Rukun Islam bermaksud; menyembah dan mengabdikan diri kepada Allah melalui seluruh kehidupan kita, jiwa raga kita dan harta milik kita sehingga tertegaknya KEISLAMAN yang sempurna.
1. MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAT, iaitu, kita mengabdikan diri dengan hati sanubari dan dengan pengakuan lidah kita bahawa Tuhan yang Maha Esa itu adalah Allah s. w. t. dan Nabi Muhamad s. a. w. itu adalah pesuruhnya.
2. SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM, mengabdikan seluruh tubuh badan kita menyembah kepadaNya. Mulai dari lidah membaca, tangan bergerak, mata, telinga, dan fikiran terpusat dengan mengikut susunan rukun sembahyang yang diajarkan oleh Nabi Muhamad s. a. w.
3. MENGELUARKAN ZAKAT, menyerahkan sebahagian harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya seperti yang telah ditetapkan mengikut agama.
4. BERPUASA PADA BULAN RAMADHAN, menahan nafsu makan, minum dan sebagainya serta menjauhi segala laranganNya.
5. MENGERJAKAN HAJI DI BAITULLAH, bagi mereka yang berkemampuan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
ohislam.com
Tapi nampaknya kini sudah ada pihak-pihak tertentu yang cuba menambahkannya menjadi 6 perkara gara-gara kerana amat sudah terdesak untuk mendapatkan dan meraih undi orang-orang Islam dinegara ini.
Nik Abduh anak lelaki Nik Aziz dalam blognya mengatakan mengundi PAS itu adalah wajib atau kewajiban pada agama. Kata Nik Abduh lagi, memilih dan mengundi perkara yang telah jelas wajibnya adalah wajib. Apatah lawannya adalah perkara mungkar. Pas wajib diundi manakala Umno wajib ditolak. Kalau rajin rakan-rakan pembaca sekalian boleh baca disini.
Pada Horas!, apa yang dikatakan oleh Nik Abduh itu sebenarnya adalah kias bagi menyampaikan maksud sebenarnya iaitu berdosa jika tidak mengundi PAS.
Ada kalangan penyokong PAS...yang mungkin sudah bosan dan menyampah dengan cara politik PAS ini dengan sinis mencipta 'niat' mahu mengundi PAS dalam pilihanraya nanti. Apa niatnya?
"Sahaja aku mengundi PAS, 2 kertas undi, fardhu keatasku, kerana Allah SWT"
Begitulah perangai pemimpin PAS dalam usaha mereka untuk mendapatkan undi dan kuasa politik. Tiada yang mustahil bagi mereka. Agama mereka lacurkan secukup-cukupnya. Yang tiada mereka adakan...yang halal mereka haramkan dan begitu jugalah sebaliknya.
Jangan sampai suatu masa nanti mereka kata haram dan berdosa tidak meyokong dan memberi undi kepada pemimpin-pemimpin kafir harbi DAP atau mereka kata berdosa pada sesiapa yang tidak menyokong apa-apa yang mahu dibuat oleh Ambiga sudahlah.
No comments:
Post a Comment