Monday, November 14, 2011

DAP Tetap Tolak Hudud Walaupun Hanya Dilaksanakan Di Kelantan.



Semalam, buat sekian kalinya muka PAS diludah lagi oleh DAP.

Karpal Singh yang selama ini menjadi kesayangan, buah hati dan intan payung juak-juak PAS dengan tegas berkata bahawa DAP tetap tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan dan di negara ini.

Aduhai malangnya nasib PAS, walaupun nyawa dan badan dah diserahkan...tapi DAP sedikit pun tak mahu bertolak ansur bila PAS mahu laksanakan hukum hudud.

Yang paling memalukan, DAP tetap mahu PAS menurut dan akur dengan keputusannya melarang hudud dari dilaksakan walaupun dinegeri yang majoritinya dikuasai oleh lebai-lebai PAS. 

Juak PAS betul-betul dah jadi lebai malang nampaknya. Kasihan......

Sunday, November 6, 2011

Kerana Undi, Rukun Islam Kini Sudah Jadi 6 Perkara?



Rukun Islam bermaksud; menyembah dan mengabdikan diri kepada Allah melalui seluruh kehidupan kita, jiwa raga kita dan harta milik kita sehingga tertegaknya KEISLAMAN yang sempurna.

1. MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAT, iaitu, kita mengabdikan diri dengan hati sanubari dan dengan pengakuan lidah kita bahawa Tuhan yang Maha Esa itu adalah Allah s. w. t. dan Nabi Muhamad s. a. w. itu adalah pesuruhnya.

2. SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM, mengabdikan seluruh tubuh badan kita menyembah kepadaNya. Mulai dari lidah membaca, tangan bergerak, mata, telinga, dan fikiran terpusat dengan mengikut susunan rukun sembahyang yang diajarkan oleh Nabi Muhamad s. a. w.

3. MENGELUARKAN ZAKAT, menyerahkan sebahagian harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya seperti yang telah ditetapkan mengikut agama.

4. BERPUASA PADA BULAN RAMADHAN, menahan nafsu makan, minum dan sebagainya serta menjauhi segala laranganNya.

5. MENGERJAKAN HAJI DI BAITULLAH, bagi mereka yang berkemampuan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
ohislam.com

Diatas itulah 5 rukun Islam yang kita pelajari dan ketahui selama ini. Para ulama menetapkan setiap umat Islam mesti mematuhi perkara asas tersebut.

Tapi nampaknya kini sudah ada pihak-pihak tertentu yang cuba menambahkannya menjadi 6 perkara gara-gara kerana amat sudah terdesak untuk mendapatkan dan meraih undi orang-orang Islam dinegara ini.

Nik Abduh anak lelaki Nik Aziz dalam blognya mengatakan mengundi PAS itu adalah wajib atau kewajiban pada agama. Kata Nik Abduh lagi, memilih dan mengundi perkara yang telah jelas wajibnya adalah wajib. Apatah lawannya adalah perkara mungkar. Pas wajib diundi manakala Umno wajib ditolak. Kalau rajin rakan-rakan pembaca sekalian boleh baca disini.

Pada Horas!, apa yang dikatakan oleh Nik Abduh itu sebenarnya adalah kias bagi menyampaikan maksud sebenarnya iaitu berdosa jika tidak mengundi PAS.

Ada kalangan penyokong PAS...yang mungkin sudah bosan dan menyampah dengan cara politik PAS ini dengan sinis mencipta 'niat' mahu mengundi PAS dalam pilihanraya nanti. Apa niatnya?
"Sahaja aku mengundi PAS, 2 kertas undi, fardhu keatasku, kerana Allah SWT"
Begitulah perangai pemimpin PAS dalam usaha mereka untuk mendapatkan undi dan kuasa politik. Tiada yang mustahil bagi mereka. Agama mereka lacurkan secukup-cukupnya. Yang tiada mereka adakan...yang halal mereka haramkan dan begitu jugalah sebaliknya.

Jangan sampai suatu masa nanti mereka kata haram dan berdosa tidak meyokong dan memberi undi kepada pemimpin-pemimpin kafir harbi DAP atau mereka kata berdosa pada sesiapa yang tidak menyokong apa-apa yang mahu dibuat oleh Ambiga sudahlah.



Tuesday, November 1, 2011

'Islam is Lanjiao (Lanchiow)'' - Antara Komen Penyokong Namewee Berkaitan Perhimpunan Aman GAN.

Itu adalah diantara beratus-ratus komen kurang ajar dan biadab peminat Namewee yang boleh dibaca difacebooknya. Komen-komen yang mengatakan Melayu babi, Melayu anjing dan entah apa-apa lagi usah ceritalah...tak terbaca. Horas! tak larat nak screenshot kesemuanya.

Nampaknya budaya kurang ajar dan biadab yang disuburkan oleh Namewee sudah mula diterima dan dipraktikkan oleh pengikut-pengikutnya. Mereka sudah tidak teragak-agak lagi untuk memaki dan mengeluarkan kata-kata kesat...hatta kepada agama Islam.

Inilah hasilnya bila kerajaan terlalu berlembut dan menutup mata diatas apa yang pernah dilakukan Namewee. Namewee menghina lagu kebangsaan...dibiarkan. Namewee hina azan subuh...dibiarkan. Namewee hina Melayu...dibiarkan. Malah dengan semua perbuatan buruknya...Namewee ditatang pula bagai minyak yang penuh.




















Komen yang dibawah sekali mungkin ada kaitan dengan kenyataan yang ini:
"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap pengarah filem Nasi Lemak 2.0, Namewee "bukan seorang yang konvensional dari segi pendekatan dan pemikirannya". Sehubungan itu, Najib yang juga presiden Umno menggalakkan Namewee terus memberi pandangan menyokong gagasan 1Malaysia. 
"Saya difahamkan beliau merupakan penyokong kuat 1Malaysia. Jadi saya galakkan beliau terus memberi segala pandangan sebagai seorang blogger. "Atau mungkin cara-cara lain seperti penerbitan filem yang mencerminkan sokongan kita kepada gagasan 1Malaysia," katanya. 
Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, Najib juga berharap pihak lain terus menyokong gagasan tersebut. 
Najib bagaimanapun enggan mengulas hasil karya Namewee - terkenal dengan lagu 'Negarakuku" - yang dikatakan mempunyai unsur yang tidak elok. "Saya tidak mahu memberi komen, sebab masing-masing ada kelainannya. Dia merupakan seorang yang agak ada kelainannya. "Bukan seorang yang konvensional dari segi pendekatan dan pemikirannya," katanya." - sumber: novandri.blogspot