUN 
Shah Alam, 21 Jun - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menambah hukuman penjara seorang bekas guru agama dan seorang sukarelawan yang menyebabkan kematian seorang penghuni Rumah Kebajikan Darul Islah Selangor (Perkid) lima tahun lepas, daripada 15 tahun kepada 20 tahun. 
Hakim Datuk Nurchaya Arshad membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Mohammed Azizi Mohd Vello, 30, dan Mohd Shuhaidi Mohamad, 31, terhadap sabitan dan hukuman 15 tahun penjara ke atas mereka yang diputuskan Mahkamah Sesyen di sini pada 29 Feb tahun lepas. 
Nurchaya turut menolak permohonan peguam Abdul Halem Mohamad Husin yang mewakili Mohammed Azizi dan Mohd Shuhaidi agar pelaksanaan hukuman ke atas kedua-dua anak guamnya ditangguhkan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan. 
Sebaliknya beliau memerintahkan Mohammed Azizi menjalani hukuman itu berkuatkuasa dari tarikh dia dijatuhi hukuman di Mahkamah Sesyen pada 29 Feb tahun lepas manakala hukuman penjara ke atas Mohd Shuhaidi diarahkan berkuatkuasa hari ini berikutan tertuduh berada dalam jaminan. 
Pada 29 Feb tahun lepas, Hakim Mahkamah Sesyen Suzana Hussin menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun ke atas kedua-dua tertuduh selepas didapati bersalah menyebabkan kematian Megat Mohd Amirul Adha Sobri, 23, di Perkid yang beralamat di No: 9, Jalan Sentosa, Batu 14, Hulu Langat, kira-kira pukul 11 pagi, 26 Jun 2008. 
Mereka didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh didenda. 
Mengikut keterangan kes, mangsa yang pengsan selepas kejadian itu telah dikejarkan ke Hospital Ampang tetapi disahkan meninggal dunia dan punca kematiannya adalah akibat hentakan senjata tumpul di kepala. Doktor turut mengesahkan terdapat 70 luka pada badan, kepala, muka, paha dan kaki mangsa. 
Seramai 18 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan. 
Mohammed Azizi, sukarelawan di Perkid, sebuah badan bukan kerajaan yang menumpukan kepada isu seperti murtad di kalangan orang Melayu Islam, dadah dan akhlak, menyertai rumah kebajikan itu pada awal 2007 untuk menerima rawatan dan sebaik pulih menawarkan diri sebagai sukarelawan di pusat itu. 
Mohd Shuhaidi yang juga ketua operasi Perkid Hulu Langat pula menyertai rumah kebajikan itu pada 2004. 
Timbalan Pendakwa Raya Fazillah Begum hadir bagi pihak responden sementara peguam M.Athimulan dan Ridha Abdah Subri hadir sebagai peguam pemerhati bagi keluarga mangsa. 
Sumber : BERNAMA

Aku pernah tulis pasal perangai dajal perkid ni dulu. Kalau rajin boleh baca kat sini 



2 comments:

Anonymous said...

aku antara yg hadir masa buat demo pasal bantah PERKID ni dulu. shuhaidi ni masa tu bukan main lagi lagak samsengnya. siap ambik gambar muka org yg berdemo dekat2. sambil tu ckp 'senang nak cam dan cari lepas ni. mcm sial!

Anonymous said...

Memang padan muka pon, belagak